Sabtu, 25 Julai 2009

Apa Yang Berlaku Sebelum Deguman Besar

Persoalan "Apa yang berlaku sebelum deguman besar" merupakan persoalan berbentuk keagamaan. Entri ini hanyalah membincangkan dari sudut fizik secara ringkas.

Secara ringkasnya, Teori Kenisbian Am meramalkan akan kedinamikan alam semesta kita yang mengembang secara seragam, perkara ini juga dibuktikan melalui pencerapan Hubble akan anjakan merah cakerawala.

Meskipun alam semesta mengembang sepertimana kita amati sekarang, terdapat ketaktekalan kedinamikan semasa, yang mana Alan Guth mencadangkan terdapat fenomena INFLASI berlaku selepas 10kuasa-35 saat selepas deguman besar. Inflasi diertikan disini ialah, alam semesta mengelembung secara mendadak yang melampaui kemalaran laju cahaya, akan tetapi hal demikian tidak mencabul kemalaran tersebut yang mana disini bukannya zarah atau yang bergerak melampaui batasan cahaya akan tetapi ruang yang mengelembung melampaui cahaya.

Walaupun Alan Guth berjaya mencadangkan prinsip inflasi bagi menjawab persoalan ketaktekalan pengembangan alam semesta, tetapi tidak berjaya menjawab persoalan apa yang berlaku sebelum masa 10kuasa-35 saat selepas deguman besar. Kedua teori yang unggul iaitu Teori Kenisbian dan Mekanik Kuantum mengalami keruntuhan untuk fenomena yang berlaku sebelum masa 10kuasa-35 selepas deguman besar tersebut.

Oleh itu, berbagai teori dan model yang timbul antaranya ialah:

1)Kosmologi Holografi (Lautan Lohong Hitam) - dicetus ide oleh Gerard t'Hooft dan dibina oleh Leonard Susskind kemudian oleh Thomas Banks dan Willy Fischler













2) Berdasarkan teori tetali dan bran-D (Colliding Branes atau cyclic brane model) - dicadangkan oleh Paul Steinhardt dan Niel Turok














3) Pecahan alam semesta - dicadangkan oleh Lauris Baum dan Paul Frampton











Wallahu'alam

2 ulasan:

  1. ..[Persoalan "Apa yang berlaku sebelum deguman besar" merupakan persoalan berbentuk keagamaan]...bagi saya secara jujur, saya tidak nampak tiada apa dalam sains yang boleh dipisahkan dari persoalan agama,malah agama (Quran) adalah inspirasi kepada penyelesaian itu..Allah mencipta alam dan Dia berfirman tentang penciptaanNya di dalam Quran! Namun kejahilan dan kecetekan ilmu yang dimiliki menjadi sebab kita tidak mampu memahami ketinggian ilmu Quran..kekadang saya menjumpai penyelesaian dalam Quran, bukan dalam bentuk jawapan kepada soalan..tetapi ketenangan bagi setiap persoalan dan kekeliruan..waAllahua'lam

    BalasPadam
  2. :)

    Terima kasih atas ulasan.
    Model2 tersebut adalah model2 sebelum big bang bagi menafikan campurtangan Tuhan dalam pembinaan alam semesta.
    Wallahu'alam

    BalasPadam