Khamis, 25 Februari 2010

2 Minggu Penyeliaan Pelajar Latihan Mengajar

Bermula 1 Mac - 12 Mac 2010, saya akan menyelia pelajar-pelajar Latihan Mengajar di sekolah-sekolah sekitar Klang, Jeram dan Telok Panglima Garang. Ini adalaha senarai pelajar-pelajar di bawah penyeliaan saya:

1) Mohd Zulfazly Bin Fauzi
2) Nasrullah Bin Rosdi
3) Nur Ain Binti Mohd Sani
4) Nurdiana Binti Nazarudin
5) Mohd Firdaus Khairi Bin No Badery
6) Nur Arfah Binti Zakaria
7) Muhammad Afzan Bin Awang
8) Nazirah Binti Ibrahim
9) Mohd Sabri Bin Che Noh
10) Hanif Bin Harun
11) Nur Arfa Suhaida Binti Mat Zain
12) Zurita Bt Othman
13) Sharifah Nur Shafinaz Binti Syed Ismail
14) Fatimah Aini Binti Mohamad


PENGAWALAN KELAS

Pada malam 26 Feb, saya menelefon rakan universiti (sekarang beliau adalah guru). Saya menanyakan perihal guru-guru dan persekolahan, disamping itu juga saya bertanyakan nasihat berkenaan "Bagaimana menjadi guru yang baik". Kemudian beliau memberitahu banyak perkara mengenai perkara tersebut. Salah satu yang paling penting mengenai menjadi guru yang baik adalah PENGAWALAN KELAS (Bagaimana hendak memastikan pelajar-pelajar tersebut memberi tumpuan dalam kelas). Tambahan beliau lagi, waktu perkuliahan di universiti pelbagai teori-teori dan model-model diperhidangkan melalui buku-buku oleh pensyarah-pensyarah adalah TIDAK PRAKTIKAL, kerana situasi yang sebenarnya adalah sebaliknya jika berada disekolah.

Tapi berbeza dengan pempiawaian penyeliaan di Jabatan Fizik, iaitu menyelia Kaedah Mengajar Inquiri (Student Centered Learning: Pembelajaran Berpusatkan Pelajar). Hal ini berlaku kontrdiksi diantara pengalaman rakan saya dan pempiawaian di jabatan saya.

Tapi melalui pengalaman saya dan guru-guru yang kenali sebelum ini pun memberitahukan perkara yang sama mengenai pengalaman rakan saya. Pengalaman saya adalah mengajar di satu asrama anak yatim di Negeri Sembilan. Ada seorang pelajar lelaki tidak meberi tumpuan pada pengajaran saya ketika itu, tetapi hal itu tidak membuatkan saya rasa "ambil hati", tetapi sikap saya adalah saya sentiasa mendampingi beliau, bergurau dan sentiasa menampilkan penampilan seorang guru yang bersungguh-sungguh untuk mengajar beliau pandai. Akhirnya beliau adalah antara pelajar yang aktif bertanya dan rupa-rupanya beliau adalah pelajar yang boleh saya kateogorikan sebgai pelajar "mudah tangkap".

Seterusnya pengalaman dari seorang ustazah bekas guru disiplin sekolah di sekitar Klang. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau bahawa beliau pernah bertengkar dengan seorang pensyarah penyelia yang bukan dari universiti saya, kata beliau. Beliau menceritakan bahawa pensyarah penyelia tersebut merungut kepada beliau kerana menafikan permarkahan gred yang tidak layak bagi pelajar tersebut daripada apa yang pensyarah penyelia itu nilaikan pelajar itu.

Ustazah memberitahu bahawa pelajar tersebut bijak mengawal kelas dengan baik sekali, meskipun kaedah pengajaran tidaklah sebaik mana. Walaubagaimanapun, hal itu tidak dipersetujui oleh pensyarah penyelia tersebut. Ustazah bertanya kepada pensyarah penyelia tersebut berapa lama pernah mengajar ke sekolah. Jawab beliau "Tak pernah". Ustazah tersebut memaklumkan kepada saya lagi bahawa "Terer macamana dia punya teknik mengajar, semua itu adalah takkan dipraktikan kalau pelajar dalam kelas tidur, menyembang, main-main" TAmbahan beliau lagi bahawa sekolah tersebut adalah sekolah paling bermasalah, maka yang paling penting dan sesuai di sekolah "bagaimana hendak mengawal kelas"

Seterusnya rakan saya tersebut ada juga menyatakan bahawa teknik atau kaedah itu berguna (belum lagi berkesan) sekiranya pelajar yang kita ajar adalah pelajar yang "berdisiplin" dan "mahu belajar"



POLISI

Dalam perbualan kami pada malam itu, ada juga membicarakan berkenaan polisi pendidikan negara. Polisi pendidikan yang terbina memberikan satu budaya yang bukan akademik iaitu; melalui pengalaman saya "Ibu-bapa, guru-guru dan masyarakat hanya melihat budak itu CEMERLANG sekiranya pelajar tersebut memiliki kuantiti gred A pada sijil beliau" Manakala pelajar yang memiliki gred A yang berkuantiti sedikit akan disisihkan dari perhatian. Hal ini banyak berlaku.

Seterusnya polisi pendidikan kita memberikan satu ruang yang tidak sesuai dalam arena mencari pengetahuan iaitu ruang "Kemahiran Menjawab Soalan" dan "Latih Tubi". Secara umumnya, saya tidak kata perkara itu tidak baik, tetapi penumpuan yang jumud diberikan ke atas hal tersebut akan memberikan implikasi yang tidak baik terutamanya pada masa depan akademik pelajar tersebut. Pada pendapat saya, jika hal di atas berlaku seolah-olahnya kita menyekatkan proses berfikir yang lebih cekap dan pentelaahan ilmu yang lebih luas, dengan kata lain pelajar tersebut mempunyai gred A adalah kerana pelajar tersebut cemerlang dalam disiplin ilmu "Kemahiran Menjawab Soalan" bermakna gred A tersebut dinisbatkan pada disiplin ilmu "Kemahiran Menjawab Soalan" bukannya pada Matematik, Sains, Kimia dan Geografi.

Perkara ini sememangnya memberi implikasi yang tidak elok sekiranya di menara gading, kerana di universiti gaya pembelajarannya adalah mandiri, iaitu usahakan sendiri dan merentas kepelbagaian disiplin ilmu diperlukan dalam satu-satu displin yang dipelajari itu. Banyak dari rakan saya corot dan ada juga dibuang universiti akibat gagal dalam bidang akademik.

Semua itu adalah taipan peribadi saya mengenai kesimpulan yang saya perolehi dari perbualan telefon dengan rakan saya.

Walhal semua ilmu dari Allah Maha Berilmu, sebab itulah kita digalakkan setiap kali penulisan menyebut WALLAHU'ALAM

3 ulasan:

  1. mana nama sy cik???

    BalasPadam
  2. Saya rasa 14orang pelaja saya

    BalasPadam
  3. nazirah bt ibrahim2 Mac 2010 7:55 PG

    bangga ada nama saya kt blog encik=p

    BalasPadam