Khamis, 31 Disember 2009

Ini Kisah Dahulu dan Aku Dahulu

Dulu mak aku ada berkata:

Tahun 1982 mak aku balik kampung
Setelah penat merantau mencari rezeki
Bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak
Penat lelahnya melayan karenah anak-anak orang
Balik dengan harapan jaga nenek
Balik dengan harapan agar nenek aku tersenyum

Aku sayangkan nenek aku
44 hari sebelum nenek aku pergi
Nenek aku suruh ajar dia mengaji al-Quran
Tetapi aku budak-budak lagi, sudah tentu nak main sahaja
Pemergiannya di beri isyarat yang baik dari Allah
Kepada Engkau Ya Allah, pengakhiran nenek aku adalah Husnul Khatimah

Dan nenek aku juga baik
Aku tidur sebelah nenek dan tidurku ganas yang tak tahu duduk diam
Tapi nenek aku sabar, walaupun kekadang aku kena tampar juga
Tapi aku rindu juga nenek, walaupun sudah kembali pada Pencipta

Al-Fatihah untuk mu nenek
Chut Binti Othman

Mak aku ada berkata lagi:

Dia nak jaga nenek
Walau apa terjadi, walaupun berhidup susah sebagai penginap di muara laut
Kekadang ada hasil, kekadang berlaparan
Tapi mak aku tetap dengan nenek aku
Nenek aku yang tersengih melihat mak aku

Mak aku ada berkata juga:

Ayahku datang melamar mak aku
Pertama kalinya ayah aku datang melamar mak aku
Tak pernah pun pada sesiapa melainkan mak aku
Datang berkali-kali dengan ikhlasnya
Datang berkali-kali dengan harapannya
Mak aku tetap dengan itu juga untuk menjaga nenek
Tapi nenek aku mengiyakan lamaran ayah ku
Kerana sayangkan mak aku dan hasrat ayah aku

Terima kasih nenek, menerima lamaran ayah

Tentang ayah aku pula
Tentang kisahnya yang lebih menyedihkan
Tentang dulu-dulu dia, yang tak nak aku singkapkan disini
Tentang zaman Jepunnya
Tentang ayah aku dan profesionnya
Tentang ayah aku

Ayahku, bukan doktor, atau majistret,
Atau ahli politik apatahlagi pemuzik
Ayahku
Adalah seorang nelayan
Turun pagi-pagi
Balik senja-senja
Ada ikan, ada makan
Tak da ikan, ..............
Pergi, balik dan menanti
Itulah rutin harian ayah aku dengan awak-awak (anak kapal) ayah aku


Ayah aku ada berkata juga:
Nelayan ni memperjudikan nasib untuk menggenggam segenggam beras
Setiap hari ayah aku nasihat aku "Nelayan adalah pekerjaan yang susah"
Supaya jangan jadi macam ayah

Aku ingat lagi, ayahku terputus jari
Terputus jari kanan ibunya untuk membaiki enjin
Enjin yang menggerakkan botnya
Dan dari ikhtiar bot itu, kami dapat rezeki dan itu adalah kerana Allah Taala

Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku mengancing butang baju sekolah aku
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku menyuapkan makanan ke mulut walaupun aku boleh menyuapnya sendiri
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku membanting tulang empat kerat menyara kami sekeluarga

Dan kepada tangan yang terputus jari, terima kasih kerana masih setia dengan ayahku

Mak aku berkata lagi dan bernada begini:
Ayahku berkahwin pada usia yang lewat
Tapi aku tahu hidup ayahku
Sengsara orang dahulu, sengsara kesan pernah hidup waktu Jepun
Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri aku bersyukur padaMu dengan nikmat aman ini

Nisfu Bulan Keempat Kalendar Masihi
Aku dilahirkan ....
Menyerikan hidup dua insan yang akan ku cintai kelak
Dari akulah, aku mentabalkan mereka sebagai IBU-BAPA
Dari akulah, aku menjanjikan kesyukuran mereka kepada Allah
Maka lahirlah, Aku, Ibu-Bapa dan Tanggungjawab

Mak aku ada juga berkata sewaktu aku dinamai:

Ketika saratnya mak aku akan aku
Mak aku ingin namai aku Mohd Razi
Ayah aku pula ingin namai aku Bukhari
Sempena nama Ulama Hadist Yang Hebat
Tapi aku tak mampu untuk meraih nama penulis Kitab Jami'ul Shahih Bukhari itu
Aku juga tak menampalkan nama itu pada diri aku
Nama itu sangat hebat, sangat gah

Keluarga belah ayah aku nak namakan aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
iaitu; Sirajuddin - Naqiuddin - Saifuddin

Ayahku gunda-gulana untuk namai cahayamatanya yang pertama
Hati tidak jadi tenang memikirkan aku, mak, keluarganya dan keriangan

Hari untuk namai aku itu hujan
Mungkin meraikan hari penamaan aku
Atau mungkin menghalangi ayahku daripada menamai aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
Kerana ia hujan membasahi kertas yang dicatati nama-nama berbaur kerabat Diraja

Ayahku tersenyum dan teringatkan mak aku yang tercinta
Dan berkata "Biar mak dia bagi nama ajalah"
Ayahku cuba mengingatkan kembali nama ujaran mak aku itu
Tetapi ia kabur
Tetapi ayahku cuba juga
Tetapi ia kabur
Tetapi ayah aku masih mencuba juga
Tetapi ia masih kabur, hanya yang terpelihara adalah Mohd ....zi
Apa yang ayahku sangkakan adalah Mohd Fauzi padahal ujaran mak aku adalah Mohd Razi
Aku berprasangka nama ku dinamai oleh Pencipta melalui cetusan ilham nama itu kepada kotak fikiran ayahku.

Namun ayahku berpelajaran dengan tatabahasa yang klasik
Juga berpelajaran dengan pendidikan tulisan jawi klasik
Bagi ayahku bunyi "zi" sekarang adalah tulisannya "dzi"
Maka bunyi Fauzi dinamainya Faudzi
Lahirlah Mohd Faudzi Bin Umar

Aku nukil semua ini
Kerana tiba-tiba aku teringatkan ayahku
Teringatkan pada seseorang yang dahulu gah pada mata aku
Kehilangannya bukan sahaja memberi kesan pada keluarga
Tetapi pada warga kampung aku juga
Mereka sayangkan ayahku, ayah aku baik dan baik ayah aku adalah diingati

Al-Fatihah untukmu Allahyarham Umar Bin Ahmad

Selasa, 29 Disember 2009

Adakah Kamu Pernah Dengar Tentang ....

Quantum Mechanics is Physics of the Devil

Percayakah saudara/i Mekanik Kuantum adalah teori berhantu?

Nantikan saya mengumpulkan maklumat berkenaan hal tersebut!

Insyaallah....

Isnin, 28 Disember 2009

SARAH - PAPADOM

-----------------------------------------------------

CERITA SEMASA KECIL (SARAH)
Saye suka sorang budak name die Sarah
Die suke makan aiskrim comot,comot
Tapi Sarah comel sangat

Hari-hari Sarah tunggu saye balik sekolah
Kalau Sarah tunggu bawak aiskrim
Dua.. saye sayang Sarah sangat

Biarkanlah...7x
Biarkan Sarah aaa..

Bile petang-petang kite main dekat padang
Sarah suke tolak jatuh dan tersungkur
Tapi...saye sayang Sarah..

Bile besar nanti saye nak kawin dengan Sarah
Bapak Sarah baik suke pujuk saye sebab
Mama saye garang.

Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..

Sekarang Sarah takde lagi dalam dunia saye
Saye suke tunggu Sarah dekat kubur
Saye rindu Sarah sangat..

Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..

Ahad, 27 Disember 2009

Kalkulus Ntahapahapantah

Sekadar berkongsi mengenai kalkulus fractional (bahasa Melayu adalah Kalkulus Pencacaian)

Kita sedia maklum mengenai pembezaan aturan-1, aturan ke-2, aturan ke-3 (1st-order, 2nd-order, 3rd-order). Yang menariknya bagaimana Pembezaan aturan ke-3/4 aturan ke-1/2 aturan ke-1/3. HAHAHAHAHA ..... Lucukan!

Itulah yanng berlaku dalam Kalkulus Pencacaian

Baiklah mari lihaat contoh mudah

Katakan f(x) = x^k (maknakata x berkuasa k) manakala D adalah pembezaan pertama

Jika D.f(x) maka jawapanya adalah;

D.f(x) = k.x^(k-1)

Jika D^a adalah pembezaan aturan ke-a, jika kita aplikasi ke atas x^k;

D^a f(x) = k! / (k-a)! . x^(k-a)

Pengubahsuai dilakukan ke atas aturan-a kepada bukan integer akan mempertimbangkan fungsi gamma maka ditulis fungsi Gamma dengan T

D^a f(x) = T(k+1) / T(k-a +1) . x^(k-a) , a adalah bukan integer

identiti fungsi Gamma adalah T(k+1) = k!

BAIKLAH ambil satu contoh mudah,
iaitu a=1/2 dan f(x) = x

jadi,

D^1/2 . f(x) = T(1+1) / T(1-1/2+1) . x^1-1/2 = T(2)/T(3/2).x^1/2

Jadi rujuk buku Mathematical Handbook and Formulas, Murray didapati T(3/2)=1/Pi^1/2 dan T(2)=2!=2

Maka jawapan yang diperolehi adalah

=(2.x^1/2 )/Pi^1/2

Hahahahaha Menarik Jawapan Dia.....
Kita boleh aplikasikan keatas Pembezaan Tiga Suku, dan kita takkan jadi Tiga Suku

Memang COOL Kalkulus Fractional ni....

Wallahu'alam

Khamis, 24 Disember 2009

Akulah Filsafat Alam Tabii

Aku sukakan "Apa?"
Aku sayangkan "Kenapa?"
Aku cintakan "Bagaimana?"
Aku rindukan "Bila?"
Tentang alam-Nya, tentang aturan-Nya, tentang ciptaan-Nya
Tetapi bukan tentang-Nya
dan juga bukan menentang-Nya

Hanya aku, falsafah dan kecemburuan pada alam-Nya

Dulu waktu aku kecil
Aku sering bertanya kepada ayahku;

Apa ini? Apa itu?
Kenapa ini? kenapa itu?
Bila? dan Bagaimana?
Itu mungkin ucapan seorang ahli filsafat yang daif
Yang sering diajukan oleh seorang pengaju
Yang mungkin tahu dan ingin tahu pada seseorang yang mungkin tahu dan ingin memberitahu
Bahwa aku pun ingin tahu "Kenapa kamu mesti tahu"

Pada dulu juga
Aku sering keluh kesat akan persoalan yang mencerminkan kebodohan kepada diri yang merasanya dirinya tidak bodoh

Iaitu;

Kenapa langit warna biru?
Apa penafsiran fizikalnya alam ghaib?
Bagaimana Tuhan?
Mengapa aku lihat laut ia mendatar?
Kenapa tiap-tiap hari ayahku menangkap ikan, tapi ikan tak habis?
Siapa aku? Kenapa mesti aku? Di sini!

Aku pun pelik
Aku pelik kenapa langit tak jatuh!
Aku hairan kenapa mesti ada malam, mesti ada siang!
Aku terkejut kenapa aku tak boleh melihat matahari dengan mata kasar!
Aku lagi pelik dengan kehairanan yang sangat mengejutkan
Kenapa Mesti Kita Berada Di sini?
Untuk apa?

Apakah semua pemerihalan itu
Membolehkan aku mentakrifkan diri aku ini
Seorang ahli filsafat alam tabii
atau Akulah Filsafat AlaM Tabii
atau Wallahu'alam

Memformulasikan CINTA-BENCI Melalui Aljabar Tak Linear

BAru-baru ini saya menjumpai makalah berkenaan Cinta dan Aljabar

Jadi apakata kita lanjutkan kajian ini dengan entiti yang lain iaitu BENCI

Particlization of the Georgi's Unparticle Physics

Tajuk di atas adalah angan-angan saya bagi menafikan konsep fizik tak-zarah oleh Howard Georgi penyelia Lisa Randall.

Berkenaan teori tersebut
Cuba saudara/i taip Unparticle Physics

Semoga perkara di bawah akan terjadi.
Angan-angan --> Mimpi-mimpi --> Cita-cita --> Harap-harap --> Usaha-usaha --> KEJAYAAN

Sabtu, 21 November 2009

Mencintai Ulama Hadist

Ketika saya menjalani latihan industri di Hospital Besar Kangar sekarang ditukar Hospita Tunku Fauziah (hospital ketika mana saya dilahirkan, dan saya kembali menyumbang tenaga yang tak digajikan selama 2bulan, tetapi saya ikhlas), saya pergi ke perpustakaan hospital tersebut.

Apa yang saya ketemui adalah kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali (bayangkan dalam hospital ada kitab ulung), tetapi berbeza dalam kitab ini adalah terdapatnya pentahqiq (peneliti hadist) oleh Syeikh al-Iraqi seorang muhadistin.

Apa yang saya dapati dalam kitab tersebut adalah hadist-hadist yang dibawakan oleh Imam al-Ghazali adalah kebanyakannya adalah hadist palsu, dha'if dan yang paling banyak ditemui adalah hadist-hadist yang tak ditemui dalam sebarang kitab hadist. Kebanyakan ringkasan yang ditulis oleh Syeikh al-Iraqi adalah seperti berikut:

Hadist ini tiada asalnya
Hadist ini dongeng
Hadist ini maudhu'
(Saya dapati banyak sangat nukilan-nukilan seperti di atas)

Kemudian apa yang saya tahu berkenaan hasil tahqiq syeikh ini, beliau dikutuk hebat oleh ulama-ulama Syiria.

Saya berasa hairan:
1) al-Ghazali membawakan hadist yang palsu berkenaan dengan ilmu tauhid, ilmu aqidah dan ilmu berkenaan hati, walhal ilmu-ilmu tersebut adalah hal-hal yang masail (bermaksud usul atau perkara asas). Kerana kita tahu hal-hal masa'il mestilah dari hadist yang shahih
.
2) Syeikh Iraqi melakukan kerjanya sahaja, iaitu meneliti martabat hadist sahaja dan beliau tidak mengutuk hasil kerja al-Ghazali.

Senantiasa ulama hadist dikritik kalau kita menyoroti sejarah dan sirahnya, seperti Imam Hanafi(mati diracun), Imam Syafie (yang dituduh Syi'ah), Imam Ahmad (mati dalam penjara), Imam Bukhari (dihalau dari daerah).

Semoga Allah menjadikan saya bersama golongan Mufassirin dan Muhadistin, yang membersih agama-Nya dari Syirik dan Bida'ah

Wallahu'alam

Selamat Menjalani Latihan Mengajar

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Kepada pelajar-pelajar saya yang dihormati.
Disini saya nak mengucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN MENGAJAR kepada semua pelajar Semester 7.


Nasihat saya berkenaan Latihan Mengajar:
1. Timba pengalaman sebanyak mungkin dari guru pembimbing
2. Kenali nama pelajar anda semunya.
3. Jika kedapatan pelajar yang nakal, nasihat saya adalah selalu memanggil nama beliau dalam kelas terutamanya menyuruh beliau menjawab soalan dalam kelas. Kerana psikologi pelajar pada usia tersebut memerlukan perhatian dari guru mereka.
4. Pelajar nakal janganlah ditekankan dengan kekerasan atau marah. Kerana usia tersebut terdapat dalam jiwa mereka satu keinginan iaitu MEMBERONTAK, jadi nasihat saya BERKAWAN dengan mereka.
5. Sentiasa bergaul dengan guru-guru disitu ( kalau lelaki bergaul dengan guru lelakilah, kalau perempuan bergaul dengan guru perempuan dan jagalah sahsiah diri)
6. Sentiasa kata BAIK atau YA atau BERES, jika disuruhkan melakukan sesuatu. Kerana kamu dalam latihan dan penilaian, adalah lebih baik mengikut saja (Sebab kamu membawa imej UPSI dan Jabatan Fizik dan Pensyarah-pensyarah Jabatan Fizik)
7. Jangan lupa menghantar kepada Pensyarah Penyelia iaitu: 1) Peta Lokasi Sekolah 2) Takwim sekoalh dan 3) Jadual Kelas Kamu.
8.Bekerjalah dengan IKHLAS dan JUJUR (Kerana pensyarah tidak dapat menilai perkara tersebut)

BARAKALLAHU FIIKUM
M. F. Umar

Rabu, 4 November 2009

Selasa, 3 November 2009

Harapan Sempena Peperiksaan Akhir

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh

dan Salam Sejahtera.................................................

-----> -----> ----->

Sempena peperiksaan saya pohon saudara/i (pelajar-pelajar saya) tidak menjawab soalan seperti berikut







Ahad, 1 November 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Butiran peperiksaan akhir:
Tempat: SITC
Tarikh: 12 Oktober 2009
Masa: 2.30 petang
Nasihat dan Tips: TIADA

Rabu, 28 Oktober 2009

Jazakumullahu Khairan Katsirah

Sekadar berkongsi berkenaan ulama yang saya hormati di Malaysia:


1) Ustaz Halim Hassan
Ustaz Halim, pengajar Tafsir Ibnu Katsir yang berkaliber. Dan yang paling SAYA SUKA adalah ustaz Halim memang LAWAK tapi berilmiah. Walaupun ceramahnya nampak macam LAWAK tapi penyampaian beliau sampai maksud, kemudian beliau memang arif dalam bidang hadist. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Halim Hassan atau klik sini

2) Ustaz Maulana Asri Yusof
Maulana Asri seorang pengajar Shahih Bukhari dan Muslim berserta Kitab-kitab hadist. Beliau berpendidikan ilmu dirayah hadist dari India. Pengajaran beliau jelas dan kukuh berdasarkan dalil-dalil naqli berlandaskan hadist. Beliau sangat arif dalam selok-belok ilmu hadist, selama saya hidup atas muka bumi Malaysia tak pernah saya lihat muhadist di Malaysia yang sehebat beliau. Cuba saudara ke YouTube taip Ustaz Maulana Asri Yusof atau klik di sini

Seorang Mufassir dan seorang lagi Muhadist, kedua-dua ilmu (al-Quran dan Sunnah) dijamin oleh Allah Subhana Wa Ta'ala dan itu adalah janji. Memandangkan Ustaz Halim Hassan berada di Pulau Pinang dan Maulana Asri berada di Kelantan, adalah sukar untuk saya mempelajari dari kedua-dua ulama ini yang hafidzullah kerana kedua-dua negeri adalah jauh dari negeri saya.

Wallahu'alam

Figur Sekalut Fizik Teori


Ketika saya mengajar dalam kelas Pengenalan Mekanik Kuantum, saya tidak mempunyai sebarang nota Power Point mahupun OHP.
Apa yang saya ada adalah:
1. Diri saya
2. Buku teks Scherrer, R.
3. Kertas MEMO Fakulti (guna semula pada belakang kertasnya)
4. Pen OHP (baru sekarang saya minta di Jabatan, sebelum ini pen marker yang dibeli)
Terkadang-kadang juga saya ada memperlihatkan simulasi Physlet Quantum
Prinsip saya dalam Pengajaran & Pembelajaran adalah:
1. Pengajar
2. Medium Penyampaian (contoh: OHP, Papan Putih dan Marker)
3. Pelajar

Memang ramai pelajar saya yang merungut akan hal tersebut, tapi alasan saya adalah:
1. Saya nak kamu tahu bagaimana persamaan dalam mekanik kuantum itu diterbitkan
2. Saya nak kamu rasa kesengsaraan dan keseksaan untuk mempelajari mekanik kuantum (ada istilah Arab Man Jadda Wa Jadda)
3. Saya nak latih kamu menjadi seorang ahli fizik teori kelak
4. Alasan terakhir saya, guna semula kertas MEMO Fakulti adalah sikap mulia (tidak membazir, guna semula) Hahahaha....
Saya harap pelajar tidak menilai saya dalam BORANG PENILAIAN PENSYARAH (atas talian atau on-line) dengan teruk sekali (Biarlah 75% ke atas). Hahahahaha....
Semoga pelajar-pelajar saya diberkati Allah

Jumaat, 16 Oktober 2009

Hai nama saya M. F. Umar, saya nak mengukur momentum dan kedudukan saya dalam Kuantum

Ketika saya melihat buku pelajar saya dalam kuliah (waktu rehat antara satu jam pertama dan kedua), apa yang saya dapati terdapat tulisan I HATE QUANTUM MECHANICS . Saya berasa sedih kerana saya merasa pengajaran saya tidak berkesan.

Saya terfikir sejenak, Kenapa mereka mesti benci Mekanik Kuantum?
Mungkin mereka adalah JASAD KLASIK (yang mematuhi aturan atau hukum klasik; seperti yang kita alami sekarang) HAHAHAHA.....

Citra pengukuran kuantum pun berbeza, mungkin pembaca tak mempercayai prinsip pengukurannya:

1) Pada keadaan atau sistem, tak semua parameter fizik (seperti kedudukan, momentum, tenaga, kinetik dll) boleh diukur yang memberikan nilai yang tunggal. Sebagai contoh: Mengukur momentum dalam sistem Keupayaan Kotak (3D-Telaga Keupayaan Infiniti) memberikan nilai yang berbeza setiap kali pengukuran dilakukan.

Berbeza dengan klasik, kita dapat mengukur momentum kereta memberikan nilai yang tunggal biarpun berapa kali kita ukur selagi kereta itu bergeraka dengan halaju yang sama.

