Ahad, 7 Februari 2010
Pemecut Hadron Gergasi (LHC)
Ketika masyarakat fizikawan beriya-iya dengan zarah-zarah fizik baru diburui
Ketika masyarakat teoritis ghairah akan fenomena luar biasa yang ingin dihayati
Kita lupa pada fudamental hukumnya
Kita lupa pada takrifan matematiknya
Itu rekaan manusiawi
Kita lupa akan kesahihan konsep fizik anutan semasa
Kita lupa akan semua "itu-ini" adalah makhluk
Itu rekaan Allah Tuhan Alam Sarwajagat
Sama ada teori "itu-ini"dicabuli dengan hukum binaan manusiawi itu dikhianati
Sama ada matematiknya terdedah dengan pembaikan
Sama ada konsep fizik itu sendiri perlukan pemalsuan Popper
Ahh.... lemahnya kita
Ahh.... kerdilnya kita, yang kononnya dulu kita ingin kejarkan Teori Segala-gala
Bagai membina teori ketuhanan, melanggari peranan Tuhan dalam mentadbir Alam
Pelbagai paradoks, anomali, ketakinvarianan, kecabulan, dan masalah kita selesaii melalui pelbagai postulat dan axiom.
Yang kononnya, kita ingin tahu segala-galanya
Nah, bagaimana kita sekarang?
Pada hal itu masih andaian yang bersulamkan keraguan
Ahh.... Dalam hal ini, hinanya kita
Lihatlah kamu wahai manusia,
Kita selesaikan masalah capahan Higgs dengan Adisimetri
Tetapi tetapi Adisimetri itu tercabul pada khayalannya adizarah
Kita hapusi ketakketekalan dalam masalah teori tetali dengan matra-matra
Tetapi teori tetalinya masih berdiri sebagai falsafahnya, bukan fiziknya
Hairan aku, ada teori "itu" untuk "itu"
Ada teori "ini" untuk "ini"
Ada juga macam-macam nama dan gelaran
Ada nama "Unparticle Physics", ada nama "F-theory", ada nama "Technicolor", ada nama "M-theory", ada nama "Extra Large Dimensions", ada nama "Supergravity" ada nama "Randall-Sundrum Model", ada nama .......
Jadi "manusia", mana satunya teorinya yang dipasrahi sebagai Teori Segala-gala
Ahh... dalam hal ini memang lemah, hina dan kerdilnya kita
Apa yang kita mampu lafazkan dengan rasa kehambaan adalah;
Wallahu'alam
Jumaat, 5 Februari 2010
PEMBACA MISTERI
Sememangnya pembaca halaman ini adalah sangat sedikit, sekitar 1 pembaca setiap hari.
Tapi apa yang menariknya, pembaca ini hanya membaca pada pukul 2-4pagi (waktu Malaysia).
SIAPAKAH GERANGAN PEMBACA ITU?
SANGAT MISTERI BUKAN.....
SAYA SENDIRI PUN TAK TAHU
Sekiranya, pembaca tersebut membaca entri ini, silalah berikan sedikit komen dalam entri ini kali ini. Insyaallah.
Sekadar nak berkenalan, kerana saudara/i adalah PEMBACA MISTERI
Wallahu'alam
Rabu, 27 Januari 2010
Ketikanya Tiga Ulama Muktabar Bersama
Syeikh 'Abdul 'Aziz Ibn Baz (Ibn Baz), Syeikh Muhammad Shalih Uthaimeen (Ibn Uthaimeen) dan Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani (Albani) rahimahullah ditaqdir Allah 'Azawajalla mereka duduk bersama di hari Haji.
Sila lihat video ini, bagaimana 'adab 'ulama' berbicara secara berhikmah
Insyaallah
Ulama di atas telah meninggal dunia (rahimahullah). Saya bukan taksub terhadap ulama', tetapi saya bimbang dgn satu hadist yang maksudnya iaitu Allah tidak menarik langsung ilmu dari manusia, tetapi Allah mengambil ulama' dan hamb-hamba-Nya yang Sholeh yang tinggi ilmunya...... Maka yang tinggal adalah kejahilan dan kebodohan yang berfatwa atas kebodohan
Saya nak bercerita sedikit pasal ulama' ini.....
Syeikh Ibn Baz mengajar Kitab Tauhid di Mekah selama 30tahun dan juga merupakan MUFTI KERAJAAN SA'UDI
Syeikh Ibn Uthaimeen 'arif dalam bidang Feqah, dan paling saya Seronok dgn Syeikh Ibn Uthaimeen membuat Syarah Riyadhus Shalihin Imam Nawawi (3 jilid tak salah saya.... sewaktu saya lihat satu kedai.......)
Syeikh Albani..... perghh lagi hebat
Tak salah saya beliau pernah mentahqiq kitab dari Rashid Ridha pada usia 23tahun (tak salah saya, tegur sekiranya saya salah memberi maklumat) Kemudian beliau juga mentahqiq hadist dalam Kitab Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam Ghazali.
Rutin hariannya, adalah pagi-pagi masuk perpustakaan kemudian malam-malam beliau akan keluar balik, beliau hanya keluar ketika solat berjema'ah dan makan. Beliau mendalami ilmu Hadist selama 60 tahun .
Hebat sungguh mereka ini, sekiranya saya mempunyai anak atau adik, saya akan namai dengan nama ulama' diatas Insyaallah, supaya menjadi hebat seperti mereka ini Rahimahullah
Wallahu'alam
Selasa, 26 Januari 2010
Dalam mekanik kuantum, semua .......
dan mematuhi AXIOM pada entri sebelum ini
Hahahahaha ada satu lagi keserabutan matematik yang digunakan dalam MEKANIK KUANTUM iaitu Operato Hermit (arghhhh........ apa semua ni,,,, malaslah aku nak buka buku Mekanik Kuantum)
Hahaha.... sungguh mudah identiti Hermit ini iaitu;
Adjoit X =X
maknakata operator adjoint X adalah sama dengan operator X itu sendiri
HAHAHAHAHA....... mudahkan
(PENYELESAIANNYA MEMBUATKAN PEMBACA MENGALAMI SIMPTON SYOK SENDIRI, hahahahaha...............)
Wallahu'alam
Ketaklinearan Aljabar
D.f(x)=f(x)+1 ; f(x) adalah fungsi
Soalann:
Adakah operator tersebut linear bagi dua axiom linear.
JAWAPAN
Sekirannya operator tersebut mematuhi AXIOM ini, maka operator tersebut adalah linear iaitu;
D.[a f(x)] = a D.f(x) ------(1)
D.[f(x)+g(x)] = D.f(x)+D.g(x) ----(2)
yang mana f(x) dan g(x) adalah fungsi dan a adalah pemalar
Mulakan dengan (1) Sebelah Kiri kemudian Sebelah Kanan
Sebelah Kiri
D [a f(x)] = a f(x)+1
Sebelah Kanan
a D.f(x) = a (f(x)+1) = a f(x)+a
Sebelah Kiri tak sama dengan Sebelah Kanan
Maka operator tersebut TIDAK LINEAR
Cuba pembaca buktikan AXIOM yang kedua iaitu (2)
Wallahu'alam
Kitab-kitab Hadist
1) Shahih Bukhari
2) Shahih Muslim
3) Sunan Tirmidzi
4) Sunan Abi Dawud
5) Sunan Nasai
6) Sunan Ibnu Majah
Enam kitab diatas dikenali sebagai Sunan Sittah, Bukhari dan Muslim kita tak panggil sebagai Sunan sebab kedua kitab tersebut sekadar menghimpun semua hadist-hadist yang shahih sahaja, kita kenalinya sebagai Jami'ul Shahih Imam Bukhari dan Jami'ul Imam Muslim. Bezanya Imam Muslim, beliau menghimpun semua hadist dari perlbagai sanad yang shahih meskipun hadist-hadist tersebut mempunyai hampir maksud malahan berbeza dari segi perkataan sahaja manakala Bukhari memiliki satu hadist sahaja untuk satu-satu perihal dan hadist tersebut lebih sangat Shahih. Manakala kita kenali SUNAN pada kitab sunan sittah yang lain adalah disebabkan oleh penyusunan hadist-hadistnya berdasarkan masalah-masalah fekah. Meskipun terdapat hadist-hadist dha'if, tetapi dha'if tidak mungkar (sekadar hassan, dan lemah sedikit sahaja)
Seterusnya kitab hadist;
1) Muwatha Imam Malik
2) Sunan Ad Darimi
3) Musnad Imam Ahmad
Saya berasa KAGUM dengan kitab Muwatha Imam Malik, SEBAB sanadnya antara Imam Malik dan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam hanya sekitar tiga sanad sahaja (wah.... Imam Bukhari dan Muslim lebih tiga sanad malahan ada yang sampai lapan sanad). TETAPI hadist sebegini adalah sangat sedikit, sebahagian ulama hendak meletakkan kitab Muwatha Imam Malik tinggi daripada Shahih Bukhari, tetapi hadist dalam kitab tersebut (Muwatha) sangat sedikit.
Musnad Imam Ahmad (Imam Hanbali) adalah kitab hadist yang disusunkan berdasarkan nama-nama sanad atau penyampai hadist bermula dengan huruf "alif" sehingga huruf "ya". Imam Ahmad adalah guru Imam Bukhari dan Muslim.
Terdapat juga syarah hadits:
1) Fathul Baari Syarah Shahih Bukhari
2) Syarah Shahih Muslim Imam An Nawawi
3) Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan Tirmidzi
4) Aunul Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud
5) Syarah Sunan Nasai Imam As Suyuthi
6) Syarah Sunan Ibnu Majah Imam As Sindi
7) Muntaqa Syarah Muwatha Imam Malik
Syarah disini bermaksud memperjelaskan lagi maksud hadist dari segi istinbat hukum, nahu, kritikan sanadnya dan matan. Sekiranya kitab hadist tersebut terdapat tiga jilid maka Syarah Kitab tersebut adalah berjilid-jilid (untuk syarahkannya sangat panjang lebar).
Saya ingin bercerita sedikit pasal Kitab Syarah Shahih Imam Bukhari iaitu Muhadistin Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani....... wahh dia seorang yang sangat hebat dan dikenali sebagai GENIUS HADIST oleh orang sezamannya. Beliau juga pengarang KITAB JARH WA TA'ADIL iaitu kitab yang membicara kritik-kritikan ke atas sanad dan perawi..... wahh hebat tuh... bagi saya SEMUA MUHADISTIN hebat-hebat belaka,,,,,, saya sedih sekarang adalah kita suka kutuk dan menghina muhadistin.
TAHU TAK PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH
Satu hadist yang dikeluarkan, dicarinya siapa yang menceritakannya (sanad), kemudian dikritik sanadnya sama ada Tsiqah atau Kazab (ada banyak istilah yang lain) dan sanad dalam satu hadit bukan seorang tapi 5 ke 9 sanad (setiap seorang sanad dikritik) dan YANG LEBIH MENARIK adalah dikritiknya juga PENGKRITIK SANAD juga...... Sebagai contoh Imam Malik mengkritik Ibnu Ishak dengan istilah KAZAB (Pembohong), kemudian Imam Malik dikritik dan dikaji bahawa Imam Malik bukannya mengata Ibnu Ishak pembohong, tetapi mengenai Ibnu Ishak yang mengata Kitab Muwatha Imam Malik adalah lemah, maka Imam Malik berkata Pembohong atas hal tersebut, ini bermaksud atas kesalahfahaman sahaja, maka Ibnu Ishak diangkat martbat hadistnya (kesanadannya) sebagai Tsiqah (percaya)
Makna kata adalah SUSAH untuk kita katakan hadist yang diterbitkan tidak boleh pakai...... Sebab hadist tersebut melalui proses seperti diatas dan sangat ketat kaedahnya. MORALNYA janganlah tinggalkan hadist yang shahih.
