Ciri-ciri dalam Hermitian adalah seperti berikut:
Jika A dan B adalah Hermitian, iaitu A`= A dan B`= B.
Maka,
i) (aA)`= a* A`
ii) (A+B)`= A`+B`
iii) (A`)` = A
iv) (AB)`= B`A`
P/S: Selalunya A` ditulis sebagai "digger" iaitu "superscript +", iaitu merupakan salah satu citra dalam Mekanik Kuantum
Soalan
Jika operator A dan B adalah Hermitian, tentukan sama ada operator berikut Hermitian
i) C= iA+ B
ii) D= [A,B]
Penyelesaian
A dan B adalah Hermitian iaitu A`=A dan B`=B
C` = (iA+B)`
Gunakan sifat ii) diatas ditunjukkan seperti berikut
= (iA)`+B`
Gunakan sifat i),
= -iA`+B`
Kita tahu bahawa A dan B adalah Hermitian maka masing-masing akan menjadi;
= -iA + B
Dari hasil yang diperolehi kita dapati bahawa
C` /= C ---> -iA+B /= iA+B , bermaksud bahawa operator C` adalah tidak memetakan pada dirinya sendiri iaitu C, dengan kata lain bahawa;
C adalah bukan Hermitian
Cuba pembaca diRahmati Allah, mencuba soalan ii) insyaallah
SELAMAT MENCUBA
Barakallahu fiikum
'mari membuang masa'?hihi....
BalasPadamD adalah hermitian sekiranya D=D'
BalasPadamD = [A,B] = AB-BA
= A'B'-B'A' kerana A=A' dan B=B'
= (BA)'-(AB)' menurut sifat A'B'=(BA)'
= (BA-AB)' menurut sifat linear A'+B'=(A+B)'
= [B,A]' sifat komutasi AB-BA =[A,B]
= -[A,B]' sifat komutasi [A,B]=-[B,A]
= -D'
maka D bukanlah Hermitian kerana ada faktor (-) di atas.
Harap perbetulkan..
Ya Betul... Hehehe
BalasPadammeta-F