Khamis, 15 Mac 2012

Sebuah Dokumentari Buat Tanah Air

PENGENALAN
Sering kali saya melihat dokumentari di saluran sains luar negara, terutamanya dalam Youtube. Saya tertarik dengan motivasi dan kerakusan mereka ke atas sains. Dalam hal ini, saya lebih tertarik dengan dokumentari fizik zarah dan kosmologi (fizik aras tinggi), seperti yang dilakukan oleh Prof Green.

Tiba-tiba tercetus idea di dalam otak saya, apa kata kalau Malaysia mempunyai satu dookumetari untuk fizik aras tinggi bagi memotivasikan anak muda dan remaja meminati dan disiarkan dalam saluran Astro atau TV3 pada masa prima (9-10pm).

SINOPSIS
Apa yang menarik dalam dokumentari yang saya ingin lakukan ialah menghimpunkan semua ahli teori fizik Malaysia, membincangkan satu topik yang boleh ada kesinambungan semua displin yang kita ada (fizik kekalutan, fizik matematik, relativiti, fizik zarah, astrofizik, kosmologi, fizik keadaan pepejal, fizik statistik, teori ketumpatan keadaan), jadi dokumentari ini akan saling berkaitan dengan kata lain merangkumi semua topik - itulah cabaran yang saya lihat.

Dalam dokumentari tersebut, ahli fizik akan bersantai dalam menerangkan sesuatu ketika ditemuduga (secara tidak formala). Berpakaian biasa, bersantai atau dengan kata lain, SEMPOI. Tidak terikat dengan skrip, namun begitu kita akan berbincang terlebih dengan beliau sebelum sesi rakaman berjalan, supaya lebih bersiap sedia, lakukan sedikit kerja rumah terlebih dahulu dan pertuturannya lancar ketika sesi rakaman nanti. Saya merasakan mereka (ahli fizik teori) sudi menyumbangkan masa mereka, memandangkan ahli fizik teori rata-ratanya tidak memegang tampuk pengurusan dan tidak selesa dengan jawatan, saya merasakan masalah masa mereka tidak menjadi masalah.


PERUNTUKAN
Kita boleh memohon peruntukan daripada pihak MOSTI, KPM dan KPT. Memandangkan projek ini adalah antara usaha untuk memotivasikan pelajar mengambil subjek sains di sekolah, tambahan pula, ia merupakan hasrat kerajaan untuk meningkat peratusan pelajar sains di sekolah, turut diakui Timbalan Perdana Menteri. Saya merasakan hal ini tidak menjadi masalah.

KAEDAH
1. Saya pernah melihat dokumentari mekanik kuantum yang diacarakan oleh Morgan Freeman seorang selebriti yang dikenali akan lakonan, memenangi banyak anugerah. Jika di Malaysia, siapakah yang layak dan sewajarnya menjadi pengacara tersebut? Syarat-syarat yang perlu pada beliau: 1. Menjadi ikutan anak muda 2. Mempunyai minat atau kecenderungan ke atas sains.

2. Melibatkan animasi dan simulasi terangkum dalam dokumentari bagi menarik minat anak muda dan remaja untuk meminati sains. Mungkin kita perlu bantuan dari pakar animasi, di UPSI, kami mempunyai pakar dalam seni visual dan animasi tersebut, beliau juga merupakan bekas pensyarah kepada pembuat animasi Upin dan Ipin.

3. Kita memerlukan pengarah. Hal ini diluar bidang saintis, untuk menyusun plot-plot dan sketsa dalam dokumentari. Ini perlu dititikberatkan juga.

4. Yang lebih menarik dalam dokumentari ini ialah 100% berbahasa Melayu. Dan tidak lupa juga memperkenalkan budaya di Malaysia yang berbilang kaum. Dokumentari tersebut boleh dicorakkan dengan budaya masyarakat majmuk di Malaysia, berlatarkan tempat-tempat bersejarah atau simbol budaya sesuatu kaum. Menarik bukan....

KESIMPULAN
Tujuannya hanya satu sahaja, memperkenalkan kepada dunia bahawa kita juga mempunyai pakar yang perlu ditonjol. Sewajarnya ahli fizik perlu berada di dalam arus perdana dan dunia selebriti, bertujuan supaya anak muda dan remaja menjadikan mereka sebagai ikutan.

