Khamis, 29 Januari 2009

AdiSimetri Terbatal

Apa itu AdiSimetri (Supersymmetry atau lebih dikenali sebagai SUSY)?

AdiSimetri diketengahkan untuk menyelesaikan permasalahan hieraki dalam Model Piawai (Standard Model) dan Masalah Kesatuan Tolok (Gauge Unification Problem)

AdiSimetri adalah menghubungkan Boson zarah berspin integer terhadap Fermion zarah berspin separa integer. Perhubungan memberi penyelesain pembetulan pencapahan zarah Higgs (Higgs converges).

Maka hal ini kita boleh simbolkan pengoperari (operator) AdiSimetri dengan Q yang menjalinkan kedua-dua zarah.

Katakan |F> adalah keadaan Fermion dan |B> adalah keadaan Boson dan hubungan pengoperasi Q adalah seperti berikut:

Q|F>=|B> dan sebaliknya Q|B>=|F> ----(1)

Sekarang kita akan takrif pengoperasi P2 (pengoperasi berkuasa dua):

P2|F>=m2F|F> menghasilkan jisim fermion berkuasa dua dan begitu juga P2|B>=m2B|B>

Pengopersi bersekutu AdiSimetri dan P2 adalah seperti berikut:

P2.Q|F>=P2|B>=m2B|B> ---(2)

Seterusnya,
QP2|F>=Q.m2F|F> dan m2F adalah nilai eigen P2 keatas keadaan Fermion |F>

Kita tahu pengopersi P2 dan Q adalah komut (Saling tertukar p/s minta maaf kalau saya salah terjemah ke Bahasa Melayu)

Maka,
Q.m2F|F>=m2F.Q|F>=m2F|B> ---(3)

Bandingkan persamaan (2) dan (3) maka didapati bahawa
m2F=m2B iaitu jisim Fermion sama dengan jisim Boson

Hal ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa jisim zarah alamiah adalah sama dengan jisim AdiRakannya (superpartner). Tapi hal ini tidak berlaku, kerana zarah AdiRakan masih belum diketemui secara lansung atau tidak, jadi persoalan dimanakah mereka?

Seandainya elektron berjisim 9.1x10-31kg maka AdiRakannya iaitu Adielektron (penamaan bagi AdiRakan zarah fermion adalah dimulai dangen huruf s- iaitu selectron, smuon, stau tetapi AdiRakan zarah Boson kita akhir dengan -ino contoh gravitino, wino, Higgsino, photino) sepatutnya sama jisimnya dengan alatan pemecut yang mencapai 100MeV.

Maka andaian yang dibuat oleh kalangan ahli fizik, adalah AdiSimetri terbatal (SUSY breaking) secara spontan (Spontaneously) atau eksplisit. Jika hal ini berlaku kita perlu memrombak Model Piawai AdiSimteri Seminima (Minimal SUSY Standard Model) yang mengketengahkan AdiSimetri.

Wallahu'alam

1 ulasan:

  1. ooh sesudah 2 tahun, encik ada menulis tentang SUSY ini di mana encik kata SUSY ini bukanlah Susilo Bambang :-)

    teruskan menulis, walaupun saya sangat2 perlu memerah otak untuk memahami apa yang encik tulis...
    tapi bagus jugak kerana ia membantu pembelajaran saya.

    NDAR

    BalasPadam