Masyaallah HEBAT SUNGGUH ILMU HADIST
Wallahu'alam
Isnin, 18 Januari 2010
Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban
Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan
Itulah tajuk saya hari ini.....
Ayat ini adalah petikan dari surah ar-Rahman, yang mana ia diulang-ulang banyak sekali dalam surah tersebut, sehinggakan jika pembaca kalu pembaca mendengar bacaan dari Qari Arab Saudi iaitu Abdul Rahman As-Sudais dan Sa'ud Ash-Shureim sangat menyentuh jiwa kehambaan bagi pendengar dan makmum solatnya.
Ayat ini selalunya diulang ketika habis satu ayat penyata berkenaan; i)nikmat Allah yang diberikan ii)keagungan Allah, iii)azab dan ancaman Allah iv)nikmat yang bakal dialami kelak
BAIKLAH, KENAPA SAYA MENCERITAKAN PASAL AYAT INI.....
Saya ingin menceritakan pengalaman yang saya alami pada 19 Januari 2010 (Isnin) dan hubungannya dengna ayat ini dan tauladan saya perolehi.
Pada hari tersebut ke kedai cermin mata (kiosk atau booth) di Perpustakaan Tunku Bainun, kerana nak memeriksa mata saya, sebab sebelum ini saya telah periksa mata dan pekedai itu menyarankan saya memakai cermin mata, tetapi saya ingkar memandangkan saya beranggapana bahawa beliau nak mengaut keuntungan saya yakin saya boleh melihat lagi dengan jelas.
Di kiosk tersebut mata saya diperiksa dengan peralatan atau mesin yang lebih tinggi kejituan dan persis pengukurannya, mana bisa alat boleh berbohong. Setelah diperiksa mata saya, keputusan on the spot terhasil dari mesin tersebut.
Pekedai tersebut terkejut, bahawa mata saya rabun jauh tidaklah tinggi (mata kiri 50 dan mata kanan 75) tetapi yang tinggi ialah TAHAP KESILAUAN MATA saya. Kemudian beliau menasihat saya supaya berkaca mata, memandang saya kuat berhadapan dengan komputer. Tanpa berlengah masa saya terus menempah kacamata saya dan ingin mengambil kacamata tersebut sebelum pukul 4 (sebab saya ada kelas waktu itu) setelah saya mendengar nasihat beliau bahawa jika tidak berkacamata lama-kelamaan mata saya mungkin parah dan lebih menakutkan pekedai tersebut juga ada menyatakan pasal BUTA jika ia bertambah parah (terima kasih "pekedai" buat saya rasa takut dan rasa nak menempah)
Selepas saya memakai kacamata, saya rasa muka saya macam BUDAK SKEMA...... dan terasa kehilangan nikmat kejelasan mata (saya rasa sedih terpaksa membawa kacamata bagi membantu saya melihat dengan lebih jelas)
Tiba-tiba saya teringat ayat Fabi ayyi alai rabbikuma tukazziban
Rupa-rupanya ayat ini adalah UCAPAN SINDIR DARIPADA ALLAH KEPADA HAMBA-NYA YANG TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT-NYA (Masya-Allah, terasa kehambaannya saya sekarang dihadapan Allah)
Saya rasa tersindir dan sedih, bergenang air mata saya mengenangkan ayat ini
Wallahu'alam
Jumaat, 15 Januari 2010
Solatlah Kamu Mengikuti Sunnah, Sebelum Kamu DiSolati Mengikut Sunnah
Solat kamu sepertimana kamu melihat aku solat
.
.
.
Mari kita istinbaat hukumnya dari hadist ini
Hadist ini shahih muttafaqu'alaihi
Shallu adalah fa'il amar, dalam kaedah fekah; Fa'il Amar adalah hukumnya WAJIB ke atas satu-satu 'ibadat.
Dalilnya berbentuk Muqayyad, maksudnya bersandar terhadap sesuatu kenyataan. Maka dalam hal ini merujuk kepada "sepertimana kamu melihat aku solat"..... Persoalannya adakah kita pernah melihat Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, sudah tentu kita tak berkesempatan melihat Rasulullah salallahu'alaihi wassalam apatah lagi tatacara solatnya.
Nah, bagaimana? padahal Rasulullah salallahu'alaihi wassalam MENGARAHKAN kita supaya solat seperti melihat baginda solat.
Dalam hal ini, kita memerlukan seseorang melihat baginda solat....... Maka jawapannya adalah para Shahabat radhiallahu'anhum.
Apakah boleh kita beramal dalil dari sahabat bukan secara Marfu'
Jawapannya adalah BOLEH dan ucapan para sahabat kita kenali sebagai Atsar Para Sahabat
Maka kesimpulan dalil ini yang boleh kita katakan insyaallah iaitu;
Rasulullah salallahu'alaihi wassalam MENGARAHKAN kita supaya SOLAT seperti baginda dalam segala inci pergerakan dan persis pengucapannya dalam solat tanpa diragui, tanpa ditokoktambah, tanpa dikurangkan, tanpa ditambahbaikkan, maka yang melihat baginda adalah Sahabat radhiallahu'anhum melalui Atsar dan Hadist
Insyaallah, dibawah kedapatan beberapa video yang boleh membantu pembaca dikasihi Allah bagi memperbaiki solat berlandaskan hadist-hadist shahih lagi sharih.
