Tapi coretan kali ini adalah tentang kehadiran pembentang dari Universiti Gyeongsang, Korea Selatan. Namanya Won Sang Chung (Profesor Dr.), beliau adalah fizikawan yang berkecimpung dalam teori canggaan (deformation theory) ke atas mekanik kuantum yang menjadikannya tak lagi kalis tertib (noncommutative). Kajian beliau boleh rujuk di sini: https://www.researchgate.net/profile/Won_Chung4
Baiklah, kita langsung ke objektif utama pos ini. Tujuan sebenar saya ialah saya nak menulis tentang pengalaman saya bersama dengan Prof Won, bagaimana saya berjumpa baliau dan pengalaman sepanjang beliau berada di INSPEM. Saya jadikan pos ini sebagai motivasi jika saya membaca kembali pos ini, jadi harap maaf jika pos ini tidak menarik atau kurang saintifik. Mungkin selepas ini sekali lagi, pos seterusnya dua tahun lagi baru saya tulis. Hehehe....
Saya berjumpa dengan Prof Won dalam Researchgate (RG) di mana beliau bekerja dalam mekanik kuantum tak kalis tertib (Non-Commutative Quantum Mechanics). Oleh itu saya melihat satu demi satu artikel beliau, artikelnya agak mengujakan. Malah beliau sangat produktif dalam penyelidikan, penyelidikan fizik teori,
Di mana ia tak semudah seperti penyelidikan yang lain boleh menukar bahan atau komposisi bahan. Ia adalah perkara asas yang lebih tabii, tak mudah untuk kita ubah parameternya, jika seandainya sesuatu teori cuba diusulkan atau cuba diubah/diitlak, soalan utama yang harus kita ajukan,
"Atas motivasi apakah teori ini diusulkan?" kemudian barulah soalan,
"Adakah ia bertentangan dengan fizik yang sedia ada, jika ya, kenapa?".
Ia tidaklah bermudah-mudah seperti melakukan penerbitan bermatematik ke atas, "Happy New Year" yang diviralkan.
Apapun, falsafah saya dalam penyelidikan ialah menyelidiklah untuk kelestarian manusiawi, tak kisahlah dalam bidang apapun. Kerana saya ada melihat kelompok bidang berbeza mengeji antara satu sama lain, contoh, sebahagian penyelidik bidang sains tulen mengeji penyelidikan sains sosial, begitu juga orang sains tulen pula kritik orang sains sosial.
Researchgate dan Prof Won
Perkenalan saya dengan Prof Won bermula apabila saya bertanyakan salah satu artikel beliau, kemudian gambaran awal saya, beliau sangat baik orangnya. Kemudian setiap minggu saya menerima notifikasi (emel ) dari RG tentang kajian beliau, "Biar betik?". Artikel beliau bukan calang-calang artikel, rata-ratanya jurnal IF tinggi. Malah banyak pula artikelnya ditulis bersendirian. Arghh... ini menambahkan stres saya, dahsyat betul, sampai terdetik suara hati saya, "Prof Won ni pakai 'barang' nih, itu yang dia boleh hasil artikel yang banyak", hehehe....
Hah, pendek kata, penyelidikannya bukan setakat Kuantiti malah Kualiti pun dipenuhi.
Oleh itu, saya ajukan satu soalan yang mencetus kehadiran beliau ke INSPEM apabila saya bertanya ada tak persidangan di Korea Selatan sebab saya datang nak jumpa beliau yang mampu menghasilkan artikel dengan banyak dan berkualiti. Kemudian beliau membalas, jika mahu saya boleh datang ke Malaysia, maklum kepada penyelia penyelidikan kamu, hanya hantar satu surat jemputan. Oleh itu sayapun memaklumkan hal ini kepada penyelia saya. Maka bermulalah segala persiapan daripada kertas kerja sehinggalah ketibaan beliau di Malaysia pada 2 Feb dan beliau akan pulang pada 14 Feb 2017 .
