Sabtu, 25 Julai 2009

Aku, Kuantum dan Kedurjaan

Dilampirkan ciri dan implikasi Mekanik Kuantum yang memeningkan kepala fizikawan modenis sejagat


1) dualisme zarah-gelombang (jadi adakah elektron gelombang atau zarah?)

2) kewujudan aras diskret kuantiti fizik seperti tenaga dan momentum sudut

3) segala kuantiti klasik seperti kedudukan, momentum, tenaga dan lain-lain itu setiap satunya tertakluk kepada “taburan kebarangkalian” dan hukum mantik (oleh itu kebarangkalian) yang berbeza drp yang klasik itu

3) berlakunya “prinsip ketakpastian Heisenberg” iiaitu tenaga dan masa, kedudukan dan momentum yang tidak dapat disukat dengan ketepatan yang tinggi tanpa menjejaskan ketepatan yang satu lagi- analoginya macam ini apabila kita memfokuskan pada speedometer kereta maka kita kehilangan fokus pada jalanraya.

4) wujud fenomenon “kekusutan” (entanglement)

5) pencerap mempengaruhi kuantiti fizik (boleh cerap) dicerapi sehingga berlakunya fenomenon yang dinamai “Runtuhan Fungsi Gelombang”

6) kefahaman atom memerlukan pendekatan kebelakaan (belakaisme)

7) kebarangkalian wujudnya atau berlakunya sesuatu benda atau peristiwa itu hanya dapat ditentukan setelah benda atau peristiwa itu dicerapi atau berlaku; dan tiada lagi orbit zarah tetapi diganti dengan taburan keadaan zarah itu

8) adanya penciptaan atom dan penyirnaannya sepanjang masa

9) berlakunya fenomenon “penerowongan”, iaitu kemampuan zarah-gelombang menembusi sawar yang tidak mungkin ditembusi secara klasiknya

10) kewujudan tenaga dalam keadaan vakum (tiada apa-apa memberikan apa-apa. Pelikkan)

11) kewujuan salinan tak terhingga sesuatu benda (tafsiran banyak alam -idea Everret)

12) keperluan nombor kompleks dalam mewakilkan sebahagian parameter fizik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan