Sabtu, 25 April 2009

Islam yang macamana?

Saya mulakan tajuk dengan tanda soal, supaya pembaca dapat memulakan dengan sifat ingin tahu.

Baiklah, jika kita ditanya "Siapakah kamu"
Maka jawab kita "Saya Islam"
Jawapan memang ada dalilnya, tetapi dalil tersebut digunakan pada zaman Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, ketika mana waktu tersebut orang kafir tidak mengaku Islam dan ketika jelas beza diantara Muslim dan Kuffur

Tetapi sekarang, yang jelas kekufurannya masih lagi mengaku Islam
Mungkin kita akan memperbaiki jawapan dengan mengatakan "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah"
Sekali lagi, jawapan itu sememangnya benar, kerana pengishtiharan semacam itulah yang membezakan kita dengan Ayah Pin, Pengikut Rasul Melayu Kahar, Syi'ah, Muktazillah, Khawarij dan Ahmadiyah.
Tetapi masih terdapat kelonggaran dengan jawapan tersebut dengan alasan kita bebas mentafsir al-Quran dan Sunnah mengikut selera sendiri dan kejahilan.

Nah, bagaimana jawapan yang benar.
Ini jawapannya "Saya Islam berpegang pada al-Quran dan Sunnah mengikut kefahaman salafussalih"
Siapa itu salafus salih? iaitu Rasulullah salallahu'alaihi wassalam, para sahabat, ahlu bait (termasuk Ummul Mukminin Aishah radhiallahu'anha dan isteri-isteri yang lain), tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam tetapi dengan sahabat sahaja) dan akhir sekali tabi'ut tabi'in (orang yang tak berkesempatan berjumpa Rasulullah salallahu'alaihi wassalam dan para sahabat tetapi dengan tabi'in sahaja)

Rasionalnya ialah;
1) Rasulullah salallahu'alaihi wassalam memuliakan tiga zaman tersebut (Shahih Bukhari)
2) Waktu itu, bahasa 'Arab masih tak tercemar dengan kosa kata Ajam (bukan Arab)
3) Mereka mempelajari langsung dengan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam malahan sanad mereka Sahabat-->Rasulullah salallahu'alaihi wassalam-->Allah subhanawata'ala kalau dibandingkan dengan kita sangat jauh.
4) Mereka dido'akan oleh Rasulullah salallahu'alaihi wassalam seperti Ibnu Abbas, Ibnu Ma'ud, Mu'adz Bin Jabal, Abu Hurairah dll.
5) Budaya 'Arab ketika itu kuat menghafal dan sangat berhati-hati.
6) Zaman tersebut masih belum tercemar Akidah, Ideologi ataupun shasiah mereka.

Oleh itu ada pendapat mengatakan "Ucapan Rasulullah salallahu'alaihi wassalam kita ambilkan, ucapan para sahabat kita pilihkan dan ucapan tabi'in atau tabi'ut tabi'in kita bincangkan"

Maka atsar dijadikan sandaran dalam berhukum
Apa itu Atsar? ucapan shahabat dan tabi'in.

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan