Sabtu, 26 Februari 2011

Graduan Doktorat di US

Sejak akhir-akhir ini, saya ada membuat sedikit kajian mengenai "sambung belajar", antara tempat saya selalu layari adalah universiti-universiti di US, kemudian UK dan Australia. Terus-teranglah saya cakap, graduan doktorat universiti di US lebih banyak syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk memperolehi segulun skrol bertatah status doktorat berbanding dengan universiti di negara lain. [Wallahu a'lam, ini hasil menerokaan dan pentelaahan saya, jika saya salah sila tegur saya]


Baik, apa yang susahnya? Mari kita lihat syarat-syaratnya doktorat universiti di US. Kita bermula dengan kemasukannya.

Kemasukan pelajar pra-doktorat di US

1) Universiti-universiti meletakkan syarat GRE Exam (General), ujian ini mengandungi Ujian Verbal, Analitik dan Penulisan. Yuran ujian ini sekitar RM450
2) Sebahagian universiti di US meletakkan syarat GRE Exam (Subject), bergantung kepada kursus yang diminta. Jika PhD fizik yang dipohon, maka GRE Physics lah yang diduduki nanti. Selalkunya universiti terkemuka sahaja yang meminta ujian ini, seperti MIT, Harvard dan Princeton.
3) TOEFL, salah satu ujian kemahiran bahasa Inggeris, selain IELTS. Tapi kebanyakan universiti di US juga meletakkan IELTS sebagai pilihan menggantikan TOEFL. Tapi tak semua universiti yang meletakkan syarat itu, bergantung.
4) Yuran pemprosesan USD90. Belum tentu dapat lagi.
5) Jika semua di atas dipenuhi. Kita bercakap pasal Visa pula. Kita mesti menghadiri temuduga saringan oleh pihak Kedutaan Amerika di Malaysia untuk tujuan keselamatan. Antara soalan yang ditanya, "Apakah anda ada kaitan dengan Jemaah Islamiyah?". Jika anda berjanggut, anda mungkin akan diragui akan aspek keselamatan.

[Untuk kemasukan di UK, Australia dan New Zealand, anda hanya perlu penuhi syarat IELTS sahaja, tiada GRE (General dan Subject), tiada yuran pemprosesan (bergantung kepada universiti, tapi banyak universiti percuma yuran pemprosesan), tiada temuduga pihak kedutaan masing-masing]
Itu belum cerita lagi kesulitan mengisi borang permohonannya, manakala kemasukan universiti di Malaysia anda tak perlu mengambil ujian IELTS dan tiada syarat-syarat yang lain.


Rajah 1: Graduate Record Examination

Syarat-syarat graduan doktorat

1) Lulus jam kredit 90 untuk PhD:
i. Kursus Teras 15jam kredit
ii. Kursus Keperluan 12jam kredit [Bergantung kepada penyelia PhD anda]
iii. Kursus Pilihan 39jam kredit
iv. Disertasi 24jam kredit
[Itu belum masuk kursus-kursus pra-syarat bagi setiap kursus-kursus itu yang wajib diambil]

2) Ujian komprehesif (atau juga dikenali sebagai Ujian Preliminary), ujian ini wajib lulus beberapa modul, jika salah satu gagal anda perlu mengulang kesemuanya sekali lagi. Contoh dalam fizik ada empat modul. Empat modul tersebut bagi fizik adalah:
i. Mekanik Kuantum
ii. Mekanik Klasik
iii. Keelektromagnetan
iv. Fizik Moden dan Fizik Statistik (atau Mekanik Statistik)
[Saya pernah bertanyakan kawan sejabatan saya Dr Abdul Rahman Omar mengenai ujian tersebut, beliau menjawab, "The toughest exam in Physics". Seorang profesor fizik terkemuka di Malaysia pernah mendapat pengiktirafan hebat peringkat kebangsaan dan mendapat jawatan Profesor pada usia 38tahun, namanya dirahsiakan, beliau pernah gagal Ujian Komprehensif tersebut dan beliau mengulang sekali lagi]

Koleksi ujian tersebut boleh didapatkan disini, insyaallah


Rajah 2: Ujian Komprehensif sangat banyak tanda soalnya ??????



