Sabtu, 25 April 2009

ASASI

Asasi: Akademi Sains Islam

Sila layari www. kesturi.net

Islam

Islam,
Apa maksudnya?
Jawapan: Aku Patuh

Allah mahu kita patuh setiap arahan dan larangan
Bukannya cuba memikir relevan atau tidak akan arahan dan larangan tersebut

Mudah kan Islam?

Wallah'alam

Islam yang macamana?

Saya mulakan tajuk dengan tanda soal, supaya pembaca dapat memulakan dengan sifat ingin tahu.

Baiklah, jika kita ditanya "Siapakah kamu"
Maka jawab kita "Saya Islam"
Jawapan memang ada dalilnya, tetapi dalil tersebut digunakan pada zaman Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, ketika mana waktu tersebut orang kafir tidak mengaku Islam dan ketika jelas beza diantara Muslim dan Kuffur

Tetapi sekarang, yang jelas kekufurannya masih lagi mengaku Islam
Mungkin kita akan memperbaiki jawapan dengan mengatakan "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah"
Sekali lagi, jawapan itu sememangnya benar, kerana pengishtiharan semacam itulah yang membezakan kita dengan Ayah Pin, Pengikut Rasul Melayu Kahar, Syi'ah, Muktazillah, Khawarij dan Ahmadiyah.
Tetapi masih terdapat kelonggaran dengan jawapan tersebut dengan alasan kita bebas mentafsir al-Quran dan Sunnah mengikut selera sendiri dan kejahilan.

Nah, bagaimana jawapan yang benar.
Ini jawapannya "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah mengikut kefahaman salafussalih"
Siapa itu salafus salih? iaitu Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, para sahabat, ahlu bait (termasuk Ummul Mukminin Aishah radhiallahu'anha dan isteri-isteri yang lain), tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam tetapi dengan sahabat sahaja) dan akhir sekali tabi'ut tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam dan para sahabat tetapi dengan tabi'in sahaja)

Rasionalnya ialah;
1) Rasulullah salallahu'alaihi wassalam memuliakan tiga zaman tersebut (Shahih Bukhari)
2) Waktu itu, bahasa 'Arab masih tak tercemar dengan kosa kata Ajam (bukan Arab)
3) Mereka mempelajari langsung dengan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam malahan sanad mereka Sahabat-->Rasulullah salallahu'alaihi wassalam-->Allah subhanawata'ala kalau dibandingkan dengan kita sangat jauh.
4) Mereka dido'akan oleh Rasulullah salallahu'alaihi wassalam seperti Ibnu Abbas, Ibnu Ma'ud, Mu'adz Bin Jabal, Abu Hurairah dll.
5) Budaya 'Arab ketika itu kuat menghafal dan sangat berhati-hati.
6) Zaman tersebut masih belum tercemar Akidah, Ideologi ataupun shasiah mereka.

Oleh itu ada pendapat mengatakan "Ucapan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam kita ambilkan, ucapan para sahabat kita pilihkan dan ucapan tabi'in atau tabi'ut tabi'in kita bincangkan"

Maka atsar dijadikan sandaran dalam berhukum
Apa itu Atsar? ucapan shahabat dan tabi'in.

Wallahu'alam.

Prinsip Antropi

"need to take into account that there is life on Earth, and that one form of that life" petikan Wikipedia (Anthropic Principle)

Prinsip ini cuba menafikan kewujudan Allah S.W.T, dengan menganggapkan Alam ini dicipta begini untuk manusia tanpa menyatakan kewujudan Maha Kuasa yang menentukannya.

Prinsip ini berasaskan ideologi Humanisme (ringkasnya, semuanya untuk manusia)

Demi Allah, kita fizikawan muslim menentang habis-habisan dengan mengenakan hujah-hujah kosmologi dan sains berbalutkan al-Quran Sunnah mengikut kefahaman salafussalih

Wallahu'alam

Medan spin-0 skalar nyata dalam lima matra

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh

Saya baru selesai penulisan artikel yang telah dihantar ke Jurnal BITARA Sains dan Teknologi.

Kajian saya, cuba memerihalkan Kaluza-Klein teori keatas medan-0 skalar nyata dengan swa-interaksi. Saya mempertimbangkan matra (dimensi) kelima:
1) termampat dengan jejari yang sangat kecil
2) berkala y~[0,2Pi]
3) merdeka (maksudnya tidak bersandar kepada empat matra ruangmasa jadi kita tulis seperti berikut; F(x0,x1,x2,x3,y)=f(x0,x1,x2,x3).g(y)

Hasil Dapatan saya:
1) Saya menerbitkan ungkapan jisim yang baru bagi medan empat matra daripada ungkapan kinetik medan lima matra; M2=m2+n2/L2, (M2, M berkuasa dua) dan (n2/L2 adalah ungkapan jisim medan empat dimensi yang baru)
2) Saya menerbitkan swa-interaksi antara berbeza mod medan dengan kekuatan 2 kali berbanding swa-interaksi medan itu sendiri.
3) Saya membuat andaian bahawa pada empat matra kita hanya mampu mencerap medan mod sifar lima matra, dengan jejari kecil (10-31cm) yang mana pemecut zarah mas kini tidak dapat dicapainya (10-16cm)

Kesimpulan
Alam ciptaan Allah SWT sangat begitu kompleks
Fizik adalah sebahagian Sunatullah
Maha Suci Allah yang mencipta Alam Semesta yang begitu gah.

Wallahu'alam

Khamis, 16 April 2009

Hina, Kehormatan, Mulia dan Penghormatan

Kehinaan,
Kemuliaan,
Antara kehinaan dan kemuliaan ada sempadan,
Sempadan yang berbentuk takrifan
Takrifan yang sendirinya terkesan
Dalam sanubari yang luar biasa dalamnya

Penghormatan,
Kehormatan,
Satu keduniaan, satu lagi fitrah kemanusiaan
Umpama telapak tangan dan belakangnya
Terkadang keduanya saling terkaitan
Yang kelihatan tak kenampakan akan sempadan,
Mungkin itu hanya coretan
Dari penglipurlara yang hilang pertimbangan