Pada Pemecut Hadron Gergasi
Ketika masyarakat fizikawan beriya-iya dengan zarah-zarah fizik baru diburui
Ketika masyarakat teoritis ghairah akan fenomena luar biasa yang ingin dihayati
Kita lupa pada fudamental hukumnya
Kita lupa pada takrifan matematiknya
Itu rekaan manusiawi
Kita lupa akan kesahihan konsep fizik anutan semasa
Kita lupa akan semua "itu-ini" adalah makhluk
Itu rekaan Allah Tuhan Alam Sarwajagat
Sama ada teori "itu-ini"dicabuli dengan hukum binaan manusiawi itu dikhianati
Sama ada matematiknya terdedah dengan pembaikan
Sama ada konsep fizik itu sendiri perlukan pemalsuan Popper
Ahh.... lemahnya kita
Ahh.... kerdilnya kita, yang kononnya dulu kita ingin kejarkan Teori Segala-gala
Bagai membina teori ketuhanan, melanggari peranan Tuhan dalam mentadbir Alam
Pelbagai paradoks, anomali, ketakinvarianan, kecabulan, dan masalah kita selesaii melalui pelbagai postulat dan axiom.
Yang kononnya, kita ingin tahu segala-galanya
Nah, bagaimana kita sekarang?
Pada hal itu masih andaian yang bersulamkan keraguan
Ahh.... Dalam hal ini, hinanya kita
Lihatlah kamu wahai manusia,
Kita selesaikan masalah capahan Higgs dengan Adisimetri
Tetapi tetapi Adisimetri itu tercabul pada khayalannya adizarah
Kita hapusi ketakketekalan dalam masalah teori tetali dengan matra-matra
Tetapi teori tetalinya masih berdiri sebagai falsafahnya, bukan fiziknya
Hairan aku, ada teori "itu" untuk "itu"
Ada teori "ini" untuk "ini"
Ada juga macam-macam nama dan gelaran
Ada nama "Unparticle Physics", ada nama "F-theory", ada nama "Technicolor", ada nama "M-theory", ada nama "Extra Large Dimensions", ada nama "Supergravity" ada nama "Randall-Sundrum Model", ada nama .......
Jadi "manusia", mana satunya teorinya yang dipasrahi sebagai Teori Segala-gala
Ahh... dalam hal ini memang lemah, hina dan kerdilnya kita
Apa yang kita mampu lafazkan dengan rasa kehambaan adalah;
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan