Jumaat, 19 Mac 2010

Love,asymptotic freedom and SU(2)...

Sesiapa yang menjadi rakan Facebook atau Yahoo Messenger Shaik Dawood Hussain mungkin mengenali ungkapan ini "Love,asymptotic freedom and SU(2)..."

Hahahahaha....

Kami pernah berbincang mengenai ini. Beliau berkata bahawa ia adalah salah satu aspek dalam Quantum Chromodynamics (QCD) iaitu salah satu Teori Medan Kuantum dalam interaksi kuat yang berlaku dalam kuark, yang mana melibatkan medan tolok interaksi yang Tak-Abelian dan memuaskan kumpulan simetri SU(2).

Antara aspek dalam QCD adalah "Kebebasan Asimptotik" atau "Asymptotic Freedom". Ia bertanggungjawab ke atas kewujudan zarah-zarah hadron yang terbina daripada zarah asas iaitu zarah kuark membentuk zarah-zarah seperti zarah neutron dan proton.

Apa itu Kebebasan Asimptotik?

Kebebasan asimptotik adalah salah satu ciri atau sifat dalam teori tolok untuk zarah-zarah kuark, yang mana ia berkekuatan lemah pada jarak dekat. Pendek kata, zarah-zarah kuark berkelakuan seperti zarah bebas iaitu tiada keupayaan di antara zarah-zarah tersebut pada jarak yang sangat dekat, tetapi zarah-zarah tersebut meningkat keupayaan tarikan di antara zarah-zarah kuark apabila jarak diantara mereka berjauhan. Ciri ini telah ditemui oleh David Gross, Frank Wilczek dan David Politzer pada tahu 1973, daripada penemuan ini, mereka telah dianugerahi Hadiah Nobel pada tahun 2004.

Hal ini bertentangan dengan apa yang kita ketahui mengenai dengan daya interaksi, antara yang biasa kita ketahui adalah interaksi Coulomb di antara zarah bercas positif dan negatif atau sebaliknya, kita dapati keupayaannya mengurang apabila jarak zarah-zarah cas tersebut dijauhkan dengan berkadaran songsang terhadap jarak r (V(r) berkadaran 1/r , V(r) = - k e.e/r). Begitu juga berlaku pada interaksi graviti, keupayaannya berkadaran songsang dengan jarak di antara dua jasad besar yang berjisim (V(r) = -GMm/r).

Apa yang saya ingin sampaikan di sini melalui perbincangan ringkas dengan Tuan Sheik Dawood Hussain melalui Yahoo Messenger adalah berkenaan dengan "Cinta atau Love"

Hahahahaha.... Saya agak malu sedikit membincang mengenai Cinta. Tetapi saya rasa perlu juga berkongsi apa yang saya ketahui dan diperbincangkan di sini.

Baiklah....

Cinta

Kebebasan Asimptotik juga berlaku dalam kehidupan sosial kita, terutamanya berkenaan dengan Cinta. Kita mungkin alaminya terhadap pasangan kita. Apabila kita berdekatan atau disamping pasangan, kita senantiasa menganggap itu adalah perkara biasa dan tiada sebarang perasaan istimewa melainkan perasaan "Kesetiaan".

Tetapi apabila kita berjauhan dengan pasangan kita dalam jangkamasa tertentu. Perasan rinduk akan membuak-buak dan perasaan cinta mulai meningkat dan kesetiaan mulai bertambah dan juga berputik jua paradoks "Kepercayaan terhadap pasangan masing-masing". Perasaan cemburu juga dalam aras yang tinggi.

Bukankah itu mematuhi ciri dalam QCD iaitu "Kebebasan Asimptotik"

Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya ingin bertanya adakah Kebebasan Asimptotik ini dan Fenomena Percintaan ini relevan dengan ungkapan orang Melayu dulu-dulu.


"Sayang-sayang anak, kita tangan-tangankan
Sayang-sayang isteri, kita tinggal-tinggalkan"



Nota: Minta maaf jika penulisan ini bertentangan dengan kehidupan suami-isteri atau pasangan kekasih. Kerana kedua-dua hal itu tidak di alami oleh saya.


Wallahua'alam

2 ulasan:

  1. bila nak alami nya???

    BalasPadam
  2. Siapalah yang berkomentar nih...

    BalasPadam