Baik, apa yang susahnya? Mari kita lihat syarat-syaratnya doktorat universiti di US. Kita bermula dengan kemasukannya.
Kemasukan pelajar pra-doktorat di US
1) Universiti-universiti meletakkan syarat GRE Exam (General), ujian ini mengandungi Ujian Verbal, Analitik dan Penulisan. Yuran ujian ini sekitar RM450
2) Sebahagian universiti di US meletakkan syarat GRE Exam (Subject), bergantung kepada kursus yang diminta. Jika PhD fizik yang dipohon, maka GRE Physics lah yang diduduki nanti. Selalkunya universiti terkemuka sahaja yang meminta ujian ini, seperti MIT, Harvard dan Princeton.
3) TOEFL, salah satu ujian kemahiran bahasa Inggeris, selain IELTS. Tapi kebanyakan universiti di US juga meletakkan IELTS sebagai pilihan menggantikan TOEFL. Tapi tak semua universiti yang meletakkan syarat itu, bergantung.
4) Yuran pemprosesan USD90. Belum tentu dapat lagi.
5) Jika semua di atas dipenuhi. Kita bercakap pasal Visa pula. Kita mesti menghadiri temuduga saringan oleh pihak Kedutaan Amerika di Malaysia untuk tujuan keselamatan. Antara soalan yang ditanya, "Apakah anda ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah?". Jika anda berjanggut, anda mungkin akan diragui akan aspek keselamatan.
[Untuk kemasukan di UK, Australia dan New Zealand, anda hanya perlu penuhi syarat IELTS sahaja, tiada GRE (General dan Subject), tiada yuran pemprosesan (bergantung kepada universiti, tapi banyak universiti percuma yuran pemprosesan), tiada temuduga pihak kedutaan masing-masing]
Itu belum cerita lagi kesulitan mengisi borang permohonannya, manakala kemasukan universiti di Malaysia anda tak perlu mengambil ujian IELTS dan tiada syarat-syarat yang lain.

Rajah 1: Graduate Record Examination
Syarat-syarat graduan doktorat
1) Lulus jam kredit 90 untuk PhD:
i. Kursus Teras 15jam kredit
ii. Kursus Keperluan 12jam kredit [Bergantung kepada penyelia PhD anda]
iii. Kursus Pilihan 39jam kredit
iv. Disertasi 24jam kredit
[Itu belum masuk kursus-kursus pra-syarat bagi setiap kursus-kursus itu yang wajib diambil]
2) Ujian komprehesif (atau juga dikenali sebagai Ujian Preliminary), ujian ini wajib lulus beberapa modul, jika salah satu gagal anda perlu mengulang kesemuanya sekali lagi. Contoh dalam fizik ada empat modul. Empat modul tersebut bagi fizik adalah:
i. Mekanik Kuantum
ii. Mekanik Klasik
iii. Keelektromagnetan
iv. Fizik Moden dan Fizik Statistik (atau Mekanik Statistik)
[Saya pernah bertanyakan kawan sejabatan saya Dr Abdul Rahman Omar mengenai ujian tersebut, beliau menjawab, "The toughest exam in Physics". Seorang profesor fizik terkemuka di Malaysia pernah mendapat pengiktirafan hebat peringkat kebangsaan dan mendapat jawatan Profesor pada usia 38tahun, namanya dirahsiakan, beliau pernah gagal Ujian Komprehensif tersebut dan beliau mengulang sekali lagi]
Koleksi ujian tersebut boleh didapatkan disini, insyaallah

Rajah 2: Ujian Komprehensif sangat banyak tanda soalnya ??????

