Ahad, 30 Ogos 2009

Jalinan penting padanya makalah akademia

Dilampirkan disini jalinan-jalinan yang baik untuk ahli-ahli akademia untuk penerbitan akademisnya.

Jalinan maya penulisan ala-APA
http://owl.english.purdue.edu/owl/resource/560/01/

Jalinan maya untuk singkatan nama makalah-makalah akademia sains
http://www.library.ubc.ca/scieng/coden.html

Panduan penulisan makalah saintifik
http://abacus.bates.edu/~ganderso/biology/resources/writing/HTWtoc.html

Semoga jalinan-jalinan ini dapat memberi kebaikan. Wallahu'alam

Sabtu, 8 Ogos 2009

Tangisan Kehambaan Sheikh Sa'ud Al-Shuraim

http://www.youtube.com/watch?v=u5G7kBV-yuE

Sheikh Sa'ud Shuraim hafidzuhullah adalah Imam Makkah, di atas adalah jalinan (link) dari Youtube

Barakallahu fiih....

Wallahu'alam

Imagination Better Than Knowledge

Tajuk diatas merupakan petikan dari Einstein.
Seperti yang kita sedia maklum teori kenisbian am (General Relativity) tertimbul apabila beliau cuba membayangkan keserasian fenomena yang terelatif pada dua rangka rujukan pecutan. Dalam teori kenisbian khas, rangka rujukan adalah halaju seragam atau rehat. Einstein membayangkan 2 lelaki yang berada dalam lif rehat di bumi dan satu lagi memecut 9.81m/s2 keatas. Apabila difikirkan kita dapati dua ini meberikan fenomena yang sama dan implikasinya memberikan Prinsip Keserasian (Equivalence Principles) iaitu dapat menjawab persoalan jisim graviti adalah sama dengan jisim inersia. Banyak lagi masalah, Einstein selesaikan melalui angan-angan (hahaha)/ Kaedah ini kita kenali sebagai Gendanken.

Marilah kita berangan-angan bersama dan tak perlulah belajar ....
Hahahaha.... gurau aja (Pengetahuan penting dalam membantu kita menvisualkan fenomena yang naj diselesaikan)

Wallahu'alam

Physics Meets God

Meet Uncle Husin?
Boy meets Girl?
What do you meet?
Hahaha.....

Banyak ayat al-Quran memperihalkan sunnatullah
Sunatullah disini boleh dideklamasikan sebagai fizik.

Wallahu'alam

Theory of Everything or Everything is Theory?

Interaksi keempat iaitu graviti adalah interaksi yang paling misteri dalam bikin fizikawan menyampah dan memperihalkannya kerana penyatuan interaksi graviti dengan tiga interaksi yang lain (Kuat, Lemah dan Elektromagnetik) memberikan implikasi teori yang berbeza-beza dan berlainan falsafahnya dan konsep.

Jadi banyak teori diperkenalkan iaitu:
1)Adisimetri atau supersymmetry (tapi malangnya adsimetri mengalami kebatalan secara eksplisit atau berspontan)
2)Tambahan matra (extra dimension) iaitu graviti adalah lemah dalam empat matra dan ia meresap pada matra yang lain iaitu matra yang tak kelihatan lihat kajian Arkeini-Hamed atau taip ADD model.
3) Teori tetali
4) Selepas teori tetali timbul pula teori brane (p-brane)

Kita berharap fizikawan di Tanah Melayu ini dapat menyertai dalam bidang ini.
Mencari Kebenaran Dalam Fizik

Wallahu'alam

Elektron: Gelombang atau Zarah?

Dalam menyelesaikan permasalahan dalam Jasad Hitam, teori klasik (seperti Termodinamik, Elektromgnetik, Mekanik, Optik dan Gelombang) tidak dapat menerangkan fenomena tersebut. Terdapat 2 permasalahan dalam Jasad Hitam:

1)Anjakan panjang gelombang terhadap suhu
2)Kelengkungan pada graf Keamatan lawan Panjang gelombang

Masalah 1 telah diselesainkan oleh Wilheim Wien yang mana sekarang sumbangan dikenali sebagai Formula Anjakan Wien, malangnya masalah 2 tidak dapat diselesaikan meskipun Lord Rayleigh dan James Jeans berjaya menerangkan masalah jasad hitam hanya sekitar panjang gelombang yang besar, tapi apabila dipertimbangkan pada panjang gelombang yang sangat rendah Hukum Rayleigh-Jeans tersebut mengalami intensiti infiniti atau dikenali sebagai Bencana Ultraviolet sebaliknya (secara ujikaji) adalah bukan.