Apa yang menarik video-video tersebut, adalah setiap inci pergerakan dan bacaan dalam solat adalah berlandaskan himpunan hadist dan atsar yang shahih dari kitab-kitab perawi yang tsiqah, insyaallah ini adalah usaha kita bagi mengamalakan satu ibadat SOLAT seperti mana Rasulullah salallahu'alaihi wassalam bersolat
Ini adalah video yang saya download dari saudara kita. Terima kasih kepada pujaantarabangsa dari Youtube sila klik disini
Jazakallahu khairan katsirah
Wallahu'alam
Sifat shalat nabi edisi kartun (1 5)
Sifat shalat nabi edisi kartun (2 5)
Sifat shalat nabi edisi kartun (3 5)
Sifat shalat nabi edisi kartun (4 5)
Sifat shalat nabi edisi kartun (5 5)
.
John Kramer: Pembunuh Kejam Berfalsafah
Itulah tajuknya, selepas baru menonton filem SAW 6
Secara ringkasnya filem ini berkisar mengenai seorang jurutera sivil yang cubaan membunuh dirinya gagal dan ini memberinya ilham akan naluri mandiri manusiawi yang telah mengudratkan beliau untuk mensampelkan komuniti dalam ujiannya dengan perangkap dan peralatan yang kejam, bagi memaksa sampelnya cetusi naluri mandiri dari ketakutan kematian yang azab direkanya.
Menakutkan dan Mengagumkan; itulah dua perasaan yang bertentangan yang disatukan dalam satu jasad, Anehkan......
Ia sangat menakutkan dengan ketumpaham darah yang sadis bagi menguji sampel supaya berusaha dengan apa cara sekalipun dalam menyelamatkan diri atau kita kenali sebagai Naluri Mandiri
Kenapa ia mengagumkan?
Ia mengagumkan kerana sirinya berselanjaran dari satu episod ke episod yang lain dan ia sangat unik filemnya.
Saya menonton filem ini bukan kerana hiburan tetapi falsafah disebalik filem iaitu teladan yang saya perolehi adalah;
"Will To Live"
Walaubagaimanapun ujian yang menimpa, kita mesti berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengatasi ujian tersebut........
Saya sebut hal tersebut, kerana saya teringat apabila ada seorang yang saya kenali mempunyai perasaan ingin membunuh diri
Kemudian, ada daripada yang saya kenal, menganggapkan baginya KEHIDUPAN TIADA baginya. KALAU MATI, MATILAH.... LAGI SENANG
Saya tersenyum dan berkata dalam hati "Kalau ibadah dan amal banyak yang ditanggung, Iman penuh di dada, pun tak boleh ada perasaan begitu"
Kemudian, saya ingin sentuhkan disini adalah HARAM bagi Muslim berdoa akan keburukan diri dan kematian di atas diri dengan lebih awal...... Hal itu saya kembalikan pada Allah Subhana wata'ala
Sebelum saya akhiri entri ini, saya ingin memetik kata-kata COOL Joh Kramer iaitu
"I WANT TO PLAY A GAME"
"GAME OVER"
Kata-kata ini mengingatkan saya kepada kawan baik saya sewaktu menonton filem SAW 1 di UKM
Wallahu'alam
Khamis, 31 Disember 2009
Ini Kisah Dahulu dan Aku Dahulu
Tahun 1982 mak aku balik kampung
Setelah penat merantau mencari rezeki
Bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak
Penat lelahnya melayan karenah anak-anak orang
Balik dengan harapan jaga nenek
Balik dengan harapan agar nenek aku tersenyum
Aku sayangkan nenek aku
44 hari sebelum nenek aku pergi
Nenek aku suruh ajar dia mengaji al-Quran
Tetapi aku budak-budak lagi, sudah tentu nak main sahaja
Pemergiannya di beri isyarat yang baik dari Allah
Kepada Engkau Ya Allah, pengakhiran nenek aku adalah Husnul Khatimah
Dan nenek aku juga baik
Aku tidur sebelah nenek dan tidurku ganas yang tak tahu duduk diam
Tapi nenek aku sabar, walaupun kekadang aku kena tampar juga
Tapi aku rindu juga nenek, walaupun sudah kembali pada Pencipta
Al-Fatihah untuk mu nenek
Chut Binti Othman
Mak aku ada berkata lagi:
Dia nak jaga nenek
Walau apa terjadi, walaupun berhidup susah sebagai penginap di muara laut
Kekadang ada hasil, kekadang berlaparan
Tapi mak aku tetap dengan nenek aku
Nenek aku yang tersengih melihat mak aku
Mak aku ada berkata juga:
Ayahku datang melamar mak aku
Pertama kalinya ayah aku datang melamar mak aku
Tak pernah pun pada sesiapa melainkan mak aku
Datang berkali-kali dengan ikhlasnya
Datang berkali-kali dengan harapannya
Mak aku tetap dengan itu juga untuk menjaga nenek
Tapi nenek aku mengiyakan lamaran ayah ku
Kerana sayangkan mak aku dan hasrat ayah aku
Terima kasih nenek, menerima lamaran ayah
Tentang ayah aku pula
Tentang kisahnya yang lebih menyedihkan
Tentang dulu-dulu dia, yang tak nak aku singkapkan disini
Tentang zaman Jepunnya
Tentang ayah aku dan profesionnya
Tentang ayah aku
Ayahku, bukan doktor, atau majistret,
Atau ahli politik apatahlagi pemuzik
Ayahku
Adalah seorang nelayan
Turun pagi-pagi
Balik senja-senja
Ada ikan, ada makan
Tak da ikan, ..............
