Sabtu, 27 Februari 2010

Alhamdulillah dan Jazakallahu khairan katsirah

Segala pujian bagi Allah Tuhan Sarwajagat.

Hari ini terdapat empat pembaca di blog ini. Sangat megujakan saya.
Saya langsungkan ucapan saya dengan;

Jazakallahu khairan katsirah

Ketidaknyataan Masa McTaggert

Saya cuba membaca penilaian falsafah McTaggert ke atas takrifan MASA.

Tetapi makalahnya sarat dengan ilmu kefalsafahan yang baru bagi saya terutamanya dalam menyanggah satu postulat klasik mengenai falsafah masa. Penyanggahannya dilakukan menerusi Logik dengan premis-premis logisme. Sangat memahitkan falsafah masa ini, meskipun makalah-makalah yang ringan.

"Unreality of McTaggert's Time"

Tajuknya gah, kandungnya ringan, tetapi sarat dengan falsafah yang pahit untuk difahami.

Wallahu'alam




Nota: Ada sesiapa dikalangan dari pembaca boleh baca makalah tersebut dan sekiranya tidak menjadi keberatan tolong ajar saya atau tulis semula dalam bahasa ibunda dengan ayat-ayat yang mudah difahami, insyaallah.

Khamis, 25 Februari 2010

2 Minggu Penyeliaan Pelajar Latihan Mengajar

Bermula 1 Mac - 12 Mac 2010, saya akan menyelia pelajar-pelajar Latihan Mengajar di sekolah-sekolah sekitar Klang, Jeram dan Telok Panglima Garang. Ini adalaha senarai pelajar-pelajar di bawah penyeliaan saya:

1) Mohd Zulfazly Bin Fauzi
2) Nasrullah Bin Rosdi
3) Nur Ain Binti Mohd Sani
4) Nurdiana Binti Nazarudin
5) Mohd Firdaus Khairi Bin No Badery
6) Nur Arfah Binti Zakaria
7) Muhammad Afzan Bin Awang
8) Nazirah Binti Ibrahim
9) Mohd Sabri Bin Che Noh
10) Hanif Bin Harun
11) Nur Arfa Suhaida Binti Mat Zain
12) Zurita Bt Othman
13) Sharifah Nur Shafinaz Binti Syed Ismail
14) Fatimah Aini Binti Mohamad


PENGAWALAN KELAS

Pada malam 26 Feb, saya menelefon rakan universiti (sekarang beliau adalah guru). Saya menanyakan perihal guru-guru dan persekolahan, disamping itu juga saya bertanyakan nasihat berkenaan "Bagaimana menjadi guru yang baik". Kemudian beliau memberitahu banyak perkara mengenai perkara tersebut. Salah satu yang paling penting mengenai menjadi guru yang baik adalah PENGAWALAN KELAS (Bagaimana hendak memastikan pelajar-pelajar tersebut memberi tumpuan dalam kelas). Tambahan beliau lagi, waktu perkuliahan di universiti pelbagai teori-teori dan model-model diperhidangkan melalui buku-buku oleh pensyarah-pensyarah adalah TIDAK PRAKTIKAL, kerana situasi yang sebenarnya adalah sebaliknya jika berada disekolah.

Tapi berbeza dengan pempiawaian penyeliaan di Jabatan Fizik, iaitu menyelia Kaedah Mengajar Inquiri (Student Centered Learning: Pembelajaran Berpusatkan Pelajar). Hal ini berlaku kontrdiksi diantara pengalaman rakan saya dan pempiawaian di jabatan saya.

