Khamis, 31 Disember 2009

Ini Kisah Dahulu dan Aku Dahulu

Dulu mak aku ada berkata:

Tahun 1982 mak aku balik kampung
Setelah penat merantau mencari rezeki
Bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak
Penat lelahnya melayan karenah anak-anak orang
Balik dengan harapan jaga nenek
Balik dengan harapan agar nenek aku tersenyum

Aku sayangkan nenek aku
44 hari sebelum nenek aku pergi
Nenek aku suruh ajar dia mengaji al-Quran
Tetapi aku budak-budak lagi, sudah tentu nak main sahaja
Pemergiannya di beri isyarat yang baik dari Allah
Kepada Engkau Ya Allah, pengakhiran nenek aku adalah Husnul Khatimah

Dan nenek aku juga baik
Aku tidur sebelah nenek dan tidurku ganas yang tak tahu duduk diam
Tapi nenek aku sabar, walaupun kekadang aku kena tampar juga
Tapi aku rindu juga nenek, walaupun sudah kembali pada Pencipta

Al-Fatihah untuk mu nenek
Chut Binti Othman

Mak aku ada berkata lagi:

Dia nak jaga nenek
Walau apa terjadi, walaupun berhidup susah sebagai penginap di muara laut
Kekadang ada hasil, kekadang berlaparan
Tapi mak aku tetap dengan nenek aku
Nenek aku yang tersengih melihat mak aku

Mak aku ada berkata juga:

Ayahku datang melamar mak aku
Pertama kalinya ayah aku datang melamar mak aku
Tak pernah pun pada sesiapa melainkan mak aku
Datang berkali-kali dengan ikhlasnya
Datang berkali-kali dengan harapannya
Mak aku tetap dengan itu juga untuk menjaga nenek
Tapi nenek aku mengiyakan lamaran ayah ku
Kerana sayangkan mak aku dan hasrat ayah aku

Terima kasih nenek, menerima lamaran ayah

Tentang ayah aku pula
Tentang kisahnya yang lebih menyedihkan
Tentang dulu-dulu dia, yang tak nak aku singkapkan disini
Tentang zaman Jepunnya
Tentang ayah aku dan profesionnya
Tentang ayah aku

Ayahku, bukan doktor, atau majistret,
Atau ahli politik apatahlagi pemuzik
Ayahku
Adalah seorang nelayan
Turun pagi-pagi
Balik senja-senja
Ada ikan, ada makan
Tak da ikan, ..............
Pergi, balik dan menanti
Itulah rutin harian ayah aku dengan awak-awak (anak kapal) ayah aku


Ayah aku ada berkata juga:
Nelayan ni memperjudikan nasib untuk menggenggam segenggam beras
Setiap hari ayah aku nasihat aku "Nelayan adalah pekerjaan yang susah"
Supaya jangan jadi macam ayah

Aku ingat lagi, ayahku terputus jari
Terputus jari kanan ibunya untuk membaiki enjin
Enjin yang menggerakkan botnya
Dan dari ikhtiar bot itu, kami dapat rezeki dan itu adalah kerana Allah Taala

Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku mengancing butang baju sekolah aku
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku menyuapkan makanan ke mulut walaupun aku boleh menyuapnya sendiri
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku membanting tulang empat kerat menyara kami sekeluarga

Dan kepada tangan yang terputus jari, terima kasih kerana masih setia dengan ayahku

Mak aku berkata lagi dan bernada begini:
Ayahku berkahwin pada usia yang lewat
Tapi aku tahu hidup ayahku
Sengsara orang dahulu, sengsara kesan pernah hidup waktu Jepun
Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri aku bersyukur padaMu dengan nikmat aman ini

Nisfu Bulan Keempat Kalendar Masihi
Aku dilahirkan ....
Menyerikan hidup dua insan yang akan ku cintai kelak
Dari akulah, aku mentabalkan mereka sebagai IBU-BAPA
Dari akulah, aku menjanjikan kesyukuran mereka kepada Allah
Maka lahirlah, Aku, Ibu-Bapa dan Tanggungjawab

Mak aku ada juga berkata sewaktu aku dinamai:

