Ahad, 2 Oktober 2011

Selingan

Semester ini saya ditugaskan untuk mengajar 17 jam kredit pengajaran. Meskipun 17jam kredit, nampak kecil bukan. Itu belum termasuk "masa persediaan", kerana masa persediaan jauh lebih banyak daripada masa pengajaran. Tambah-tambah lagi, kalau seseorang itu dibebankan dengan mengajar kursus baru dan yang mempunyai amali. Rutin lain perlu juga untuk disiapkan juga, terutamanya urusan pentadbiran, huhuhu....

Sekadar perkongsian, jumlah jam kredit pensyarah sewajarnya 12-15jam kredit, bergantung kepada pangkat, semakin tinggi pangkat seseorang, semakin kurang beban pengajarannya, kerana mereka lebih terarah kepada penerbitan, penyelidikan dan perundingan atau membantu penggubalan polisi universiti, setempat atau negara. Dan saya hanya pensyarah biasa sahaja, maka beban pengajaran sudah tentulah tinggi. Peratusan untuk kerja-kerja di atas adalah kurang.

Baru-baru ini, dunia fizik dihebohkan dengan penemuan superluminal oleh pakatan OPERA di Itali, mereka mendapati zarah neutrino muon bergerak lebih laju daripada laju cahaya. Ideanya sama dengan zarah Cherenkov, bezanya muon neutrino bergerak dalam udara persekitaran, tetapi Cherenkov pula bergerak dalam medium tertentu yang mempunyai ideks biasan lebih tinggi daripada udara persekitaran.

Apapun teoritis Andrew G. Cohen dan Sheldon L. Glashow, cuba berhujah bahawa tafsiran data daripada OPERA itu ada sedikit masalah dengan membandingkan data dengan Super-Kamiokande di Jepun. Apapun saya tak berani nak komen lebih-lebih, sebab memerlukan masa yang lama dan bersendirian untuk mentelaah dan mengomentar makalah tersebut. Malangnya masa saya agak kurang praktikal, meskipun saya ada sedikit senggang masa bersendirian dan lapang, tapi otak sedang memikirkan hal kerja dan mengajar, memang tak boleh. Huhuhu.... Petang ni, saya ada amali 2-5pm. Fuhh...

Saya lampirkan bersama makalah tersebut untuk tatapan tuan, sekiranya ada maklumat silalah berkongsi bersama. Selamat mentelaah. :-)

Makalah data daripada pakatan OPERA, klik di sini

Makalah Teoritis Cohen dan Glashow, klik di sini

Wallahu ta'ala a'lam

9 ulasan:

  1. 17 jam kredit atau 17 jam pertemuan?

    BalasPadam
  2. Dalam LPNT, jam pertemuan bukan jam kredit. Tetapi dalam KPI, jam pertemuan adalah jam kredit. Dengan kata lain, tiada takrifan sebenar maksud jam kredit tu.

    BalasPadam
  3. yang penting 17 jam tu tempoh yg sangat banyak! semoga tabah...

    BalasPadam
  4. ..sukar juga untuk mencari masa untuk berfikir hal akademik dan penyelidikan setelah dapat anak ni..malam tak dapat tidur

    BalasPadam
  5. Jadi, 17 jam kredit atau 17 jam pertemuan?

    BalasPadam
  6. Kadri, jam kredit dan jam pertemuan adalah relatif, bergantung kepada rangka mana kita lihat. Kalau LPNT, lain maknanya, KPI pula lain maknanya juga.

    Hairi, hehehe... Selalunya si ibu yang tak boleh tidur malam, rasanya si ayah langsung tidur, hehehe...

    NSA, terima kasih.

    BalasPadam
  7. OK. Kalau begitu, tuan ikut takrifan apa masa menulis artikel ini?

    Setakat ini jumlah jam pertemuan paling tinggi pernah tuan kena berapa?

    Sedara Hairie: Awat malam x dapat tidoq? Hang kacau si emak tidoq ka? hehe

    BalasPadam
  8. Kadri, saya ikut KPI, sebab itu datang KPT, manakala LPNT datang dari universiti.

    BalasPadam