Tapi melalui pengalaman saya dan guru-guru yang kenali sebelum ini pun memberitahukan perkara yang sama mengenai pengalaman rakan saya. Pengalaman saya adalah mengajar di satu asrama anak yatim di Negeri Sembilan. Ada seorang pelajar lelaki tidak meberi tumpuan pada pengajaran saya ketika itu, tetapi hal itu tidak membuatkan saya rasa "ambil hati", tetapi sikap saya adalah saya sentiasa mendampingi beliau, bergurau dan sentiasa menampilkan penampilan seorang guru yang bersungguh-sungguh untuk mengajar beliau pandai. Akhirnya beliau adalah antara pelajar yang aktif bertanya dan rupa-rupanya beliau adalah pelajar yang boleh saya kateogorikan sebgai pelajar "mudah tangkap".

Seterusnya pengalaman dari seorang ustazah bekas guru disiplin sekolah di sekitar Klang. Beliau juga menceritakan pengalaman beliau bahawa beliau pernah bertengkar dengan seorang pensyarah penyelia yang bukan dari universiti saya, kata beliau. Beliau menceritakan bahawa pensyarah penyelia tersebut merungut kepada beliau kerana menafikan permarkahan gred yang tidak layak bagi pelajar tersebut daripada apa yang pensyarah penyelia itu nilaikan pelajar itu.

Ustazah memberitahu bahawa pelajar tersebut bijak mengawal kelas dengan baik sekali, meskipun kaedah pengajaran tidaklah sebaik mana. Walaubagaimanapun, hal itu tidak dipersetujui oleh pensyarah penyelia tersebut. Ustazah bertanya kepada pensyarah penyelia tersebut berapa lama pernah mengajar ke sekolah. Jawab beliau "Tak pernah". Ustazah tersebut memaklumkan kepada saya lagi bahawa "Terer macamana dia punya teknik mengajar, semua itu adalah takkan dipraktikan kalau pelajar dalam kelas tidur, menyembang, main-main" TAmbahan beliau lagi bahawa sekolah tersebut adalah sekolah paling bermasalah, maka yang paling penting dan sesuai di sekolah "bagaimana hendak mengawal kelas"

Seterusnya rakan saya tersebut ada juga menyatakan bahawa teknik atau kaedah itu berguna (belum lagi berkesan) sekiranya pelajar yang kita ajar adalah pelajar yang "berdisiplin" dan "mahu belajar"



POLISI

Dalam perbualan kami pada malam itu, ada juga membicarakan berkenaan polisi pendidikan negara. Polisi pendidikan yang terbina memberikan satu budaya yang bukan akademik iaitu; melalui pengalaman saya "Ibu-bapa, guru-guru dan masyarakat hanya melihat budak itu CEMERLANG sekiranya pelajar tersebut memiliki kuantiti gred A pada sijil beliau" Manakala pelajar yang memiliki gred A yang berkuantiti sedikit akan disisihkan dari perhatian. Hal ini banyak berlaku.

Seterusnya polisi pendidikan kita memberikan satu ruang yang tidak sesuai dalam arena mencari pengetahuan iaitu ruang "Kemahiran Menjawab Soalan" dan "Latih Tubi". Secara umumnya, saya tidak kata perkara itu tidak baik, tetapi penumpuan yang jumud diberikan ke atas hal tersebut akan memberikan implikasi yang tidak baik terutamanya pada masa depan akademik pelajar tersebut. Pada pendapat saya, jika hal di atas berlaku seolah-olahnya kita menyekatkan proses berfikir yang lebih cekap dan pentelaahan ilmu yang lebih luas, dengan kata lain pelajar tersebut mempunyai gred A adalah kerana pelajar tersebut cemerlang dalam disiplin ilmu "Kemahiran Menjawab Soalan" bermakna gred A tersebut dinisbatkan pada disiplin ilmu "Kemahiran Menjawab Soalan" bukannya pada Matematik, Sains, Kimia dan Geografi.

Perkara ini sememangnya memberi implikasi yang tidak elok sekiranya di menara gading, kerana di universiti gaya pembelajarannya adalah mandiri, iaitu usahakan sendiri dan merentas kepelbagaian disiplin ilmu diperlukan dalam satu-satu displin yang dipelajari itu. Banyak dari rakan saya corot dan ada juga dibuang universiti akibat gagal dalam bidang akademik.