Rajah 3: Ujian Komprehensif

3) Menjadi pengajar dan penunjuk ajar makmal untuk satu semester masing-masing
[Tidak semua universiti di US meletakkan syarat ini sebagai syara bergraduan, tapi banyak juga universiti di US tidak meletakkan syarat ini]
4) Disertasi atau penulisan. Kemudian pembetulan.
5) Penerbitan makalah-makalah ke jurnal berimpak.
6) Viva (soal-jawab akademik)

Syarat-syarat bergraduan doktorat di UK hanya perkara 4), 5), dan 6) sahaja.
Manakala syarat-syarat bergraduan doktorat di Australia pula hanya perkara 5) dan 6) sahaja. Dengan kata lain, Australia lebih mudah daripada antara lain. Di UK, jika anda gagal dalam Viva atau penyelidikan anda kurang memenuhi data yang diperlukan sebagai seorang graduan doktorat anda akan dianugerahkan M.Phil (Master of Philosophy). Di Australia, agak lebih terdedah kepada kritikan daripada pemeriksa (examiner), kerana anda tidak berpeluang untuk mempertahankan data dan keputusan kajian anda, meskipun anda mengolah data dengan baik, tambahan lagi data yang anda perolehi bertentangan dengan apa yang pemeriksa itu percayai.

Disertasi di US bergantung kepada data dan keputusan yang diperolehi dan sedikit pengenalan dan kajian literatur, kekadang boleh mencapai sekitar beberapa muka surat sahaja (paling rendah saya dengar disertasinya sekitar 60muka surat). Manakala di UK dan Australia perlu memenuhi bilangan perkataan, kalau tak salah saya 200,000 patah perkataan, wallahu a'lam.

Graduan US memperuntukkan 4-5.5tahun untuk menghabiskan pengajian: 2tahun kerja kursus secara keseluruhan itu belum masuk lagi Ujian Komprehesif, tahun ke-3 baru boleh memulakan penyelidikan, 2-3.5tahun baru siap untuk disertasi (atau penulisan) itu tidak termasuk masa "Viva" dan masa "Pembetulan Major-Minor". Kebanyakan graduan US hanya akan gagal pada Ujian Komprehensif, agak jarang kedengaran graduannya gagal pada sesi Viva, kerana graduannya kukuh ilmu yang asas di dada. Kawan saya dari Matematik beliau menceritakan bahawa, pensyarah yang pakar dalam bidang Aljabar boleh sembang (atau berbincang) dengan pelajar PhD dari bidang Pembezaan Separa (PDE). Dengan kata lain, ilmu mereka menyeluruh.

Falsafah pengajian PhD di US adalah, "Menyediakan perintis sesuatu bidang". Bermaksud apabila bergraduan seseorang itu mereka hanya sekadar tahu kemana arah tuju mereka sahaja, dengan kata lain mereka perlu meneruskan pengajian Pasca-doktorat pula. Itulah antara falsafah pengajiannya yang menitikberatkan pengajian berterusan sepanjang hayat.

Sebenarnya US lebih menghormati golongan akademik, sehinggakan banyak biasiswa dan geran yang ditawarkan oleh mereka bagi menarik peljar luar untuk belajar di negara mereka. Mereka juga menyediakan status Resident, juga menyediakan Visa Jenis-J yang membolehkan anda bekerja di negara mereka. Anda juga boleh bekerja sebagai Penolong Penyelidik di universiti nanti.

Lihat ini MACEE


Rajah 4: Pendidikan di US boleh dilayari ke laman web kedutaannya di Malaysia [Klik sini]

Jika pembaca ingin tahu universiti yang ramai rakyat Malaysia, dilampirkan bersama universiti-universiti tersebut untuk panduan pembaca, insyaallah:
Purdue University
Iowa State University
University of Maryland
University of Washington
University of Minessota
University of Michigan
Penn State University
Pace University
Southern Illinois University Carbondale
University of Arizona

Jika mahu berhubung dengan pelajar-pelajar di US, pembaca boleh berhubung melalui Pertubuhan Pelajar-pelajar Malaysia di sini untuk keterangan lanjut, insyaallah.


Rajah 5: Di manakah destinasi anda seterusnya


Semoga bermanfaat.

Wallahu ta'ala a'lam

16 ulasan:

  1. Info yg benar2 menarik dan bermanfaat.
    Nampaknya hang benar2 tekad ke US yer. Semoga berjaya.
    German dan Jepun tiada dalam senarai yer :)

    BalasPadam
  2. Tidak berminat ke Kanada ke En.AD ?

    btw u nak specialized bidang apa ye?