2) Terdapatnya fenomena yang mana dua parameter fizik tak boleh diukur secara serentak. Hmmm.... Sekali lagi alasan kenapa pelajar saya BENCI MEKANIK KUANTUM. Sebagai contoh kita nak mengukur kedudukan zarah dan momentum secara serentak adalah tidak dibenarkan, kerana jika kita mengukur kedudukan dahulu kemudian momentum zarah akan memberikan nilai yang berbeza dengan mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan zarah tersebut. Prinsip ini dari segi matematik kita kenali sebagai tak-komut (non-commutative).

Ditambahkan lagi kepelikan dalam mekanik kuantum iaitu pengukuran momentum sudut (angular momentum). Momentum sudut adalah kuantiti vektor yang mempunyai momentum sudut komponen-x, -y dan -z. Kepelikannya bermula disini iaitu setiap komponen dalam momentum sudut tidak boleh diukur secara serentak, habis macamana kita nak ukur walhal momentum sudut komponen -x, -y dan -z adalah termasuk dalam vektor momentum sudut. HAHAHAHAHAA Argghhhh....

Berbeza dengan klasik, kalau kita nak mengukur kedudukan kereta dahulu kemudian momentum secara fitrahnya (yang selalu kita alami) ia memberikan nilai yang sama juga sekiranya kita mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan kereta.

Apa yang saya boleh katakan disini adalah Wallahu'alam

AdiManusiawi

Kita sedia maklum bahawa zarah yang membina tubuh manusia secara asasnya adalah elektron, proton, neutron dan quark iaitu kumpulan zarah fermion berspin separa integer dengan erti kata yang lain zarah jirim.

Pada hal yang lain kita tahu, bahawa zarah tolok perantaraan dalam interaksi adalah zarah boson iaitu zarah berspin integer.

Kita sedia maklum bahawa prinsip adisimetri adalah menghubungkan zarah fermion dengan zarah boson dan begitu juga sebaliknya, sebagai contoh zarah elektron diramalkan zarah adirakannya dikenali sebagai selektron, kemudian zarah foton pula adirakannya dinamakan sebagai fotino, graviton-gravitino, Higgs-Higgsino, proton-sproton dll.

Apakah boleh kita aplikasi prinsip Adisimetri keatas jasad manusia ini yang berzarah fermion dihubungkan dengan zarah boson yang boleh kita kenali sebagai ADIMANUSIAWI

Wallahu'alam

Hahahaha..... Kuantum lagi


Sewaktu memikirkan masalah kuantum, saya tersenyum keseorangan: Kenapa kuantum hukum macam ini, Masyaallah.

Cuba saudara/i bayangkan terdapat satu papan, yang padanya ada ada dua lubang. Kemudian masih lagi dalam bayangan yang sama (hehehe) kita pecutkan dengan satu elektron.Kalau menurut kuantum, elektron itu melalui ke dua lubang tersebut. ARGGHHHH.....

Ia diwakilkan dengan dua fungsi gelombang ( iaitu ketumpatan amplitud)

Kemudian sekirannya ada pencerap dekat dua lubang itu, sewaktu elektron itu melalui (jika kita mampulah, heheheh), maka kita dapati satu dari dua fungsi gelombang itu mengalami keruntuhan yang mana kita kenali sebagai keruntuhan fungsi gelombang. ARGGGHHHH....

Kenapa hukum fizik kita sedemikian rupa, walaupun kita tahu tahu kenikmatan akan teknologi hari ini adalah hasil pengitlakan hukum kuantum (fizik moden).

WALLAHU'ALAM

Khamis, 15 Oktober 2009

Atas-Bawah???

Arakian, bermulanya cerita perihal Si Bulat pada dunianya yang kekok untuk kita manusia ini untuk mengertikannya, hal ini kerana perihalan dunianya adalah dua matra. Ada kiri, ada kanan, ada depan dan ada belakang.

Rangkap coretannya bermula begini, ketika Si Bulat habis sesi kuliah Matematik Fiziknya, ia keluar bersiar-siar di taman dan memikirkan permasalahan matematik topologi waktu dalam kuliah tadi. Sewaktu memikir masalah tersebut beliau tidak sedar yang ia telah tersesat di hutan yang berhampiran dengan taman itu. Si Bulat mula merasa resah akan hal yang menimpa beliau dan berusaha mencari jalan keluar. Beliau berpendapat jalan keluar yang terbaik adalah megikuti lawan arus sungai, kerana taman itu memang ada sungai berhampirannya.

Tiba-tiba, kedengaran suara yang meruncing di kedua cuping telinga Si Bulat dengan berkata " "Hai si makhluk satah!" dilanjutkan dengan ketawa sinis.

Si Bulat terbukam kehairanan, mendengar suara yang tidak kelihatan puncanya dan mengenalpasti asal-muasal suara itu. Dibalasnya Si Bulat "Siapa kamu?"

Jawab suara itu dengan ketawa dan berkata "Nama aku Sang Sfera, jasad bermatra tiga"
Si Bulat kehairanan lagi mendengar jawapan suara itu dan bertanya Si Bulat "Di mana kamu?"
Suara itu yang bernama Sang Sfera menjawab "Aku di atas kau".

Sekali lagi Si Bulat kehairanan mendengar jawapan Sang Sfera: "Di atas????, Apakan itu??? Kenapa aku tak boleh melihat kau." Sang Sfera membalas "Aku diatas kau lah. Aku boleh melihat kau, tetapi kau tak boleh melihat aku, kerana dunia kau adalah dunia satah, cuma ada dua matra sahaja iaitu kiri-kanan dan depan-belakang, tetapi kau tiada arah atas-bawah."

Si Bulat menjawab "Oh benarkah, dunia kami hanya dua matra sahaja, boleh tak kau memunculkan diri"

Maka Sang Sfera menempelkan dirinya pada dunia satah Si Bulat yang terbentang luas itu. Si Bulat berkata "Eh, kau ini berupa Bulat sahaja"

Balas Sang Sfera "Tak, kau silap! Aku berupa sfera, jasad bermatra tiga. Pada dunia kau aku kelihatan bulat"

Berkali-kali Si Bulat kehairanan mendengar penerangan Sang Sfera yang tidak masuk akal.
"Boleh tak kau bawa aku ke dunia kau yang kononnya dunia kau ada tiga matra, hahaha" sindir Si Bulat.

"Baik, aku akan bawa kau" kata Sang Sfera. Oleh hal itu, Sang Sfera mengopek jasad Si Bulat dari dunia satahnya.

Maka keluarlah Si Bulat keluar dari dunianya dua matra, kehairananlah Si Bulat melihat dunia tiga matra itu sambil memuji Allah " Masyaallah, Subhanallah, Allahu akbar" Melihat dunia satahnya yang terbentang luas itu.

Kata Si Bulat lagi "Wow, biar betik" Barulah Si Bulat meyakini akan kewujudan satu lagi matra selain dua matra. " Begini rupanya atas-bawah ." Balas Sang Sfera dengan ketawa.

Si Bulat bertanya kepada Sang Sfera "Ada lagikah matra lain selain kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah"

Terkejutlah Sang Sfera dengan diam
.
.
.
.
Wallahu'alam, balas Sang Sfera

Dedah Akademia

Di sini ingin saya lampirkan beberapa aktiviti atau seminar ilmiah dan linknya:

1) Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains & Matematik (UPSI)

2)
25th Regional Conference on Solid State Science and Technology 2009 (UNIMAP)

3)
Persidangan Fizik Kebangsaan 2009 (UiTM)

4)
Regional Conference on Ionic Liquids (UM)

Wallahu'alam

Kawan, Ilmu dan Pengabdian

Kawan, Ilmu dan Pengabdian, itulah yang boleh dikatakan kepada kawan dengan blognya yang penuh berilmiah pada sains, alam, Islam, falsafah dan teori segala-gala. Itulah kawan dengan blognya ilmu-pengabdian.blogspot.com sila klik disini

Secara ringkas pengenalan berkenaan blog beliau iaitu mengenai luahan akan kekalutan dan permasalahan dalam jiwanya. Dahagakan kebenaran dan makna kehidupan dalam erti kata lain Apa Erti Kehidupan?Semoga diberkati Allah (Barakallahu fiikum)

Permulaan entrinya bertajuk Permulaan mencari ilmu.

Saya sudahi coretan ini dengan Jazakallahu khairan katsirah
Wallahu'alam

Isnin, 14 September 2009

Selesaikan Masalah Komutator Dalam Mekanik Kuantum

Sekadar berkongsi masalah.
Ada sesiapa pembaca boleh selesaikan masalah komutator dibawah iaitu:

i. [ABC , D]
ii. Seterusnya masalah komutator lanjutan;
[A^n , B] iaitu operator A^n bermaksud A1.A2.A3.A4.A5.A6.A7.......An terhadap operator B.

Tolong sesiapa boleh selesaikan masalah ini bersama-sama. Insyaallah

Sabtu, 12 September 2009

Identiti Komutator Mekanik Kuantum

Sebagai rujukan untuk penyelesaian dalam mekanik kuantum, dilampirkan identiti-identiti komutator;

i) [A , B] = -[B , A]
[A , B] = AB-BA
= -(BA-AB)
= -[B , A]

ii) [A+B , C] = [A , C] + [B , C] ; sama juga untuk operasi TOLAK
[A+B, C] = (A+B)C - C(A+B)
= AC+BC - CA-CB
= (AC - CA) + (BC - CB)
= [A , C] + [B , C]

iii) [AB , C] = A[B,C] + [A, C]B
[AB , C] = (AB)C - C(AB)
= ABC - ACB -CAB + ACB
= A(BC - CB) + (AC - CA)B
= A[B, C] + [A , C]B ; cuba selesaikan [A, BC]

iv) [A , A] = 0

v) [AB, CD] = ?
= (AB)(CD) - (CD)(AB)
= AB(CD) - A(CD)B - (CD)AB +A(CD)B
= A ( B(CD) - (CD)B) + ( A(CD) - (CD)A )B
= A[B, CD] + [A, CD]B

gunakan identiti iii) menunjukkan;
= A( C[B, D] + [B, C]D ) + ( C[A, D] + [A, C]D )B

[AB, CD] = AC[B, D] + A[B, C]D + C[A, D]B + [A, C]DB

Ahad, 6 September 2009

Teori AdiTetali: Masih Ada Masalah?

Terdapat satu makalah pembentangan John H. Schwarz iaitu perintis teori aditetali, beliau memperihalkan masalah-masalah berkenaan aditetali:

1. Mendapatkan formulasi lengkap teori.
2. Memahami ruang kosong
3. Menjelaskan fizik zarah asas
4. Memahami peranan adi-simetri
5. Memahami ruang masa dan quantum mekanik
6. Memahami asal alam semesta dan pengembangannya
7. Membina teknik bermatematik dan konsep

Ahad, 30 Ogos 2009

Jalinan penting padanya makalah akademia

Dilampirkan disini jalinan-jalinan yang baik untuk ahli-ahli akademia untuk penerbitan akademisnya.