Semua itu adalah taipan peribadi saya mengenai kesimpulan yang saya perolehi dari perbualan telefon dengan rakan saya.

Walhal semua ilmu dari Allah Maha Berilmu, sebab itulah kita digalakkan setiap kali penulisan menyebut WALLAHU'ALAM

Jumaat, 19 Februari 2010

Sahabat Karib Saya dan Maklumbalas

Sebentar tadi saya ada menjengah blog sahabat karib saya yang dilindungi Allah (hafizuhullah) memberikan sedikit maklumbalas berkenaan ungkapan saya yang saya hantar melalui SMS.

Dan ini hasil ulasan beliau sila klik di sini

Wallahu'alam

p/s: Sahabat karib, insyaallah saya melawat saudara di Agensi Nuklear Malaysia (Unit Reaktor) dengan pelajar-pelajar bagi memahami konsep Radioaktif dan Pengesanannya, Tindakbalas Nuklear dan Penggunaannya, insyaallah sahabat saya. Barakallahu fiikum

Khamis, 18 Februari 2010

Berhati-hati Berfatwa

Syeikh Muhammad Shalih Ibnu Uthaimeen (Syeikh Uthaimeen) memberikan tazkirah di satu hospital di 'Arab Sa'udi berkenaan hal-hal fekah dalam bidang pekerjaan kedoktoran dan perubatan.

Ketika sesi soal-jawab, beliau ditanyakan satu soalan dalam ertikata "......apa hukum syari'at Syeikh tentang masalah ini......"

Kemudian Syeikh Al-Uthameen, berkata begini:

Pertama saya nasihatkan kepada penanya dan yang lainnya, untuk tidak bertanya kepada seseoranag dengan menagatakan: "Apa hukum syari'at?"

Mengapa?

Kerana orang yang ditanya terkadang salah dang terkadang benar.

Apabila dia salah padahal masalah tersebut dinisbatkan kepada syari'at. Maka masalah tersebut akan menjadi kesalahan dalam syari'at.

Ya, biasa dikatakan: Apa hukum syariat menurut pandangan anda? Atau apa pendapat anda
dalam masalah ini? Maka kita harus memperhatikan hal ini.


Apa yang difahami oleh saya:

Dalam berfatwa haruslah berhati-hati kerana perkataan-perkataan dari mulut 'ulama (cendekiawan) adalah fatwa yang akan dianuti dan diamalkan

Semua manusia, ada benar dan ada salah akan ucapannya atau kalamnya, yang benar adalah kalam Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, kerana beliau adalah dilindungi Allah 'Azawajalla.

Tidak boleh bermudah-mudah dalam berfatwa


Lihatlah video berkenaan hal tersebut, lihatlah betapa telitinya 'ulama' hadist dan fekah dalam berhati-hati memberikan fatwa mereka. Petikan video ini saya ambil dari Lancarjunk dalam YouTube semoga dalam peliharaan Allah.





Di pejabat saya ada seorang kakitangan bertanya kepada seorang kakitangan veteran mengenai hal-hal fekah dalam agama. Ketika itu, saya sedang sibuk menandatangani sesuatu atau sedang fotostat (kalau tak salah saya, seingat saya)

Si penanya tersebut menanyakan kepada si petanya (kakitang veteran yang sedang ditanya):

" ..............." (Saya tak beberapa jelas kedengarannya, kerana saya sangat sibuk waktu itu)


Lalu dijawabnya si petanya:

" ........ bergantung kepada hati masing-masing....."

Kemudian si penanya mengiyakannya.

Saya kenal akan si petanya yang veteran tersebut (Pada pandangan peribadi saya, beliau bukanlah seorang yang 'arif sangat dalam hal-hal agama, sebab sebelum ini saya pernah dengar beliau bercakap dalam hal-hal agama yang bukan-bukan)


Saya hanya mendengar ini sahaja " ........ bergantung kepada hati masing-masing....."
Saya mula tertarik dengan perbualan mereka dan berkata dalam hati saya;

"Sekiranya hal-hal agama berteraskan "hati atau perasaan", maka makin bertambahlah kepelbagaian kita dalam beragama, alasannya semua mempunyai "hati" dan "perasaan" yang berbeza-beza."