Seterusnya Max Planck menimbulkan satu idea dalam mendiskretkan tenaga resonator terhadap satu permalar (kini dikenali sebagai pemalar Planck) hubungang tersebut adalah seperti berikut:
E=nhf, E adalah tenaga, h pemalar Planck, f frekuensi dan n adalah gandaan integer

Malas nak tulis lagi... Rasanya lebih baik kalian taip pada enjin pencari google "quantum" atau "Blackbody radiation"

Ringkasnya formula;

1) E=hf
2) p=h/Lambda

E tenaga, h pemalar Planck, f frekuensi, p momentum dan Lmabda adalah panjang gelombang. CUBA PERHATIKAN persamaan, bahagian sebelah kanan menunjukan berkenaan zarah dan sebelah kiri adalah berkenaan gelombang. Hubungan ini dikenali sebagai KEDUALAN ZARAH-GELOMBANG,iaitu zarah berkelakuan gelombang dan jugalah sebaliknya.

Seterusnya elektron bergerak sangat laju (abaikan kesan relativistik sementara waktu ini)dalam atom, kalau dihubungkan zarah adalah berkelakuan gelombang!

PERSOALANNYA sekarang
Elektron adalah zarah atau gelombang?
Apakah batasanya dalam mendefinisikan zarah dan gelombang?

Wallahu'alam

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yanbg diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos, 1957; "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera".

Adalah 7 perkara tersebut ialah;

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Selasa, 4 Ogos 2009

Matematik Yang Tercabul

Terlebih dahulu maaf diperpanjangkan akan penggunaan perkataan yang menibulkan kesifatan negatifnya tapi itulah kesesuaiannya frasa dan ayat bagi Violated Mathematics.

Entri cuba nak memperlihatkan kegagalan matematik yang kita sentiasa ungguli terutamanya fizikawan sentiasa mengungguli matematik dalam permodelan mereka punya teori.

Baiklah mari kita cuba memperlihatkan 1+1 bukan sama dengan 2

Hujah:

Katakan 1+1=2

Anggapkan 1+1=A
dan 2=B

maka A=B --- (1)


Olahan:
Mari kita cuba mngolah atau mengitlak Hujah diatas,

(1)xB maka persamaan (1) akan menjadi,

. AB = B2 (B berkuasa dua) ---(2)

kemudian (2)-A2 maka

. AB - A2 = B2 - A2 ---(3)

Faktorkan (3),

. A(B - A) = (B - A)(B + A) ---(4)

(4) dibahagikan dengan (B -A) sebab kedua mempunyai sebutan yang sama,

. A = B + A ---(5)

Maka gantikan A = 1+1 dan B = 2 dalam persamaan (5),

. 1+1 = 2 + 1+1 ----(6)

Seterusnya gunakan Hujaf diatas dengan Hujah tersebut adalah sah,

. 2 = 4 ---- (aiikk....)

Persamaan (aiikk....) menunjukkan 1+1 adalah bukan sama dengan 2 dengan menggunakan Hujah yang sah iaitu 1+1=2

CUBA FIKIRKAN
Wallahu'alam

Tunjuki Ku Satu Arahnya

Permasalah ketaktekalan dalam teori AdiTetali (Superstring Theory) yang memperlihatkan lima jenis teori yang berbeza-beza iaitu:

1)Type IA
2)Type IIA
3)Type IIB
4)Heterotik SO(32)
5)Heterotik E8xE8

diselesaikan melalui usulan penambahan satu matra tambahan daripada 10matra kepada 11matra iaitu 10 matra ruang dan satu matra masa (diusulkan oleh Edward Witten). Teori tersebut dikenali sebagai Teori-M (M untuk Matrix, Membrane, Magic dan MOther)

Tapi terdapat permasalahan dalam Type IA yang memerlukan 12matra dalam teori tersebut iaitu dinamai Teori-F (F untuk Father, Bapa) iaitu 10 matra ruang dan 2 matra masa.

Kalau dalam satu matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan,
manakala dua matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan dan atas-bawah,
dan tiga matra, arah yang boleh kita tunjuki adalah kiri-kanan, atas-bawah dan depan-belakang.