Pergi, balik dan menanti
Itulah rutin harian ayah aku dengan awak-awak (anak kapal) ayah aku
Ayah aku ada berkata juga:
Nelayan ni memperjudikan nasib untuk menggenggam segenggam beras
Setiap hari ayah aku nasihat aku "Nelayan adalah pekerjaan yang susah"
Supaya jangan jadi macam ayah
Aku ingat lagi, ayahku terputus jari
Terputus jari kanan ibunya untuk membaiki enjin
Enjin yang menggerakkan botnya
Dan dari ikhtiar bot itu, kami dapat rezeki dan itu adalah kerana Allah Taala
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku mengancing butang baju sekolah aku
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku menyuapkan makanan ke mulut walaupun aku boleh menyuapnya sendiri
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku membanting tulang empat kerat menyara kami sekeluarga
Dan kepada tangan yang terputus jari, terima kasih kerana masih setia dengan ayahku
Mak aku berkata lagi dan bernada begini:
Ayahku berkahwin pada usia yang lewat
Tapi aku tahu hidup ayahku
Sengsara orang dahulu, sengsara kesan pernah hidup waktu Jepun
Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri aku bersyukur padaMu dengan nikmat aman ini
Nisfu Bulan Keempat Kalendar Masihi
Aku dilahirkan ....
Menyerikan hidup dua insan yang akan ku cintai kelak
Dari akulah, aku mentabalkan mereka sebagai IBU-BAPA
Dari akulah, aku menjanjikan kesyukuran mereka kepada Allah
Maka lahirlah, Aku, Ibu-Bapa dan Tanggungjawab
Mak aku ada juga berkata sewaktu aku dinamai:
Ketika saratnya mak aku akan aku
Mak aku ingin namai aku Mohd Razi
Ayah aku pula ingin namai aku Bukhari
Sempena nama Ulama Hadist Yang Hebat
Tapi aku tak mampu untuk meraih nama penulis Kitab Jami'ul Shahih Bukhari itu
Aku juga tak menampalkan nama itu pada diri aku
Nama itu sangat hebat, sangat gah
Keluarga belah ayah aku nak namakan aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
iaitu; Sirajuddin - Naqiuddin - Saifuddin
Ayahku gunda-gulana untuk namai cahayamatanya yang pertama
Hati tidak jadi tenang memikirkan aku, mak, keluarganya dan keriangan
Hari untuk namai aku itu hujan
Mungkin meraikan hari penamaan aku
Atau mungkin menghalangi ayahku daripada menamai aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
Kerana ia hujan membasahi kertas yang dicatati nama-nama berbaur kerabat Diraja
Ayahku tersenyum dan teringatkan mak aku yang tercinta
Dan berkata "Biar mak dia bagi nama ajalah"
Ayahku cuba mengingatkan kembali nama ujaran mak aku itu
Tetapi ia kabur
Tetapi ayahku cuba juga
Tetapi ia kabur
Tetapi ayah aku masih mencuba juga
Tetapi ia masih kabur, hanya yang terpelihara adalah Mohd ....zi
Apa yang ayahku sangkakan adalah Mohd Fauzi padahal ujaran mak aku adalah Mohd Razi
Aku berprasangka nama ku dinamai oleh Pencipta melalui cetusan ilham nama itu kepada kotak fikiran ayahku.
Namun ayahku berpelajaran dengan tatabahasa yang klasik
Juga berpelajaran dengan pendidikan tulisan jawi klasik
Bagi ayahku bunyi "zi" sekarang adalah tulisannya "dzi"
Maka bunyi Fauzi dinamainya Faudzi
Lahirlah Mohd Faudzi Bin Umar
Aku nukil semua ini
Kerana tiba-tiba aku teringatkan ayahku
Teringatkan pada seseorang yang dahulu gah pada mata aku
Kehilangannya bukan sahaja memberi kesan pada keluarga
Tetapi pada warga kampung aku juga
Mereka sayangkan ayahku, ayah aku baik dan baik ayah aku adalah diingati
Al-Fatihah untukmu Allahyarham Umar Bin Ahmad
Selasa, 29 Disember 2009
Quantum Mechanics is Physics of the Devil
Nantikan saya mengumpulkan maklumat berkenaan hal tersebut!
Insyaallah....
Isnin, 28 Disember 2009
SARAH - PAPADOM
CERITA SEMASA KECIL (SARAH)
Saye suka sorang budak name die Sarah
Die suke makan aiskrim comot,comot
Tapi Sarah comel sangat
Hari-hari Sarah tunggu saye balik sekolah
Kalau Sarah tunggu bawak aiskrim
Dua.. saye sayang Sarah sangat
Biarkanlah...7x
Biarkan Sarah aaa..
Bile petang-petang kite main dekat padang
Sarah suke tolak jatuh dan tersungkur
Tapi...saye sayang Sarah..
Bile besar nanti saye nak kawin dengan Sarah
Bapak Sarah baik suke pujuk saye sebab
Mama saye garang.
Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..
Sekarang Sarah takde lagi dalam dunia saye
Saye suke tunggu Sarah dekat kubur
Saye rindu Sarah sangat..
Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..
Ahad, 27 Disember 2009
Kalkulus Ntahapahapantah
Kita sedia maklum mengenai pembezaan aturan-1, aturan ke-2, aturan ke-3 (1st-order, 2nd-order, 3rd-order). Yang menariknya bagaimana Pembezaan aturan ke-3/4 aturan ke-1/2 aturan ke-1/3. HAHAHAHAHA ..... Lucukan!
Itulah yanng berlaku dalam Kalkulus Pencacaian
Baiklah mari lihaat contoh mudah
Katakan f(x) = x^k (maknakata x berkuasa k) manakala D adalah pembezaan pertama
Jika D.f(x) maka jawapanya adalah;
D.f(x) = k.x^(k-1)
Jika D^a adalah pembezaan aturan ke-a, jika kita aplikasi ke atas x^k;
D^a f(x) = k! / (k-a)! . x^(k-a)
Pengubahsuai dilakukan ke atas aturan-a kepada bukan integer akan mempertimbangkan fungsi gamma maka ditulis fungsi Gamma dengan T
D^a f(x) = T(k+1) / T(k-a +1) . x^(k-a) , a adalah bukan integer
identiti fungsi Gamma adalah T(k+1) = k!
