Isnin, 2 Ogos 2010
Fizik Teori di Malaysia
Fizik Teori ialah salah satu cabang bidang fizik yang menggunakan matematik model dan keabstrakan konsep fizik dalam memerihalkan fenomena tabii. Ini bermaksud ia menggunakan matematik fizik seperti aljabar dan kalkulus sebagai peralatan untuk mengkaji fenomena asas alam tabii tanpa mencabul sebarang konsep dan hukum fizik yang telah dipatuhi. Penyelidikan fizik teori hanya menjurus kepada konsep asas pembinaan fizik tersebut melalui pen dan kertas, mungkin juga papan putih untuk melihat dari gambaran besar, ianya tidaklah seperti kajian fizik eksperimen yang memerlukan peralatan dan instrumentasi yang sangat tinggi kosnya untuk membelinya. Antara bidang penyelidikan dalam fizik teori secara amnya adalah seperti fizik kuantum, kuantum informatif, fizik zarah, fizik tenaga tinggi, teori medan kuantum, mekanik kuantum, masalah jasad banyak (kimia kuantum), kekalutan dan pencacai, teori kenisbian am, kosmologi dan fizik kondensasi.
Instrumen atau metod kajian yang diperlukan oleh fizik teori, adalah imaginasi atau kalau di Jerman ia biasa dikenali sebagai “Gendaken thought”, yang mana ia boleh dilakukan melalui gaya berminaginasi sesuatu fenomena fizik dan memperihalkannya tanpa mengetepikan konsep fizik asas yang lain. Sebagai contoh, Albert Einstein telah cuba merealisasikan Teori Kenisbian Khasnya pada rangka gerakan pecutan, dengan membayangkan pencerap didalam sebuah lif yang tertutup berada dibumi secara statik dengan pencerap yang bergerak dengan pecutan 9.81m/s2 secara menegak dan fenomena ini adalah setara meskipun berbeza rangka dinamiknya, ini dikenali sebagai Prinsip Kesetaraan dan juga telah merintis kepada pembinaan Teori Kenisbian Am melalui Prinsip Kesetaraan tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum pada perenggan sebelum ini, iaitu penyelidikan fizik teori adalah sekadar memerlukan buku rujukan asas, pen, kertas dan kemahiran berfikir yang baik iaitu kemahiran berimaginasi salah satunya dan cukup murah pembiayaan akan penyelidikannya. Makalah ini adalah bertujuan untuk member sedikit gambaran mengenai halatuju penyelidikan fizik teori di Malaysia, berserta isu dan cabarannya berdasarkan pengalaman, pencerapan dan pembacaan penulis mengenainya. Sebelum kita membincangkan dengan lebih terperinci, adalah wajar untuk penulis memetik sedikit kandungan daripada ucaptama Prof Chia Swee Ping (Presiden Institut Fizik Malaysia) ketika Expoxitory Quantum Lecture Series 4 di UPM, beliau berucap bahawa di negara barat, bidang fizik teorilah yang mendahului dan menjadi peneraju kepada penyelidikan fizik kemudian disusuli dengan pengesahan melalui ujikaji, tetapi fenomena itu adalah sebaliknya di Malaysia, iaitu fizik eksperimen terkehadapan mendahului berbanding kajian fizik teori, kata beliau dengan penuh sinis. Nah, itulah fenomena penyelidikan fizik di Malaysia hari ini.
Jika dilihat budaya penyelidikan di universiti, iaitu peringkat Projek Tahun Akhir Sarjanamuda, pelajar-pelajar didedahkan dengan penyelidikan-penyelidikan bidang fizik gunaan, yang hanya sekadar memenuhi syarat-syarat untuk bergraduan. Tambahan pula, penyelidikan-penyelidikannya adalah seperti kajian yang sekadar naiktaraf daripada silibus amali dalam kursus, tiada budaya menyelesaikan masalah, hanya memperolehi produk dan tiada sikap ingin tahu diterapkan dalam penyelidikan, apa yang perlu adalah “dapatkan data” dan “bentang”. Jika ditanya; Kenapa digunakan kaedah tersebut? atau Apakah yang menyebabkan keputusan kamu jadi begitu?, pelajar tersebut tidak dapat menjawabnya. Ini kerana berkemungkinan pelajar tersebut lemah dalam pengetahuan asas fizik, atau pelajar tersebut tidak dapat menghubungkaitkan hasil dapatan kajiannya dengan konsep asas fizik atau pelajar tersebut melakukan apa yang disuruh oleh pensyarahnya sahaja (ini pernah berlaku).
Manakala di peringkat sarjana dan doktorat pula, jarang kedengaran pentelaahan dalam bidang fizik teori dilakukan, malahan jika diperhatikan dalam Jurnal Fizik Malaysia pun agak sedikit bilangannya makalah-makalah dalam bidang fizik teori diutarakan, jika adapun penyelidik yang sama juga. Agak kasar penulis untuk katakan bahawa kebanyakan pelajar PhD adalah dipergunakan untuk merebut peluang kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dan inilah situasi atau realiti yang sebenarnya berlaku di kalangan ahli akademik di Malaysia, kerana memiliki pelajar PhD adalah syarat-syarat untuk kenaikan pangkat (terutamanya jawatan Profesor Madya dan Profesor) dan juga menjadi salah satu perkara yang memenuhi keperluan KPI akademik. Situasi seterusnya sering juga berlaku, iaitu pensyarah memohon geran penyelidikan dan kemudiannya menawarkan gaji GRA kepada pelajar-pelajar PhD atau Sarjana di bawah seliaan beliau, kemudian membiarkan pelajar tersebut menjalankan kajian dan eksperimen tanpa penyeliaan yang professional bermaksud member layanan seperti “buruh” kerana pada pandangan penyelia, pelajar tersebut telah pun digajikan. Maka tak berlakulah hubungan pelajar-penyelia, tetapi “buruh-majikan”, apa yang dikejar adalah “paper”.
Jika disemak semula kursus-kursus fizik di IPT, ia kelihatan agak kurang memberi penekanan kepada kursus-kursus fizik tulen dalam silibus ijazah sarjanamuda fizik, seperti mekanik kuantum lanjutan, fizik matematik, mekanik klasik, mekanik statistik, teori medan kuantum dan teori kerelatifan dan dari perspektif pelajar, kursus tersebut adalah boleh diklasifikasikan sebagai kursus menjatuh gred akademik mereka atau dengan nama popularnya “killer subject”. Ditambahkan lagi dengan pensyarah yang mengajar kursus tersebut bukanlah pakar dalam bidang tersebut, tapi sekadar “bidan terjun” inilah yang dialami oleh penulis ketika belajar dahulu. Kenyataan tersebut, tidaklah menjadi kesimpulan secara keseluruhan kepada university-universiti di Malaysia, Cuma sekadar pencerapan terhad dan pengalaman cetek penulis sahaja.
Bidang penyelidikan di Malaysia juga dipengaruhi oleh udara politik negara. Ia bergantung kepada hasrat kerajaan untuk meneraju negara, sudah tentulah hasrat Menteri. Jika sebelum ini hasrat kerajaan adalah untuk memenuhi permintaan makanan penduduk Malaysia yang terpaksa diimpot makanan daripada luar negara dengan jumlah yang mencecah billion ringgit, maka dasar kerajaan telah memperuntukan dana-dana untuk penyelidikan mengenai agrikultur dan bioteknologi bagi mengurangkan jumlah kewangan impot makanan tersebut, oleh itu bagi penyelidik yang menyediakan proposal atau kertas cadangan untuk memperuntukkan jumlah dana penyelidikan dalam bidang tersebut, akan diluluskan. Hal ini juga berlaku pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, yang mana kerajaan mensasarkan industri perkilangan sebagai sektor utama kepada pertumbuhan dana ekonomi negara, maka nanoteknologi yang menjadi subjek utama dalam penyelidikan, oleh itu banyak dana IRPA diluluskan atas nama penyelidikan nanoteknologi dengan jumlah dana yang sangat banyak, malahan melebihi 10juta ringgit Malaysia.
Jika dilihat kepada aspek dana penyelidikan di universiti, ia mensasarkan setiap penyelidikan harus menghasilkan produk apa akhiran kajian, lebih baik produk tersebut adalah produk yang boleh dipegang dan boleh digunapakai, kerana universiti akan mendapat nama jika produk tersebut memenangi pingat-pingat di pameran inovasi nanti. Pada pandangan penulis tidak mengapalah, sekurang-kurangnya berlaku jugalah proses-proses penyelidikan di university, tetapi penulis ingin membawa pembaca kepada pengalaman pertama penulis untuk memohon geran penyelidikan. Ketika penulis memohon geran, penulis mensasarkan jumlah RM100 untuk pembiayaan penyelidikan dalam bidang fizik teori penulis. Apabila dimajukan permohonan tersebut, borang tersebut ditertawakan oleh pembantu tadbir di pejabat tersebut, kerana pada pandangan penulis cukuplah bahawa peralatan penulis sememangnya dibekal oleh pihak fakulti, manakala makalah-makalah fizik pula boleh didapatkan daripada Sciencedirect dan Arxiv dan pembelanjaan ke persidangan diperuntukkan oleh pihak universiti sebanyak RM10,000 setiap seorang per tahun. Itulah pengalaman penulis dan itu jugalah yang berlaku iaitu penyelidikan bidang fizik teori dipandang sipi sama ada di peringkat universiti ataupun kebangsaan. Penulis pernah melihat maklumat pernyelidik-penyelidik Malaysia melalui laman portal Science Fund (MOSTI), kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan penyelidik eksperimen dan geran-geran penyelidikan yang telah diluluskan adalah penyelidikan eksperimen dan berinstrumen.
Realiti tempat kerja di IPTA juga menjadi salah satu dilema kepada penyelidik atau pensyarah yang memerlukan masa terluang untuk berfikir dan menyemak makalah-makalah fizik, itu telah pun dicuri oleh rutin-rutin yang tiada nilai-nilai akademik, antaranya ialah menghadiri mesyuarat fakulti, melakukan urusan-urusan pentadbiran dan membuat fail meja atau fail pengajaran dan pembelajaran kualiti ISO. Kerja-kerja tersebutlah yang menodai kemahiran berfikir penyelidik dan juga masa terluang mereka. Kajian fizik teori adalah salah satu kajian sepanjang masa tidak terhad kepada masa atau ruang, kerana proses berfikirnya adalah berterusan, iaitu masa untuk mengenalpasti masalah yang difikirkan dan cuba untuk menyelesaikannya. Kekadang penyelesaian masalahnya tidak berlaku ketika masa pejabat atau masa bekerja formal, tetapi ia juga sering berlaku pada masa tidak formal seperti ketika menunggang basikal untuk bersiar-siar, ketika mengenaikan tali leher di baju atau ketika sebelum masuk tidur dan keadaan ini juga telah terjadi kepada Einstein. Berbeza dengan fizik ujikaji, mereka memiliki sedikit idea dan menggajikan pembantu penyelidiknya untuk menjalankan ujikajinya sama ada menyediakan sampelnya atau mengukur sifat fizik sampel tersebut, maka tak hairanlah mereka mempunyai banyak masa untuk menghadiri mesyuarat eksekutif dan kebanyakan daripada mereka mendominasi jawatan profesor dan jawatan tertinggi universiti.