Saya mula tersenyum akan hal tersebut,


......tetapi setelah saya keluar dari pejabat dan menuju ke pejabat saya, saya mula berasa takut sekiranya PERKATAAN SI PETANYA tersebut menjadi sandaran AMALAN dan AQIDAH beliau adalah menjadi bahaya kerana itu adalah;

Hal-hal 'AQIDAH dan 'IBADAT, sangat mendebarkan........


WALLAHU'ALAM

Rabu, 10 Februari 2010

Putera-Puteri dan Isteri-isteri Rasulullah salallahu'alaihi wassalam

Maklumat ini saya perolehi dari pautan ini klik sini atau http://ustazmelaka.net/forum/index.php?topic=50.0

Saya petik hal ini, kerana kita sentiasa menyangka Rasulullah salallahu'alaihi wassalam mempunyai seorang anak sahaja iaitu Fathimah az-Zaharah. Jadi usaha saya adalah supaya kita maklum siapa lagi ahli rumah (ahlu bayt) Rasulullah salallahu'alaihi wassalam.

Kerana terdapat hadist menyuruh kita mencintai ahli keluarga Rasulullah salallahu'alaihi wassalam (minta maaf saya tidak melampirkan hadist tersebut, sebab terlupa. Sekiranya pembaca mendesak saya, maka saya akan ikhtiar juga)

Semoga webmaster tersebut dalam perlindungan Allah.

Wallahu'alam

000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW:

PUTERA:
Abdullah bin Muhammad
Putra beliau dari Khadijah, meninggal ketika masih kecil.

Ibrahim bin Muhammad (wafat 10 H)
Putra Nabi dari Mariah Qibtiah. Dia hanya hidup selama 18 bulan. Nabi menyaksikan ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir sambil meneteskan air mata, beliau berkata “mata boleh meneteskan air, hati boleh bersedih, tapi kita tidak boleh mengucapkan kalimat yang tidak diridai Allah”.
Qasim bin Muhammad

Putra beliau dari Khadijah yang meninggal ketika masih kecil.

PUTERI:
Fatimah binti Muhammad (wafat 11 H)
Putri bungsu Rasulullah SAW dari Khadijah yang paling disayangi oleh Rasulullah SAW. Dia tergolong wanita Quraisy yang genius dan pintar bicara. Dia menikah dengan Ali bin Abu Thalib. Dari perkawinan ini lahirlah Hasan, Husain, Ummi Kultsum dan Zainab. Dia meninggal 6 bulan setelah wafatnya Rasulullah. Dan dari Fatimah Az-Zahro¡¦ini lahirlah dzuriyah Rasul sampai sekarang, yang di masyarakat lazim dijuluki Sayid, Habib ataupun Syarief.

Ruqaiah binti Muhammad (wafat 2 H)
Putri Rasulullah SAW. dari Khadijah yang dipersunting oleh Utbah bin Abu Lahab sewaktu Jahiliah. Setelah munculnya Islam dan turunnya ayat yang berarti “Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan dia juga akan celaka” (S. Al-Masad ayat 1)dia langsung dicerai oleh suaminya atas perintah Abu Lahab. Dia memeluk Islam bersama ibunya. Kemudian dia dinikahi oleh Usman bin Affan dan ikut bersama suaminya hijrah ke Abessina (habasyah ), kemudian mereka kembali dan menetap di Madinah seterusnya meninggal di kota itu pula.

Ummi Kultsum binti Muhammad (wafat 9 H/639 M)
Putri Rasulullah dari Khadijah yang dipersunting oleh Utaibah bin Abu Lahab pada masa Jahiliah. Setelah turunnya ayat yang artinya: “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia juga akan binasa.” (S. Al-Masad ayat 1) ia dicerai oleh Utaibah atas perintah Abu Lahab. Sepeninggal kakaknya, Ruqaiyah, istri pertama Usman dia dinikahi oleh Usman bin Affan. Dia ikut berhijrah ke Madinah.

Zainab binti Muhammad (wafat 8 H.)
Putri sulung Rasulullah yang dipersunting oleh Abul Ash bin Rabi’. Dia memeluk agama Islam dan ikut hijrah ke Madinah, sementara suaminya bertahan dalam agamanya di Mekah sampai dia tertawan dalam perang Badar. Di saat itu, Rasulullah meminta kepadanya untuk menceraikan Zainab, lalu diceraikannya. Setelah dia masuk Islam, Rasulullah SAW. mengawinkan mereka kembali.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW:

Berikut ini kita tampilkan nama-nama Istri Nabi Muhammad SAW beserta sekilas penjelasannya:
1. SITI KHADIJAH: Nabi mengawini Khadijah ketika Nabi masih berumur 25 tahun, sedangkan Khadijah sudah berumur 40 tahun. Khadijah sebelumnya sudah menikah 2 kali sebelum menikah dengan Nabi SAW. Suami pertama Khadijah adalah Aby Haleh Al Tamimy dan suami keduanya adalah Oteaq Almakzomy, keduanya sudah meninggal sehingga menyebabkan Khadijah menjadi janda. Lima belas tahun setelah menikah dengan Khadijah, Nabi Muhammad SAW pun diangkat menjadi Nabi, yaitu pada umur 40 tahun. Khadijah meninggal pada tahun 621 A.D, dimana tahun itu bertepatan dengan Mi’raj nya Nabi Muhammad SAW ke Surga. Nabi SAW sangatlah mencintai Khadijah. Sehingga hanya setelah sepeninggalnya Khadijah lah Nabi SAW baru mau menikahi wanita lain.

2. SAWDA BINT ZAM’A: Suami pertamanya adalah Al Sakran Ibn Omro Ibn Abed Shamz, yang meninggal beberapa hari setelah kembali dari Ethiophia. Umur Sawda Bint Zam’a sudah 65 tahun, tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. Inilah sebabnya kenapa Nabi SAW menikahinya.

3. AISHA SIDDIQA: Seorang perempuan bernama Kholeah Bint Hakeem menyarankan agar Nabi SAW mengawini Aisha, putri dari Aby Bakrs, dengan tujuan agar mendekatkan hubungan dengan keluarga Aby Bakr. Waktu itu Aishah sudah bertunangan dengan Jober Ibn Al Moteam Ibn Oday, yang pada saat itu adalah seorang Non-Muslim. Orang-orang di Makkah tidaklah keberatan dengan perkawinan Aishah, karena walaupun masih muda, tapi sudah cukup dewasa untuk mengerti tentang tanggung jawab didalam sebuah perkawinan. Nabi Muhammad SAW bertunangan dulu selama 2 tahun dengan Aishah sebelum kemudian mengawininya. Dan bapaknya Aishah, Abu Bakr pun kemudian menjadi khalifah pertama setelah Nabi SAW meninggal.

4. HAFSAH BINT UMAR: Hafsah adalah putri dari Umar, khalifah ke dua. Pada mulanya, Umar meminta Usman mengawini anaknya, Hafsah. Tapi Usman menolak karena istrinya baru saja meninggal dan dia belum mau kawin lagi. Umar pun pergi menemui Abu Bakar yang juga menolak untuk mengawini Hafsah. Akhirnya Umar pun mengadu kepada nabi bahwa Usman dan Abu Bakar tidak mau menikahi anaknya. Nabi SAW pun berkata pada Umar bahwa anaknya akan menikah demikian juga Usman akan kawin lagi. Akhirnya, Usman mengawini putri Nabi SAW yiatu Umi Kaltsum, dan Hafsah sendiri kawin dengan Nabi SAW. Hal ini membuat Usman dan Umar gembira.

5. ZAINAB BINT KHUZAYMA: Suaminya meninggal pada perang UHUD, meninggalkan dia yang miskin dengan beberapa orang anak. Dia sudah tua ketika nabi SAW mengawininya. Dia meninggal 3 bulan setelah perkawinan yaitu pada tahun 625 A.D.

6. SALAMA BINT UMAYYA: Suaminya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin. Dia saat itu berumur 65 tahun. Abu Bakar dan beberapa sahabat lainnya meminta dia mengawini nya, tapi karena sangat cintanya dia pada suaminya, dia menolak. Baru setelah Nabi Muhammad SAW mengawininya dan merawat anak-anaknya, dia bersedia.

7. ZAYNAB BINT JAHSH: Dia adalah putri Bibinya Nabi Muhammad SAW, Umamah binti Abdul Muthalib. Pada awalnya Nabi Muhammad SAW sudah mengatur agar Zaynab mengawini Zayed Ibn Hereathah Al Kalby. Tapi perkawinan ini kandas ndak lama, dan Nabi menerima wahyu bahwa jika mereka bercerai nabi mesti mengawini Zaynab (surat 33:37).

8. JUAYRIYA BINT AL-HARITH: Suami pertamanya adalah Masafeah Ibn Safuan. Nabi Muhammad SAW menghendaki agar kelompok dari Juayreah (Bani Al Mostalaq) masuk Islam. Juayreah menjadi tahanan ketika Islam menang pada perang Al-Mustalaq (Battle of Al-Mustalaq). Bapak Juayreyah datang pada Nabi SAW dan memberikan uang sebagai penebus anaknya, Juayreyah. Nabi SAW pun meminta sang Bapak agar membiarkan Juayreayah untuk memilih. Ketika diberi hak untuk memilih, Juayreyah menyatakan ingin masuk islam dan menyatakan bahwa Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang terakhir. Akhirnya Nabi pun mengawininya, dan Bani Almustalaq pun masuk islam.

9. SAFIYYA BINT HUYAYY: Dia adalah dari kelompok Jahudi Bani Nadir. Dia sudah menikah dua kali sebelumnya, dan kemudian menikahi Nabi SAW. Cerita nya cukup menarik, mungkin Insya Allah disampaikan terpisah.

10. UMMU HABIBA BINT SUFYAN: Suami pertamanya adalah Aubed Allah Jahish. Dia adalah anak dari Bibi Rasulullah SAW. Aubed Allah meninggak di Ethiopia. Raja Ethiopia pun mengatur perkawinan dengan Nabi SAW. Dia sebenarnya menikah dengan nabi SAW pada 1 AH, tapi baru pada 7 A.H pindah dan tinggal bersama Nabi SAW di Madina, ketika nabi 60 tahun dan dia 35 tahun.

11. MAYMUNA BINT AL-HARITH: Dia masih berumur 36 tahun ketika menikah dengan Nabi Muhammad SAW yang sudah 60 tahun. Suami pertamanya adalah Abu Rahma Ibn Abed Alzey. Ketika Nabi SAW membuka Makkah di tahun 630 A.D, dia datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.

12. MARIA AL-QABTIYYA: Dia awalnya adalah orang yang membantu menangani permasalahan dirumah Rasullullah yang dikirim oleh Raja Mesir. Dia sempat melahirkan seorang anak yang diberi nama Ibrahim. Ibrahim akhirnya meninggal pada umur 18 bulan. Tiga tahun setelah menikah, Nabi SAW meninggal dunia, dan Maria (thx buat Joan) akhirnya meninggal 5 tahun kemudian, tahun 16 A.H. Waktu itu, Umar bin Khatab yang menjadi Iman sholat Jenazahnya, dan kemudian dimakamkan di Al-Baqi.
Kalau sudah tahu begini dan kalau memang dikatakan mau mengikuti Sunnah Nabi Muhammad SAW, kira-kira masih minat dan berani nggak ya kaum Adam untuk ber-istri lebih dari 1?

Ahad, 7 Februari 2010

Sinaran Jasad Hitam

Video kali ini berkenaan dengan Sinaran Jasad Hitam (Blackbody Radiation)

Peralatan yang digunakan adalah dari PASCO

Dalam ini video sekadar menceritakan "prosedur pemasangan" peralatan tersebut sahaja.

Semoga bermanfaat Insyaallah hendaknya

.


:-)
................................
WALLAHU'ALAM

Pemecut Hadron Gergasi (LHC)

Pada Pemecut Hadron Gergasi

Ketika masyarakat fizikawan beriya-iya dengan zarah-zarah fizik baru diburui
Ketika masyarakat teoritis ghairah akan fenomena luar biasa yang ingin dihayati

Kita lupa pada fudamental hukumnya
Kita lupa pada takrifan matematiknya

Itu rekaan manusiawi

Kita lupa akan kesahihan konsep fizik anutan semasa
Kita lupa akan semua "itu-ini" adalah makhluk

Itu rekaan Allah Tuhan Alam Sarwajagat

Sama ada teori "itu-ini"dicabuli dengan hukum binaan manusiawi itu dikhianati
Sama ada matematiknya terdedah dengan pembaikan
Sama ada konsep fizik itu sendiri perlukan pemalsuan Popper


Ahh.... lemahnya kita
Ahh.... kerdilnya kita, yang kononnya dulu kita ingin kejarkan Teori Segala-gala
Bagai membina teori ketuhanan, melanggari peranan Tuhan dalam mentadbir Alam

Pelbagai paradoks, anomali, ketakinvarianan, kecabulan, dan masalah kita selesaii melalui pelbagai postulat dan axiom.

Yang kononnya, kita ingin tahu segala-galanya
Nah, bagaimana kita sekarang?

Pada hal itu masih andaian yang bersulamkan keraguan

Ahh.... Dalam hal ini, hinanya kita

Lihatlah kamu wahai manusia,

Kita selesaikan masalah capahan Higgs dengan Adisimetri
Tetapi tetapi Adisimetri itu tercabul pada khayalannya adizarah

Kita hapusi ketakketekalan dalam masalah teori tetali dengan matra-matra
Tetapi teori tetalinya masih berdiri sebagai falsafahnya, bukan fiziknya

Hairan aku, ada teori "itu" untuk "itu"
Ada teori "ini" untuk "ini"

Ada juga macam-macam nama dan gelaran
Ada nama "Unparticle Physics", ada nama "F-theory", ada nama "Technicolor", ada nama "M-theory", ada nama "Extra Large Dimensions", ada nama "Supergravity" ada nama "Randall-Sundrum Model", ada nama .......

Jadi "manusia", mana satunya teorinya yang dipasrahi sebagai Teori Segala-gala

Ahh... dalam hal ini memang lemah, hina dan kerdilnya kita

Apa yang kita mampu lafazkan dengan rasa kehambaan adalah;

Wallahu'alam

Jumaat, 5 Februari 2010

PEMBACA MISTERI

Rutin harian saya adalah melihat pelayar halaman blog saya.
Sememangnya pembaca halaman ini adalah sangat sedikit, sekitar 1 pembaca setiap hari.

Tapi apa yang menariknya, pembaca ini hanya membaca pada pukul 2-4pagi (waktu Malaysia).

SIAPAKAH GERANGAN PEMBACA ITU?

SANGAT MISTERI BUKAN.....

SAYA SENDIRI PUN TAK TAHU

Sekiranya, pembaca tersebut membaca entri ini, silalah berikan sedikit komen dalam entri ini kali ini. Insyaallah.

Sekadar nak berkenalan, kerana saudara/i adalah PEMBACA MISTERI

Wallahu'alam