Sabtu, 19 Mac 2011

Laporan Ringkas Sekolah Fizik Zarah Asia Tenggara KEK-UM-ANM 2011

Sekolah Fizik Zarah Asia Tenggara KEK-UM-ANM 2011, diadakan di UM selama lima hari bermula 14 Mac -18 Mac 2011. Setiap senggang waktu, kami diisi dengan slot-slot yang ilmiah dan teratur sekali. Saya akan melaporkan secara kronologi, bermaksud setiap gambar melambangkan urutannya dan sedikit penjelasan secara bersahaja, selamat menikmati. :-)

15 Mac 2011 (Isnin)

Saya tiba di UM pukul 8.50am dengan Komuter dan Bas Rapid-KL. Sepatutnya saya tiba awal, tetapi saya terlepas ETS (sejam sahaja ke KL). Tak apalah sekurang-kurangnya saya tiba sebelum waktu seminarnya.


Kaunter pendaftaran dikerumuni peserta yang pelbagai latar belakang, agama, bangsa dan negara. Kelihatan seperti peminat mengekerumuni selebriti untuk mendapatkan autograf.

Sebahagian daripada peserta telah mula menginap pada hari Ahadnya, terutamanya dari luar negara (Thailand, Indonesia dan Vietnam)



Prof Yosuhiro Okada membentangkan modul Teori Fizik Zarah

Seminar dimulai dengan sedikit pengenalan mengenai Seminar tersebut, KEK, dan aktiviti-akvtiviti di KEK. Seterusnya kuliah modul pertama di ajar oleh Prof Yosuhiro Okada untuk Modul Teori Fizik Zarah sebanyak lima sesi diberikan kepada beliau, manakala sesi beliau hanya pada awal pagi sahaja setiap hari (9.20-10.50am), mungkin modul tersebut sesuai untuk aktiviti otak awal pagi, kalau di tengaharinya bimbang terbakar RAM otak nanti.

Seterusnya boleh dilihat jadual sesi dalam rajah di bawah ini.


Jadual waktu - memang seperti persekolahan, hehehe....


Prof Junji Haba membentangkan modul Pengesan Zarah (tiga slot)


Peserta kelihatan khusyuk mendengar teori-teori, konsep-konsep dan teknikal yang baharu

Seterusnya Prof Forest.


Prof Forest membentangkan modul Pemecut Zarah di Makmal Komputer Baru, beliau diberikan 3 slot


Prof Takeo Higuchi membentangkan modul Fizik Zarah (Eksperimental), beliau diberikan lima slot sepanjang sesi persekolahan


Pada malamnya, kami berangkat ke Restoran Seri Melayu, untuk mempromosikan masakan Melayu kepada pelancong luar, pada masa yang sama juga mempamerkan budaya Melayu, Cina dan India kepada mereka melalui persembahan Malaysia.


Imej-imej di Restoran Seri Melayu


Prof Okada khusyuk menonton persembahan atau memikirkan permasalahan mekanisme Higgs dan rangka kerja Adisimetri yang masih belum didapati di LHC? Hehehehe.....

Sedang leka menikmati juadah, penari-penari turun ke bawah pentas untuk menarik pengunjung untuk menari bersama di atas. Prof Haba, Prof Uno dan Prof Okada dipujuk penari tersebut untuk menari bersama di pentas, tetapi ditolak. Namun begitu, salah seorang kami tiba-tiba turut serta untuk menari bersama-sama. Hehehe....


Salah seorang peserta sekolah fizik zarah langsung naik ke pentas dan menari bersama dengan penari-penari

Pada akhir malam itu, penceramah-penceramah dan peserta sekolah turut bersama sesi bergambar dengan penari-penari persembahan. Manakala saya tidak turut serta, menikmati satay dan melihat mereka semua dari jauh. Pada mulanya para penceramah tidak mahu bergambar, tetapi diajak oleh sekretariat (UM-ANM). Dan malam itu diakhiri dengan bergambar di Menara KLCC sebagai dedikasi untuk para penceramah dan peserta dari luar negara.


Bergambar bersama penari-penari


15 Mac 2011 (Selasa)

Hari berikutnya, kami menjalani aktiviti seperti biasa. Dimulakan dengan slot Prof Okada, kemudian Prof Forest, Prof Higuchi, Prof Haba dan pada malamnya sesi informal.


Seorang teoritis memang tak akan terlepas dengan "tulisan tangan" dengan simbol-simbol, persamaan-persamaan dan abjad-abjad Yunani. Itulah slaid Prof Okada, hahahahaha.....

