Sabtu, 2 April 2011

Malam Ini

Malam ini ada pencerapan langit oleh Kelab Astronomi UPSI tepat pukul 10.00pm, mencerap jasad-jasad besar. Aturan fizik yang layak bagi fenomena jasad besar adalah Teori Kenisbian Am.

Soalan: Adakah Mekanik kuantum mampu memerihal fenomena jasad besar?

Menjawab dengan lawak, "Mahukah kamu melihat pergerakan bumi kita taktentuisme (kebarangkalian), kadang-kadang ia bergerak tidak mengikut orbitnya dan kadang-kadang ia mahu berlanggar dengan sang suria? Mahukah kamu akan fenomena "Planet Seiras" (Indistinguishable particle) untuk planet bumi, habis di manakah buminya?

Soalan saya: Adakah gelombang gravitasi (gravitational wave) yang disebabkan oleh lohong hitam atau bintang neutron itu gelombang disebabkan kedualan zarah-gelombang, kerana lohong hitam itu mengalami putaran yang tinggi halajunya, begitu juga halnya untuk bintang neutron?

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. dark matter dihadirkan bagi menjelaskan kehadiran kuasa graviti yang diperlukan untuk mengekalkan jasad samawi supaya tidak terbang, hakikatnya kita tidak merasapun kewujudannya, mungkin juga ia bukan zarah, tapi benda lain, mungkin juga garviti tidak lagi perlukan kehadiran jirim disitu, atau mungkin juga jasad samawi dikekalkan begitu bukan hanya kerana graviti..emm tulis skit pasal ini boleh? im blur2..tapi nak tau

    BalasPadam
  3. Incik, lamanya tak update blog... Hehe
    Jam sudah tunjuk pukul 345am, tapi saya masih gigih mengulangkaji Fizik Moden :-)
    Almaklumlah esok dah nak exam. Hehe
    Moga dapat jawab dengan baik insyaAllah

    BalasPadam