Kita cerita langsung tentang beliau lah, ya. Ok, saya jumpa beliau pada 6 Feb (Isnin), saya perkenalkan diri, beliau langsung bertanya kamu buat apa sekarang saya, saya pun tak tahu nak kata apa, kemudian saya pun tunjuklah deraf makalah yang saya sediakan. Kemudian soalan pertama beliau apabila melihat rajah komutatif (yang banyak digunakan dalam matematik),
"Are you physicist or mathematician?" katanya sambil menarik nafas panjang.
Kemudian saya pun berkata, "I think both, I'm studying mathematical physics"
Setelah itu, beliau bingkas bangun menuju ke papan putih dengan pen, lalu melakar komutator Lie bagi operator posisi dan momentum. Katanya beliau sedang mengkaji Prinsip Ketakpastian Teritlak (Generalized Uncertainty Principle, GUT).
Menarik, sebab GUT tersebut boleh diturunkan kepada Aljabar Snyder malah Aljabar anti-Snyder, bukan itu sahaja, komutatornya bukan dihubungkan kepada pemalar tapi fungsi operator. Wow, dahsyat! Ok, baik, sedikit bingkisan tentang aljabar Snyder. Teori kuantum bermasalah ke atas teori medan kuantum, apabila pencapahan UV wujud. Heisenberg (saya tak pasti sama ada Peierls atau Heisenberg) megutus surat kepada Oppenheimer tentang masalah ini, kemudian Oppenheimer meminta pelajarnya Hartland Snyder untuk selesaikan masalah ini. Pendekatan Snyder ialah mengitlak aljabar Heisenberg di mana komutator kedudukan tidak lagi kalis tukar tertib, disamping ia boleh diselesaikan dengan penormalan semula (renormalization).
Prof Won, orangnya sangat sibuk dengan kajian, jika saya melintasi biliknya, pasti pen dan kertas ditangannya sambil melihat komputer riba. Beliau berkata, saya memikirkan empat kajian penyelidikan berbeza dalam satu hari. Wow!
Saya pernah menunjukkan representasi saya yang memuasi komutator beliau, tahu tak, esoknya beliau tunjuk kembali kepada saya representasi itu salah. Hahaha.... Benar, saya tertinggal nak selesai komutator terakhir. Cepatnya.
Ketika pembentangan beliau pada hari Jumaat (10 Feb), dia kata persamaan ini baru diterbit pada pukul 10malam tadi. Beliau juga ada berkata, bahawa beliau baru terbitkan beberapa persamaan dalam Prinsip Ketakpastian Teritlak ini pada pukul 10.45pagi (ketika hari Isnin, 6 Feb). Beliau merekod setiap kali penerbitan. Hmmmm.....
Saya tanya bagaimana Prof boleh hasilkan artikel sebanyak ini. Kata beliau, saya banyak masa, sebab saya tak ada pelajar PhD, hanya pelajar Master sahaja. Katanya lagi, ada artikelnya ditulis pelajar Ijazah (Undergraduate), rasa ketinggalan kita apabila mendengar tentang hal ini. Pendekatan Prof Won, saya lihat lebih kepada mengitlak fizik dengan teori deformasi, ini boleh dilihat dalam deskripsi Researchgate. Matematik pun kalkulusnya pun dicangga. Dalam pembentangan, beliau ada menyebut hasil darab yang tercangga, hasil tambah yang tercangga dan yang terbaru ketika membincang hasil kerja "tanda sendal" (wedge) pun nak dicangga.
Komutor dalam GUP adalah seperti berikut:
[X, P_x]=i(\alpha P_xY-\beta P_yX)
[X, P_x]=i(1+\alpha P^2_x +\beta P^2_y)
[X, P_y]=[Y, P_x]=0
[P_x, P_y]=0.
Persamaan ini boleh diturun kepada aljabar Snyder jika \alpha=\beta. Menarik bukan!
Penutup
Itu sajalah kot coretan saya bersama Prof Won. Hehehe...
Bengkel tersebut boleh dilihat di sini: http://einspem.upm.edu.my/nqm2017/speakers.html
Wallahua'lam
&&&&&&&