Sebelum ini, penulis pernah menghadiri satu lawatan rasmi ke sebuah universiti, penulis bertemu dengan seorang professor dan beliau bertanyakan mengenai sama ada university penulis mempunyai ketuhar suhu tinggi atau tidak, kerana beliau memaklumkan bahawa fizik eksperimen umpama seperti “Chef”, kita masukkan perencah dan kandungannya dan kemudian kita rasai makanan tersebut, seterusnya kita tukarkan pula perencah dan kandungannya. Begitulah analoginya yang diberikan, kita sekadar mengubah parameter atau mengubah peratusan kandungan dalam sampel tersebut dan kemudiannya sampel itu kita cerap atau ukur sifat fiziknya, makalah dapatlah satu makalah akademik. Sebagai contoh, kita menyediakan sampel semikonduktor aloi InGaAs (indium-galium-arsenida) melalui Metalorganic vapour phase epitaxy (MOVPE) dengan nisbah seperti berikut In0.25Ga0.75As, kemudian kita cerap sifat elektroniknya dengan X-ray photoelektrik spectroscopy (XPS), maka daripada prosedur itu dapatlah ditulis satu makalah untuk nilai nisbah atom-atom tersebut. Setelah selesai itu, kita tukarkan pula nisbah atom tersebut kepada In0.75Ga0.25As dan kita lakukan rutin yang sama dan urusan tersebut dijalankan oleh GRA (graduted research assistant) atau RA (research assistant) ketua penyelidikan atau pemilik geran penyelidikan tersebut.
Jika dibandingkan dengan kajian fizik teori, ianya adalah sebaliknya, yang mana ia lebih memberikan penekanan kepada konsep asas fizik tersebut dan selidiki melalui pengiraan bermatematik dengan pemahaman konsep yang mendalam, malahan menilai konsep asas fizik tersebut (aras tertinggi taksonomi bloom, iaitu “Penilaian”). Model demi model matematik diperketengahkan untuk menyelesaikan masalah fizik yang difikirkan tanpa menafikan konsep fizik lain yang diterima (kekadang konsep fizik tersebut boleh juga ditambahbaik atau diperbaiki). Lembaran demi lembaran kertas dicontengnya, papan putih dilakari dengan symbol-simbol Yunani yang tidak difahami. Jika dilihat secara amnya, penyelidikannya adalah sangat sukar, tak hairanlah jika dihimbau sejarah peribadi ahli fizik teori, mereka memiliki perwatakan yang sangat pelik dan yang paling ketaranya, ialah mereka adalah seorang yang tidak formal dan sukar bergaul atau bersosial mesra dengan orang awam. Tetapi yang perlu dikagumi pada mereka adalah mereka bersungguh-sungguh dan ikhlas pada ilmu dan kebenaran, kedudukan, pangkat dan harta tidaklah menjadi sandaran bagi mereka untuk terus menyelidik.
Aspek penghasilan makalah tidaklah semudah kajian fizik eksperimen, kebanyakan makalah fizik teori banyak yang ditolak dalam jurnal-jurnal fizik berimpak tinggi, jika dilihat dalam laman sesawang arxiv.org (menghimpun makalah sains), didapati terdapat sebilangan besar makalah-makalah fizik teorinya tiada nama rujukan jurnalnya, ini menunjukkan bahawa makalah tersebut telah ditolak daripada jurnal fizik teori, oleh hal yang demikian penyelidik tersebut mengambil inisiatif untuk menerbitkannya juga dalam laman web tersebut. Makalah fizik Peter Higgs juga pernah ditolak, makalah tersebut adalah mengenai penemuan secara teori iaitu zarah yang bertanggungjawab ke atas konsep jisim bagi zarah asas melalui pencabulan simetri U(1) setempat berspontan dengan gandingan tolok electromagnet, makalah mengenai zarah tersebut ditolak daripada jurnal fizik, walhal penemuan zarah tersebut yang telah menjadi inspirasi kepada masyarakat fizik sekarang dalam menyertai program Large Hadron Collider (LHC), terutamanya dikalangan ahli fizik eksperimen.
Perkembangan semasa fizik teori tidaklah dibincangkan atau disiarkan secara umum di Malaysia melalui persidangan-persidangan atau seminar-seminar atau makalah arus perdana, apatah lagi perbincanga secara teknikal. Jika dilihat daripada penyelidikan di negara Barat terutamanya, mereka telah lama membincangkan masalah zarah Higgs, manakala di Malaysia baru sedang menghantar pelajar-pelajarnya ke Summer School CERN. Jika dinegara Barat, ahli fizik teori yang disegani, manakala di Malaysia adalah sangat berbeza, bukan setakat ahli fizik teori, malahan ahli fizik eksperimen pun dipandang sipi oleh golongan profesional. Komuniti yang disegani pada mereka adalah ahli politik, tidak kiralah apa pun partinya atau apapun latarbelakangnya.
Melalui pengalaman penulis, kesusutan bilangan dan kekangan ahli fizik teori turut dipengaruhi dengan system pendidikan negara, ini dapat dilihat dengan penilaiannya berdasarkan kepada peperiksaan, yang menyekatkan kebebasan pelajar untuk berfikir diluar kotak fikiran dan menimbulkan minat atau kesungguhan kepada sesuatu ilmu, kerana semua pelajarannya yang disuapkan kepada pelajar-pelajar mestilah merangkumi silibus-silibus Kementerian Pelajaran Malaysia. Budaya galakan dirumah juga mempengaruhi tumbesaran pemikiran kanak-kanak, yang mana anak-anak kecil tidak didedahkan dengan sikap ingin tahu, atau kemahiran berimaginasi, atau menjalankan penyelidikan sains yang ringkas, atau mendedahkan mereka tentang objek-objek samawi di angkasa, atau diceritakan kepada mereka cerita-cerita yang boleh menarik minat mereka mengenai dunia sains dan penyelidikan. Albert Einstein pernah dihadiahkan Kompas ketika umur tiga tahun dan mencetuskan sikap ingin tahu “kenapa jarum kompas selalu menunjuk arah ke utara?”, Richard Feynmann pula dihadihkan radio dan daripada itu, beliau berupaya memperbaiki radioya sendiri dan kedua-duanya adalah berbangsa Yahudi, penulis tinggalkan pembaca dengan latarbelakang kedua-dua orang personaliti tersebut. Apa yang jelas dalam masyarakat kita, ialah setiap kali anak-anak balik sekolah perkara pertama yang ditanya adalah “Cikgu ada beri kerja sekolah tak? Kalau ada, buat sekarang!”, kemahiran anak-anak berada di dalam ruang lingkup kerja sekolah tersebut, tidak pernah didedahkan kepada anak-anak dengan pertanyaan “Kenapa dan Mengapa”. Cita-cita pertama yang diterapkan juga oleh ibu-bapa dan guru di sekolah adalah doktor, jurutera, guru atau akauntan, tak pernah kedengaran cita-cita mereka adalah ahli fizik atau ahli matematik atau ahli pemikir. Mungkin budaya kita berbeza dengan budaya ketika zaman kanak-kanak Gerard ‘t Hooft, iaitu seorang ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1999 yang mana ketika itu beliau telah ditanyakan mengenai cita-cita beliau apabila dewasa kelak, beliau menjawab, beliau mahu menjadi seorang yang “Tahu segala perkara”.
Ahli fizik teori di Malaysia semakin hari semakin menyusut, hal ini turut diakui oleh Prof Shaharir Md Zain, melalui perbualan ringkas dengan beliau di UMT. Beliau mengeluh dengan kesusutan ahli fizik teori jika dibanding pada awal 70an, itupun ketika itu bilangan ahli fizik teori boleh dikira dengan jari, sekarang ini tak pastilah pula bilangannya, katanya sambil ketawa terbahak-bahak. Menjadi ahli fizik teori tidaklah mendamba kekayaan, cukuplah sekadar memenuhi kepuasan untuk mengetahui sesuatu yang sedikit tentang aturan alam. Bak kata Prof Freddy Permana Zen, (seorang ahli fizik teori Institut Teknologi Bandung, Indonesia dalam bidang Adisimetri dan Graviti Newtonian Terubahsuai) iaitu “Menjadikan bidang ini, bukanlah untuk kaya”. Penulis agak tertarik dengan kenyataan Prof Madya Ithnin dari UM iaitu “Orang yang mengkaji Teori Aditetali (merujuk kepada beliau dan saudara Anuar Alias) telah memenuhi fardhu kifayah untuk negara Islam, kerana teori tersebut telah didominasi oleh orang bukan Islam”
Wahai generasi baru, mulakanlah langkah kita semua untuk mendominasi bidang fizik teori meskipun kita telah ketinggalan daripada negara sedang membangun, malulah kita kepada negara Thailand dan Indonesia, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara Singapura, negara yang sudah membangun dalam bidang tersebut. Sebagai permulaan untuk mengorak langkahnya, maka adalah perlu kita semaikan kehidupan harian kita dengan perbincangan-perbincangan ilmiah di setiap masa meskipun dikala waktu makan tengahari. Kedua, jadilah seorang yang relevan, setiap perkara yang dibawakan atau yang didengar adalah fakta dan bukti begitu juga dalam berhujah. Ketiga, pupuklah sikap ingin tahu dan keghairahan untuk meneroka pengetahuan tentang alam tabii. Keempat, perkemaskanlah kemahiran dan pengetahuan matematik. Kelima, mendominasi setiap sektor professional dan penyelidikan. Keenam, ciptakan suasana ilmiah dirumah bersama keluarga, mungkin anak-anak itu berkemungkinan menjadi generasi penggerak kepada dunia penyelidikan, terutamanya bidang fizik teori.
Kesimpulannya disini bahawa halatuju fizik teori di Malaysia adalah negatif, memandangkan data dan pencerapan tak rasmi penulis adalah kabur untuk menyatakan bilangannya, ini menunjukkan bidang fizik teori adalah tenat. Manakala cabaran bagi perkembangan bidang fizik teori sudahpun bermula daripada pendidikan awal dirumah, seterusnya ke persekolahan, membawa kepada pendidikan di peringkat universiti dan kebangsaan, malahan ke peringkat dasar kerajaan dan menbantutkan usaha-usaha dan kesungguhan pentelahaan bidang fizik teori dilakukan, begitu jugalah isu-isunya yang telah dibincangkan.
Wallahu'alam
Rabu, 23 Jun 2010
Wal 'Asr
Tajuk perbincangan kita kali ini adalah seperti dibawah
ARAH MASA
Mungkin kita telah lama sedari bahawa peredaran masa bergerak dari Masa Lepas ke Masa Depan, itu semua kita telah sedia maklum. Mustahil kita pernah melihat perlanggaran atau kemalangan antara dua buah kereta yang mengorbankan pemandunya, kemudian tiba-tiba kita melihat akan fenomena-fenomena ganjil, iaitu serpihan-serpihan dari kemalangan atau perlanggaran tersebut langsung bercantum, kerosakan pada kereta tersebut mulai pulih, keretakan mula bersambung dan kematian sang pemandu mula sembuh dan kembali hidup, hal itu adalah sememangnya MUSTAHIL.
Tapi, mungkin kita tidak sedari bahawa jika kita merakam akan kejadian tersebut dan kemudiannya kita memutarbalikkan arah perjalanan video tersebut ke arah belakang (rewind) dan kita dapati seperti yang digambarkan pada perenggan di atas iaitu, serpihan-serpihan dari kemalangan atau perlanggaran tersebut langsung bercantum, kerosakan pada kereta tersebut mulai pulih, keretakan mula bersambung dan kematian sang pemandu mula sembuh dan kembali hidup. Kita dapati bahawa Arah Masa Ke Depan dan Arah Masa Ke Belakang adalah sama, penjelasan fizik menyatakan bahawa Masa tersebut adalah Simetri, Kesimetrian Masa.