BAIKLAH ambil satu contoh mudah,
iaitu a=1/2 dan f(x) = x
jadi,
D^1/2 . f(x) = T(1+1) / T(1-1/2+1) . x^1-1/2 = T(2)/T(3/2).x^1/2
Jadi rujuk buku Mathematical Handbook and Formulas, Murray didapati T(3/2)=1/Pi^1/2 dan T(2)=2!=2
Maka jawapan yang diperolehi adalah
=(2.x^1/2 )/Pi^1/2
Hahahahaha Menarik Jawapan Dia.....
Kita boleh aplikasikan keatas Pembezaan Tiga Suku, dan kita takkan jadi Tiga Suku
Memang COOL Kalkulus Fractional ni....
Wallahu'alam
Khamis, 24 Disember 2009
Akulah Filsafat Alam Tabii
Aku sayangkan "Kenapa?"
Aku cintakan "Bagaimana?"
Aku rindukan "Bila?"
Tentang alam-Nya, tentang aturan-Nya, tentang ciptaan-Nya
Tetapi bukan tentang-Nya
dan juga bukan menentang-Nya
Hanya aku, falsafah dan kecemburuan pada alam-Nya
Dulu waktu aku kecil
Aku sering bertanya kepada ayahku;
Apa ini? Apa itu?
Kenapa ini? kenapa itu?
Bila? dan Bagaimana?
Itu mungkin ucapan seorang ahli filsafat yang daif
Yang sering diajukan oleh seorang pengaju
Yang mungkin tahu dan ingin tahu pada seseorang yang mungkin tahu dan ingin memberitahu
Bahwa aku pun ingin tahu "Kenapa kamu mesti tahu"
Pada dulu juga
Aku sering keluh kesat akan persoalan yang mencerminkan kebodohan kepada diri yang merasanya dirinya tidak bodoh
Iaitu;
Kenapa langit warna biru?
Apa penafsiran fizikalnya alam ghaib?
Bagaimana Tuhan?
Mengapa aku lihat laut ia mendatar?
Kenapa tiap-tiap hari ayahku menangkap ikan, tapi ikan tak habis?
Siapa aku? Kenapa mesti aku? Di sini!
Aku pun pelik
Aku pelik kenapa langit tak jatuh!
Aku hairan kenapa mesti ada malam, mesti ada siang!
Aku terkejut kenapa aku tak boleh melihat matahari dengan mata kasar!
Aku lagi pelik dengan kehairanan yang sangat mengejutkan
Kenapa Mesti Kita Berada Di sini?
Untuk apa?
Apakah semua pemerihalan itu
Membolehkan aku mentakrifkan diri aku ini
Seorang ahli filsafat alam tabii
atau Akulah Filsafat AlaM Tabii
atau Wallahu'alam
Memformulasikan CINTA-BENCI Melalui Aljabar Tak Linear
Jadi apakata kita lanjutkan kajian ini dengan entiti yang lain iaitu BENCI
Particlization of the Georgi's Unparticle Physics
Berkenaan teori tersebut
Cuba saudara/i taip Unparticle Physics
Semoga perkara di bawah akan terjadi.
Angan-angan --> Mimpi-mimpi --> Cita-cita --> Harap-harap --> Usaha-usaha --> KEJAYAAN
Sabtu, 21 November 2009
Mencintai Ulama Hadist
Apa yang saya ketemui adalah kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali (bayangkan dalam hospital ada kitab ulung), tetapi berbeza dalam kitab ini adalah terdapatnya pentahqiq (peneliti hadist) oleh Syeikh al-Iraqi seorang muhadistin.
Apa yang saya dapati dalam kitab tersebut adalah hadist-hadist yang dibawakan oleh Imam al-Ghazali adalah kebanyakannya adalah hadist palsu, dha'if dan yang paling banyak ditemui adalah hadist-hadist yang tak ditemui dalam sebarang kitab hadist. Kebanyakan ringkasan yang ditulis oleh Syeikh al-Iraqi adalah seperti berikut:
Hadist ini tiada asalnya
Hadist ini dongeng
Hadist ini maudhu'
(Saya dapati banyak sangat nukilan-nukilan seperti di atas)
Kemudian apa yang saya tahu berkenaan hasil tahqiq syeikh ini, beliau dikutuk hebat oleh ulama-ulama Syiria.
Saya berasa hairan:
1) al-Ghazali membawakan hadist yang palsu berkenaan dengan ilmu tauhid, ilmu aqidah dan ilmu berkenaan hati, walhal ilmu-ilmu tersebut adalah hal-hal yang masail (bermaksud usul atau perkara asas). Kerana kita tahu hal-hal masa'il mestilah dari hadist yang shahih
.
2) Syeikh Iraqi melakukan kerjanya sahaja, iaitu meneliti martabat hadist sahaja dan beliau tidak mengutuk hasil kerja al-Ghazali.
Senantiasa ulama hadist dikritik kalau kita menyoroti sejarah dan sirahnya, seperti Imam Hanafi(mati diracun), Imam Syafie (yang dituduh Syi'ah), Imam Ahmad (mati dalam penjara), Imam Bukhari (dihalau dari daerah).
Semoga Allah menjadikan saya bersama golongan Mufassirin dan Muhadistin, yang membersih agama-Nya dari Syirik dan Bida'ah
Wallahu'alam
Selamat Menjalani Latihan Mengajar
Kepada pelajar-pelajar saya yang dihormati.
Disini saya nak mengucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN MENGAJAR kepada semua pelajar Semester 7.
Nasihat saya berkenaan Latihan Mengajar:
1. Timba pengalaman sebanyak mungkin dari guru pembimbing
2. Kenali nama pelajar anda semunya.
3. Jika kedapatan pelajar yang nakal, nasihat saya adalah selalu memanggil nama beliau dalam kelas terutamanya menyuruh beliau menjawab soalan dalam kelas. Kerana psikologi pelajar pada usia tersebut memerlukan perhatian dari guru mereka.
