Khamis, 18 Februari 2010

Berhati-hati Berfatwa

Syeikh Muhammad Shalih Ibnu Uthaimeen (Syeikh Uthaimeen) memberikan tazkirah di satu hospital di 'Arab Sa'udi berkenaan hal-hal fekah dalam bidang pekerjaan kedoktoran dan perubatan.

Ketika sesi soal-jawab, beliau ditanyakan satu soalan dalam ertikata "......apa hukum syari'at Syeikh tentang masalah ini......"

Kemudian Syeikh Al-Uthameen, berkata begini:

Pertama saya nasihatkan kepada penanya dan yang lainnya, untuk tidak bertanya kepada seseoranag dengan menagatakan: "Apa hukum syari'at?"

Mengapa?

Kerana orang yang ditanya terkadang salah dang terkadang benar.

Apabila dia salah padahal masalah tersebut dinisbatkan kepada syari'at. Maka masalah tersebut akan menjadi kesalahan dalam syari'at.

Ya, biasa dikatakan: Apa hukum syariat menurut pandangan anda? Atau apa pendapat anda
dalam masalah ini? Maka kita harus memperhatikan hal ini.


Apa yang difahami oleh saya:

Dalam berfatwa haruslah berhati-hati kerana perkataan-perkataan dari mulut 'ulama (cendekiawan) adalah fatwa yang akan dianuti dan diamalkan

Semua manusia, ada benar dan ada salah akan ucapannya atau kalamnya, yang benar adalah kalam Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, kerana beliau adalah dilindungi Allah 'Azawajalla.

Tidak boleh bermudah-mudah dalam berfatwa


Lihatlah video berkenaan hal tersebut, lihatlah betapa telitinya 'ulama' hadist dan fekah dalam berhati-hati memberikan fatwa mereka. Petikan video ini saya ambil dari Lancarjunk dalam YouTube semoga dalam peliharaan Allah.

video



Di pejabat saya ada seorang kakitangan bertanya kepada seorang kakitangan veteran mengenai hal-hal fekah dalam agama. Ketika itu, saya sedang sibuk menandatangani sesuatu atau sedang fotostat (kalau tak salah saya, seingat saya)

Si penanya tersebut menanyakan kepada si petanya (kakitang veteran yang sedang ditanya):

" ..............." (Saya tak beberapa jelas kedengarannya, kerana saya sangat sibuk waktu itu)


Lalu dijawabnya si petanya:

" ........ bergantung kepada hati masing-masing....."

Kemudian si penanya mengiyakannya.

Saya kenal akan si petanya yang veteran tersebut (Pada pandangan peribadi saya, beliau bukanlah seorang yang 'arif sangat dalam hal-hal agama, sebab sebelum ini saya pernah dengar beliau bercakap dalam hal-hal agama yang bukan-bukan)


Saya hanya mendengar ini sahaja " ........ bergantung kepada hati masing-masing....."
Saya mula tertarik dengan perbualan mereka dan berkata dalam hati saya;

"Sekiranya hal-hal agama berteraskan "hati atau perasaan", maka makin bertambahlah kepelbagaian kita dalam beragama, alasannya semua mempunyai "hati" dan "perasaan" yang berbeza-beza."

Saya mula tersenyum akan hal tersebut,


......tetapi setelah saya keluar dari pejabat dan menuju ke pejabat saya, saya mula berasa takut sekiranya PERKATAAN SI PETANYA tersebut menjadi sandaran AMALAN dan AQIDAH beliau adalah menjadi bahaya kerana itu adalah;

Hal-hal 'AQIDAH dan 'IBADAT, sangat mendebarkan........


WALLAHU'ALAM

7 ulasan:

  1. mungkin si veteran itu nk ckp bergantung pada niat kot hehe terslah sebut tersebut hati...hehe pikir positif

    BalasPadam
  2. sememgnya sheikh usthaimin seorg ulama yg disegani..walaupun begitu beliau tetap tidak terlepas dr fitnah..begitu juga dengan sheikh abdul aziz bin baz

    BalasPadam
  3. Pada waktu itu ia saya tak kedengaran jelas. Maka saya beranggapan positif hal-hal yang baik hendaknya.

    Kronologinya, 'ulama yang hebat memang akan difitnah dengan ujian yang hebat2. Wallahu'alam.

    meta-F

    BalasPadam
  4. cik..maapla menkomen d blog cik ni hahaha
    yg benar sikacamataberkaca

    BalasPadam
  5. Hahahaha..... oooo patut lah
    Ok tafadhall

    meta-F

    BalasPadam
  6. tapi betul kan, jawapan ikut hati masing-masing ni sangat bahaya... Tgk jer la sekarang kalu kena tegur sikit mesti jawab iman saya dalam hati, orang lain tak boleh nilai.. sedangkan dah terang nyata benda dah salah..contoh la...
    c.kam

    BalasPadam
  7. Saudari Kamariah,

    Itu yang ingin saya cuba sampaikan berkenaan "Berfatwa mengikuti hati dan perasaan"

    Terima kasih saudari Kamariah, kerana berkomentar dalam saya punya blog. Ya...

    Terer kamu meneka ini blog pengajar kamu yer....

    BalasPadam