Jalinan maya penulisan ala-APA
http://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/

Jalinan maya untuk singkatan nama makalah-makalah akademia sains
http://www.library.ubc.ca/scieng/coden.html

Panduan penulisan makalah saintifik
http://abacus.bates.edu/~ganderso/biology/resources/writing/HTWtoc.html

Semoga jalinan-jalinan ini dapat memberi kebaikan. Wallahu'alam

Sabtu, 8 Ogos 2009

Tangisan Kehambaan Sheikh Sa'ud Al-Shuraim

http://www.youtube.com/watch?v=u5G7kBV-yuE

Sheikh Sa'ud Shuraim hafidzuhullah adalah Imam Makkah, di atas adalah jalinan (link) dari Youtube

Barakallahu fiih....

Wallahu'alam

Imagination Better Than Knowledge

Tajuk diatas merupakan petikan dari Einstein.
Seperti yang kita sedia maklum teori kenisbian am (General Relativity) tertimbul apabila beliau cuba membayangkan keserasian fenomena yang terelatif pada dua rangka rujukan pecutan. Dalam teori kenisbian khas, rangka rujukan adalah halaju seragam atau rehat. Einstein membayangkan 2 lelaki yang berada dalam lif rehat di bumi dan satu lagi memecut 9.81m/s2 keatas. Apabila difikirkan kita dapati dua ini meberikan fenomena yang sama dan implikasinya memberikan Prinsip Keserasian (Equivalence Principles) iaitu dapat menjawab persoalan jisim graviti adalah sama dengan jisim inersia. Banyak lagi masalah, Einstein selesaikan melalui angan-angan (hahaha)/ Kaedah ini kita kenali sebagai Gendanken.

Marilah kita berangan-angan bersama dan tak perlulah belajar ....
Hahahaha.... gurau aja (Pengetahuan penting dalam membantu kita menvisualkan fenomena yang naj diselesaikan)

Wallahu'alam

Physics Meets God

Meet Uncle Husin?
Boy meets Girl?
What do you meet?
Hahaha.....

Banyak ayat al-Quran memperihalkan sunnatullah
Sunatullah disini boleh dideklamasikan sebagai fizik.

Wallahu'alam

Theory of Everything or Everything is Theory?

Interaksi keempat iaitu graviti adalah interaksi yang paling misteri dalam bikin fizikawan menyampah dan memperihalkannya kerana penyatuan interaksi graviti dengan tiga interaksi yang lain (Kuat, Lemah dan Elektromagnetik) memberikan implikasi teori yang berbeza-beza dan berlainan falsafahnya dan konsep.

Jadi banyak teori diperkenalkan iaitu:
1)Adisimetri atau supersymmetry (tapi malangnya adsimetri mengalami kebatalan secara eksplisit atau berspontan)
2)Tambahan matra (extra dimension) iaitu graviti adalah lemah dalam empat matra dan ia meresap pada matra yang lain iaitu matra yang tak kelihatan lihat kajian Arkeini-Hamed atau taip ADD model.
3) Teori tetali
4) Selepas teori tetali timbul pula teori brane (p-brane)

Kita berharap fizikawan di Tanah Melayu ini dapat menyertai dalam bidang ini.
Mencari Kebenaran Dalam Fizik

Wallahu'alam

Elektron: Gelombang atau Zarah?

Dalam menyelesaikan permasalahan dalam Jasad Hitam, teori klasik (seperti Termodinamik, Elektromgnetik, Mekanik, Optik dan Gelombang) tidak dapat menerangkan fenomena tersebut. Terdapat 2 permasalahan dalam Jasad Hitam:

1)Anjakan panjang gelombang terhadap suhu
2)Kelengkungan pada graf Keamatan lawan Panjang gelombang

Masalah 1 telah diselesainkan oleh Wilheim Wien yang mana sekarang sumbangan dikenali sebagai Formula Anjakan Wien, malangnya masalah 2 tidak dapat diselesaikan meskipun Lord Rayleigh dan James Jeans berjaya menerangkan masalah jasad hitam hanya sekitar panjang gelombang yang besar, tapi apabila dipertimbangkan pada panjang gelombang yang sangat rendah Hukum Rayleigh-Jeans tersebut mengalami intensiti infiniti atau dikenali sebagai Bencana Ultraviolet sebaliknya (secara ujikaji) adalah bukan.

Seterusnya Max Planck menimbulkan satu idea dalam mendiskretkan tenaga resonator terhadap satu permalar (kini dikenali sebagai pemalar Planck) hubungang tersebut adalah seperti berikut:
E=nhf, E adalah tenaga, h pemalar Planck, f frekuensi dan n adalah gandaan integer

Malas nak tulis lagi... Rasanya lebih baik kalian taip pada enjin pencari google "quantum" atau "Blackbody radiation"

Ringkasnya formula;

1) E=hf
2) p=h/Lambda

E tenaga, h pemalar Planck, f frekuensi, p momentum dan Lmabda adalah panjang gelombang. CUBA PERHATIKAN persamaan, bahagian sebelah kanan menunjukan berkenaan zarah dan sebelah kiri adalah berkenaan gelombang. Hubungan ini dikenali sebagai KEDUALAN ZARAH-GELOMBANG,iaitu zarah berkelakuan gelombang dan jugalah sebaliknya.

Seterusnya elektron bergerak sangat laju (abaikan kesan relativistik sementara waktu ini)dalam atom, kalau dihubungkan zarah adalah berkelakuan gelombang!

PERSOALANNYA sekarang
Elektron adalah zarah atau gelombang?
Apakah batasanya dalam mendefinisikan zarah dan gelombang?

Wallahu'alam

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Selasa, 4 Ogos 2009

Matematik Yang Tercabul

Terlebih dahulu maaf diperpanjangkan akan penggunaan perkataan yang menibulkan kesifatan negatifnya tapi itulah kesesuaiannya frasa dan ayat bagi Violated Mathematics.

Entri cuba nak memperlihatkan kegagalan matematik yang kita sentiasa ungguli terutamanya fizikawan sentiasa mengungguli matematik dalam permodelan mereka punya teori.

Baiklah mari kita cuba memperlihatkan 1+1 bukan sama dengan 2

Hujah:

Katakan 1+1=2

Anggapkan 1+1=A
dan 2=B

maka A=B --- (1)


Olahan:
Mari kita cuba mngolah atau mengitlak Hujah diatas,

(1)xB maka persamaan (1) akan menjadi,

. AB = B2 (B berkuasa dua) ---(2)

kemudian (2)-A2 maka

. AB - A2 = B2 - A2 ---(3)

Faktorkan (3),

. A(B - A) = (B - A)(B + A) ---(4)

(4) dibahagikan dengan (B -A) sebab kedua mempunyai sebutan yang sama,

. A = B + A ---(5)

Maka gantikan A = 1+1 dan B = 2 dalam persamaan (5),

. 1+1 = 2 + 1+1 ----(6)

Seterusnya gunakan Hujaf diatas dengan Hujah tersebut adalah sah,

. 2 = 4 ---- (aiikk....)

Persamaan (aiikk....) menunjukkan 1+1 adalah bukan sama dengan 2 dengan menggunakan Hujah yang sah iaitu 1+1=2

CUBA FIKIRKAN
Wallahu'alam

Tunjuki Ku Satu Arahnya

Permasalah ketaktekalan dalam teori AdiTetali (Superstring Theory) yang memperlihatkan lima jenis teori yang berbeza-beza iaitu:

1)Type IA
2)Type IIA
3)Type IIB
4)Heterotik SO(32)
5)Heterotik E8xE8

diselesaikan melalui usulan penambahan satu matra tambahan daripada 10matra kepada 11matra iaitu 10 matra ruang dan satu matra masa (diusulkan oleh Edward Witten). Teori tersebut dikenali sebagai Teori-M (M untuk Matrix, Membrane, Magic dan MOther)

Tapi terdapat permasalahan dalam Type IA yang memerlukan 12matra dalam teori tersebut iaitu dinamai Teori-F (F untuk Father, Bapa) iaitu 10 matra ruang dan 2 matra masa.

Kalau dalam satu matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan,
manakala dua matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan dan atas-bawah,
dan tiga matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan, atas-bawah dan depan-belakang.

Bagaimana pula dengan lima matra? Enam? Tujuh? Lapan? Apatah lagi 10matra!
Jadi,
.....Tunjuki Ku Satu Arahnya

Seterusnya lebih menarik, kalau satu matra masa, kita boleh katakan Sebelum-Selepas atau Masa Lalu - Masa Depan

Kalau 2 matra masa
Jadi,
.....Katakan Bilanya?

(Adakah perkataan BILA dibenarkan atau sesuai dalam penjelasan dua matra masa, MENARIKKAN....)

WALLAHU'ALAM

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiin

Mari kita lihat ayat pertama ini dalam Surah al-Fatihah

Terjemahan:
SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM

Saya tertarik dengan perkataan al'Alamiin - perkataan ini bermaksud Alam, yang menariknya disini ialah perkataan tersebut adalah Jama' maknakata lebih daripada dua.

Hubungannya disini ialah dalam mekanik kuantum terdapat satu mazhab berkenaan kuantum iaitu Tafsiran Alam-Banyak (Many-World Interpretation) yang diasaskan oleh Everret

Nothingness Better Than Nothing

Inilah kenyataan yang melingkari para kosmologi berkenaan dengan Teori Deguman Besar, kerana dalam teori deguman besar; mereka mengandaikan bahawa alam semesta ini bermula dari tiada kepada ada.

Kenyataan inilah yang menyakitkan hati para kosmologi mulhid (atheism) bagi menerima kewujudan campurtangan tuhan dalam permulaan alam semesta ini.

Dari asbab itulah para kosmologi merasakan "Lebih Baik Tak Wujud daripada Tiada" atau "Nothingness Better Than Nothing", kerana para kosmologi berasa berat untuk menerima kewujudan Alam Semesta ini bermula daripada Tiada Kepada Ada tanpa ada sebab kenapa ia bermula! Realitinya alam ini termaktub dengan fenomena sebab-akibat, setiap sesuatu mesti ada SEBAB, dan SEBAB yang dianuti oleh Muslim adalah

MA KHALAQTA JINNA WA INSAN ILLA LIYA'BUDUNI
Tiada dijadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah aku

Rupanya alam semesta dicipta untuk dihuni Jin dan Manusia yang kemudiannya menyembah Pencipta Alam Semesta

Para Kosmologi merasakan akan Alam Semesta ini lebih baik tak wujud daripada menerima kewujudan Tuhan.