4. Pelajar nakal janganlah ditekankan dengan kekerasan atau marah. Kerana usia tersebut terdapat dalam jiwa mereka satu keinginan iaitu MEMBERONTAK, jadi nasihat saya BERKAWAN dengan mereka.
5. Sentiasa bergaul dengan guru-guru disitu ( kalau lelaki bergaul dengan guru lelakilah, kalau perempuan bergaul dengan guru perempuan dan jagalah sahsiah diri)
6. Sentiasa kata BAIK atau YA atau BERES, jika disuruhkan melakukan sesuatu. Kerana kamu dalam latihan dan penilaian, adalah lebih baik mengikut saja (Sebab kamu membawa imej UPSI dan Jabatan Fizik dan Pensyarah-pensyarah Jabatan Fizik)
7. Jangan lupa menghantar kepada Pensyarah Penyelia iaitu: 1) Peta Lokasi Sekolah 2) Takwim sekoalh dan 3) Jadual Kelas Kamu.
8.Bekerjalah dengan IKHLAS dan JUJUR (Kerana pensyarah tidak dapat menilai perkara tersebut)
BARAKALLAHU FIIKUM
M. F. Umar
Rabu, 4 November 2009
Selasa, 3 November 2009
Harapan Sempena Peperiksaan Akhir
-----> -----> ----->



Ahad, 1 November 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir
Tempat: SITC
Tarikh: 12 Oktober 2009
Masa: 2.30 petang
Nasihat dan Tips: TIADA
Rabu, 28 Oktober 2009
Jazakumullahu Khairan Katsirah
1) Ustaz Halim Hassan
Ustaz Halim, pengajar Tafsir Ibnu Katsir yang berkaliber. Dan yang paling SAYA SUKA adalah ustaz Halim memang LAWAK tapi berilmiah. Walaupun ceramahnya nampak macam LAWAK tapi penyampaian beliau sampai maksud, kemudian beliau memang arif dalam bidang hadist. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Halim Hassan atau klik sini
2) Ustaz Maulana Asri Yusof
Maulana Asri seorang pengajar Shahih Bukhari dan Muslim berserta Kitab-kitab hadist. Beliau berpendidikan ilmu dirayah hadist dari India. Pengajaran beliau jelas dan kukuh berdasarkan dalil-dalil naqli berlandaskan hadist. Beliau sangat arif dalam selok-belok ilmu hadist, selama saya hidup atas muka bumi Malaysia tak pernah saya lihat muhadist di Malaysia yang sehebat beliau. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Maulana Asri Yusof atau klik di sini
Seorang Mufassir dan seorang lagi Muhadist, kedua-dua ilmu (al-Quran dan Sunnah) dijamin oleh Allah Subhana Wa Ta'ala dan itu adalah janji. Memandangkan Ustaz Halim Hassan berada di Pulau Pinang dan Maulana Asri berada di Kelantan, adalah sukar untuk saya mempelajari dari kedua-dua ulama ini yang hafidzullah kerana kedua-dua negeri adalah jauh dari negeri saya.
Wallahu'alam
Figur Sekalut Fizik Teori

Memang ramai pelajar saya yang merungut akan hal tersebut, tapi alasan saya adalah:
Jumaat, 16 Oktober 2009
Hai nama saya M. F. Umar, saya nak mengukur momentum dan kedudukan saya dalam Kuantum
Saya terfikir sejenak, Kenapa mereka mesti benci Mekanik Kuantum?
Mungkin mereka adalah JASAD KLASIK (yang mematuhi aturan atau hukum klasik; seperti yang kita alami sekarang) HAHAHAHA.....
Citra pengukuran kuantum pun berbeza, mungkin pembaca tak mempercayai prinsip pengukurannya:
1) Pada keadaan atau sistem, tak semua parameter fizik (seperti kedudukan, momentum, tenaga, kinetik dll) boleh diukur yang memberikan nilai yang tunggal. Sebagai contoh: Mengukur momentum dalam sistem Keupayaan Kotak (3D-Telaga Keupayaan Infiniti) memberikan nilai yang berbeza setiap kali pengukuran dilakukan.
Berbeza dengan klasik, kita dapat mengukur momentum kereta memberikan nilai yang tunggal biarpun berapa kali kita ukur selagi kereta itu bergeraka dengan halaju yang sama.
2) Terdapatnya fenomena yang mana dua parameter fizik tak boleh diukur secara serentak. Hmmm.... Sekali lagi alasan kenapa pelajar saya BENCI MEKANIK KUANTUM. Sebagai contoh kita nak mengukur kedudukan zarah dan momentum secara serentak adalah tidak dibenarkan, kerana jika kita mengukur kedudukan dahulu kemudian momentum zarah akan memberikan nilai yang berbeza dengan mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan zarah tersebut. Prinsip ini dari segi matematik kita kenali sebagai tak-komut (non-commutative).
Ditambahkan lagi kepelikan dalam mekanik kuantum iaitu pengukuran momentum sudut (angular momentum). Momentum sudut adalah kuantiti vektor yang mempunyai momentum sudut komponen-x, -y dan -z. Kepelikannya bermula disini iaitu setiap komponen dalam momentum sudut tidak boleh diukur secara serentak, habis macamana kita nak ukur walhal momentum sudut komponen -x, -y dan -z adalah termasuk dalam vektor momentum sudut. HAHAHAHAHAA Argghhhh....
Berbeza dengan klasik, kalau kita nak mengukur kedudukan kereta dahulu kemudian momentum secara fitrahnya (yang selalu kita alami) ia memberikan nilai yang sama juga sekiranya kita mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan kereta.
Apa yang saya boleh katakan disini adalah Wallahu'alam
AdiManusiawi
Pada hal yang lain kita tahu, bahawa zarah tolok perantaraan dalam interaksi adalah zarah boson iaitu zarah berspin integer.