Pada malamnya (malam kedua), adalah sesi perkenalan sesama peserta. Item-item yang perlu diberitahu dalam sesi tersebut adalah:1)Nama, 2)Negara, 3)Instuisi, 4)Latar belakang pendidikan, 5)Sama ada ingin menjadi teoris atau eksperimentalis, 6)Apa yang dilakukan sekarang (penyelidikan) dan 7)Perancangan masa depan.

Peserta dari Thailand, beliau memperkenalkan diri dengan nama "Pat" sedang melanjutkan pelajarannya PhD dalam Adisimetri Fizik Zarah (Eksperimental - Pengesanan Zarah) di CERN, berkoloborasi dengan Pelanggar Hadron Gergasi (LHC). Beliau memberitahu kami, "Sekarang kami (CERN) sedang mengalami kesukaran kerana Adisimetri tidak ditemui dan LHC akan dihentikan buat sementara waktu"

Seorang lagi peserta dari Thailand memperkenalkan diri dengan nama "Mon" (mereka pernah memperkenalkan nama penuh mereka, tapi kita berlidah Melayu susah betul mengeja nama mereka, sukar untuk dingati dan diikuti dan namanya panjang pula tu. Oleh itu mereka memperkenalkan dengan nama yang pendek, mudah disebut dan mudah diingati), beliau memberitahu PhDnya hampir 8tahun - mod terkejut dan takut.


Pat

Pada masa santai (setelah tamat sesi pada malam hari) kami yang berada di aras dua akan berkumpul di bilik saya. Soalan: Kenapa?
Jawapannya: Di bilik saya, liputan wifi internetnya sangat baik.


Rakan-rakan dari UIAM, UGM-Indonesia, UTM dan UI-Indonesia

16 Mac 2011 (Rabu)

Mengira projektil zarah menggunaka kaedah penghampiran (Runge-Kutta) yang dilakukan secara pengaturcaraan itulah kelas Prof Forest.


Slot berkomputer bersama Prof Forest

Perbincangan Prof Haba juga tertumpu kepada Sinaran Cherenkov yang berlaku dalam medium. [Halaju zarah melampaui laju cahaya dalam sesuatu medium akan menghasilkan kesan sinaran yang dikenali sebagai Sinaran Cherenkov]


Slot Prof Haba: Aerosil Silika - digunakan dalam pengesanan scintillator


Slot Prof Haba: Salah satu komponen pengesanan zarah


Pelajar dari Thailand memang tak melepaskan peluang. Dari kiri: Mon, Pat, Chunkit

Persekolahan adalah seperti biasa. Kelihatan masa yang diberikan, mereka (peserta) menggunakan sepenuhnya berbincang dan bertanyakan soalan. Tak hairan Prof Okada dan Prof Haba menyebut kami sangat agresif (mereka menggunakan perkataan "agresif", mungkin perkataan tersebut lebih rakus daripada perkataan "aktif") berbanding orang pelajar - kata mereka.


Mei Hui dari USM (berbaju hitam dan berjaket merah di kanan rajah) memang seorang yang kritis sikap akademiknya dan kreatif soalannya diajukan


Faizal (dari UTM) bakal menghadiri Summer School Particle Physics di CERN selama tiga bulan - saya mencemburuinya kerana beliau berstatus "Pelajar". Kalau tak, saya akan pergi juga - Sedih


Coffee Break

Pada malamnya, kami adakan sesi perbincangan tidak formal bersama dengan para penceramah.


Ini bukan verteks atau projektil zarah bertenaga tinggi, hehehe.... Sedang bereksperimenkan kamera saya


Sesi berbincang tidak formal - boleh ajukan sebarang soalan



Prof Haba memperkatakan sesuatu tentang rancangan untuk menggabung semua institusi fizik di Asia Tenggara - berkoloborasi, juga kedengaran seperti mahu membina pelanggar zarah (particle collider) bersama


Prof Okada menjelaskan sesuatu mengenai Teori Segala-gala dan Prof Forest khusyk mengamatinya


17 Mac 2011 (Khamis)


9.20am-10.50am - Keadaan vakum - Medan Nambu-Goldstone

Slot-slot untuk Prof Haba dan Prof Forest sudah selesai. Oleh itu digantikan dengan dua slot Prof Shoji Uno mengenai Chamber Wayar, antara chamber yang digunakan di KEK untuk mengesan zarah bertenaga tinggi. Beliau memulakan slot dengan berkata, "Saya mampu melihat zarah, kamu mampukah? (katanya kepada kami)" Hehehehe....


Prof Uno dan instrumennya


Chamber wayar yang paling atas adalah hasil kerja kumpulan kami, hehehe....


Prof Uno menjelaskan prosedur untuk membuat chamber wayar, agak lucu juga apabila beliau bersungguh-sungguh memberikan penjelasan kepada kami


Peralatan elektronik untuk pengesanan zarah



Bermulanya sesi membina chamber wayar oleh peserta

Masa makan


Slot makan salah satu aktiviti wajib, hahaha....

Pada malamnya kami mendengar ceramah daripada seorang Profesor dari Universiti Osaka, saya minta maaf saya terlupa namanya. Beliau membentangkan mengenai Pengenalan secara ringkas dari fenomena skala zarah kepada fenomena skala kosmologi. Pembentangan bersantai, tetapi beliau sering memuji Prof Okada yang berada pada sebelah mejanya itu. Prof Okada memang bersikap merendah diri dan tak menghiraukan pujian, perkara beliau paling suka adalah orang bertanya soalan kepada beliau (pada pemantauan saya).


Saya terlupa nama beliau Profesor dari Universiti Osaka, Jepun. Beliau membentangkan slot tambahan


18 Mac 2011 (Jumaat)


Hari tersebut hanya ada dua slot kuliah dari Prof Okada dan Prof Higuchi.
Setelah itu slot penyampaian hadiah dari pihak KEK dan sesi berfotografi bersama penceramah. Saya kaget melihat situasi itu, kerana seperti bergambar dengan selebriti hiburan saya lihat; bergambar dan mengambil autograf.

Buku yang kami terima adalah Quarks & Leptons disampaikan oleh Prof Higuchi, saya mengambil kesempatan mengambil autograf dari Prof Higuchi dan Prof Okada, manakala Prof Haba dan Prof Uno tiada dan Prof Forest tidak sempat. Pada mulanya saya sangkakan buku ini diberikan kepada kami secara peribadi, tetapi ia adalah hadiah kepada intituisi yang diwakili (universiti), oleh itu buku tersebut adalah harus diberikan kepada perpustakaan universiti sepatutnya. Tak apalah, insyaallah saya akan dedikasikan buku ini kepada Perpustakaan Tunku Bainun, semoga bermanfaat kepada warganya nanti.


Prof Higuchi dengan tulisan Kanji nya, manakala Prof Okada pula menulis rumi. Huhuhu....


Meninggalkan zaman persekolahan, walaupun kami sudah berusia - mod sedih

Sesinya tamat hampir pukul satu. Saya tiba di rumah pukul 7.18pm. Sekian, semoga bermanfaat. Wallahu a'lam.

7 ulasan:

  1. Saya tengah fikir macam mana nak buat laporan Projek ini untuk dimasukkan dalam MajalahSains.Com

    Ini sesuatu yang menarik dan boleh buka mata rakyat Malaysia tentang kepentingan ilmu fizik.

    Hmm..
    En. ABU
    Ada ringkasan 'rasmi' tak program ini di website?

    BalasPadam
  2. Tahniah AD, well documented :) Sempat blaja ROOT dari Prof. Forest ?

    Faizal: website rasmi ada dekat http://belle.kek.jp/~higuchit/SEAsianSchool/ tapi sudah tidak boleh akses...

    Barangkali boleh minta sinopsis dari pelajar2 lain yang hadir (sofiah/Zukhaimira Zolkapli/ Imran Yusuff) :)

    BalasPadam
  3. server ada problem jadi buat masa sekarang tidak boleh access... saya akan cuba dapatkan semua slide dari seketariet...

    -NSA-

    BalasPadam
  4. En Faizal: Saya boleh menulis, tetapi banyak sangat maklumat saya tak ada, kemudian dua hari seminar saya asyik sakit perut, dua hari terakhir pula banyak saya ketinggalan untuk mengikuti. Kemudian, laman web KEK tu hanya ada satu masalah sebab berlaku gempa bumi (maklum Prof Haba dan Prof Uno kepada kami). Mungkin Dr Faridah dari ANM boleh membantu, sebab beliau salah seorang sekreatriat.

    Amir, Prof Forest tak ajar ROOT, tapi cuma mempamerkan program yang telah dibina dan diajar konsep dan aplikasinya sahaja.

    -Pemilik blog-

    BalasPadam
  5. Penulis blog: Patut selalu lambat masuk sakit perut rupanya. Kena keracunan makanan kah?

    Paw : Dioarang ajar FORTRAN le.

    -NY-

    BalasPadam
  6. errr...SUSY tak ditemui? so what's next? maybe SUSY ada dalam ruang topologi yg belum teritlak lagi kot...hehehe...;p


    -AH-

    BalasPadam