Rajah 3: Ujian Komprehensif
3) Menjadi pengajar dan penunjuk ajar makmal untuk satu semester masing-masing
[Tidak semua universiti di US meletakkan syarat ini sebagai syara bergraduan, tapi banyak juga universiti di US tidak meletakkan syarat ini]
4) Disertasi atau penulisan. Kemudian pembetulan.
5) Penerbitan makalah-makalah ke jurnal berimpak.
6) Viva (soal-jawab akademik)
Syarat-syarat bergraduan doktorat di UK hanya perkara 4), 5), dan 6) sahaja.
Manakala syarat-syarat bergraduan doktorat di Australia pula hanya perkara 5) dan 6) sahaja. Dengan kata lain, Australia lebih mudah daripada antara lain. Di UK, jika anda gagal dalam Viva atau penyelidikan anda kurang memenuhi data yang diperlukan sebagai seorang graduan doktorat anda akan dianugerahkan M.Phil (Master of Philosophy). Di Australia, agak lebih terdedah kepada kritikan daripada pemeriksa (examiner), kerana anda tidak berpeluang untuk mempertahankan data dan keputusan kajian anda, meskipun anda mengolah data dengan baik, tambahan lagi data yang anda perolehi bertentangan dengan apa yang pemeriksa itu percayai.
Disertasi di US bergantung kepada data dan keputusan yang diperolehi dan sedikit pengenalan dan kajian literatur, kekadang boleh mencapai sekitar beberapa muka surat sahaja (paling rendah saya dengar disertasinya sekitar 60muka surat). Manakala di UK dan Australia perlu memenuhi bilangan perkataan, kalau tak salah saya 200,000 patah perkataan, wallahu a'lam.
Graduan US memperuntukkan 4-5.5tahun untuk menghabiskan pengajian: 2tahun kerja kursus secara keseluruhan itu belum masuk lagi Ujian Komprehesif, tahun ke-3 baru boleh memulakan penyelidikan, 2-3.5tahun baru siap untuk disertasi (atau penulisan) itu tidak termasuk masa "Viva" dan masa "Pembetulan Major-Minor". Kebanyakan graduan US hanya akan gagal pada Ujian Komprehensif, agak jarang kedengaran graduannya gagal pada sesi Viva, kerana graduannya kukuh ilmu yang asas di dada. Kawan saya dari Matematik beliau menceritakan bahawa, pensyarah yang pakar dalam bidang Aljabar boleh sembang (atau berbincang) dengan pelajar PhD dari bidang Pembezaan Separa (PDE). Dengan kata lain, ilmu mereka menyeluruh.
Falsafah pengajian PhD di US adalah, "Menyediakan perintis sesuatu bidang". Bermaksud apabila bergraduan seseorang itu mereka hanya sekadar tahu kemana arah tuju mereka sahaja, dengan kata lain mereka perlu meneruskan pengajian Pasca-doktorat pula. Itulah antara falsafah pengajiannya yang menitikberatkan pengajian berterusan sepanjang hayat.
Sebenarnya US lebih menghormati golongan akademik, sehinggakan banyak biasiswa dan geran yang ditawarkan oleh mereka bagi menarik peljar luar untuk belajar di negara mereka. Mereka juga menyediakan status Resident, juga menyediakan Visa Jenis-J yang membolehkan anda bekerja di negara mereka. Anda juga boleh bekerja sebagai Penolong Penyelidik di universiti nanti.
Lihat ini MACEE

Rajah 4: Pendidikan di US boleh dilayari ke laman web kedutaannya di Malaysia [Klik sini]
Jika pembaca ingin tahu universiti yang ramai rakyat Malaysia, dilampirkan bersama universiti-universiti tersebut untuk panduan pembaca, insyaallah:
Purdue University
Iowa State University
University of Maryland
University of Washington
University of Minessota
University of Michigan
Penn State University
Pace University
Southern Illinois University Carbondale
University of Arizona
Jika mahu berhubung dengan pelajar-pelajar di US, pembaca boleh berhubung melalui Pertubuhan Pelajar-pelajar Malaysia di sini untuk keterangan lanjut, insyaallah.

Rajah 5: Di manakah destinasi anda seterusnya
Semoga bermanfaat.
Wallahu ta'ala a'lam