Nota: Minta maaf tajuk berbahasa Inggeris

Wallahu'alam

The Funeral of Sheikh Uthaymeen



Ulama' Fekah
SEMOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU

Sebab-Akibat atau Akibat-Sebab?

Hahahaha
Persoalan yang pelik kan?
Itulah persoalan yang berlaku pada zarah Takyon.

Kenapa?
Baik, kita akan cuba memperbincangkan perihal ini.

PENDAHULUAN
Ringkasnya Takyon (diInggeriskan adalah Tachyon, berasal dari perkataan Greek ταχύς bermaksud cepat) adalah zarah lebih laju daripada laju cahaya secara hiptesisnya. Penyumbang kepada penjelasan berkenaan takyon adalah Sommerfeld, Sudarshan, Bilanuk, Deshpane dan Feinberg. Rasanya tak perlu kita memperbincangkan dengan lebih mendalam, lebih baik taip pada enjin pencari Google.com Insyaallah....

TEORI KENISBIAN KHAS (TKK)
Ringkasnya, masa terelatif dalam TKK adalah seperti berikut:

Dt'= y. Dt yang mana y = 1/PuncaKuasaDua(1-v2/c2) dan Dt' dilasi masa rangka rujukan zarah takyon dan Dt dilasi masa rujukan rehat relatif terhadap takyon.

tapi pada takyon v>c maka:

Dt' = Dt / Punca(1-v2/c2), kalau kita letak nilai v lebih besar daripada laju cahaya dalam kalkulato saintifik kita dapati MATH ERROR.

????

Tapi sebaliknya yang berlaku adalah masa zarah takyon tersebut adalah Masa Khayalan daripada persamaan terubahsuai.

????

Hahahaha

Dt' = i.Dt / Punca(v2/c2 - 1) , i = Punca(-1)

Jadi permasalahan sebab-akibat adalah menjadi persoalan.
Sebab zarah takyon memperlihatkan fenomena akibat dahulu baru sebab.

Pendek kata macam ini...
Hentuk kepala dahulu baru berdarah
Tapi......
Berdarah dahulu baru hentuk kepala

HAHAHAHAHAHAHA

Dunia, dunia, dunia.

Selasa, 28 Julai 2009

Di Mana Kita?

Makhluk,
Hamba,
Insan,
Itu lah KITA,
Tapi soalan demi soalan menghantui
Menghantui di minda
Menyelinap di hati
Menyemat di sanubari, iaitu:

Di mana kita?
Yang bagaimananya kita?
dan apa pula kita?

KITA ADALAH ISLAM

Islam! tapi,...
Syi'ah kata dia Islam
Murji'ah kata dia Islam
Wa’idiyyah (Haruriyyah atau Khawarij)kata dia Islam
Jabriyyah kata dia Islam
Qadariyyah kata dia Islam
Jahmiyyah kata dia Islam
Mu’tazilah kata dia Islam
Shufiah kata dia Islam
Tarekat Ahmadiyyah kata dia Islam
Pengikut Asha'arie (al-Arqam) kata dia Islam
Pengikut Ayah Pin (kerajaan kangit) kata dia Islam
Pengikut Abdul Kahar (Rasul Melayu) kata dia Islam

HABIS...
Siapa yang Islam?
Siapa yang betul?
Siapa yang salah?
Siapa? dan di mana?

NAH, ini jawapannya
Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
tapi....
masih ada lompangnya

KENAPA!

Secara itlaknya, tafsiran yang berbeza-beza
Itsbatnya yang kontradiksi
Takhrijnya yang bukan rajih
Memaknai pada sesuatu yang bukan dimaknai
Yang belum pasti asal-muasalnya
Kerana semuanya dari matra yang berbeza

Habis! Bagaimana?

NAH dan NAH
Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah mengikut kefahaman Salafus Soleh
Kefahaman yang belum tercemar 'aqidahnya
Kefahaman yang jelas Nahu-Sharafnya dari 'Ajam
Kefahaman yang diredahi oleh Allah 'Azawajalla
Kefahaman yang dido'ai oleh Khatamul Anbiyaa

Islamnya sederhana
Islamnya pertengahan
Diantara,
Qadariyyah dan Jabriyyah dalam perkara taqdir
Murji`ah dan Wa’idiyyah dalam perkara ancaman Allah Subhanahu waq Ta'ala
Haruriyyah dan Mu’tazilah dalam perkara agama
Murji`ah dan Jahmiyyah dalam perkara iman
Syi’ah Rafidhah dan Khawarij dalam menyikapi para shahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam

Carilah mereka ini,
Selidikilah mereka ini
Kerana ini wasiat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
Bersedihlah dengan 'aqidah KITA
Kerana 'Aqidah kunci Kegembiraan Yang Abadi
Dari Janji Illahi Yang Maha Suci

Ahad, 26 Julai 2009

Mari Belajar Asas Tampak 6.0 (Visual Basic 6.0)

Disini dilampirkan laman sesawang atau Inggerisnya "website"

Asas Tampak 6.0
http://www.neng.usu.edu/cee/faculty/gurro/Classes/Classes_Spring2002/VBGradClass/VBGradClass.htm

Selamat Melayari Laman Sesawang ini

Sabtu, 25 Julai 2009

Tidak Lagi Kuantum, Tapi Kenisbian: Hanyalah Kenisbian

Mekanik Kuantum adalah kursus TFA 3023 untuk pelajar semester 7
Manakala Kenisbian pula adalah subtopik kursus TFA 2053, yang mana hanya Teori Kenisbian Khas saja yang dibincangkan.

Teori Kenisbian Khas mempertimbangka rangka rujukan inersia bermaksud rangka rujukan bergerak halaju seragam (Perhatian kita mempertimbangkan laju menghampiri laju cahaya)

Apa itu Kenisbian Khas atau Kerelatifan Khas (Inggerisnya Special Relativity)?
Mari kita membincang dulu apa itu Kerelatifan....
Fenomena ringkasnya macam ini: Anda menaiki kereta yang bergerak 100km/j, jadi sudah tentulah dijalan ada kereta menghala ke laluan kanan (manakala kamu laluan kiri), katakan ada kereta Kancil putih lalu, kamu dapati dia bergerak laju. Baiklah katakan kamu ada alat pengesan "speed trap" dan mengesan laju kereta Kancil putih tu bergerak laju 200km/j, wah ini sudah lebih had laju jalanraya.

Tetapi katakan ada polis rehat dijalanraya tersebut dengan pengesan "speed trap" tapi beliau mengesan kereta Kancil putih bergerak 100km/j sahaja.
Pelik bukan? Sebenarnya tiada apa yang pelik, sebab kita mengesan dalam keadaan bergerak 100km/j manakalan polis pula mengesan pada keadaan rehat.

Penjelasan secara fiziknya, terdapat dua rangka rujukan:
1) Kamu dalam kereta - rangka rujukan bergerak terhadap polis
2) Polis - rangka rujukan rehat terhadap kamu.

Jadi boleh formulasikan fenomena melalui persamaan ini

Ux = Uy + V;
Ux laju Kancil yang diukur oleh kamu,
Uy laju Kancil yang diukur oleh polis
V rangka rujukan bergerak kamu terhadap polis (dengan kata lain laju kereta kamu)

Formulasi ini kita kenali sebagai Penjelmaan Halaju Galileo (Galileo Velocity Transformation)
.

Ia boleh juga, menjadi sebaliknya iaitu;
Rangka rujukan kamu adalah rehat relatif kepada polis dan polis rangka rujukan bergerak relatif terhadap kamu ---> Hehehe menarikkan..

Baiklah, Kenisbian Khas adalah timbul terhadap 2 postulat yang dicetuskan oleh Einstein, walhal idea ini lama ditimbulkan oleh Lorentz. Tapi tak apalah. Postulatnya ialah;
1) Kemalaran laju cahaya 300,000,000m/s terhadap semua rangka rujukan (pendek kata tiada objek yang bergerak melebihi halaju cahaya)
2) Hukum fizik adalah invarian terhadap semua rangka rujukan

Mari kita mempertimbangkan ubahsuai fenomena di atas;
Kita dan kereta kita bergerak dengan 1000m/s (kita guna unit m/s, senang sikit nak gambarkan) dan polis keadaan rehat di tepi jalan, kemudian kita dan polis tersebut mempunyai alat seakan-akan macam peralatan "speed trap" dan sensitif terhadap halaju yang sangat tinggi. Kemudian ada cahaya datang dari arah depan kita, kita dan polis tersebut mengukur laju cahaya tersebut.

Keputusan:
Laju cahaya polis diukur adalah 300,000,000m/s.
Rasa-rasa kamu berapa laju cahaya yang diukur oleh kita dalam keadaan bergerak, mungkin mengandaikan laju cahaya tersebut adalah 300,000,000m/s + 1000m/s = 300,001,000m/s kan? Jawapannya ialah sama sahaja dengan ukuran polis tersebut iaitu 300,000,000m/s. Kenapa menjadi begitu --> laju cahaya adalah malar pada semua rangka rujukan sama ada rangka rujukan bergerak atau rehat.

Impkasi fiziknya adalah; MASA dan RUANG adalah bukan sesuatu yang MUTLAK.
PELIK BUKAN...

Teori ini membukti bahawa setiap segala adalah diciptai, teori ini juga membuktikan semua perkara adalah bukan MUTLAK. Pemilik MUTLAK adalah yang Maha Berkuasa yang mencipta akan segala sesuatu termasuk RUANG dan MASA.

Teori Klasik, mengandaikan MASA dan RUANG adalah MUTLAK tak boleh dipersoalkan, denga erti kata lain RUANG dan MASA adalah berdiri dengan sendirinya (qiyamuhu binafsihi = bersendiri dengan sendiri), itu adalah salah satu SIFAT-Nya. Mustahil kita boleh menisbatkan SIFAT-Nya ke atas sesuatu yang lain, tambahan pula makhluk-Nya.

Menarik BUKAN, MASA dan RUANG adalah makhluk-Nya semacam kita yang dicipta, jadi siapalah kita disisi-Nya yang senantiasa membuat onar dan huru-hara.

Disini saya lampirkan implikasi Teori Kenisbian Khas dahulu, nanti kita cuba mebincangkan Teori Kenisbian Am yang melibatkan tensor, manifold dan ruangmasa yang melengkung (Aduh, dengar dah sakit kepala):

1)Kemalaran cahaya
2)Ketekalan Hukum Fizik
3)Ruang Masa bukanlah mutlak
4)Setiap rangka rujukan adalah relatif terhadap masing-masing (falsafahnya tiada siapa yang betul atau salah, bergantung pada rangka rujukan yang dilihat Betulisme)
5)Tiada lagi fenomena keserentakan (dengar sahaja, dah lucu...)
6)Berlakunya fenomena pengecutan panjang
7)Berlakunya fenomena dilasi masa (timbulnya Paradox Kembar)
9)Mekanik Klasik Newton adalah mekanik penghampiran terhadap batasan khusus halaju objek bergerak sangat perlahan dibandingkan laju cahaya iaitu v<10)Semua parameter mekanik klasik adalah ternisbi (boleh dihubungkan dengan kerelatifan) contoh: tenaga, kedudukan, halaju, pecutan, tenaga kinetik, momentum, jarak dan masa.
11) Ini lagi menarik iaitu tenaga boleh dihubungkan dengan jisim (lagi sakit kepala) dengan kata lain Tenaga boleh menghasilkan jisim dan Jisim boleh menghasilkan tenaga dan ini kita kenali sebagai Keabadian Tenaga-Jisim.