DIBENARKAN?
Persoalannya adakah hal ini di benarkan? Beberapa model telah dibina mengenai Arah Masa, bagi pembaca yang sudah membaca karya popular Profesor Stephen Hawking antara buku beliau adalah The Universe in A Nutshell atau A Brief History of Time, mungkin pernah terbaca mengenai Arah Masa Kosmologi, Arah Masa Psikologi dan Arah Masa Entropi (Termodinamik).
Saya tidak mahu membincangkan mengenai model tersebut, tetapi penulis suka menimbulkan tanda tanya dan merintis keimaginasian pembaca terhadap fenomena fizik yang pelik, tambahan pula penulis seorang yang berfahaman "Imagination better than Knowledge" ini adalah petikan Einstein yang terkenal. Apa yang ingin ditimbulkan oleh penulis ialah "Kesan masa ke belakang terhadap parameter fizik"
Jika kita aplikasi masa ke arah belakang, maka selang masa atau julat tersebut mempunyai tandaan -∆t = -(t_selepas - t_sebelum), maka kita dapati beberapa parameter fizik yang terpengaruh, berubah atau terkesan hal ini kita kenali sebagai parameter ganjil (Simetri) dan beberapa parameter fizik yang lain pula tidak terpengaruh atau tidak berubah atau tidak terkesan, manakala ini pula kita kenali sebagai parameter genap.
Antara contoh parameter fizik ganjil adalah halaju, jika diperihalkan masa ke arah belakang kita dapati halaju juga akan berubah, iaitu berlaku perubahan vektor atau arah halaju tersebut (cuba gantikan ∆t dengan -∆t dalam persamaan v = ∆x/∆t).
Manakala contoh paramater genap pula adalah pecutan, meskipun kita memperihalkan prinsip "arah masa ke belakang" ia tidak sama sekali memberi kesan kepada pecutan, ini boleh dilihat daripada matematik strukturnya iaitu mengantikan ∆t dengan -∆t dalam persamaan pecutanny, a = ∆/∆t(∆x/∆t)=∆∆x/∆t.∆t = ∆^2x/(∆t)^2, kemudian keputusan mendapati pecutan tersebut masih positif dengan kata lain ia adalah simetri terhadap arah masa ke belakang. Begitu juga halnya yang berlaku pada parameter fizik kedudukan kerana parameter tersebut kita sedia maklum bahawa ia tiada parameter masa dalam persamaannya.
Disini telah disenaraikan beberapa parameter fizik klasik yang genap dan ganjil
Genap
Kedudukan x
Pecutan a
Daya F
Tenga E
Medan elektrik E
Keupayaan elektrik V
Sesaran elektrik D
Ketumpatan elektrik
Polarisasi elektrik
Tensor Maxwell
Jisim m
Cas Q dan Pemalar Fizik yang lain
Ganjil
Masa t
Halaju v
Momentum linear p
Momentum sudut L
Keupayaan vektor elektromagnetan A
Induksi magnetik B
Medan magnet H
RUMUSAN
Ringkasnya, jika sebuah kereta HONDA CITY (idaman penulis) mengalami pecutan dengan arah pecutannya ke depan, JIKA diaplikasikan prinsip masa ke arah belakang, tafsiran matematik memberitahu kita bahawa kereta tersebut akan terus ke depan dengan nilai magnitud dan arah pecutan yang sama, ini agak bertentangan dengan "Rakaman video yang diputarkan arah rakamannya ke belakang"
Berbeza pula jika sebuah motorsikal superbike KAWASAKI Ninja 250R (idaman penulis) mengalami halaju yang malar, maka matematik struktur bagi aplikasi prinsip masa ke arah belakang menunjukkan bahawa motor tersebut akan ke arah belakang, dan ini bersesuaian dengan rakaman video yang diputarkan rakamannya ke belakang (rewind)".
Pelik bukan? Tak hairanlah banyak falsafah diutarakan mengenai masa, kerana masa adalah satu benda yang merumitkan.
Wal 'Asr. (Demi MASA)
Wallahu'alam
Rabu, 16 Jun 2010
Menemani Anak Sepupu Menonton Siri Kartun Spongebob Squarepants
Saya tertarik akan plot dalam siri tersebut iaitu Spongebob mengalami kerosakan kotak ketawa. Beliau langsung bertanyakan Sandy (Si Tupai) mengenai penjelasan saintifik terhadap kotak ketawa beliau.
Maka Sandy menyarankan Spongebob supaya membaca beberapa buah buku mengenai "teori ketawa", antaranya yang membuat saya ketawa ialah buku yang disarankan Spongebob baca adalah buku "Teori Ketawa Kuantum"
Hahahahahahaha....... [Geleng kepala saya]
Selasa, 15 Jun 2010
Dua Pen 'Marker' Biru Di Dalam Dewan Kuliah Di Tangan Sang Peleter Di Hadapan Sekumpulan Pendengar Yang Setia
Pengalaman Perkuliahan saya
Lagi sepuluh minit, kuliah TFA3023 Pengenalan Mekanik Kuantum saya akan bersurai, kedengaran suara-suara kecil rungutan dari pelajar-pelajar saya yang ingi kelas tersebut disuraikan lebih awal.
"Encik, habis kelas awal la yer, encik. Dah tepu dah nih..." kata salah seorang dari mereka. Balas saya dengan senyuman, "Ehh... Tak boleh nih, kita kena berhenti seperti biasalah"
Melihat akan telatah pelajar-pelajar saya kian membosan di hujung masa akhir kelas. Maka saya pun mengambil dua pen 'marker' biru dan diangkat pen tersebut pada kedua belah tangan saya dan berkata,
"Baik, cuba kamu semua lihat pen biru di sebelah kanan saya, dan sebelah kiri saya"
Tambah saya lagi, "Jika dalam KLASIK, kita akan cakap; Pen Biru A berada di sebelah KANAN saya dan Pen Biru B di sebelah KIRI saya. Tetapi berbeza dalam KUANTUM, kita TAK BOLEH cakap seperti begitu kerana Pen Biru A dan B adalah dalam satu keadaan atau sistem"
Sambil menulis di papan putih
Kes Simetrik (utuk kes zarah yang mematuhi statistik kuantum Bose-Einstein)
|Psi> = a.|Pen A, Pen B> + b.|Pen B, Pen A>
Kes Antisimetrik (untuk kes zarah yang mematuhi statistik kuantum Fermi-Dirac)
|Psi> = a.|Pen A, Pen B> - b.|Pen B, Pen A>
Saya meneruskan lagi penerangan saya lagi, "Dari persamaan yang kita lihat, kita akan cakap kemungkinan Pen Biru A berada di tangan kanan saya atau sebaliknya, ATAU kemungkinan Pen Biru B berada di tangan kiri saya atau sebaliknya ATAU Pen Biru A dan B berada di tangan kanan saya dan Pen Biru A dan B berada di tangan kiri saya. Kes simetrik pula bermaksud untuk kes zarah berspin integer n=0,1,2... iaitu zarah boson dan kes antisimetrik pula adalah untuk kes zarah berspin separa integer n=1/2, 3/2... iaitu zarah Fermion. Topik ini kamu akan belajar dengan saya, insyaallah jika saya diberikan peluang untuk mengajar pelajar Master nanti"
"Jika dilihat lagi, memang tak masuk akal dan ini mencabar kamu punya pegangan dan pasti kamu tak akan menerimanya, kerana apa yang berlaku dalam mekanik kuantum adalah KEBARANGKALIAN semata-mata dan fenomena ini kita kenali sebagai ZARAH SEIRAS, sekian terima kasih"
Saya terus ke pintu dan beredar dari kelas tersebut.
___________________________________________________

Zarah Seiras juga berlaku untuk Pen Marker Biru lebih dari dua.
:-D
Wallahu'alam
Isnin, 14 Jun 2010
Dilemanya Daku Akan Mekanik Kuantum
Mekanik kuantum banyak memberikan kepelikan kepada falsafah fizik dan pandangan kita tentang alam sarwajagat ini. Kepelikannya adalah disebabkan konsep mekanik kuantum itu sendiri dan kita mesti akui kerana aplikasi konsep-konsepnya banyak memberi kepada kita akan teknologi yang kita kecapi sekarang yang kebanyakannya daripada aplikasi konsep-konsep mekanik kuantum tersebut (konsep dualiti, pendiskretan, pengukuran dan kebarangkalian).
Dilemanya bermula begini
Cuba pembaca diRahmati Allah bayangkan seekor kucing diletakkan ke dalam sebuah kotak yang mengandungi gas sianida, penukul, sebiji atom beradioaktif dan pembilang Geiger. Penukul tersebut dihubungkan kepada pembilang Geiger yang mana pembilang Geiger bertujuan untuk mengesan sinaran beradioakatif. Penukul tersebut akan menghentak dan membebaskna gas sianida jika pembilang Geiger tersebut mengesan sebarang reputan atom beradioaktif, yang kemudiannya gas sianida tersebut akan membunuh kucing tersebut.
Baik kritikan mekanik kuantumnya begini,
Sebelum kotak itu dibuka dan dilihat, mekanik kuantum telah menyatakan bahawa kucing dalam kotak tersebut secara 'serentaknya' adalah HIDUP dan MATI, iaitu berlakunya KESUPERPOSISIAN (Superposition) bagi dua keadaan, iaitu keadaan hidup |Hidup> dan keadaan mati |Mati> (state of quantum mechanics). Ini berlaku kerana pereputan sebiji atom beradioaktif tersebut adalah bersifat KEBARANGKALIAN dan mematuhi Mekanik Kuantum, lebih menarik lagi kita bersifat manusiawi (lemah dan daif lagi naif) tidak mempunyai cara lain untuk mengetahuinya keadaan kucing tersebut melainkan dengan membuka kotak tersebut untuk menentukan sama ada berlakunya pereputan tersebut, jika berlaku bermakna kucing tersebut MATI jika tidak maka ia adalah sebaliknya
Fungsi gelombang Ket bagi kucing tersebut, |Kucing> adalah mungkin boleh ditulis begini;
|Kucing> = a.|Hidup> + b.|Mati>
yang mana; fungi gelombang atau keadaan hidup dan mati adalah |Hidup> dan |Mati> masing-masing. Manakala "a" dan "b" adalah pemalar penormalan, yang mempunyai nilai masing-masing (dalam kes ini mungkin kedua pemalar tersebut mempunyai nilai sama iaitu 2^-1/2)

Imej ini diambil dari wikipedia.
Keanehannya tidaklah berhenti begitu sahaja, tetapi keanehannya berlaku lagi (hahahaha....) iaitu berlakunya paradoks yang kita kenali sebagai 'Masalah Pengukuran'. Masalah Pengukuran boleh diertikan dengan perkataan penulis sendiri iaitu Tindakan pengukuran menyebabkan 'keadaan' runtuh kepada hasil tertakrif.
