Khamis, 9 Disember 2010

Siti Sifir

Matematik!?

Saya akan menjawab, ianya mengenai Kecantikan dan Kebenaran yang menjelaskan aturan dunia nyata.

Kecantikan susunan alam semesta secara matematik. Kerana matematik itu cantik.
Kebenaran alam yang mesti dipatuhi, melalui matematik kita tahu sudah kebenaran akhirnya. Matematik menarik perhatian sang pembongkar kebenaran. Matematik, jatuh cintanya si pengemudi menyelusuri pada kecantikannya.

Ianya memberi kelebihan kepada manusiawi dari perkara pokok alam sarwajagat sehinggalah kepada bersemuka dengan kemasyarakatan.

Tersebutnya kisah...


RAJAH 1: Pada simbol-simbol ini, adanya kecantikan persamaan Schrodinger


Kisah 1
Saya teringat kata-kata dari salah seorang pelajar saya datang berjumpa saya untuk menyelesaikan Tutorial yang diberikan, iaitu membuktikan Identiti Jacobi untuk kes operator kuantum dan komutator;

[A,[B,C]]+[B,[C,A]]+[C,[A,B]]=0

Kemudian saya membantu dengan memberikan sedikit saranan dan panduan, membiarkan beliau menyelesaikannya sendiri. Setelah selesai membuktikannya komutator-komutator tersebut bersamaan dengan sifar. Dari muka beliau saya lihat keterujaan dan berkata:


RAJAH 2: Identiti Jacobi

"Wow... So miracle", kemudian beliau ketawa gembira mungkin kerana;
1) seronok menyelesaikan masalah tersebut (setelah berhari-hari, beliau tak dapat menyelesaikannya)
2) terkejut kerana ketidak percayaan beliau yang pada awalnya tak mungkin bersamaan dengan sifar, akhirnya adalah sebaliknya
3)terkejut kerana dalam apa jua keadaan pun Identiti Jacobi tersebut akan dipatuhi.

Mungkin frasa-frasa tersebut (Wow... So miracle) yang dimaksudkan beliau, ianya Cantik, dan ianya Benar. Kecantikan dan Kebenaran pada Matematik


Rajah 3: Moebius vs Klein


Kisah 2

Ada salah seorang daripada kawan saya memohon geran FRGS untuk kajian Matematik (Spiral parametrik). Sebelum memohon, beliau perlu membentang dihadapan pihak atasan dan panel universiti. Pada akhirannya mereka bertanyakan apakah aplikasinya?

Beliau terbukam untuk menjawab, kerana beliau berkerja dalam bidang matematik tulen. Orang yang berada dalam bidang matematik tulen agak sukar untuk menyatakan aplikasinya. Kata beliau kepada saya dengan loghat utara, "Susah nak ceghita aplikasi, tu yang maleh (malas) nak ceghita tu"

Akhirnya permohonan beliau telah diragui, kerana tiada produk, hasil dan tdak pasti kegunaannya (apakah sesuai perkataan digantikan, "tak berguna")


RAJAH 4: Dua pandangan yang relatif; Sang Fizikawan vs Sang Danawan

Ini juga berlaku kepada kawan saya seorang lagi dalam bidang Matematik (Teori Kumpulan). :-)

Mereka tidak dapat menjawab aplikasinya. Apakah matematik itu sesuatu yang seni yang cantik? tapi berpenyelesaian empirik (Benar). Sekali lagi ianya Cantik, dan ianya Benar.


Kata-kata mutiara...

Bertrand Russell menulis, "Mathematics, rightly viewd, possesses not only truth, but spreme beauty; a beauty cold and austere, like that of sculpture...."

Johannes Kepler percaya bahawa, "God's handiwork could be understood only through mathematics"

Percaya kebenaran af'al Tuhan melalui Matematik? Kebenaran yang mendekati kosmologi Ketuhanan?


RAJAH 5: π

Galileo Galilei, "The laws of nature are written in the language of mathematics"

Florence Nightingale, perintis kepada kejururawatan moden (jururawat?) berkata, "To understand God's thought we must study statistics, for these are the measure of his purpose"


RAJAH 6: Cuba selesaikan masalah nombor kompleks ini!

Habis kata...

"Mathematics is queen of science"

Matematik permaisuri sains, saya berpendapat adalah layaknya saya katakan "Matematik permaisuri fizik", kerana fizik lebih sarat dengan nilai-nilai matematik dan teknikalnya.

Matematik memang layak dinobatkan sebagai permaisuri fizik, kerana ianya Cantik pada pandangan ahli fizik yang ralek membongkar aturan alam untuk dapatkan erti Benar, dan sememangnya ianya mengenai Kebenaran. Apakah jodoh Ahli Fizik seorang yang berupa Cantik dan berkata Benar (Siti Sifir??? atau Nurul Ilmu Hisab??? atau Saidatul Matematik???)?

Wallahu ta'ala a'lam


RAJAH 7: Kecantikan Pencacai (Fraktal)


RAJAH 8: Kalau tak memandang matematik itu cantik, mungkin kamu akan keluar dari lif ini.

Sedikit nota: Zaman Allahyarham ayahanda saya (al-Fatihah ke atas beliau), beliau belajar Kira-kira. Zaman ibunda saya pula, belajar Ilmu Hisab. Zaman saya pula, belajar Matematik. Ketiga-tiganya adalah disiplin yang sama. Kecantikan yang sama, kebenaran yang sama.

10 ulasan:

  1. quote dari mad : " Ya Allah..excited!" hehe

    ni pulak dari von neumann: "If people do not believe that mathematics is 'simple', it is only because they do not realize how complicated life is" ...

    artikel yg membersi semangat kepada aku unutk mentelaah matematik..hehehe...terima kasih Porf faudzi....:-)

    BalasPadam
  2. yes, Mathematics is a queen of Physics! tanpa matematik, fizik akan sunyi :)

    BalasPadam
  3. Ach, die Physik! Die ist ja für die Physiker viel zu schwer!

    BalasPadam
  4. Mad: Ok. Sama-sama, tapi saya belum ada doktorat, dan belum ada profesor lagi. :-)
    Doakan saya, insyaallah.

    Nor Sofiah: Fizik dan Matemtik saling perlu-memerlukan, Ewahh...
    :-)

    Mr Hilbert: I'm sorry sir, I can't understood Deutch. By the way, thanks for your comment.

    BalasPadam
  5. Herrn Hilbert, I wonder why Physics is feminine in German :) "Die Physik"

    Kalau Matematik adalah permaisuri Fizik, apapula nama hubungan beliau dengan Perakaunan dan Ekonomi? Adik ipar? Gundik?

    hehe..aku tertarik dengan Rajah 6. Apabende yang nak diselesaikan. Bukankan ia pernyataan matematik yang x perlu diselesaikan? Atau mungkin kena tukau soalan sikit, "buktikan hubungan berikut."

    BalasPadam
  6. Terjemahannya:
    "Ah fizik! Ianya tentu saja terlalu sukar untuk ahli fizik" -David Hilbert-

    Herr Kadori, dalam bahasa Jerman, kata nama yang berakhir dengan "-ik" biasanya bersifat feminin, termasuklah "Mathematik".

    BalasPadam
  7. i'm the queen of mathematics...who am i?guess who?

    BalasPadam
  8. It is Number Theory
    :-)

    BalasPadam
  9. Syukur dapat saya tumpang ilmu yang saudara tumpang daripada saudara lain yang tumpang ilmu saudara terdahulu...moga semua mendapat kebaikan daripada ilmu Allah.

    BalasPadam
  10. Semoga bermanfaat.
    Barakallahu fiikum

    BalasPadam