Ketika saratnya mak aku akan aku
Mak aku ingin namai aku Mohd Razi
Ayah aku pula ingin namai aku Bukhari
Sempena nama Ulama Hadist Yang Hebat
Tapi aku tak mampu untuk meraih nama penulis Kitab Jami'ul Shahih Bukhari itu
Aku juga tak menampalkan nama itu pada diri aku
Nama itu sangat hebat, sangat gah

Keluarga belah ayah aku nak namakan aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
iaitu; Sirajuddin - Naqiuddin - Saifuddin

Ayahku gunda-gulana untuk namai cahayamatanya yang pertama
Hati tidak jadi tenang memikirkan aku, mak, keluarganya dan keriangan

Hari untuk namai aku itu hujan
Mungkin meraikan hari penamaan aku
Atau mungkin menghalangi ayahku daripada menamai aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
Kerana ia hujan membasahi kertas yang dicatati nama-nama berbaur kerabat Diraja

Ayahku tersenyum dan teringatkan mak aku yang tercinta
Dan berkata "Biar mak dia bagi nama ajalah"
Ayahku cuba mengingatkan kembali nama ujaran mak aku itu
Tetapi ia kabur
Tetapi ayahku cuba juga
Tetapi ia kabur
Tetapi ayah aku masih mencuba juga
Tetapi ia masih kabur, hanya yang terpelihara adalah Mohd ....zi
Apa yang ayahku sangkakan adalah Mohd Fauzi padahal ujaran mak aku adalah Mohd Razi
Aku berprasangka nama ku dinamai oleh Pencipta melalui cetusan ilham nama itu kepada kotak fikiran ayahku.

Namun ayahku berpelajaran dengan tatabahasa yang klasik
Juga berpelajaran dengan pendidikan tulisan jawi klasik
Bagi ayahku bunyi "zi" sekarang adalah tulisannya "dzi"
Maka bunyi Fauzi dinamainya Faudzi
Lahirlah Mohd Faudzi Bin Umar

Aku nukil semua ini
Kerana tiba-tiba aku teringatkan ayahku
Teringatkan pada seseorang yang dahulu gah pada mata aku
Kehilangannya bukan sahaja memberi kesan pada keluarga
Tetapi pada warga kampung aku juga
Mereka sayangkan ayahku, ayah aku baik dan baik ayah aku adalah diingati

Al-Fatihah untukmu Allahyarham Umar Bin Ahmad

Selasa, 29 Disember 2009

Adakah Kamu Pernah Dengar Tentang ....

Quantum Mechanics is Physics of the Devil

Percayakah saudara/i Mekanik Kuantum adalah teori berhantu?

Nantikan saya mengumpulkan maklumat berkenaan hal tersebut!

Insyaallah....

Isnin, 28 Disember 2009

SARAH - PAPADOM

-----------------------------------------------------

CERITA SEMASA KECIL (SARAH)
Saye suka sorang budak name die Sarah
Die suke makan aiskrim comot,comot
Tapi Sarah comel sangat

Hari-hari Sarah tunggu saye balik sekolah
Kalau Sarah tunggu bawak aiskrim
Dua.. saye sayang Sarah sangat

Biarkanlah...7x
Biarkan Sarah aaa..

Bile petang-petang kite main dekat padang
Sarah suke tolak jatuh dan tersungkur
Tapi...saye sayang Sarah..

Bile besar nanti saye nak kawin dengan Sarah
Bapak Sarah baik suke pujuk saye sebab
Mama saye garang.

Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..

Sekarang Sarah takde lagi dalam dunia saye
Saye suke tunggu Sarah dekat kubur
Saye rindu Sarah sangat..

Biarkanlah 7x
Biarkan Sarah aaa..

Ahad, 27 Disember 2009

Kalkulus Ntahapahapantah

Sekadar berkongsi mengenai kalkulus fractional (bahasa Melayu adalah Kalkulus Pencacaian)

Kita sedia maklum mengenai pembezaan aturan-1, aturan ke-2, aturan ke-3 (1st-order, 2nd-order, 3rd-order). Yang menariknya bagaimana Pembezaan aturan ke-3/4 aturan ke-1/2 aturan ke-1/3. HAHAHAHAHA ..... Lucukan!

Itulah yanng berlaku dalam Kalkulus Pencacaian

Baiklah mari lihaat contoh mudah

Katakan f(x) = x^k (maknakata x berkuasa k) manakala D adalah pembezaan pertama

Jika D.f(x) maka jawapanya adalah;

D.f(x) = k.x^(k-1)

Jika D^a adalah pembezaan aturan ke-a, jika kita aplikasi ke atas x^k;

D^a f(x) = k! / (k-a)! . x^(k-a)

Pengubahsuai dilakukan ke atas aturan-a kepada bukan integer akan mempertimbangkan fungsi gamma maka ditulis fungsi Gamma dengan T

D^a f(x) = T(k+1) / T(k-a +1) . x^(k-a) , a adalah bukan integer

identiti fungsi Gamma adalah T(k+1) = k!

BAIKLAH ambil satu contoh mudah,
iaitu a=1/2 dan f(x) = x

jadi,

D^1/2 . f(x) = T(1+1) / T(1-1/2+1) . x^1-1/2 = T(2)/T(3/2).x^1/2

Jadi rujuk buku Mathematical Handbook and Formulas, Murray didapati T(3/2)=1/Pi^1/2 dan T(2)=2!=2

Maka jawapan yang diperolehi adalah

=(2.x^1/2 )/Pi^1/2

Hahahahaha Menarik Jawapan Dia.....
Kita boleh aplikasikan keatas Pembezaan Tiga Suku, dan kita takkan jadi Tiga Suku

Memang COOL Kalkulus Fractional ni....

Wallahu'alam

Khamis, 24 Disember 2009

Akulah Filsafat Alam Tabii

Aku sukakan "Apa?"
Aku sayangkan "Kenapa?"
Aku cintakan "Bagaimana?"
Aku rindukan "Bila?"
Tentang alam-Nya, tentang aturan-Nya, tentang ciptaan-Nya
Tetapi bukan tentang-Nya
dan juga bukan menentang-Nya

Hanya aku, falsafah dan kecemburuan pada alam-Nya

Dulu waktu aku kecil
Aku sering bertanya kepada ayahku;

Apa ini? Apa itu?
Kenapa ini? kenapa itu?
Bila? dan Bagaimana?
Itu mungkin ucapan seorang ahli filsafat yang daif
Yang sering diajukan oleh seorang pengaju
Yang mungkin tahu dan ingin tahu pada seseorang yang mungkin tahu dan ingin memberitahu
Bahwa aku pun ingin tahu "Kenapa kamu mesti tahu"

Pada dulu juga
Aku sering keluh kesat akan persoalan yang mencerminkan kebodohan kepada diri yang merasanya dirinya tidak bodoh

Iaitu;

Kenapa langit warna biru?
Apa penafsiran fizikalnya alam ghaib?
Bagaimana Tuhan?
Mengapa aku lihat laut ia mendatar?
Kenapa tiap-tiap hari ayahku menangkap ikan, tapi ikan tak habis?
Siapa aku? Kenapa mesti aku? Di sini!

Aku pun pelik
Aku pelik kenapa langit tak jatuh!
Aku hairan kenapa mesti ada malam, mesti ada siang!
Aku terkejut kenapa aku tak boleh melihat matahari dengan mata kasar!
Aku lagi pelik dengan kehairanan yang sangat mengejutkan
Kenapa Mesti Kita Berada Di sini?
Untuk apa?

Apakah semua pemerihalan itu
Membolehkan aku mentakrifkan diri aku ini
Seorang ahli filsafat alam tabii
atau Akulah Filsafat AlaM Tabii
atau Wallahu'alam

Memformulasikan CINTA-BENCI Melalui Aljabar Tak Linear

BAru-baru ini saya menjumpai makalah berkenaan Cinta dan Aljabar

Jadi apakata kita lanjutkan kajian ini dengan entiti yang lain iaitu BENCI

Particlization of the Georgi's Unparticle Physics

Tajuk di atas adalah angan-angan saya bagi menafikan konsep fizik tak-zarah oleh Howard Georgi penyelia Lisa Randall.

Berkenaan teori tersebut
Cuba saudara/i taip Unparticle Physics

Semoga perkara di bawah akan terjadi.
Angan-angan --> Mimpi-mimpi --> Cita-cita --> Harap-harap --> Usaha-usaha --> KEJAYAAN