Dengan bahasa yang mudah bahawa, tindakan membuka kotak tersebut dalam menentukan sama ada kucing tersebut mati atau hidup telah mempengaruhi hasilnya. Pelik bukan bunyinya, hahahaha.... Paradoks ini telah dicadangkan oleh Erwin Schrodinger dalam makalah beliau yang bertajuk "Die gegenwärtige Situation in der Quantenmechanik (The present situation in quantum mechanics)" pada tahun 1935, klik sini. Maaf sedikit selingan, lihat perintis mekanik kuantum pun menulis makalah ilmiah beliau dalam bahasa ibunda atau bahasa lidahnya iaitu Deustch. Tambahan lagi, beliau cuba untuk memperketengahkan salah satu citra dalam mekanik kuantum yang agak janggal untuk diitikad iaitu "Memberikan jawapan TIDAK pada kemudiannya adalah tidak masuk akal dan lagi ia masih boleh diterima sekiranya tindakan pengukuran boleh memberi kesan (iaitu kesan kepada hasil dapatan tertakrif)"
Kesimpulan
Penerangan diatas mengenai KUCING SCHRODINGER dengan memerlukan imaginasi yang agak pelik iaitu:
1) Sebelum kotak dibuka, kucing tersebut adalah HIDUP dan MATI, saya ulang sekali, kucing tersebut berada dalam keadaan HIDUP dan MATI (Inilah apa yang mekanik kuantum telah maksudkan)
2) Selepas kotak tersebut dibuka barulah tindakan kita tersebut mempengaruhi hasil dapatan akhir yang tertakrif sama ada HIDUP atau MATI
[Boleh tak bayangkan???]
Saya mula merepek dan terus merepek...
"Memberikan jawapan YA atau TIDAK apabila Ketua Jabatan menyuruh kita melakukan satu arahan tugas adalah TIDAK BERLAKU dalam Mekanik Kuantum, jawapan yang patut pembaca berikan kepada Ketua Jabatan adalah MUNGKIN, kerana jawapan YA atau TIDAK adalah sangat pelik dalam dunia mekanik kuantum."
Hukum Alam Tabii semuanya dari Allah Empunya Alam Sarwajagat ini, apa yang harus kita dambakan adalah sebutan Wallahu'alam
Isnin, 31 Mei 2010
Penghargaan
Penghargaan kedua diajukan kepada ahli jabatan fizik (juga matan Ketua Jabatan) Dr. Nurulhuda Abd Rahman yang juga bersama-sama ditukarkan ke fakulti tersebut. Dr Nurulhuda seorang yang pakar dalam bidang pendidikan dan pengajaran (pada pandangan peribadi saya). Beliau juga banyak mengajar saya mengenai pengajaran dan pembelajaran sewaktu saya menyelia Latihan Mengajar dan sewaktu saya sendiri menjalani Latihan Mengajar, juga memberikan pendedahan kepada saya mengenai penyelidikan dalam bidang pendidikan. Saya masih teringat kata-kata beliau kepada saya iaitu "Jabatan kita masih tiada hala tuju, tak tahu ke mana arahnya". Saya fikir balik apa yang beliau cakap seperti ada betulnya juga. Saya berharap agar ahli Jabatan Fizik yang akan balik dari D.Fal mereka akan membina empayar fizik yang baik di universiti ini seperti Puan Mazlina Darus, Faralisa, Sharul Kadri, Puan Izan Roshawaty dan Encik Kamal Ariffin (sudah pulang dan siapkan penulisan disertasi beliau). Saya berharap kepada kamu sekalian, insyaallah.
Terima kasih diucapkan kepada beliau juga.
Manakala matan Timbalan Dekan Penyelidiakan dan Siswazah Fakulti Sains dan Teknologi (nama lama Fakulti Sains dan Matematik FaSM) iaitu Prof Madya Dr. Noor Shah Bin Saad yang juga ditukar ke fakulti tersebut. Saya pernah bekerja di bawah beliau sewaktu mengendalikan persidangan antarabangsa iaitu International Conference Teaching & Learning Higher Education, ICTLHE di Hotel Lagenda. Beliau seorang yang berdedikasi meskipun kami (saya dan Encik Lim Kian Boon) agak kurang berpengalaman untuk melibatkan diri dalam hal-hal tersebut. Beliau agak sukar untuk memarahi pekerja-pekerjanya, maka kami mengambil inisiatif bersunggugh-sungguh untuk membuatkan beliau tidak berasa marah kepada kami. Beliau berasal dari Utara (Pulau Pinang) dan saya juga berasal dari Utara (Perlis), maka perbualan di antara kami agak lancar kerana loghat atau pelet negeri yang hampir sama.
Pandangan Peribadi Saya Terhadap Fakulti
Saya lihat semua kakitangan akademik di fakulti, masing-masing mempunyai potensi yang hebat, dari segi aspek KEINTELEKTUALAN dan KESUNGGUHAN, tapi tiada pemandu atau arah tuju. Mereka tidak tahu memulakan rentak. Apa yang saya lihat mereka merungut atas faktor FASILITI, SUMBER MANUSIA (pelajar yang bersungguh dalam penyelidikan), POLISI, PENGURUSAN HAL REMEH TEMEH (Contoh ISO Kualiti)
Saya agak memuji akan fakulti saya berbanding dengan fakulti lain (pada pandangan peribadi saya). Kenyataan ini tidaklah mengampu, wal-iyya'udzubillah saya tegaskan saya tidak mengampu. Tapi itu benar.
Saya lihat dari aspek profesionaliti, kecendekiawanan dan kesungguhan, fakulti sayalah yang mendapat tempat pertama. Ini dapat dibuktikan dengan ANUGERAH KUALITI ISO, pengakuan dari Timbalan Naib Canselor Akademik dan Ko-Kurikulum dan pujian diberikan dari Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi ke atas fakulti saya. Ditambahkan lagi dengan kemenangan penyelidikan dan inovasi pameran-pameran yang mendapat pelbagai pingat dan tiada kedengaran tindakan tatatertib dikenakan berbeza dengan fakulti lain, yang juga ada kedengaran.
Gaya bersosial di antara ahli fakulti lelaki-perempuan ada batasnya, pendek kata tak lok-lak (bahasa Utara). Sekali saya tegaskan di sini memang seronoklah dengan suasana kerja di sini jika difikirkan dalam-dalam.
Penghargaan juga ingin diucapkan kepada rakan-rakan Jabatan Fizik yang muda-muda lagi "Best" iaitu: Dr. Rosazley, Encik Wan Zul Adli, Puan Izan Roshawaty (sambung belajar ke RMIT) dan Encik Roszairi, tidak lupa juga kepada Puan Suriani (sambung belajar ke UiTM Shah Alam). Terlupa pula, kepada Prof Madya Dr. Abdul Rahman Omar yang sekarang dalam proses untuk bersara kerana faktor masalah kesihatan. Meskipun beliau dikenali sebagai 'komputer' atau 'mesin penanya soalan fizik' tapi beliau seorang yang sangat baik (saya mengenali beliau dengan lebih mendalam, saya rasalah.)
Penghargaan juga di ajukan kepada Dr. Norjan Yusof, keran sudi membuat kerja saya dalam hal-hal Dokumentasi PBL meskipun beliau bukanlah dari jawatankuasa tersebut
Penghargaan yang gah saya berikan kepada:
1) Dr Rosazley
2) Dr Syed Abdul Malik
3) Prof Dr Rosly
Kerana mereka bertiga bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya kakitangan akademik di Jabatan Fizik, meskipun saya merasakan diri saya seorang yang sangat tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut, kerana masih merasakan diri kekurangan ilmu untuk di ajarkan kepada anak bangsa dalam memandaikan mereka. Jangan bimbang saya tidak akan menghampakan kesungguhan kamu bertiga. Terima kasih diucapkan kepada kalian.
Sebenarnya penulisan ditujukan penghargaan kepada Dr Razak Abdul Samad, Dr. Nurulhuda Abdul Rahman dan PM Dr. Noor Shah Bin Saad. Tak tahu macamana boleh saya 'melalut' sampai begini sekali. Hahahahahaha....
Apapun Jazakumullahkhairan katsirah diucapkan kepada semua.
Ahad, 30 Mei 2010
Ultraman Taro menegur saya, "What's up dude?"
Idea untuk mendapatkan teori yang satu (Teori segala perkara) telah lama disedari, ia bermula pada hujung abad ke-18, iaitu ketika Sir James Clerk Maxwell telah menerbitkan persamaan atau teori yang menyatukan prinsip magnetisme dan keelektrikan dalam satu teori yang kini kita kenali dalam silibus-silibus utama Sarjanamuda Fizik sebagai keelektromagnetan (elektromagnetisme). Daripada penyatuan dua teori separa tersebut (keelektrikan dan kemagnetan) telah berjaya meramalkan bahawa laju cahaya dalam ruangan vakum bernilai 2.98x10^8 m/s yang tidak bersandar kepada rangka rujukan inersia.
Untuk makluman lagi, idea penyatuan telah lama juga direkodkan, ia telah didahului oleh Sir Isaac Newton yang cuba menyatukan konsep “Syurgawi” dengan “Duniawi” dalam teori beliau mengenai graviti (ini boleh dilihat dalam buku beliau Principia), tambahan lagi Newton seorang yang berpegang teguh kepada agama Kristian Katolik beliau, kenyataan ini juga diperkuatkan lagi selepas beliau menerbitkan Hukum Mekanik yang berketentuan, kemudian beliau terus beredar dari dunia kajian fizik dan menceburi dalam bidang kimia, ini adalah kerana beliau mendapati bahawa Hukum Mekanik tersebut tiada memperihalkan konsep campurtangan Tuhan dalam hukum alam, dengan kata lain kita dapat menentukan projektil dan arah (kedudukan) zarah tersebut tanpa memerihalkan campurtangan Tuhan dalam menententukan arah dan projektil zarah tersebut. Pada pendapat penulis, idea penyatuan ala Newtonian lebih terarah kepada agama beliau.
Kemudian, pada beberapa dekad awal kurun ke-19 iaitu sekitar 1900 – 1930, dekad-dekad emas bagi pembinaan awal Fizik Moden. Idea penyatuan teori yang diterbitkan secara tidak sengaja, iaitu teori separa Prinsip Gelombang dan Hukum Mekanik, telah disatukan dengan memperketengahkan prinsip kedualan zarah-gelombang yang menghubungkan pembolehubah zarah mekanik dengan pembolehubah gelombang dengan melibatkan pemalar Planck (h = 1.054x10^-34 Js atau ћ, ћ = h/2π). Ini bermaksud penerangan fenomena gelombang dan mekanik boleh diterangkan dengan hasil penyatuan teori ini, yang kita kenali sebagai Mekanik Kuantum. Sedikit keanehan daripada prinsip penyatuan ini ialah penentuan nilai-nilai fizikal adalah kebarangkalian semata-mata (ketaktentuisme) dan bersandar kepada kebolehcerapan pembolehubah tersebut pada sistem mekanik kuantum tersebut.
Disamping Mekanik Kuantum yang diperkenalkan, Teori Kenisbian Am juga dicadangkan dan diperkenalkan secara bersama oleh fizikawan pada masa tersebut. Teori Kenisbian Am adalah penerangan yang baik untuk jasad berskala besar berbanding Mekanik Kuantum untuk penerangan jasad yang berskala mikroskopik. Sebelum Teori Kenisbian Am diperkenalkan, ia telah didahului dengan pembinaan Teori Kenisbian Khas yang memerihal akan fenomena objek yang berkelajuan tinggi mendekati laju cahaya, yang juga menampilkan pelbagai konsep-konsep fizik yang baru dan moden. Teori Kenisbian Khas juga penyumbang awal kepada pembinaan Fizik Moden.
