Rabu, 28 Oktober 2009

Jazakumullahu Khairan Katsirah

Sekadar berkongsi berkenaan ulama yang saya hormati di Malaysia:


1) Ustaz Halim Hassan
Ustaz Halim, pengajar Tafsir Ibnu Katsir yang berkaliber. Dan yang paling SAYA SUKA adalah ustaz Halim memang LAWAK tapi berilmiah. Walaupun ceramahnya nampak macam LAWAK tapi penyampaian beliau sampai maksud, kemudian beliau memang arif dalam bidang hadist. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Halim Hassan atau klik sini

2) Ustaz Maulana Asri Yusof
Maulana Asri seorang pengajar Shahih Bukhari dan Muslim berserta Kitab-kitab hadist. Beliau berpendidikan ilmu dirayah hadist dari India. Pengajaran beliau jelas dan kukuh berdasarkan dalil-dalil naqli berlandaskan hadist. Beliau sangat arif dalam selok-belok ilmu hadist, selama saya hidup atas muka bumi Malaysia tak pernah saya lihat muhadist di Malaysia yang sehebat beliau. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Maulana Asri Yusof atau klik di sini

Seorang Mufassir dan seorang lagi Muhadist, kedua-dua ilmu (al-Quran dan Sunnah) dijamin oleh Allah Subhana Wa Ta'ala dan itu adalah janji. Memandangkan Ustaz Halim Hassan berada di Pulau Pinang dan Maulana Asri berada di Kelantan, adalah sukar untuk saya mempelajari dari kedua-dua ulama ini yang hafidzullah kerana kedua-dua negeri adalah jauh dari negeri saya.

Wallahu'alam

Figur Sekalut Fizik Teori


Ketika saya mengajar dalam kelas Pengenalan Mekanik Kuantum, saya tidak mempunyai sebarang nota Power Point mahupun OHP.
Apa yang saya ada adalah:
1. Diri saya
2. Buku teks Scherrer, R.
3. Kertas MEMO Fakulti (guna semula pada belakang kertasnya)
4. Pen OHP (baru sekarang saya minta di Jabatan, sebelum ini pen marker yang dibeli)
Terkadang-kadang juga saya ada memperlihatkan simulasi Physlet Quantum
Prinsip saya dalam Pengajaran & Pembelajaran adalah:
1. Pengajar
2. Medium Penyampaian (contoh: OHP, Papan Putih dan Marker)
3. Pelajar

Memang ramai pelajar saya yang merungut akan hal tersebut, tapi alasan saya adalah:
1. Saya nak kamu tahu bagaimana persamaan dalam mekanik kuantum itu diterbitkan
2. Saya nak kamu rasa kesengsaraan dan keseksaan untuk mempelajari mekanik kuantum (ada istilah Arab Man Jadda Wa Jadda)
3. Saya nak latih kamu menjadi seorang ahli fizik teori kelak
4. Alasan terakhir saya, guna semula kertas MEMO Fakulti adalah sikap mulia (tidak membazir, guna semula) Hahahaha....
Saya harap pelajar tidak menilai saya dalam BORANG PENILAIAN PENSYARAH (atas talian atau on-line) dengan teruk sekali (Biarlah 75% ke atas). Hahahahaha....
Semoga pelajar-pelajar saya diberkati Allah

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hai nama saya M. F. Umar, saya nak mengukur momentum dan kedudukan saya dalam Kuantum

Ketika saya melihat buku pelajar saya dalam kuliah (waktu rehat antara satu jam pertama dan kedua), apa yang saya dapati terdapat tulisan I HATE QUANTUM MECHANICS . Saya berasa sedih kerana saya merasa pengajaran saya tidak berkesan.

Saya terfikir sejenak, Kenapa mereka mesti benci Mekanik Kuantum?
Mungkin mereka adalah JASAD KLASIK (yang mematuhi aturan atau hukum klasik; seperti yang kita alami sekarang) HAHAHAHA.....

Citra pengukuran kuantum pun berbeza, mungkin pembaca tak mempercayai prinsip pengukurannya:

1) Pada keadaan atau sistem, tak semua parameter fizik (seperti kedudukan, momentum, tenaga, kinetik dll) boleh diukur yang memberikan nilai yang tunggal. Sebagai contoh: Mengukur momentum dalam sistem Keupayaan Kotak (3D-Telaga Keupayaan Infiniti) memberikan nilai yang berbeza setiap kali pengukuran dilakukan.