    BalasPadam
  3. Semoga usaha dan perjalanan Encik diberkati..
    harapnya dapat jumpa encik lagi lepas berjaya menjadi graduan doktorat..InsyaAllah....:)

    BalasPadam
  4. Saya rasa saya kenal siapa professor yg gagal GRE itu.tapi biarlah rahsia bak kata saudara Abu Dzulfiqar (dulu dia pernah bgtahu saya).ni betul2 jadi ahli fizik teori ni kalau belajar kat US, btw kalau fizik matematikal US pun ok jugakkan? ai..besnya kalau dapat belajr di luar negara..pengalamn tu yg best,walaupn ada sesetegh org kata sama je bg saya minda lebih terbuka,kerana saya berpengalaman sedikit berborak dengan pensyarah oxford dahulu, very open minded..;-) semoag berja ke US AD, jgn lupa kami di Malaysia...

    BalasPadam
  5. Universiti Eropah bagaimana?

    BalasPadam
  6. saya sedang meninjau-ninjau Nuclear Engineering di Texas Uni A&M US..jom2
    http://nuclear.tamu.edu/research/groups/group_detail/index.php?group=1

    BalasPadam
  7. Kadri, tak lah tekad sangat, sekadar mengagumi sistem pengajian di sana. Baru-baru ini saya tanya boss (Dr Rosazley), "Boss kalau saya nak sambung belajar tahun ini, Boss lepas saya tak?" Beliau menjawab, "Tak boleh, aku nak hang nak pi tahun depan". Lagipula tahun ini, insyaallah Encik Wan Zul (akan ke UM dalam bidang nanoteknologi) dan Encik Roszairi akan sambung belajar ke UKM dalam bidang Serakan Neutron.

    Saya juga cuba melayari laman web universiti di Jerman dan Jepun, tetapi laman mereka dalam bahasa ibunda masing-masing, kalau bahasa Inggeris pun hanya pada laman web utama mereka sahaja, bukannya pada laman jabatan mereka.


    Puan Nurisya, saya terlupa pula Kanada tu "English Native", tak apa nanti saya cuba layari universiti di sana pula. Insyaallah saya akan menceburi dalam bidang Adisimetri dan Matra Lebihan, tambahan pula Encik Anuar Alias sedang melibatkan diri dalam bidang Teori Aditetali di UM. Oleh itu, perasa (ingredient) terbaik untuk teori tetali adalah Adisimetri dan Matra Lebihan. Insyaallah saya akan terlibat dalam bidang teori fizik tenaga tinggi sahaja, lagipula kumpulan Prof Wan Ahmad Tajuddin terlibat dalam bidang fizik tenaga tinggi secara fenomenologi (komputasi).


    FdCb, adakah itu Farahdina Che Bakar? Jika ya, terima kasihlah kerana mendoakan kesejahteraan sahaja. Barakallahu fiikum.


    Ahmad Hazazi, terima kasih. Saya lihat perbandingan graduan US dan UK, sangat berbeza. Graduan US saya lihat agak lebih "cool" dan "open-minded" ini hasil pemerhatian terhad saya. Jika salah sila tegur saya.


    Amir Fawwaz, saya juga melayari laman web Universiti Utrecht, tahu tak siapa disana?
    Gerard 't Hooft pemenang Hadiah Nobel 1999 bersama dengan Martinus J Veltman untuk "for elucidating the quantum structure of electroweak interactions".

    Beliaulah yang menginspirasi saya dalam laman web beliau iaitu "How to be a good theoretical physicist" yang memberitahu kita, bahawa untuk menjadi ahli fizik teori yang baik, kita harus tahu semua topi dalam fizik terutamanya fizik-fizik klasik (kuantum, mekanik klasik, mekanik statistik, keelektromagnetan getaran, gelombang dan optik). Itu sebablah pilihan saya adalah ke US, kerana US sangat mempertimbangkan penguasaan konten asas dalam sesuatu bidang.

    Untuk makluman lagi, 't Hooft pernah datang ke Malaysia atas jemputan Akademi Sains Malaysia (ASM) untuk membicarakan mengenai pendidikan, dan UPSI dijemput dan malangnya saya tak terpilih untuk mengikuti ceramah beliau di ASM. Haihhh....


    Hairie, Universiti Texas A&M, saya sudah menghubungi pelajar Malaysia di sana, pelajar Malaysia disana hanya sekitar 8orang sahaja, kebanyakannya dalam bidang kejuruteraan petroleum dan mereka ada tajaan Petronas.