Penyatuan Mekanik Kuantum dan Teori Kenisbian Khas juga mencorakkan kepada pembinaan fizik moden, yang mana ia cuba memerihalkan model-model zarah berskala mikroskopik yang bergerak dengan halaju yang sangat tinggi menghampiri laju cahaya (kes-kes zarah relativistik). Idea tersebut telah dilakukan oleh Oskar Klein dan Walter Gordon pada tahun 1925 dengan percubaan untuk memperbaiki persamaan Schrodinger (zarah tak-relativistik) supaya ia tekal dengan Teori Kenisbian Khas bagi kes-kes zarah relativistik. Mereka berjaya untuk memanipulasi persamaan Schrodinger yang tak linear antara kebezaan koordinat ruang dan masa kepada kelinearan kebezaan koordinat ruang dan masa tersebut yang kemudiannya ia tekal dengan kes-kes zarah relativistik yang kita kenali sebagai persamaan Klein-Gordon
Meskipun persamaan Klein-Gordon berjaya menerangkan kes-kes zarah relativistik, namun ia terhad kepada zarah-zarah Boson sahaja iaitu zarah-berspin integer (s = 0, 1, 2…) seumpama zarah Foton, zarah W dan Z dan juga zarah graviton (dengan kata lain tolok medium interaksi) tidak kepada zarah Fermion. Masalah tersebut diselesaikan oleh Paul Dirac (1927, 1928), hasil beliau itu dikenali sebagai persamaan Dirac iaitu persamaan gelombang mekanik kuantum relativistik memerihalkan zarah-zarah relativistik Fermion berspin separa integer (s = ½ , 3/2 …). Persamaan ini juga merupakan penyelesaian kepada persamaan Klein-Gordon dan persamaan Dirac juga adalah persamaan berpunca kuasa dua daripada persamaan Klein-Gordon yang mempertimbangkan matrik-matrik 2x2 Pauli (yang mematuhi Prinsip Pengecualian Pauli) dalam persamaannya. Penemuan yang agak menarik daripada persamaan Dirac ialah ia meramalkan kewujudan zarah anti-jirim (tafsiran fizikal daripada tenaga negatif), yang berbeza casnya tapi sama jisimnya dengan zarah jirim asalan.
Kejayaan dua persamaan tersebut (persamaan Dirac dan Klein-Gordon) telah membuka ruang kepada penerokaan teori-teori dan idea-idea fizik yang baru, antara cubaan fizikawan selanjutnya ialah percubaan untuk menguantumkan medan (medan yang memerihalkan sesuatu sistem zarah yang bersandarkan kepada ruang masa), yang mana ia lebih baik dan lebih cekap (efisyen) berbanding daripada penguantuman titik dalam ruangmasa sebagai perwakilan bagi zarah. Ringkasnya, penguantuman medan telah dilakukan ke atas setiap interaksi asas semesta (Interaksi asas semesta tersebut ialah Kuat, Lemah, Keelektromagnetan dan Graviti) dengan konsep asas bahawa setiap interaksi yang berlaku, ia mesti bertindak melalui zarah medium atau kita kenalinya sekarang sebagai tolok, yang mana ia adalah zarah Boson berspin integer. Hal ini berlaku apabila berlaku ketakseimbangan jumlah jisim dan momentum dalam interaksi tersebut (jumlah jisim sebelum interaksi tidak sama dengan jumlah jisim selepas interaksi).
Oleh itu Richard Feynmann telah mencadangkan akan kewujudan zarah medium ketika interaksi, tetapi pada selang masa yang sangat singkat dan tak mungkin dicerap dengan teknologi pada masa tersebut. Kejayaan Richard Feynmann yang terbesar dalam Mekanik Kuantum Moden adalah beliau telah memperkenalkan Rajah Feynmann yang lebih efisyen untuk memerihalkan interaksi zarah-zarah dalam fenomena fizik tenaga tinggi dan fizik zarah. Untuk makluman pembaca, semua interaksi dapat dikuantumkan medannya, kecuali interaksi graviti yang mana kebanyakan daripada ahli fizik teori menganggapkan bahawa interaksi atau daya graviti adalah interaksi yang paling misteri dan unik (Penulis tertarik dengan petikan sastera Inggeris mengenai kemisterian dan keunikan graviti iaitu “Gravity always Wins” dan daripada Albert Einstein, “Gravity cannot be held responsible for people falling in love.”)
Setiap tolok medium interaksi semesta tersebut ia telah dirujuk kesimetriaannya melalui pemerihalan bermatematik iaitu dengan Kumpulan Lie daripada Aljabar Lie. Makalah ini tidak membincangkan pemerihalan bermatematik, cukuplah sekadar memaklumkan matematik yang digunakan dalam fizik tenaga tinggi dan fizik zarah. Simetri tolok Interaksi Kuat diwakilkan dengan kumpulan SU(3) iaitu Kumpulan Kesatuan Khas berdarjah 3 (Special Unitary group of degree 3). Teori yang terperinci mengenai Interaksi Kuat dikenali sebagai Kromodinamik Kuantum (atau Warnadinamik Kuantum, kerana cas-cas bagi kuark dan gluon dalam interaksi kuat diwakili dalam bentuk warna, merah, biru dan hijau Pelik bukan). Interaksi Kuat adalah yang bertanggungjawab ke atas kestabilan nukleus antara neutron dan proton, juga kestabilan nukleon itu sendiri (neutron dan proton) iaitu interaksi antara kuark-kuark dalam nukleon itu sendiri disebabkan oleh zarah tolok “gluon” (datang dari perkataan glue iaitu gam) sebagai tolok medium yang berinteraksi diantara zarah-zarah kuark.
Interaksi Lemah pula bertanggungjawab ke atas pereputan bahan beradioaktif, manakala Interaksi Keelektromagnetan pula memerihalkan interaksi di antara zarah-zarah bercas dengan kata lain ia memerihalkan hal-hal yang mengenai daya-daya cas Coulomb. Simetri tolok Interaksi Lemah dan Keelektromagnetan masing-masing diwakili oleh kumpulan Lie (kumpulan simetri tolok) SU(2) dan U(1). Lebih menarik lagi, dua interaksi ini merupakan satu teori yang bersatu pada aras tenaga penyatuan, 100GeV. Teori tersebut yang kita alami sekarang menjadi separa kerana disebabkan oleh faktor tenaga yang rendah setiap hari, penyatuan teori tersebut kita kenali sebagai Interaksi Elektrolemah dengan tolok mediumnya diwakili oleh kumpulan simetri SU(2)xU(1), yang mana ia juga mengalami kecabulan simetri berspontan menjadi simetri menjadi kumpulan simetri tolok U(1). Tolok medium Elektrolemah pula adalah zarah boson W, Z dan foton. Fenomena Elektrolemah juga diramalkan hanya berlaku pada awal kelahiran alam semesta (Deguman Besar) dengan suhu yang cukup panas, iaitu untuk fenomena Elektrolemah itu boleh berlaku pada suhu sekitar 10^15K. Penyumbang-penyumbang utama untuk penyatuan interaksi lemah dan elektromagnet diantara zarah-zarah fizik asas ialah Abdus Salam, Sheldon Glashow dan Steven Weinberg. Daripada hasil sumbangan ini, mereka dianugerahkan dan berkongsi Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1979.
Kita tinggal sebentar perbincangan mengenai penguantuman medan-medan interaksi atau dengan nama lain, Teori Medan Kuantum. Kita beralih arah sejenak kepada usaha-usaha penyatuan graviti dengan prinsip disiplin yang lain. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, semua interaksi asas semeta telah dikuantumkan kecuali interaksi graviti (mungkin interaksi graviti adalah interaksi paling degil dan keras kepala sebab Gravity Always Wins). Namun terdapat beberapa usaha-usaha untuk menyatukan graviti dengan Keelektromagnetan, antara pelopor-pelopornya ialah Albert Einstein, Gunnar Nordstrom, Theodor Kaluza, Oskar Klein, Hermann Weyl dan Arthur Eddington. Beza diantara usaha penyatuan graviti-elektromagnetism Gunnar Nordstrom dengan Theodor Kaluza dan Oskar Klein ialah Nordstrom (1913) lebih cenderung kepada penyatuan graviti-elektromagnetism dengan pendekatan kaedah penghampiran dan ia lebih terarah kepada penyelesaian teori kenisbian lanjutan, manakala Kaluza-Klein pula lebih kepada kaedah analitik terhadap penyatuan tolok keelektromagnetan dengan graviti dengan andaian tolok keelektromagnetan tersebut tergulung sehingga tak boleh dicerap secara nyata. Kejayaan kedua-dua teori tersebut adalah dengan memperkenalkan 5-matra ruangmasa dalam teori mereka(4-matra ruangmasa + 1 lebihan matra ruang). Hermann Weyl (1918) pula memperkenalkan Teori Tolok Weyl sebagai cubaan untuk menyatukan medan keelektromagnetan dengan medan graviti sebagai model bercirikan geometri ruang masa, meskipun teori tersebut agak gagal untuk menyatukan graviti-elektromagnetism (untuk makluman Weyl adalah perintis fizik moden yang memperkenalkan konsep tolok, dan beliau haruslah diterima kasih akan usaha beliau). Albert Einstein dan Arthur Eddington pula juga penyumbang kepada penyatuan tersebut secara tidak langsung, tambahan pula Einstein mengimpikan Teori Kesatuan menerusi falsafah tentuisme atau determinisme (Teori Segala Perkara Ala Einstein), Eddington pula sememangnya mengimpikan teori tersebut yang beliau kenali sebagai Teori Fundamental (Fundamental Theory), tetapi beliau menggunakan pendekatan yang agak tradisional.
Teori Medan Kuantum boleh dikaji secara fenomenologi dan lebih nyata berbanding dengan Teori Graviti Moden (ala Nodstrom, ala Kaluza-Klein, dan ala Einstein), kerana Teori Medan Kuantum boleh dikaji dengan pemecut-pemecut zarah bertenaga tinggi, meskipun keputusan yang diperolehi dan didapati kebanyakan bukti secara tidak langsung atau bukti sekunder. Setelah kejayaan penyatuan Teori Interaksi Lemah dengan Keelektromagnetan berjaya, terdetik keinginan oleh ahli fizik untuk menyatukan teori Elektrolemah (Lemah + Elektromagnetan) dengan Kromodinamik Kuantum (teori Interaksi Kuat) dengan pendekatan pernormalan-semula kumpulan simetri tolok (renormalization) iaitu SU(3)xSU(2)xU(1), yang dikenali sebagai nama Teori Kesatuan Gedang (penamaan ini diperolehi sewaktu penulis mengikuti kursus Fizik Tenaga Tinggi di UKM, 2002) atau nama Inggeris, Grand Unified Theory (GUT). Teori Kesatuan Gedang juga dikatakan telah berlaku pada permulaan kelahiran alam semesta iaitu ketika selepas 10^-16 saat deguman besar, atau dengan tenaga asasnya sekitar 10^14 GeV (terdapat andaian juga yang mengatakan bahawa 4 interaksi asas semesta tersebut bergabung pada tenaga 10^16 GeV iaitu dikenali sebagai skala Planck, dengan sedikit pembaikian model tersebut dengan penambahan perisa Prinsip Adisimetri). Teori Kesatuan Gedang juga dikenali sebagai Melewati Model Lazim disamping idea Tekniwarna (Technicolor) {Minta maaf jika saya tersalah transliterasikan ungkapan Beyond Standard Model}
Pelbagai idea dan model secara matematik teori kumpulan telah dicadangkan antaranya ialah SU(5) yang terhasil daripada peringkasan SU(3)xSU(2)xU(1) dan seterusnya kumpulan simetri tolok tersebut menjadi SO(10) iaitu Ortogonal Khas berdarjah 10 (Special Orthogonal degree of 10). Selain itu kumpulan simetri tolok yang dicadangkan adalah; SU(3)xSU(2)LxSU(2)RxU(1) {mempertimbangkan simetri kekiralan kiri-kanan), model Georgi-Glashow SU(5), SU(5)xU(1), model Pati-Salam SU(4)xSU(2)xSU(2), SU(3)xSU(3)xSU(3), SU(6) dan heterotik E6.