Kita sedia maklum bahawa prinsip adisimetri adalah menghubungkan zarah fermion dengan zarah boson dan begitu juga sebaliknya, sebagai contoh zarah elektron diramalkan zarah adirakannya dikenali sebagai selektron, kemudian zarah foton pula adirakannya dinamakan sebagai fotino, graviton-gravitino, Higgs-Higgsino, proton-sproton dll.
Apakah boleh kita aplikasi prinsip Adisimetri keatas jasad manusia ini yang berzarah fermion dihubungkan dengan zarah boson yang boleh kita kenali sebagai ADIMANUSIAWI
Wallahu'alam
Hahahaha..... Kuantum lagi

Cuba saudara/i bayangkan terdapat satu papan, yang padanya ada ada dua lubang. Kemudian masih lagi dalam bayangan yang sama (hehehe) kita pecutkan dengan satu elektron.Kalau menurut kuantum, elektron itu melalui ke dua lubang tersebut. ARGGHHHH.....
Kemudian sekirannya ada pencerap dekat dua lubang itu, sewaktu elektron itu melalui (jika kita mampulah, heheheh), maka kita dapati satu dari dua fungsi gelombang itu mengalami keruntuhan yang mana kita kenali sebagai keruntuhan fungsi gelombang. ARGGGHHHH....
Kenapa hukum fizik kita sedemikian rupa, walaupun kita tahu tahu kenikmatan akan teknologi hari ini adalah hasil pengitlakan hukum kuantum (fizik moden).
WALLAHU'ALAM
Khamis, 15 Oktober 2009
Atas-Bawah???
Rangkap coretannya bermula begini, ketika Si Bulat habis sesi kuliah Matematik Fiziknya, ia keluar bersiar-siar di taman dan memikirkan permasalahan matematik topologi waktu dalam kuliah tadi. Sewaktu memikir masalah tersebut beliau tidak sedar yang ia telah tersesat di hutan yang berhampiran dengan taman itu. Si Bulat mula merasa resah akan hal yang menimpa beliau dan berusaha mencari jalan keluar. Beliau berpendapat jalan keluar yang terbaik adalah megikuti lawan arus sungai, kerana taman itu memang ada sungai berhampirannya.

Tiba-tiba, kedengaran suara yang meruncing di kedua cuping telinga Si Bulat dengan berkata " "Hai si makhluk satah!" dilanjutkan dengan ketawa sinis.
Si Bulat terbukam kehairanan, mendengar suara yang tidak kelihatan puncanya dan mengenalpasti asal-muasal suara itu. Dibalasnya Si Bulat "Siapa kamu?"
Jawab suara itu dengan ketawa dan berkata "Nama aku Sang Sfera, jasad bermatra tiga"
Si Bulat kehairanan lagi mendengar jawapan suara itu dan bertanya Si Bulat "Di mana kamu?"
Suara itu yang bernama Sang Sfera menjawab "Aku di atas kau".
Sekali lagi Si Bulat kehairanan mendengar jawapan Sang Sfera: "Di atas????, Apakan itu??? Kenapa aku tak boleh melihat kau." Sang Sfera membalas "Aku diatas kau lah. Aku boleh melihat kau, tetapi kau tak boleh melihat aku, kerana dunia kau adalah dunia satah, cuma ada dua matra sahaja iaitu kiri-kanan dan depan-belakang, tetapi kau tiada arah atas-bawah."
Si Bulat menjawab "Oh benarkah, dunia kami hanya dua matra sahaja, boleh tak kau memunculkan diri"
Maka Sang Sfera menempelkan dirinya pada dunia satah Si Bulat yang terbentang luas itu. Si Bulat berkata "Eh, kau ini berupa Bulat sahaja"
Balas Sang Sfera "Tak, kau silap! Aku berupa sfera, jasad bermatra tiga. Pada dunia kau aku kelihatan bulat"
Berkali-kali Si Bulat kehairanan mendengar penerangan Sang Sfera yang tidak masuk akal.
"Boleh tak kau bawa aku ke dunia kau yang kononnya dunia kau ada tiga matra, hahaha" sindir Si Bulat.

"Baik, aku akan bawa kau" kata Sang Sfera. Oleh hal itu, Sang Sfera mengopek jasad Si Bulat dari dunia satahnya.
Maka keluarlah Si Bulat keluar dari dunianya dua matra, kehairananlah Si Bulat melihat dunia tiga matra itu sambil memuji Allah " Masyaallah, Subhanallah, Allahu akbar" Melihat dunia satahnya yang terbentang luas itu.
Kata Si Bulat lagi "Wow, biar betik" Barulah Si Bulat meyakini akan kewujudan satu lagi matra selain dua matra. " Begini rupanya atas-bawah ." Balas Sang Sfera dengan ketawa.
Si Bulat bertanya kepada Sang Sfera "Ada lagikah matra lain selain kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah"
Terkejutlah Sang Sfera dengan diam
.
.
.
.
Wallahu'alam, balas Sang Sfera
Dedah Akademia
1) Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains & Matematik (UPSI)
2) 25th Regional Conference on Solid State Science and Technology 2009 (UNIMAP)
3) Persidangan Fizik Kebangsaan 2009 (UiTM)
4) Regional Conference on Ionic Liquids (UM)
Wallahu'alam
Kawan, Ilmu dan Pengabdian
Secara ringkas pengenalan berkenaan blog beliau iaitu mengenai luahan akan kekalutan dan permasalahan dalam jiwanya. Dahagakan kebenaran dan makna kehidupan dalam erti kata lain Apa Erti Kehidupan?Semoga diberkati Allah (Barakallahu fiikum)
Permulaan entrinya bertajuk Permulaan mencari ilmu.
Saya sudahi coretan ini dengan Jazakallahu khairan katsirah
Wallahu'alam