WAH.. kebanyakan pelajar sering merungut ketika mempelajari Teori Kenisbian Khas dan Mekanik Kuantum, tapi nak buat macamana, inin adalah hukum Alam atau lebih enak didengari ini adalah SUNATULLAH

WALLAHU'ALAM
Nukilan Ilmiah
M.F.Umar

Lagi Kuantum

Persoalan yang timbul ialah ketentuan dalam mekanik kuantum;
Secara klasiknya, projektil satu zarah kita dapat tentukan masa depannya tetapi dalam kuantum masa depan projektil zarah adalah kebarangkalian semata-mata.

Klasik: Projektil zarah adalah r(t) vector kedudukan adalah fungsi masa, makna kata kalau kita tahu kedudukan sebelumnya sudah tentu kita tahu kedudukannya di masa akan datang.

Kuantum: zarah kita diwakili oleh fungsigelombang Psi(r,t) iaitu pemboleubah kedudukan tidak bersandar kepada masa dengan kata lain ia adalah fungsi merdeka masa.
Sekiranya kita tahu kedudukan sebelumnya belum tentu kita dapat menentukan kedudukannya di masa akan datang, tetapi kita hanya dapat menghubungkannya dengan |Psi(r,t)|kuasa2 (KurunganMutlak Psi(r,t) berkuasa dua) ketumpatan kebarangkalian atau lebih dikenali sebagai Tafsiran Born

Dari perihal tersebut, rupa-rupanya alam semesta kita ini tidak ditentukan sendiri tetapi ditentukan oleh sesuatu yang Maha Penentu, tetapi alam semestanya hanyalah ikhtiar tetapi ketentuan terakhir adalah ketentuan Yang Maha Penentu, hal ini bagi menjawab tohmahan golongan Qadiri dan Jahmiah yang mana masing-masing beri'tikad ketentuan terakhir tidak didalam lingkungan Maha Penentu dan setiap formasi kelakuan dan ketentuan terakhir adalah ketentuan Maha Penentu tanpa ada ikhtiar. Menarikkan Mekanik Kuantum

Wallahu'alam
Nukilan M. F. Umar

Aku, Kuantum dan Kedurjaan

Dilampirkan ciri dan implikasi Mekanik Kuantum yang memeningkan kepala fizikawan modenis sejagat


1) dualisme zarah-gelombang (jadi adakah elektron gelombang atau zarah?)

2) kewujudan aras diskret kuantiti fizik seperti tenaga dan momentum sudut

3) segala kuantiti klasik seperti kedudukan, momentum, tenaga dan lain-lain itu setiap satunya tertakluk kepada “taburan kebarangkalian” dan hukum mantik (oleh itu kebarangkalian) yang berbeza drp yang klasik itu

3) berlakunya “prinsip ketakpastian Heisenberg” iiaitu tenaga dan masa, kedudukan dan momentum yang tidak dapat disukat dengan ketepatan yang tinggi tanpa menjejaskan ketepatan yang satu lagi- analoginya macam ini apabila kita memfokuskan pada speedometer kereta maka kita kehilangan fokus pada jalanraya.

4) wujud fenomenon “kekusutan” (entanglement)

5) pencerap mempengaruhi kuantiti fizik (boleh cerap) dicerapi sehingga berlakunya fenomenon yang dinamai “Runtuhan Fungsi Gelombang”

6) kefahaman atom memerlukan pendekatan kebelakaan (belakaisme)

7) kebarangkalian wujudnya atau berlakunya sesuatu benda atau peristiwa itu hanya dapat ditentukan setelah benda atau peristiwa itu dicerapi atau berlaku; dan tiada lagi orbit zarah tetapi diganti dengan taburan keadaan zarah itu

8) adanya penciptaan atom dan penyirnaannya sepanjang masa

9) berlakunya fenomenon “penerowongan”, iaitu kemampuan zarah-gelombang menembusi sawar yang tidak mungkin ditembusi secara klasiknya

10) kewujudan tenaga dalam keadaan vakum (tiada apa-apa memberikan apa-apa. Pelikkan)

11) kewujuan salinan tak terhingga sesuatu benda (tafsiran banyak alam -idea Everret)

12) keperluan nombor kompleks dalam mewakilkan sebahagian parameter fizik

Apa Yang Berlaku Sebelum Deguman Besar

Persoalan "Apa yang berlaku sebelum deguman besar" merupakan persoalan berbentuk keagamaan. Entri ini hanyalah membincangkan dari sudut fizik secara ringkas.

Secara ringkasnya, Teori Kenisbian Am meramalkan akan kedinamikan alam semesta kita yang mengembang secara seragam, perkara ini juga dibuktikan melalui pencerapan Hubble akan anjakan merah cakerawala.

Meskipun alam semesta mengembang sepertimana kita amati sekarang, terdapat ketaktekalan kedinamikan semasa, yang mana Alan Guth mencadangkan terdapat fenomena INFLASI berlaku selepas 10kuasa-35 saat selepas deguman besar. Inflasi diertikan disini ialah, alam semesta mengelembung secara mendadak yang melampaui kemalaran laju cahaya, akan tetapi hal demikian tidak mencabul kemalaran tersebut yang mana disini bukannya zarah atau yang bergerak melampaui batasan cahaya akan tetapi ruang yang mengelembung melampaui cahaya.

Walaupun Alan Guth berjaya mencadangkan prinsip inflasi bagi menjawab persoalan ketaktekalan pengembangan alam semesta, tetapi tidak berjaya menjawab persoalan apa yang berlaku sebelum masa 10kuasa-35 saat selepas deguman besar. Kedua teori yang unggul iaitu Teori Kenisbian dan Mekanik Kuantum mengalami keruntuhan untuk fenomena yang berlaku sebelum masa 10kuasa-35 selepas deguman besar tersebut.

Oleh itu, berbagai teori dan model yang timbul antaranya ialah:

1)Kosmologi Holografi (Lautan Lohong Hitam) - dicetus ide oleh Gerard t'Hooft dan dibina oleh Leonard Susskind kemudian oleh Thomas Banks dan Willy Fischler













2) Berdasarkan teori tetali dan bran-D (Colliding Branes atau cyclic brane model) - dicadangkan oleh Paul Steinhardt dan Niel Turok














3) Pecahan alam semesta - dicadangkan oleh Lauris Baum dan Paul Frampton











Wallahu'alam

Sabtu, 18 Julai 2009

Creep (Song from Radiohead)

When you were here before
Couldn't look you in the eye
You're just like an angel
Your skin makes me cry
You float like a feather
In a beautiful world
I wish I was special
You're so very special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the earth am I doing here?
I don't belong here

I don't care if it hurts
I want to have control
I want a perfect body
I want a perfect soul
I want you to notice when I'm not around
You're so very special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the earth I'm doing here?
I don't belong here

She's running out again
She's running out
She runs runs runs

Whatever makes you happy
Whatever you want
You're so very special
I wish I was special

But I'm a creep
I'm a weirdo
What the earth am I doing here?
I don't belong here
I don't belong here

Perfect

You are so perfect
Through my eyes you are so beautiful
You make me always adore you

With every step I take
I am thinking about you
I cannot imagine my life without your love

You held my hand
When I was down and weak
You whispered words
And drove my worries away

Please never leave me
For I cannot face life without you
Only together with you I will make it

You are my blood
You are my heart
You are my life
You make me perfect

O my love you are so...
PERFECT! :)

Sabtu, 25 April 2009

ASASI

Asasi: Akademi Sains Islam

Sila layari www. kesturi.net

Islam

Islam,
Apa maksudnya?
Jawapan: Aku Patuh

Allah mahu kita patuh setiap arahan dan larangan
Bukannya cuba memikir relevan atau tidak akan arahan dan larangan tersebut

Mudah kan Islam?

Wallah'alam

Islam yang macamana?

Saya mulakan tajuk dengan tanda soal, supaya pembaca dapat memulakan dengan sifat ingin tahu.

Baiklah, jika kita ditanya "Siapakah kamu"
Maka jawab kita "Saya Islam"
Jawapan memang ada dalilnya, tetapi dalil tersebut digunakan pada zaman Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, ketika mana waktu tersebut orang kafir tidak mengaku Islam dan ketika jelas beza diantara Muslim dan Kuffur

Tetapi sekarang, yang jelas kekufurannya masih lagi mengaku Islam
Mungkin kita akan memperbaiki jawapan dengan mengatakan "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah"
Sekali lagi, jawapan itu sememangnya benar, kerana pengishtiharan semacam itulah yang membezakan kita dengan Ayah Pin, Pengikut Rasul Melayu Kahar, Syi'ah, Muktazillah, Khawarij dan Ahmadiyah.
Tetapi masih terdapat kelonggaran dengan jawapan tersebut dengan alasan kita bebas mentafsir al-Quran dan Sunnah mengikut selera sendiri dan kejahilan.

Nah, bagaimana jawapan yang benar.
Ini jawapannya "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah mengikut kefahaman salafussalih"
Siapa itu salafus salih? iaitu Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, para sahabat, ahlu bait (termasuk Ummul Mukminin Aishah radhiallahu'anha dan isteri-isteri yang lain), tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam tetapi dengan sahabat sahaja) dan akhir sekali tabi'ut tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam dan para sahabat tetapi dengan tabi'in sahaja)

Rasionalnya ialah;
1) Rasulullah salallahu'alaihi wassalam memuliakan tiga zaman tersebut (Shahih Bukhari)
2) Waktu itu, bahasa 'Arab masih tak tercemar dengan kosa kata Ajam (bukan Arab)
3) Mereka mempelajari langsung dengan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam malahan sanad mereka Sahabat-->Rasulullah salallahu'alaihi wassalam-->Allah subhanawata'ala kalau dibandingkan dengan kita sangat jauh.
4) Mereka dido'akan oleh Rasulullah salallahu'alaihi wassalam seperti Ibnu Abbas, Ibnu Ma'ud, Mu'adz Bin Jabal, Abu Hurairah dll.
5) Budaya 'Arab ketika itu kuat menghafal dan sangat berhati-hati.
6) Zaman tersebut masih belum tercemar Akidah, Ideologi ataupun shasiah mereka.