Berbeza dengan klasik, kita dapat mengukur momentum kereta memberikan nilai yang tunggal biarpun berapa kali kita ukur selagi kereta itu bergeraka dengan halaju yang sama.

2) Terdapatnya fenomena yang mana dua parameter fizik tak boleh diukur secara serentak. Hmmm.... Sekali lagi alasan kenapa pelajar saya BENCI MEKANIK KUANTUM. Sebagai contoh kita nak mengukur kedudukan zarah dan momentum secara serentak adalah tidak dibenarkan, kerana jika kita mengukur kedudukan dahulu kemudian momentum zarah akan memberikan nilai yang berbeza dengan mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan zarah tersebut. Prinsip ini dari segi matematik kita kenali sebagai tak-komut (non-commutative).

Ditambahkan lagi kepelikan dalam mekanik kuantum iaitu pengukuran momentum sudut (angular momentum). Momentum sudut adalah kuantiti vektor yang mempunyai momentum sudut komponen-x, -y dan -z. Kepelikannya bermula disini iaitu setiap komponen dalam momentum sudut tidak boleh diukur secara serentak, habis macamana kita nak ukur walhal momentum sudut komponen -x, -y dan -z adalah termasuk dalam vektor momentum sudut. HAHAHAHAHAA Argghhhh....

Berbeza dengan klasik, kalau kita nak mengukur kedudukan kereta dahulu kemudian momentum secara fitrahnya (yang selalu kita alami) ia memberikan nilai yang sama juga sekiranya kita mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan kereta.

Apa yang saya boleh katakan disini adalah Wallahu'alam

AdiManusiawi

Kita sedia maklum bahawa zarah yang membina tubuh manusia secara asasnya adalah elektron, proton, neutron dan quark iaitu kumpulan zarah fermion berspin separa integer dengan erti kata yang lain zarah jirim.

Pada hal yang lain kita tahu, bahawa zarah tolok perantaraan dalam interaksi adalah zarah boson iaitu zarah berspin integer.

Kita sedia maklum bahawa prinsip adisimetri adalah menghubungkan zarah fermion dengan zarah boson dan begitu juga sebaliknya, sebagai contoh zarah elektron diramalkan zarah adirakannya dikenali sebagai selektron, kemudian zarah foton pula adirakannya dinamakan sebagai fotino, graviton-gravitino, Higgs-Higgsino, proton-sproton dll.

Apakah boleh kita aplikasi prinsip Adisimetri keatas jasad manusia ini yang berzarah fermion dihubungkan dengan zarah boson yang boleh kita kenali sebagai ADIMANUSIAWI

Wallahu'alam

Hahahaha..... Kuantum lagi


Sewaktu memikirkan masalah kuantum, saya tersenyum keseorangan: Kenapa kuantum hukum macam ini, Masyaallah.

Cuba saudara/i bayangkan terdapat satu papan, yang padanya ada ada dua lubang. Kemudian masih lagi dalam bayangan yang sama (hehehe) kita pecutkan dengan satu elektron.Kalau menurut kuantum, elektron itu melalui ke dua lubang tersebut. ARGGHHHH.....

Ia diwakilkan dengan dua fungsi gelombang ( iaitu ketumpatan amplitud)

Kemudian sekirannya ada pencerap dekat dua lubang itu, sewaktu elektron itu melalui (jika kita mampulah, heheheh), maka kita dapati satu dari dua fungsi gelombang itu mengalami keruntuhan yang mana kita kenali sebagai keruntuhan fungsi gelombang. ARGGGHHHH....

Kenapa hukum fizik kita sedemikian rupa, walaupun kita tahu tahu kenikmatan akan teknologi hari ini adalah hasil pengitlakan hukum kuantum (fizik moden).

WALLAHU'ALAM

Khamis, 15 Oktober 2009

Atas-Bawah???

Arakian, bermulanya cerita perihal Si Bulat pada dunianya yang kekok untuk kita manusia ini untuk mengertikannya, hal ini kerana perihalan dunianya adalah dua matra. Ada kiri, ada kanan, ada depan dan ada belakang.

Rangkap coretannya bermula begini, ketika Si Bulat habis sesi kuliah Matematik Fiziknya, ia keluar bersiar-siar di taman dan memikirkan permasalahan matematik topologi waktu dalam kuliah tadi. Sewaktu memikir masalah tersebut beliau tidak sedar yang ia telah tersesat di hutan yang berhampiran dengan taman itu. Si Bulat mula merasa resah akan hal yang menimpa beliau dan berusaha mencari jalan keluar. Beliau berpendapat jalan keluar yang terbaik adalah megikuti lawan arus sungai, kerana taman itu memang ada sungai berhampirannya.

Tiba-tiba, kedengaran suara yang meruncing di kedua cuping telinga Si Bulat dengan berkata " "Hai si makhluk satah!" dilanjutkan dengan ketawa sinis.

Si Bulat terbukam kehairanan, mendengar suara yang tidak kelihatan puncanya dan mengenalpasti asal-muasal suara itu. Dibalasnya Si Bulat "Siapa kamu?"

Jawab suara itu dengan ketawa dan berkata "Nama aku Sang Sfera, jasad bermatra tiga"
Si Bulat kehairanan lagi mendengar jawapan suara itu dan bertanya Si Bulat "Di mana kamu?"
Suara itu yang bernama Sang Sfera menjawab "Aku di atas kau".

Sekali lagi Si Bulat kehairanan mendengar jawapan Sang Sfera: "Di atas????, Apakan itu??? Kenapa aku tak boleh melihat kau." Sang Sfera membalas "Aku diatas kau lah. Aku boleh melihat kau, tetapi kau tak boleh melihat aku, kerana dunia kau adalah dunia satah, cuma ada dua matra sahaja iaitu kiri-kanan dan depan-belakang, tetapi kau tiada arah atas-bawah."

Si Bulat menjawab "Oh benarkah, dunia kami hanya dua matra sahaja, boleh tak kau memunculkan diri"

Maka Sang Sfera menempelkan dirinya pada dunia satah Si Bulat yang terbentang luas itu. Si Bulat berkata "Eh, kau ini berupa Bulat sahaja"

Balas Sang Sfera "Tak, kau silap! Aku berupa sfera, jasad bermatra tiga. Pada dunia kau aku kelihatan bulat"

Berkali-kali Si Bulat kehairanan mendengar penerangan Sang Sfera yang tidak masuk akal.
"Boleh tak kau bawa aku ke dunia kau yang kononnya dunia kau ada tiga matra, hahaha" sindir Si Bulat.

"Baik, aku akan bawa kau" kata Sang Sfera. Oleh hal itu, Sang Sfera mengopek jasad Si Bulat dari dunia satahnya.

Maka keluarlah Si Bulat keluar dari dunianya dua matra, kehairananlah Si Bulat melihat dunia tiga matra itu sambil memuji Allah " Masyaallah, Subhanallah, Allahu akbar" Melihat dunia satahnya yang terbentang luas itu.

Kata Si Bulat lagi "Wow, biar betik" Barulah Si Bulat meyakini akan kewujudan satu lagi matra selain dua matra. " Begini rupanya atas-bawah ." Balas Sang Sfera dengan ketawa.

Si Bulat bertanya kepada Sang Sfera "Ada lagikah matra lain selain kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah"

Terkejutlah Sang Sfera dengan diam
.
.
.
.
Wallahu'alam, balas Sang Sfera

Dedah Akademia

Di sini ingin saya lampirkan beberapa aktiviti atau seminar ilmiah dan linknya:

1) Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains & Matematik (UPSI)

2)
25th Regional Conference on Solid State Science and Technology 2009 (UNIMAP)

3)
Persidangan Fizik Kebangsaan 2009 (UiTM)

4)
Regional Conference on Ionic Liquids (UM)

Wallahu'alam

Kawan, Ilmu dan Pengabdian

Kawan, Ilmu dan Pengabdian, itulah yang boleh dikatakan kepada kawan dengan blognya yang penuh berilmiah pada sains, alam, Islam, falsafah dan teori segala-gala. Itulah kawan dengan blognya ilmu-pengabdian.blogspot.com sila klik disini

Secara ringkas pengenalan berkenaan blog beliau iaitu mengenai luahan akan kekalutan dan permasalahan dalam jiwanya. Dahagakan kebenaran dan makna kehidupan dalam erti kata lain Apa Erti Kehidupan?Semoga diberkati Allah (Barakallahu fiikum)

Permulaan entrinya bertajuk Permulaan mencari ilmu.

Saya sudahi coretan ini dengan Jazakallahu khairan katsirah
Wallahu'alam