    Terima kasih semua kerana sudi berkomentar. Jazakumulllah khairan katsirah. :-)

    BalasPadam
  8. Prof. Abu,
    Murninya niatmu itu.
    Terdapat kekangan dari tempoh pengajian.
    Tempoh pengajian yang diperuntukkan ialah 4 tahun.
    Aku harap ngko akan mempertimbangkan implikasi paling besar dalam hidup seorang pelajar PhD iaitu masalah psikologi. Jika tempoh belajar melebihi 4 tahun (cukuplak lebih 3 tahun), gangguan2 dari pihak majikan (UPSI/KPT) akan menganggu kewarasan otak..hehe
    Aku pon dulu mmg bercita2 nk g US. Hasil kajian ko ni hampir sama dengan apa yg aku buat dulu2 waktu mempertimbangkan tempat sambung belajar. Ambil kira syarat2 kemasukan dan syarat graduat.
    Tapi sbb kekangan masa inilah yg membelenggu dan membantutkan aku.
    By the way, berbaik2lah dgn bakal KJ selepas Dr Rosazley (iaitu calon terbaik ialah Pn Suriani), kerana beliaulah yg akan support ngko menyambung pengajian hingga ke akhirnya.
    Sekarang aku tengok kat FSM tu dekan Dr. Mustapa plus TDA n KJ kita mmg amat supportif. Kita tak tahu apa yg bakal mendatang.
    Tidak terkecuali isu keluarga.
    Buatlah persiapan rapi :)
    Lagi satu, bersedia juga secara mental jika hasrat ko ke US ditolak mentah2 bila masu stage pemilihan untuk sambung belajar oleh pihak atasan UPSI.

    BalasPadam
  9. Kadri: Ya memang kekangan 3+1tahun. Saya tak berhasrat sangat pun, tapi sedang mempertimbangkan.

    Jika saya ke sana, kemudian pengajian saya melebihi 4tahun, saya bertekad untuk Cuti Tanpa Gaji atau Letak Jawatan, kemudian bermukim di sana selama beberapa tahun dan ramai pelajar Malaysia berbuat demikian seperti kawan kepada Encik Kamal dan kawan kepada Dr Abdul Rahman Omar, begitu juga kawan kepada Dr Razak Abd Samad. Dr Abdul Rahman mendapat PhD tanpa peruntukan kewangan JPA selama beberapa tahun.

    Mengenai keluarga, ibunda saya agak berat untuk melepaskan anak sulung beliau, tambahan pula saya yang menjadi ketua keluarga sejak kematian ayahanda saya pada 2004 dan menanggung keperluan mereka. Tapi beliau sanggup melepaskan saya juga.

    Saya pernah bercakap dengan Dr Razak ketika beliau jadi KJ, "Dr. kalau saya lama disana, Dr. tolonglah menyokong saya ye..." begitu juga kepada Dr Rosazley.

    Walaubagaimanapun kawan-kawan dari Jabatan Fizik bersedia untuk menyokong saya, itu yang membuatkan saya terharu.

    Saya pun tak pasti lagi, IELTS dan GRE belum lagi ambil, sebab Boss tak nak lepas saya lagi.

    Tengoklah macamana nanti. :-)

    BalasPadam
  10. semoga berjaya menjadi perintis dalam bidang teori ni. tak ramai yang minat dalam bidang ni...

    -NSA-

    BalasPadam
  11. Apa-apa pun...looking forward for future collaboration ....

    BalasPadam
  12. amicus curiae3 Mac 2011 1:07 PG

    nak ikut !

    BalasPadam
  13. semoga berjaya dengan perjalanan En Abu, saya doakan yang terbaik untuk anda. kalau di UMT x merasa nak lama2 kerana pihak pengurusan tertinggi telah menetapkan hanya memberi sokongan utk extend pengajian maksimum sekali atau dua kali gitu lah... sedangkan min PhD di US adalah 4thn.

    lagipun sy x nampak kegagalan en abu klu merantau ke US kerana content basic and advanced physics penuh di dada dan minda saudara. saya yakin saudara boleh lakukannya...

    teori superstring adalah teori yg paling rumit pernah sy telaah (bg saya dengan efficiency otak yang semakin menurun dek usia)dan hampir sukar diimaginasikan oleh minda saya. namun ianya nampak mudah jika diulas oleh saudara.

    semoga saudara menjadi salah seorang physicist ulung dalam teori dan pemikir hebat di masa akan datang... amin....

    BalasPadam
  14. semoga anda berjaya menyambung pengajian seperti yang dirancangkan.

    BalasPadam
  15. Semoga berjaya menyambung pengajian anda...

    BalasPadam
  16. Saya sangat berminat dgn ulasan saudara Abu kerana saya juga masih dalam pencarian universiti di UK or US.

    BalasPadam