Oleh itu ada pendapat mengatakan "Ucapan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam kita ambilkan, ucapan para sahabat kita pilihkan dan ucapan tabi'in atau tabi'ut tabi'in kita bincangkan"

Maka atsar dijadikan sandaran dalam berhukum
Apa itu Atsar? ucapan shahabat dan tabi'in.

Wallahu'alam.

Prinsip Antropi

"need to take into account that there is life on Earth, and that one form of that life" petikan Wikipedia (Anthropic Principle)

Prinsip ini cuba menafikan kewujudan Allah S.W.T, dengan menganggapkan Alam ini dicipta begini untuk manusia tanpa menyatakan kewujudan Maha Kuasa yang menentukannya.

Prinsip ini berasaskan ideologi Humanisme (ringkasnya, semuanya untuk manusia)

Demi Allah, kita fizikawan muslim menentang habis-habisan dengan mengenakan hujah-hujah kosmologi dan sains berbalutkan al-Quran Sunnah mengikut kefahaman salafussalih

Wallahu'alam

Medan spin-0 skalar nyata dalam lima matra

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Saya baru selesai penulisan artikel yang telah dihantar ke Jurnal BITARA Sains dan Teknologi.

Kajian saya, cuba memerihalkan Kaluza-Klein teori keatas medan-0 skalar nyata dengan swa-interaksi. Saya mempertimbangkan matra (dimensi) kelima:
1) termampat dengan jejari yang sangat kecil
2) berkala y~[0,2Pi]
3) merdeka (maksudnya tidak bersandar kepada empat matra ruangmasa jadi kita tulis seperti berikut; F(x0,x1,x2,x3,y)=f(x0,x1,x2,x3).g(y)

Hasil Dapatan saya:
1) Saya menerbitkan ungkapan jisim yang baru bagi medan empat matra daripada ungkapan kinetik medan lima matra; M2=m2+n2/L2, (M2, M berkuasa dua) dan (n2/L2 adalah ungkapan jisim medan empat dimensi yang baru)
2) Saya menerbitkan swa-interaksi antara berbeza mod medan dengan kekuatan 2 kali berbanding swa-interaksi medan itu sendiri.
3) Saya membuat andaian bahawa pada empat matra kita hanya mampu mencerap medan mod sifar lima matra, dengan jejari kecil (10-31cm) yang mana pemecut zarah mas kini tidak dapat dicapainya (10-16cm)

Kesimpulan
Alam ciptaan Allah SWT sangat begitu kompleks
Fizik adalah sebahagian Sunatullah
Maha Suci Allah yang mencipta Alam Semesta yang begitu gah.

Wallahu'alam

Khamis, 16 April 2009

Hina, Kehormatan, Mulia dan Penghormatan

Kehinaan,
Kemuliaan,
Antara kehinaan dan kemuliaan ada sempadan,
Sempadan yang berbentuk takrifan
Takrifan yang sendirinya terkesan
Dalam sanubari yang luar biasa dalamnya

Penghormatan,
Kehormatan,
Satu keduniaan, satu lagi fitrah kemanusiaan
Umpama telapak tangan dan belakangnya
Terkadang keduanya saling terkaitan
Yang kelihatan tak kenampakan akan sempadan,
Mungkin itu hanya coretan
Dari penglipurlara yang hilang pertimbangan

Jumaat, 27 Mac 2009

Apa yang Menjadi Rujukan dalam Menafsirkan Al Quran?

Oleh: Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Tafsir Al Quran dirujuk kepada referensi berikut:

A. Kalamullah ta’ala (Al Quran –pent.)

Maka Al Qur’an ditafsirkan dengan Al Qur’an, karena Allah subhanahu wata’ala-lah yang menurunkannya, dan Dia-lah yang paling tahu dengan apa yang dimaksud di dalam Al Qur’an. Ada beberapa contoh untuk perkara ini, di antaranya:

1. Firman Allaah subhanahu wata’ala,

أَلآ إِنّ أَوْلِيَآءَ اللّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
”Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Yunus: 62)

Sungguh kata أَوْلِيَآءُ اللّهِ (wali-wali Allah) telah ditafsirkan oleh firman Allah di ayat berikutnya,
الّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتّقُونَ
”(Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa.” (Yunus: 63)

2). Firman Allah subhanahu wata’ala,

وَمَآ أَدْرَاكَ مَا الطّارِقُ
”Tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?” (Ath Thariq: 2).

Sungguh “Ath-Thariq” ditafsirkan dengan firman Allah subhanahu wata’ala pada ayat yang kedua (demikian yang tertulis di dalam kitab, mungkin yang diinginkan adalah ayat ketiga, wallahu a’lam –pent.),

”(Yaitu) bintang yang cahayanya menembus.” (Ath Thariq: 3)

3). Firman Allah subhanahu wata’ala,

وَالأرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا”Dan bumi sesudah itu dihamparkan- Nya.” (An Naazi’aat: 30)

Kata دَحَاهَا ditafsirkan dengan dua ayat setelahnya,


أَخْرَجَ مِنْهَا مَآءَهَا وَمَرْعَاهَا * وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا”Ia memancarkan darinya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhan. Dan gunung-gunung dipancangkan- Nya dengan teguh.” (An Naazi’aat: 31-32)



2. Ucapan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam
Maka Al Qur’an ditafsirkan dengan As Sunnah, karena rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam adalah penyampai wahyu dari Allah subhanahu wata’ala, maka beliau adalah manusia yang paling mengetahui maksud-maksud yangterkandung dalam firman Allah subhanahu wata’ala.Dalam hal ini ada beberapa contoh:

1). Firman Allah subhanahu wata’ala,

لّلّذِينَ أَحْسَنُواْ الْحُسْنَىَ وَزِيَادَةٌ
”Bagi orang-orang yang berbuat baik ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya” (Yunus: 26)

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam telah menafsirkan kata وَزِيَادَةٌ (tambahan) dengan melihat wajah Allah subhanahu wata’ala sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim secara sharih dari hadits Abu Musa [1] dan Ubay bin Ka’ab [2] dan diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari hadits Ka’ab bin ‘Ujrah [3].

Dan di dalam Shahih Muslim [4] dari Shuhaib bin Sinan dari Nabi shallallahu alaihi wasallam dalam sebuah hadits beliau bersabda,”Maka disingkapkanlah hijab, maka tidaklah mereka diberi sesuatu yang lebih mereka cintai daripada melihat Rabb mereka ‘azza wa jalla”

Lalu beliau membaca ayat ini,

لّلّذِينَ أَحْسَنُواْ الْحُسْنَىَ وَزِيَادَةٌ”Bagi orang-orang yang berbuat baik ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya” (Yunus: 26)

2). Firman Allah subhanahu wata’ala,

وَأَعِدّواْ لَهُمْ مّا اسْتَطَعْتُمْ مّن قُوّةٍ”Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi” (Al-Anfaal: 60)

Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam menafsirkan kata الْقُوّة dengan “melempar”. Diriwayatkan oleh Al Imam Muslim [5] dan yang selainnya dari hadits ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallaahu ‘anhu.

3. Ucapan Sahabat radhiyallaahu ‘anhum
Terutama kalangan sahabat yang berilmu dan memiliki perhatian terhadap tafsir, karena Al Qur’an turun dengan bahasa mereka dan pada zaman mereka. Dan juga setelah para nabi, merekalah yang paling jujur dalam mencari kebenaran, paling selamat dari hawa nafsu, dan paling bersih dari penyimpangan yang dapat menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah subhanahu wata’ala.Dalam hal ini ada banyak contoh, di antaranya:

1. Firman Allah ta’ala:
وَإِن كُنتُم مّرْضَىَ أَوْ عَلَىَ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مّنْكُمْ مّنَ الْغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النّسَآءَ
”Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau mulamasah wanita” (Al-Maidah: 6).

Telah shahih dari Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma bahwa beliau menafsirkan al-mulamasah (yang arti letterlijk-nya menyentuh –pent.) dengan jima’ (melakukan hubungan seks) [6].

4. Ucapan Para Tabi’in yang perhatian dengan pengambilan tafsir dari para sahabat radhiyallaahu ‘anhum. Hal ini karena tabi’in adalah sebaik-baik manusia setelah para sahabat dan paling selamat dari hawa nafsu daripada generasi setelahnya. Selain itu, bahasa Arab belum banyak berubah pada masa mereka, sehingga mereka adalah orang-orang yang lebih dekat kepada kebenaran dalam memahami Al Qur’an daripada generasi setelahnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam berkata [7],”Apabila mereka –yaitu para tabi’in- sepakat atas suatu perkara, maka tidak diragukan lagi bahwa ini merupapan hujjah. Namun apabila mereka berselisih, maka perkataan sebagian mereka tidak menjadi hujjah atas sebagian yang lain dan tidak pula menjadi hujjah atas orang-orang setelah mereka. Maka hal tersebut dikembalikan kepada bahasa Al Qur’an atau Sunnah atau keumuman bahasa Arab atau perkataan sahabat tentang hal itu”.Beliau juga berkata, ”Siapa yang menyimpang dari mazhab-mazhab para sahabat dan para tabi’in serta tafsir mereka kepada hal-hal yang menyelisi mazhab dan tafsir para sahabat dan tabi’in maka dia telah berbuat kesalahan dalam hal tersebut, bahkan dia telah berbuat bid’ah. Apabila ia adalah orang yang berijtihad (mujtahid), maka diampuni kesalahan-kesalahan nya”. Lalu beliau berkata, ”Maka barangsiapa yang menyelisihi perkataan mereka dan menafsirkan Al Qur’an berbeda dengan tafsir mereka, maka dia telah berbuat kesalahan dalam hal dalil dan madlul (makna)”.



5. Apa yang merupakan konsekuensi kata-kata tersebut, apakah dimaknai secara syar’i atau lughawi (secara bahasa), tergantung dengan konteksnya.

Hal ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata’ala,
إِنّآ أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النّاسِ بِمَآ أَرَاكَ اللّهُ”Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Qur’an) dengan membawa kebenaran supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa-apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” (An Nisaa’: 105)

Dan firman Allah subhanahu wata’ala,
إِنّا جَعَلْنَاهُ قُرْآناً عَرَبِيّاً لّعَلّكُمْ تَعْقِلُونَ”Sesungguhnya Kami telah menurunkannya berupa Al Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya” (Az Zukhruf: 3)

Dan firman Allah subhanahu wata’ala,

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رّسُولٍ إِلاّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيّنَ لَهُمْ”Tidakkah Kami mengutus seorag Rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka” (Ibrahim: 4)

Apabila makna syar’i dan makna lughawi (bahasa) berbeda, maka yang diambil adalah makna syar’i. Hal karena Al Qur’an diturunkan untuk menjelaskan syari’at, bukan untuk menjelaskan bahasa, kecuali jika terdapat dalil yang lebih merajihkah (menguatkan) makna lughawi, maka yang dipakai adalah makna lughawi tersebut.