Bagaimana pula dengan lima matra? Enam? Tujuh? Lapan? Apatah lagi 10matra!
Jadi,
.....Tunjuki Ku Satu Arahnya

Seterusnya lebih menarik, kalau satu matra masa, kita boleh katakan Sebelum-Selepas atau Masa Lalu - Masa Depan

Kalau 2 matra masa
Jadi,
.....Katakan Bilanya?

(Adakah perkataan BILA dibenarkan atau sesuai dalam penjelasan dua matra masa, MENARIKKAN....)

WALLAHU'ALAM

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamiin

Mari kita lihat ayat pertama ini dalam Surah al-Fatihah

Terjemahan:
SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM

Saya tertarik dengan perkataan al'Alamiin - perkataan ini bermaksud Alam, yang menariknya disini ialah perkataan tersebut adalah Jama' maknakata lebih daripada dua.

Hubungannya disini ialah dalam mekanik kuantum terdapat satu mazhab berkenaan kuantum iaitu Tafsiran Alam-Banyak (Many-World Interpretation) yang diasaskan oleh Everret

Nothingness Better Than Nothing

Inilah kenyataan yang melingkari para kosmologi berkenaan dengan Teori Deguman Besar, kerana dalam teori deguman besar; mereka mengandaikan bahawa alam semesta ini bermula dari tiada kepada ada.

Kenyataan inilah yang menyakitkan hati para kosmologi mulhid (atheism) bagi menerima kewujudan campurtangan tuhan dalam permulaan alam semesta ini.

Dari asbab itulah para kosmologi merasakan "Lebih Baik Tak Wujud daripada Tiada" atau "Nothingness Better Than Nothing", kerana para kosmologi berasa berat untuk menerima kewujudan Alam Semesta ini bermula daripada Tiada Kepada Ada tanpa ada sebab kenapa ia bermula! Realitinya alam ini termaktub dengan fenomena sebab-akibat, setiap sesuatu mesti ada SEBAB, dan SEBAB yang dianuti oleh Muslim adalah

MA KHALAQTA JINNA WA INSAN ILLA LIYA'BUDUNI
Tiada dijadikan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah aku

Rupanya alam semesta dicipta untuk dihuni Jin dan Manusia yang kemudiannya menyembah Pencipta Alam Semesta

Para Kosmologi merasakan akan Alam Semesta ini lebih baik tak wujud daripada menerima kewujudan Tuhan.

Nota: Minta maaf tajuk berbahasa Inggeris

Wallahu'alam

The Funeral of Sheikh Uthaymeen



Ulama' Fekah
SEMOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU

Sebab-Akibat atau Akibat-Sebab?

Hahahaha
Persoalan yang pelik kan?
Itulah persoalan yang berlaku pada zarah Takyon.

Kenapa?
Baik, kita akan cuba memperbincangkan perihal ini.

PENDAHULUAN
Ringkasnya Takyon (diInggeriskan adalah Tachyon, berasal dari perkataan Greek ταχύς bermaksud cepat) adalah zarah lebih laju daripada laju cahaya secara hiptesisnya. Penyumbang kepada penjelasan berkenaan takyon adalah Sommerfeld, Sudarshan, Bilanuk, Deshpane dan Feinberg. Rasanya tak perlu kita memperbincangkan dengan lebih mendalam, lebih baik taip pada enjin pencari Google.com Insyaallah....

TEORI KENISBIAN KHAS (TKK)
Ringkasnya, masa terelatif dalam TKK adalah seperti berikut:

Dt'= y. Dt yang mana y = 1/PuncaKuasaDua(1-v2/c2) dan Dt' dilasi masa rangka rujukan zarah takyon dan Dt dilasi masa rujukan rehat relatif terhadap takyon.

tapi pada takyon v>c maka:

Dt' = Dt / Punca(1-v2/c2), kalau kita letak nilai v lebih besar daripada laju cahaya dalam kalkulato saintifik kita dapati MATH ERROR.

????

Tapi sebaliknya yang berlaku adalah masa zarah takyon tersebut adalah Masa Khayalan daripada persamaan terubahsuai.

????

Hahahaha

Dt' = i.Dt / Punca(v2/c2 - 1) , i = Punca(-1)

Jadi permasalahan sebab-akibat adalah menjadi persoalan.
Sebab zarah takyon memperlihatkan fenomena akibat dahulu baru sebab.

Pendek kata macam ini...
Hentuk kepala dahulu baru berdarah
Tapi......
Berdarah dahulu baru hentuk kepala

HAHAHAHAHAHAHA

Dunia, dunia, dunia.