Sila klik gambarajah ini, untuk melihat dengan lebih jelas berserta penerangannya.
Gambarajah ini dibina dengan penggunaan perisian Paint . Rendah dirinya, menyatakan bahawa penulis adalah seorang yang BUTA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Seterusnya kita akan memperbincangkan secara ringkas yang telah menjadi objek atau entiti keghairahan bagi penulis untuk menceburinya dan menjadi cita-cita setiap umat yang bergelar ahli fizik teori dari kalangan fizik tenaga tinggi, fizik zarah, fizik kosmologi dan falsafah fizik, iaitu Teori Segala Perkara atau Teori Segala-gala. Ini juga dibincang dengan meluas dan popular dalam karya-karya fizik terulung antaranya ialah A Briefer History of Time – Professor Stephen Hawking dan The Elegant Universe – Professor Brian Greene. Usaha-usaha untuk menyatukan Mekanik Kuantum dan Teori Kenisbian Am (mengenai graviti) telah menerbitkan pelbagai cadangan dan usulan teori atau model yang masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Daripada kesatuan yang dicadangkan telah menerbitkan teori-teori yang masing-masingnya berbeza dari segi prinsip, kaedah, matematik struktur, idea konsep dan falsafahnya, antaranya ialah yang paling popular dan menjadi trend kepada ahli fizik teori untuk menceburinya iaitu Teori Aditetali, yang memperihalkan objek yang sangat kecil (sekitar 1.616 x10^-35 cm) yang menjadi prinsip asas bagi penyatuan idea Kuantum dan Kenisbian Am. Idea Aditetali menyatakan bahawa mod-mod getaran tetali memberikan kepelbagaian jenis zarah asas alam semesta termasuk zarah graviton iaitu tolok medium interaksi graviti dan gravitino pula adalah zarah jirim dan zarah adirakan kepada zarah graviton menerusi prinsip Adisimetri. (Makalah ini tidak membincangkan secara berlanjutan mengenai Teori Aditetali).
Selain cadangan tetali tersebut sebagai zarah asas atau entiti asas semesta, ia juga telah diperkembangkan kepada idea Membran iaitu jasad terlanjut daripada idea tetali, yang memerlukan matra 11 untuk memerihalkannya (manakala Teori Aditetali memerlukan 10 matra untuk tetali tersebut berkelakuan baik secara fizikal). Teori Adimembran (Prinsip Aditetali + Jasad mebran) juga dikenali dengan nama Teori-M yang juga merupakan kajian D.Fal (Ph.D) saudara Anuar Alias dari Universiti Malaya yang mengkaji Lohong Cacing (Wormholes) menerusi perspektif Teori-M..
Selain teori aditetali dan Teori M, model Adigraviti juga diboleh dicalonkan sebagai calon-calon Teori Segala Perkara, bezanya ialah Adigraviti terbit daripada penggunaan dan penerbitan bermatematik yang agak sukar (dengan kata lain, idea ini sekadar tafsiran bermatematik, berbeza dengan teori aditetali yang memerihalkan sesuatu yang boleh dimaginasikan). Adigraviti ini terbit daripada penggunaan Prinsip Adisimetri ke atas Graviti melalui aplikasi konsep kelokalan atau kesetempatan (merupakan prinsip daripada Teori Kenisbian Am) ke dalam Prinsip Adisimetri. Tambahan lagi, matra-matra yang dibenarkan adalah lapan matra dan bilangan penjana adisimetri yang terbenar juga terhad kepada lapan bagi empat matra ruangmasa.
Graviti Kuantum Gelung (GKG) juga tersenarai dalam calon-calon Teori Segala Perkara, GKG adalah model yang agak berasaskan kepada geometri (geometri kuantum) yang mencadangkan bahawa teori kuantum bagi ruangmasa dengan cubaan untuk menggabungkan teori-teori mekanik kuantum dan Teori Kenisbian Am iaitu dengan ruangmasa telah dibayangkan sebagai fabrik halus dikuantumkan secara tergelung pada medan graviti teruja, ia dikenali sebagai jaringan spin. Pendek kata, GKG adalah cubaan untuk menguantumkan geometri ruangmasa terlengkung (yang juga memerihalkan graviti). Teknik penguantuman gelung tersebut dilakukan melalui penguantuman tak-terusik diffeomorfism iaitu teori tolok invarian.
Secara peribadinya, penulis katakan bahawa GKG adalah calon yang mendapat tempat kedua selepas Teori Tetali atau Teori M, sebab ia tiada banyak masalah yang dihadapi olehnya (mungkin kajian mengenai GKG adalah kurang). Untuk makluman lagi di Malaysia, seorang pelajar sedang membuat kajian D.Fal nya mengenai GKG, iaitu Maej Masnora di bawah seliaan Professor Madya Ithnin.
Seterusnya kajian dalam bidang matra-matra lebihan atau kedimensi terlebih, ini juga memberikan impak ke atas usaha-usaha untuk mencari Teori Segala Perkara kerana ia dilihat memberi konsep asas ke atas pembinaan teori-teori yang lain yang sangat memerlukan kepada idea matra-matra yang lebih daripada empat, sehinggkan mencapai 26matra (ketika Lovelace menerbitkan Teori Tetali Boson). Penulis juga menceburi dalam bidang ini mengenai aplikasi prinsip Kaluza-Klein, tambahan pula penulis lebih suka dengan tafsiran dimensi lebihan yang di luar batasan manusai. Antara model-model yang terkenal mengenai matra-matra lebihan ini adalah Model ADD (Arkani-Hamed et. al) dan Model Randall-Sundrum. Model-model tersebut tercetus apabila mereka cuba untuk menyelesaikan masalah yang agak serius berlaku dalam Model Lazim dan Fizik Zarah, iaitu Masalah Hieraki (menjawab persoalan ”Kenapa skala Elektrolemah dan skala Planck sangat jauh perbezaannya iaitu 10^-16 ? ”) Idea matra-matra tersebut dilanjutkan kepada idea untuk menyatukan graviti dan mekanik kuantum.
Mungkin pembaca tak dapat membayangkan matra-matra yang lebih daripada empat, nasihat penulis adalah tak perlu susahkan diri untuk membayangkan matra-matra lebihan tersebut, cukuplah sekadar mempercayai adanya matra-matra lebihan tersebut yang termaktub dalam penjelasan bermatematik yang kompleks.
Insyaallah di lain perbincangan nanti, kita akan cuba memperbincangkan langsung mengenai Teori Segala Perkara. Ringkas penulis sebelum mengakhiri tulisan ini adalah ”Adakah Tuhan jadikan Alam Semesta ini sewenang-wenangnya mampu difahami dengan satu hukum atau teori yang diterbitkan? Tidakkah Alam Semesta ini kompleks dan sukar difahami, kerana Alam Semesta ini milik-Nya Yang Maha Besar”
Nota: Tajuk makalah ini bukanlah Ultraman Taro menegur saya, "What's up dude?" tetapi adalah Kronologi Teori Segala-segala.
Wallahu’alam
Sabtu, 22 Mei 2010
Laman sesawang Persatuan Mahasiswa Malaysia di luar negara
Malaysian Student Association (MSA)
Saya lampirkan laman sesawang bagi rakyat Malaysia yang mahu sambung belajar ke luar negara, terlebih dahulu disarankan supaya pembaca diRahmati Allah agar berhubung dengan Persatuan Mahasiswa Malaysia di universiti tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai tempat pembelajaran atau universiti yang ingin sambung belajar.
KLIK PAUTAN DI BAWAH
Mycen
Global Malaysian
Semoga bermanfaat, insyaallah
100 Universiti-universiti terbaik dalam Kejuruteraan
Rank School Name Country Subject Score
1 MASSACHUSETTS Institute of Technology (MIT) United States 100.0
2 University of California, BERKELEY United States 93.9
3 STANFORD University United States 85.3
4 CALIFORNIA Institute of Technology (Caltech). United States 81.6
5 University of CAMBRIDGE United Kingdom 76.2
6 CARNEGIE MELLON University United States 71.6
7 IMPERIAL College London United Kingdom 70.9
8 GEORGIA Institute of Technology United States 68.9
9 University of TOKYO Japan 67.4
10 University of TORONTO Canada 66.0
11 National University of SINGAPORE(NUS) Singapore 64.5
12 TSINGHUA University China 63.4
13 ETH Zurich (Swiss Federal Institute of Technology). Switzerland 63.1
14 University of OXFORD United Kingdom 61.6
15 PRINCETON University United States 61.5
16 University of CALIFORNIA, Los Angeles (UCLA) United States 61.4
17 DELFT University of Technology Netherlands 60.4
18 MCGILL University Canada 60.1
19 HARVARD University United States 59.6
20 University of ILLINOIS United States 58.4
21 TOKYO Institute of Technology Japan 57.0
22= KYOTO University Japan 56.8
22= University of BRITISH COLUMBIA Canada 56.8
24= CORNELL University United States 56.4
24= HONG KONG University of Science & Technology Hong Kong 56.4
26 NANYANG Technological University Singapore 55.2
27 University of NEW SOUTH WALES Australia 54.7
28 The University of MELBOURNE Australia 54.4
29 TECHNION - Israel Institute of Technology Israel 54.1
30 University of WATERLOO Canada 53.9
31 ÉCOLE POLYTECHNIQUE France 52.6
32 University of TEXAS at Austin United States 52.0
33 PURDUE University United States 50.9
34 KAIST - Korea Advanced Institute of Science & Technology Korea, South 50.5
35 University of CALIFORNIA, San Diego United States 50.3
36= Indian Institute of Technology Bombay (IITB). India 49.9
36= AUSTRALIAN National University Australia 49.9
38= University of MICHIGAN United States 49.2
38= PEKING University China 49.2
40 Technische Universität MÜNCHEN Germany 48.7
41 The University of SYDNEY Australia 48.0
42 Indian Institute of Technology Delhi (IITD) India 47.7
43 SEOUL National University Korea, South 46.0
44 Ecole Polytechnique Fédérale de LAUSANNE. Switzerland 45.2
45 University of MANCHESTER United Kingdom 44.8
46 University of ALBERTA Canada 44.6
47 MONASH University Australia 44.3
48 SHANGHAI JIAO TONG University China 43.8
49= University of Science and Technology of China China 42.3
49= National TAIWAN University Taiwan 42.3
49= EINDHOVEN University of Technology Netherlands 42.3
49= OSAKA University Japan 42.3
53 TEXAS A&M University United States 41.8
54 KTH, ROYAL Institute of Technology Sweden 41.5
55 CHALMERS University of Technology Sweden 41.3
56= The University of AUCKLAND New Zealand 40.8
56= Katholieke Universiteit LEUVEN Belgium 40.8