Contoh perbedaan antara dua makna tersebut, dan dikedepankannya makna syar’I adalah firman Allah subhanahu wata’ala tentang orang-orang munafiq,


وَلاَ تُصَلّ عَلَىَ أَحَدٍ مّنْهُم مّاتَ أَبَداً”Dan janganlah kamu sekali-kali shalat atas seorang yang mati di antara mereka” (At Taubah: 84)

Sesungguhnya makna shalat secara bahasa berarti doa, dan secara syar’i makna shalat di sini adalah berdiri di hadapan orang yang meninggal dunia untuk mendoakannya dengan tata cara tertentu. Maka didahulukanlah makna syar’i, karena maksud dari mutakallim (orang yang bicara) adalah apa yang dipahami oleh mukhathab (orang yang diajak bicara)

Adapun larangan mendoakan mereka secara mutlak, maka berasal dari dalil yang lainnya.
Contoh ayat yang di dalamnya mengandung perbedaan di antara dua makna, lalu didahulukan makna lughawi karena ada dalil yang menguatkan adalah firman Allah subhanahu wata’ala,

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهّرُهُمْ وَتُزَكّيهِمْ بِهَا وَصَلّ عَلَيْهِمْ“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka” (At Taubah: 103)

Yang dimaksud dengan shalat di sini adalah doa, dengan dalil apa yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim dari Abdullah bin Abi ‘Aufa [8], dia berkata,

”Apabila Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dikirimi shadaqah dari suatu kaum, beliau mendoakan mereka”. Maka bapakku mendatangi beliau dengan membawa shadaqah, lalu beliau berdoa,

”Ya Allah, berikanlah keselamatan atas keluarga Abu ‘Aufa”.
Dan contoh ayat yang mengandung kesamaan makna syar’i dan makna lughawi banyak sekali, seperti السَّمَآءُ (langit), الأَرْضُ (bumi), الصِّدْقُ (kejujuran), اْلكَذِبُ (kedustaan), الحَجَرُ (batu), dan الإنْسَانُ (manusia).

(Diterjemahkan untuk blog http://ulamasunnah. wordpress. com dari Kitab Ushul Fit Tafsir karya Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, halaman 30-33, terbitan Darul Ibnil Jauzy, KSA)

Catatan Kaki:
1. Dikeluarkan oleh Al Imam Ibnu Abi Hatim dalam Tafsir beliau (2/1945), hadits nomor 10341. Dikeluarkan pula oleh Al Lalika-i dalam Syarh Ushul I’tiqad jilid kedua (3/458-459), hadits nomor 785
2. Dikeluarkan oleh Al Imam Ath Thabrani dalam tafsir beliau (15/69), hadits no 17633, dan Al Lalika-i dalam Syarh Ushul I’tiqad, jilid kedua (3/456).
3. Dikeluarkan oleh Al Imam At Thabrani dalam tafsri beliau (15/67), hadits nomor 17631, dan Al Lalika-i dalam Syarh Ushul I’tiqad, jilid kedua (3/456-457).
4. Dikeluarkan oleh Al Imam Muslim halaman 709, Kitabul Iman, Bab 80 Penetapan Bahwa Kaum Mukminin Melihat Rabb mereka subhanahu wata’ala di Hari Akhir, nomor hadits 449 [297] 181, 450 [297] 181.
5. Dikeluarkan oleh Al Imam Muslim halaman 1020, Kitabul Imarah, Bab 52 Keutamaan Melontar dan Anjuran untuk Melakukannya. Hadits no 4946 [167] 1917. At Tirmidzi hal. 1963, Kitab Tafsir Al Qur’an, Bab 8, Tafsir Beberapa Ayat dari Al Anfaal, hadits nomor 3083. Di dalam sanad At Tirmidzi ada rawi yang mubham. Dikeluarkan pula oleh Abu Dawud hal. 1409, Kitabul Jihad, bab 23 Permasalahan Melontar, hadits no. 2514. Ibnu Majah halaman 2647, Kitabul Jihad, bab 19: Melontar di Jalan Allah, hadits nomor 2813, dan dikeluarkan pula oleh yang selain mereka.
6. Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq di dalam Al Mushannaf (1/134). Dan Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf beliau (1/192)
7. Majmu’ Fatawa
8. Dikeluarkan oleh Al Imam Al Bukhari hal 342, Kitab Al Maghazi, bab 36 Perang Hudaibiyah. Hadits no 4166, dan Muslim 849, Kitabuz Zakah, Bab 54: Doa bagi Orang yang Memberi Shadaqah, hadits no 2492 [176] 1078.

Khamis, 29 Januari 2009

AdiSimetri Terbatal

Apa itu AdiSimetri (Supersymmetry atau lebih dikenali sebagai SUSY)?

AdiSimetri diketengahkan untuk menyelesaikan permasalahan hieraki dalam Model Piawai (Standard Model) dan Masalah Kesatuan Tolok (Gauge Unification Problem)

AdiSimetri adalah menghubungkan Boson zarah berspin integer terhadap Fermion zarah berspin separa integer. Perhubungan memberi penyelesain pembetulan pencapahan zarah Higgs (Higgs converges).

Maka hal ini kita boleh simbolkan pengoperari (operator) AdiSimetri dengan Q yang menjalinkan kedua-dua zarah.

Katakan |F> adalah keadaan Fermion dan |B> adalah keadaan Boson dan hubungan pengoperasi Q adalah seperti berikut:

Q|F>=|B> dan sebaliknya Q|B>=|F> ----(1)

Sekarang kita akan takrif pengoperasi P2 (pengoperasi berkuasa dua):

P2|F>=m2F|F> menghasilkan jisim fermion berkuasa dua dan begitu juga P2|B>=m2B|B>

Pengopersi bersekutu AdiSimetri dan P2 adalah seperti berikut:

P2.Q|F>=P2|B>=m2B|B> ---(2)

Seterusnya,
QP2|F>=Q.m2F|F> dan m2F adalah nilai eigen P2 keatas keadaan Fermion |F>

Kita tahu pengopersi P2 dan Q adalah komut (Saling tertukar p/s minta maaf kalau saya salah terjemah ke Bahasa Melayu)

Maka,
Q.m2F|F>=m2F.Q|F>=m2F|B> ---(3)

Bandingkan persamaan (2) dan (3) maka didapati bahawa
m2F=m2B iaitu jisim Fermion sama dengan jisim Boson

Hal ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa jisim zarah alamiah adalah sama dengan jisim AdiRakannya (superpartner). Tapi hal ini tidak berlaku, kerana zarah AdiRakan masih belum diketemui secara lansung atau tidak, jadi persoalan dimanakah mereka?

Seandainya elektron berjisim 9.1x10-31kg maka AdiRakannya iaitu Adielektron (penamaan bagi AdiRakan zarah fermion adalah dimulai dangen huruf s- iaitu selectron, smuon, stau tetapi AdiRakan zarah Boson kita akhir dengan -ino contoh gravitino, wino, Higgsino, photino) sepatutnya sama jisimnya dengan alatan pemecut yang mencapai 100MeV.

Maka andaian yang dibuat oleh kalangan ahli fizik, adalah AdiSimetri terbatal (SUSY breaking) secara spontan (Spontaneously) atau eksplisit. Jika hal ini berlaku kita perlu memrombak Model Piawai AdiSimteri Seminima (Minimal SUSY Standard Model) yang mengketengahkan AdiSimetri.

Wallahu'alam

Selasa, 6 Januari 2009

What is CERN Large Hadron Collider LHC End of the World Search for God Partcle and Micro Black Holes

.....tak mengerti

Dini hari, aku berdiri.
Dini hari, aku menanti.
Dan ini hari juga, aku tak mengerti.

Mengapakah aku harus disini?
Ke manakah aku harus berlari?
Bilakah aku harus mati?
Dan sekali lagi, aku lagi tak mengerti.

Apakah kata hati .
Mati.. Mati.. Mati..
AArghh... Sekali lagi aku tak mengerti.
Mengapakah aku asyik tak mengerti.

Umpama khayalan dan ilusi

Khamis, 1 Januari 2009

Hadiah Nobel Fizik 2008

Dua saintis Jepun menang Hadiah Nobel
STOCKHOLM 7 Okt. - Akademi Sains Diraja Sweden hari ini mengumumkan dua saintis Jepun dan seorang ahli sains Amerika Syarikat (AS) berkongsi Hadiah Nobel 2008 dalam bidang fizik.

Saintis AS kelahiran Jepun, Yoichiro Nambu dari Universiti Chicago itu memenangi separuh daripada hadiah tersebut kerana menemui mekanisme yang dikenali sebagai simetri pecah spontan dalam fizik subatom.

Makoto Kobayashi dan Toshihide Maskawa berkongsi separuh lagi hadiah kerana menemui asal usul simetri pecah yang meramalkan kewujudan sekurang-kurangnya tiga famili quark dalam alam.

Hadiah tersebut termasuk wang tunai sebanyak 10 juta kronor (RM4.76 juta), sijil dan jemputan ke majlis penyampaian hadiah di Stockholm pada 10 Disember ini.

Dari: ARKIB : 08/10/2008 Utusan Online

Fatwa Terbaru Lajnah Daimah tentang Krisis Gaza

Oleh: Al Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts Ilmiyah wal Ifta

’ الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ؛ نبينا محمد وعلى آله وصحبه ؛ ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين . وبعد

Segala puji hanyalah milik Allah Rabb semesta alam. Shalawat serta salam semoga senantiasa tercurah kepada Nabi dan Rasul yang paling mulia, nabi kita Muhammad dan kepada keluarga beliau, para shahabat, serta umatnya yang setia mengikutinya sampai akhir zaman. Wa ba’da; Sesungguhnya Al Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyah wal Ifta’ (Dewan Tetap Untuk Penelitian Ilmiyah dan Fatwa) di Kerajaan Saudi Arabia mengikuti (perkembangan yang terjadi) dengan penuh kekacauan dan kesedihan akan apa yang telah terjadi dan sedang terjadi

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Saya mulakan pengishtiharan blog saya dengan nama Allah. Ucapan selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah salallahu'alaihi wassalam serta keluarganya (ahlu bait) dan para shahabat. Semoga dirahmati Allah, para wali, para Imam dan ulama' salafussoleh yang membawa syari'at Islam yang shahih. Bacaan al-Fatihah ke atas Allahyarham Umar bin Ahmad, ayahanda yang diingati

Blog ini bertujuan untuk kepentingan pelajar-pelajar yang saya bimbing dan didik, selain itu ia adalah satu perbincangan akademik perihal agama, fizik, seni dan sastera Insyaallah

Blog fizik-inderakayangan ada masalah untuk saya memasukinya. Wallahu'alam