58 YALE University United States 40.7
59 Virginia Polytechnic Institute (VIRGINIA TECH) United States 40.4
60 University of EDINBURGH United Kingdom 40.2
61 University of QUEENSLAND Australia 40.0
62 University of CALIFORNIA, Santa Barbara United States 39.8
63= Politecnico di MILANO Italy 39.5
63= COLUMBIA University United States 39.5
65 Technische Universität BERLIN Germany 39.3
66 RENSSELAER Polytechnic Institute United States 38.7
67 JOHNS HOPKINS University United States 38.5
68 Universität STUTTGART Germany 38.0
69 University of HONG KONG Hong Kong 37.3
70= Indian Institute of Technology Kanpur (IITK) India 37.1
70= Rheinisch-Westfälische Technische Hochschule Aachen Germany 37.1
72 Universität KARLSRUHE Germany 37.0
73 University of WISCONSIN-Madison United States 36.9
74= Indian Institute of Technology Madras (IITM) India 36.0
74= The CHINESE University of Hong Kong Hong Kong 36.0
76 VIENNA University of Technology Austria 35.9
77 Technical University of DENMARK Denmark 35.8
78 University of PENNSYLVANIA United States 35.0
79= MCMASTER University Canada 34.9
79= PENNSYLVANIA STATE University United States 34.9
81= University of MARYLAND United States 34.6
81= NORTHWESTERN University United States 34.6
83= University of CHICAGO United States 34.5
83= Indian Institute of Technology Kharagpur (IITKGP) India 34.5
85 University of WASHINGTON United States 34.3
86 CHULALONGKORN University Thailand 34.0
87= University of SOUTHERN CALIFORNIA United States 33.9
87= Université de Montréal Canada 33.9
89 CITY University of Hong Kong Hong Kong 33.7
90= BANDUNG Institute of Technology Indonesia 33.5
90= University of CALGARY Canada 33.5
92 FUDAN University China 33.2
93 BROWN University United States 33.1
94= RMIT University Australia 33.0
94= HELSINKI University of Technology TKK Finland 33.0
96= UCL (University College London) United Kingdom 32.8
96= University of SOUTHAMPTON United Kingdom 32.8
98= TOHOKU University Japan 32.7
98= University of BIRMINGHAM United Kingdom 32.7
100 École Normale Supérieure, PARIS France 32.4
100 Universiti-universiti terbaik dalam Sains Alamiah dan Matematik
1 , 1 Harvard Univ USA
2 , 3 Univ California - Berkeley USA
3 , 8 Princeton Univ USA
4 , 6 California Inst Tech USA
5 , 4 Univ Cambridge UK
6 , 5 Massachusetts Inst Tech (MIT) USA
6 , 2 Stanford Univ USA
8 , 20 Tokyo Univ Japan
9 , 10 Univ Oxford UK
10 , 13 Univ California - Los Angeles USA
11 , 12 Cornell Univ USA
12 , 7 Columbia Univ USA
13 , 9 Univ Chicago USA
14 , 34 Univ Colorado - Boulder USA
15 , 27 Swiss Fed Inst Tech - Zurich Switzerland
16 , 22 Kyoto Univ Japan
17 , 17 Univ Wisconsin - Madison USA
18 , 35 Univ California - Santa Barbara USA
19 , 14 Univ California - San Diego USA
20 , 26 Univ Illinois - Urbana Champaign USA
21 , 15 Univ Pennsylvania USA
22 , 21 Univ Michigan - Ann Arbor USA
23 , 19 Johns Hopkins Univ USA
24 , 11 Yale Univ USA
25 , 52 Univ Paris 11 France
26 , 37 Univ Maryland - Coll Park USA
27 , 23 Imperial Coll London UK
28 , 16 Univ Washington - Seattle USA
29 , 38 Univ Texas - Austin USA
30 , 29 Northwestern Univ USA
31 , 39 Univ Paris 06 France
32 , 45 Univ California - Irvine USA
33 , 33 Univ Minnesota - Twin Cities USA
34 , 23 Univ Toronto Canada
35 , 76 Tohoku Univ Japan
36 , 61 Ohio State Univ - Columbus USA
37 , 42 Univ Utrecht Netherlands
38 , 57 Australian Natl Univ Australia
39 , 83 Ecole Normale Super Paris France
39 , 56 Tech Univ Munich Germany
41 , 87 Rice Univ USA
42 , 102-150 Georgia Inst Tech USA
43 , 91 Texas A&M Univ - Coll Station USA
44 , 43 Pennsylvania State Univ - Univ Park USA
45 , 74 Univ Arizona USA
46 , 43 Univ California - Davis USA
47 , 99 Tokyo Inst Tech Japan
48 , 48 Univ Manchester UK
49 , 47 Rutgers State Univ - New Brunswick USA
50 , 76 Moscow State Univ Russia
50 , 102-150 Univ Massachusetts - Amherst USA
52-76 , 96 Arizona State Univ - Tempe USA
52-76 , 60 Carnegie Mellon Univ USA
52-76 , 32 Duke Univ USA
52-76 , 64 Hebrew Univ Jerusalem Israel
52-76 , 151-202 Iowa State Univ USA
52-76 , 67 Osaka Univ Japan
52-76 , 68 Purdue Univ - West Lafayette USA
52-76 , 102-150 Swiss Fed Inst Tech - Lausanne Switzerland
52-76 , 102-150 Technion Israel Inst Tech Israel
52-76 , 102-150 Tel Aviv Univ Israel
52-76 , 99 Univ Bonn Germany
52-76 , 62 Univ Bristol UK
52-76 , 36 Univ British Columbia Canada
52-76 , 102-150 Univ California - Santa Cruz USA
52-76 , 25 Univ Coll London UK
52-76 , 53 Univ Edinburgh UK
52-76 , 51 Univ Florida USA
52-76 , 102-150 Univ Geneva Switzerland
52-76 , 102-150 Univ Hawaii - Manoa USA
52-76 , 65 Univ Heidelberg Germany
52-76 , 53 Univ Munich Germany
52-76 , 102-150 Univ Pisa Italy
52-76 , 50 Univ Southern California USA
52-76 , 99 Univ Strasbourg 1 France
52-76 , 102-150 Univ Sussex UK
77-107 , 102-150 Aarhus Univ Denmark
77-107 , 83 Boston Univ USA
77-107 , 70 Brown Univ USA
77-107 , 151-202 Colorado State Univ USA
77-107 , 151-202 Florida State Univ USA
77-107 , 90 Indiana Univ - Bloomington USA
77-107 , 97 Lund Univ Sweden
77-107 , 94 Nagoya Univ Japan
77-107 , 102-150 Natl Univ Singapore Singapore
77-107 , 30 New York Univ USA
77-107 , 203-304 Rensselaer Polytechnic Inst USA
77-107 , 151-202 Seoul Natl Univ South Korea
77-107 , 151-202 State Univ New York - Stony Brook USA
77-107 , 86 Stockholm Univ Sweden
77-107 , 102-150 Tsukuba Univ Japan
77-107 , 102-150 Univ California - Riverside USA
77-107 , 46 Univ Copenhagen Denmark
77-107 , 151-202 Univ Durham UK
77-107 , 102-150 Univ Frankfurt Germany
77-107 , 203-304 Univ Houston USA
77-107 , 151-202 Univ Mainz Germany
77-107 , 58 Univ North Carolina - Chapel Hill USA
77-107 , 102-150 Univ Paris 07 France
77-107 , 49 Univ Pittsburgh - Pittsburgh USA
77-107 , 75 Univ Rochester USA
77-107 , 102-150 Univ Roma - La Sapienza Italy
77-107 , 151-202 Univ Tennessee - Knoxville USA
77-107 , 93 Univ Utah USA
77-107 , 102-150 Univ Virginia USA
77-107 , 102-150 Univ Wuerzburg Germany
77-107 , 102-150 Weizmann Inst Sci Israel
Isnin, 10 Mei 2010
Rahmat Allah
Ketika saya keluar dari 7Eleven, saya terserempak dengan seorang gila beragama bukan Islam sedang terhendap-hendap di hadapan 7Eleven mungkin berasa lapar. Kemudian beliau mengelilingi sekitar kawasan tersebut untuk mencari sesuatu, mungkin mencari makanan, tapi apa yang saya lihat yang beliau ambil dari tong sampah berdekatan adalah plastik-plastik (tak tahu apa yang ingin beliau carikan)
Baiklah.
Tahu tak, apa yang terlintas di hati saya?
Serius.
Terlintas di perasaan saya ketika itu ialah mengenai DIRI SAYA: iaitu;
"Masyaallah, sayangnya Allah 'Azawajalla terhadap aku; Allah memberikan aku sihat tubuh badan dan sihat akal fikiran, manakala lelaki tersebut kurus kering dan akal fikran yang kurang waras. Allah menganugerahkan aku kehidupan yang baik dan makanan yang berkhasiat, manakala lelaki tersebut mempunyai kehidupan yang tak tentu arah dan makanan-makanan yang didapati daripada sampah sarap. Dua perkara tersebut yang terlintas di hati aku tidaklah begitu menggentar perasaan aku sangat, tetapi tidak ini; Allah 'Azawajalla menjadikan aku Islam, menikmati sunnahnya Rasulullah salallahu'al;aihi wassalam dan aku hidup dalam RahmatNya, dalam kasih sayangNya dan dalam nikmatNya. Manakala lelaki tersebut TIDAK. Dijauhnya beliau dari Rahmat-Nya, diharamkan beliau menghidu nikmat Allah, tidak dianugerahnya beliau akan agama Allah, ISLAM. Berkata hati kecil aku lagi, alangkah bagusnya orang miskin, orang melarat, orang papa, orang tertindas, orang tak berkeupayaan (OKU) tetapi beliau mati dalam agama Allah, berbanding dengan orang kaya, orang mewah, orang bangsawan, orang berkedudukan, orang berkepentingan dalamnegara, orang berpangkat, orang berpendidikan tetapi mereka mati dalam keadaan tidak Islam. Allahuakbar, takutnya saya memikirkan akan lelaki tersebut; Beliau adalah orang tak berkeupayaan, orang yang lemah, orang tak sihat tubuh badannya malah akalnya kurang waras, orang yang tidak dipandang langsung oleh masyarakat kemudian beliau tidak didatangi Islam pada dirinya, DUNIA dan AKHIRAT beliau TERSANGAT RUGI. TERSEDEIK SAYA BERASA UNTUK BERDETIIK SEUMPAMA PERASAAN INI "BAGAIMANALAH KALAU SAYA JADI SEPERTI BELIAU", Allahuakbar sangat takut saya untuk mendetikkan perasaan tersebut. DAN AKU AMAT BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MENGANUGERAHI RAHMAT YANG TERNILAI INI, IAITU HIDAYAH DAN RAHMAT ALLAH Bergenang airmataku sejenak"
Terfikir saya, bahawa iniLAH adalah peringatan berkala dari Allah kepada hambaNya sejenak.
Inilah nukilan sejenak saya di hadapan kiosk 7Eleven.
Bersyukurlah wahai pembaca sekalian, dengan nikmat ini terutamanya nikmat Islam. Pernahkah kita berfikir mengenai ini. MAHAL SUNGGUH NIKMAT INI.
Allahumusharif qulubi, sharif qulubana 'ala ta'atika
Wallahu'alam
Sabtu, 8 Mei 2010
Postulat 1
Ψ dibunyikan Psi (bunyinya Sai)
Postulat 1
Fungsi gelombang mewakilkan sesuatu sistem tersebut yang mengandungi maklumat mengenai kedudukan dan masa sistem tersebut.
Contoh:
Zarah dalam Telaga Keupayaan Infiniti (1D): Ψ(x)=√(2/L) Sin(nπ/L)
Zarah Bebas Ψ(x) = A Exp[-(p.x)/ ћ]
Untuk pengetahuan pembaca diRahmati Allah, fungsi gelombang ini tiada mempunyai sebarang tafsiran fizikal, dengan kata lain ia tidak masuk akal untuk menakrifkan fizikal zarah (sistem) sebab ia adalah berNOMBOR KOMPLEKS. Maka untuk jadikan ia mempunyai tafsiran fizikal dalam pengukuran nanti, kita mesti menggunakan tafsiran Born iaitu |Ψ(r,t)|2.
Sebenarnya, Mekanik Kuantum yang kita anuti sekarang bermazhab Tafsiran Conpenhagen, sebenarnya banyak lagi mazhab-mazhab dalam Mekanik Kuantum antaranya yang paling keras mazhabnya adalah Mazhab Tafsiran EPR.
Tuan-tuan dan puan-puan, bermazhab apa? :-)
. Hahahhahaha.......
Wallahu'alam
Rabu, 5 Mei 2010
Minta maaf, entri ini tak ada kena-mengena dengan nilai-nilai akademik
Keadaan Pejabat Alan Guth Profesor MIT
Siapa Alan Guth, secara ringkasnya beliau seorang profesor di MIT dalam bidang kosmologi.
Sumbangan beliau dalam bidang kosmologi yang sedia maklum adalah Inflasi dalam pengembangan alam semesta. Beliau juga pengajar kursu Teori Tetali untuk prasiswazah, menggunakan buku Zwiebach. Pendek kata cuba klik disini
Di bawah terdapat beberapa gambar keadaan pejabat yang memang selayaknya bagi ahli fizik teori, tetapi ini teruk sangat. Saya ambil dari pautan ini. Hahahahahaha........

Mak Cik Cleaner, terfikir "Nak kemas atau tak nak kemas"

Cawan disebelah banjaran buku dan makalah itu
mungkin digunakan lagi oleh Prof Guth untuk minum

Tikus pun demam sebab tersesat jalan pulang ke sarang

Bersepah! Adakah ia perkataan yang sesuai untuk
menggambarkan pejabat Prof Guth
Meskipun bersepah pejabat beliau, tidak sah bagi ahli fizik teori tidak menconteng papan hitam mereka. Itu adalah "trade mark" ahli fizik teori dan kosmologi.
Isnin, 3 Mei 2010
Model-model Kosmologi
Dan ketahuilah anda masih belum lagi tahu, kerana anda didatangi dalam keadaan kosong yang daif lagi naif.
Dilampirkan bersama, dua model kosmologi yang diendaptafsirkan secara KLASIK iaitu Teori Kenisbian Am dan seterusnya dilanjutkan perbincangannya mengenai model kosmologi yang moden yang berasaskan teori MODEN (Teori-M). Maka nikmatilah wahai pembaca diRahmati Allah 'Azawajalla.
Teori Kenisbian Am (TKA)
TKA memodelkan alam semesta kita yang mana alam semesta ini adalah bermula dari sesuatu titik yang sangat tumpat, yang dikenali sebagai singulariti (tafsiran matematiknya adalah had x->0 {1/x})
TKA menanggapi bahawa "masa" ada permulaannya (pelik bukan), iaitu ia bermula ketika berlakunya deguman besar. Bermaksud masa di katakan bermula pada deguman besar dan terus berkembang dan berjalan terhadap pengembangan alam semesta. Tetapi sebelum itu takrifan masanya agak pelik (tiada tafsiran fizikal), dipendekkan cerita mengenai hal ini jangan difikirkanlah kata sebahagian ahli fizik kosmologi, kerana kebimbangan model tersebut akan berbaur keTuhanan. Bagi sebahagian mereka, tiada campurtangan Tuhan dalam peciptaan Alam atau Hukumnya (menurut apa yang penulis fahami)
TKA tidak mampu menjawab persoalan "Apa yang berlaku sebelum Deguman Besar", meskipun terdapat beberapa andaian antaranya ialah fenomena sebelum deguman besar telah berlakunya "Fluktuasi Vakum" yang mematuhi prinsip Quantum Kromodinamik, namun ia bukannya daripada penjelasan TKA. QKD selalunya digunakan untuk memerihalkan hal-ehwal interaksi kuat, namun ia juga boleh memerihalkan secara fizikalnya berkenaan permasalahan Vakum.
TKA jugalah yang mengusulkan kewujudan permulaan alam semesta (deguman besar), kewujudan pengembangan alam semesta dan keruntuhan alam semesta.
Ramalan TKA mengenai pengembangan alam semesta yang tidak konsisten dengan pencerapan kadar pengembangan semasa alam semesta, maka ia perlu diperbaiki dengan cadangan bahawa alam semesta ini telah berlakunya INFLASI pada 10^-10 saat selepas deguman besar yang mana alam semesta ini mengembang melampaui laju cahaya, tetapi ia dibenarkan kerana ruangmasa dibenarkan untuk bergerak pada lampau laju cahaya. Implikasi daripada Inflasi, ramalan TKA telah diperbaiki dengan andaian fenomena Inflasi dalam teori tersebut. {INFLASI adalah kadar pengembangan dinamik secara mendadak yang melampaui laju cahaya, ia dicadangkan oleh ALAN GUTH Profesor MIT (Muka beliau sangat melucukan pada pandangan penulis) }
Teori-M
Teori-M pula meramalkan kewujudan objek terlanjut (extended object) iaitu yang dikenali sebagai "membrane" iaitu 3-brane.
Teori-M juga menjangkakan bahawa membran tersebut menghuni dalam ruang bermatra lebihan (dimensi lebih daripada 4), dalam Model Randall-Sundrum pula mendapati bahawa membrane tersebut menghuni dalam ruang lima matra.
Berbezanya dengan TKA, Model Kosmologi berasaskan Teori-M mendapati bahawa masa tiada permulaannya, kerana deguman besarnya tidak lagi permulaan masa menurut kiasan Teori-M. Ini bermaksud terdapatnya suatu jasad (yang sangat besar) yang sedia ada dan sudah tentu masa sememangnya sedia ada pada waktu itu. Masa tiada mutlaknya permulaan.
Kejadian Alam semestanya juga berbeza, iaitu ia tidak bermula dari singulariti (satu titik kecil). Tetapi bermula daripada perlanggaran diantara dua jasad gergasi, yang memberikan satu deguman besar dalam jasad gergasi yang kita diami. Sebelum itu, jasad gergasi yang dimaksudkan disini ialah "brane". Terdapatnya dua brane, yang mempunyai matra lebihan berbentuk layer terbentang luas (pada andaian fizikawan). Kemudian ia mengalami pelanggaran yang sangat dahsyat yang mana hasil perlanggaran tersebut yang memberikan tenaga kinetik dan haba yang dijelmakan melalui pematuhan keabadiaan jisim-tenaga, yang menghasilkan jasad berjisim dan sinaran dalam brane yang kita diami sekarang. Namun Model Kosmologi berasaskan TKA masih lagi dipatuhi untuk hal "deguman besar".
Tidak boleh lagi digunakan istilah alam semesta dalam permodelan kosmologi berasaskan teori-M, kerana model brane tersebut menjangkakan bahawa perlanggaran tidak hanya berlaku malahan berkali-kali dan sangat banyaknya (dikatakan sebanyak 10^500 alam semesta terjadi daripada pelanggaran tersebut, ia dikira dengan ruang de-Sitter). Maka mungkin perlu rasanya penulis memperkenalkan istilah baru ALAM NEKAMESTA (multiverse).
Alam semsta sememangnya wujud, dan ia mengalami kitaran berulang-ulangan perlanggaran seperti yang dimaklumkan.
Alam semesta yang berasaskan teori-M masih lagi mematuhi model kosmologi beracuan TKA iaitu dalam hal pengembangan alam semesta, dan penciptaan jirim dan radiasi selepas deguman besar. Juga ia boleh berlakunya keruntuhan besar. Inflasi juga masih lagi diterima dalam hal ini untuk menyelaras model kosmolgi dengan pencerapan yang diperolehi.
Komen penulis
Alam semesta sememangnya banyak. Tapi malangnya kebanyakan alam semesta yang diciptakan tersebut MUNGKIN mempunyai aturan fizik yang sangat BERBEZA dengan aturan fizik dalam alam semesta yang kita diami ini. Aturan fizik yang kita diami sekarang adalah bersesuaian dengan keabdian kehidupan manusiawi. Mungkin alam semesta yang lain mempunyai daya graviti yang menolak atau tiada takrifannya masa dan ruang, atau tiada jirim, jisim atau cahaya, agak janggal kedengarannya bukan, tetapi pendirian adalah tak mustahil. Tambahan lagi, jika konsep ini diterima maka kita dapati seolah-olah ia memenangkan Prinsip Anthropic dan juga umat berakidah Humanisme bertempik riang, kerana model ini mengandaikan bahawa ALAM SEMESTA YANG KITA DIAMI ADALAH BERSESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN SEJAGAT MANUSIAWI. Petikan juga hampir sama dengan Prinsip Antropic dan fahaman Humanisme yang menafikan campurtangan Tuhan dalam hal-ehwal penciptaan Alam Semestan dan hukumnya.
Keduanya, alam semesta yang diciptakan berkemungkinan akan ada juga sebahagiannya mengalami keruntuhan sama ada dalam tempoh yang sangat lama atau secara tiba-tiba selepas kejadian. Wah, kita bercakap seakan-akan kita arif berkenaan alam.
Demi Allah, dengan rasa tersungkur sujud padaNya yakni al-Badi' (mencipta sesuatu tanpa ada sebarang rujukan atau model), memohon kepada-Nya dilindungi azab neraka.
Semakin hari, semakin menelaah tentang alam, semakin mendekati rasa kehambaanku kepada-Nya yakni al-Khaliqul Badi'
Wallahu'alam
Patrick Starfish Cuba Meragui Tabii, Spongebob Squarepant Pula Cuba Menyelusuri Falsafahnya
Pelbagai kata-kata cendekiawan telah diucapkan yang bersyahwat kepada falsafah tabii ini, antaranya yang mungkin kita sudah sangsikan adalah "Adakah Tuhan bermain dadu". Itulah keraguan mekanik kuantum. Bagaimana pula keraguan pada Teori Kenisbian Am?
Ruang dan masa, bagaimana pula tafsirannya. Adakah ia hanya tafsiran dari kalangan ahli falsafah sahaja, tidak bagi fizikawan. Betul! ia hanya sekadar intisari falsafah sebab tiada bukti ujikaji secara fenomenolgi diajukan, bagaimana untuk saya katakan ia adalah fizik!
Kenapa saya berkata demikian, kerana RUANG MASA masih lagi diragukan, walhal perkara itu nampak remeh bukan?
Lihatlah lafaz saya "sekarang pukul 12.20am" --> Masa , "saya tinggal di Tanjung Malim" -->Ruang - alahai remehnya. Itu penafsiran orang khalayak, itu pemahaman orang kebanyakan dan itu juga apa yang telah saya senangi sejak kecil lagi mengenai RUANG dan MASA.
Masalah konsep "jisim" pun masih diragukan! Bagaimana pula kita nak menceritakan pada pelajar sekolah mengenai konsep Inersia, sedangkan "jisim" itu pun diragui. Diragui secara klasik dan moden, diragui menerusi teori kenisbian am dan juga teori medan kuantum (katanya medan Higgs bertanggungjawab ke atas jisim zarah asas dalam Model Lazim)
Bagaimana?
Fikir, fikir dan terus berfikir.
Nasihat ringkas saya, jangan difikirkan mengenai Zat Tuhan mahupun secara takwil, tajsim, tamsil, tashbih, takyif dan tahrif. Kerana ia tidak layak untuk kamu fikirkan dan tidak tercapai untuk kamu maksudkan, wahai makhluk Allah.
Wallahu'alam