Disini saya lampirkan ahli fizik teori yang kita miliki di Malaysia. Maklumat ini saya perolehi daripada Facebook PM Dr Hishamuddin Zainuddin. Semoga bermanfaat.
1) Hishamuddin Zainuddin (UPM) - quantization, quantum foundations
2) Md Mahmudur Rahman (UPM) - density functional, Heisenberg models
3) Nurisya Mohd Shah (UPM) - mathematical physics (non-commutative spaces)
4) Chan Kar Tim (UPM) - mathematical physics (cusp forms)
5) Zuriati Ahmad Zulkarnain (UPM) - quantum information
6) Umair Abdul Halim (UPM) - Bohmian mechanics
7) Hasan Abu Kassim (UM) - astrophysics
8) Raymond Ooi Chong Heng (UM) - quantum optics
9) Chia Swee Ping (UM) - particle physics
10) Norhasliza Yusof (UM) - nuclear astrophysics, neutrino physics
11) Sithi Vinayakam Muniandy (UM) - statistical physics
12) Kurunathan Ratnavelu (UM) - quantum scattering theory
13) Bernadine Renaldo Wong Cheng Kiat (UM) - nuclear reaction
14) Toh Sing Poh (Nottingham) - quantum foundation, quantum information
15) Teo Lee Peng (Nottingham) - mathematical physics, Casimir effect
16) Rosy Teh Chooi Gim (USM) - solutions to Yang-Mils theory
17) Wong Khai Ming (USM) - solutions to Yang-Mills theory
18) Ong Lye Hock (USM) - condensed matter
19) Yoon Tiem Leong (USM) - computational physics
20) Bahari Idrus (UKM) - quantum information
21) Jesni Shamsul Shaari (IIUM) - quantum information
22) Mohd Ridza Wahiddin (IIUM) - quantum optics
23) Farrukh Mukhamedov (IIUM) - mathematical physics
24) Nasir Ganikhodjaev (IIUM) - mathematical physics
25) Ahmad Nazrul Rosli (condensed matter),
26) Bijan Nikouravan (Theoretical Astrophysics, GR),
27) Abdurahim Okhunov (nuclear structure)
28) Ahmad Hazazi - quantum foundations
29) Nor Sofiah Ahmad - neutrino, astrophysics

Wallahu ta'ala a'lam

8 ulasan:

  1. Tukang tulis Greek alphabet di kertas (mat)15 Mac 2012 8:33 PTG

    pengacaranya saya rasa yang lebih layak ialah editor majalahsains.com iatu pemilik blog mundarmandir2.blogspot.com/.

    BalasPadam
  2. Dimanakah nama kepada tuan punya blog? hihihi...jangan bersembunyi terlalu lama di dimensi lain :) -nsa-

    BalasPadam
  3. Lupa menambah,
    Azni Abdul Aziz - Nuclear Reaction
    Mohd Lukman Inche Ibrahim - Nuclear Reaction
    Noora Rosli - Nuclear Structre
    Rasyad Emir - Astrophysics

    -nsa-

    BalasPadam
  4. Tahniah! Ini idea brilliant.

    Cadangan dokumentari sains ini bersesuaian pula dengan apa yang saya rancang untuk buat melalui MajalahSains selama ini, cuma ia tidak terhad hanya dalam bidang fizik.

    Idea projek ini mungkin boleh dipecahkan kepada slot-slot tertentu dalam tempoh masa tertentu. Misalnya beberapa slot diperuntukkan untuk bidang fizik, kimia, biologi, kejuruteraan, dan lain-lain. Dan ia boleh dibuat secara bersiri setiap minggu. Katakan untuk tempoh percubaan disiarkan sebanyak 30 siri. (Bergantung pada persetujuan stesen TV)

    Untuk projek dokumentari, ia melibatkan syarikat produksi, samada memilikinya sendiri atau outsource pihak luar. Dan ini meliputi bidang pengarahan, penulisan skrip, pengarah kreatif, pengacaraan dan juga kru-kru produksi yang lain.

    Dari segi bahasa ia tidaklah menjadi satu masalah besar kerana boleh sahaja diadakan terjemahan sarikata. Saya juga ingin mencadangkan kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia supaya mengambil inisiatif menterjemahkan dokumentari-dokumentari sains & teknologi dari syarikat luar seperti BBC, NoVa, National Geographic dan lain-lain ke Bahasa Melayu.

    Walaubagaimanapun, sehebat mana idea dan perancangan ia hampir mustahil dilaksanakan tanpa melibatkan sumber kewangan. (besar idea besarlah kosnya)

    Saya sendiri lama dah survey dari mana agaknya boleh diperolehi dana untuk merealisasikan idea ini. Sebab itu baru-baru ini saya letak status FB mencari co-founder, kot-kot ada tersangkut :-)

    -Faizal

    BalasPadam
  5. >cuba try MOSTI Technofund (max RM3 juta tu..) atau fund lain ...
    >collaborate dengan 2-3 univ...
    >dan sorang project coordinator (tuan tulis artikel ?)


    Anyway...good idea :D

    BalasPadam
  6. Pelakar abjad Yunani (Ahmad Hazazi)
    Boleh dipertimbangkan, sebab beliau juga memiliki tekstur wajah lelaki macho. Hehehe...

    NSA
    Saya masih lagi tersesat dalam dimensi yang lain, bertopologi M_4xS_n=M_4xT.
    Terima kasih atas saranan. :-)

    Faizal
    Cadangan yang bernas. Buat masa sekarang menurut analisis saya, peruntukan agak susah sedikit, memandangkan faktor-faktor 1)SSM yang dinaik taraf, 2)Hampir menjelang PRU13.

    Fawwaz
    A'ah... Salah satu peruntukan. Ciri-ciri yang perlu ada pada TechnoFund, kena berkoloborasi dengan industri (dokumentari)

    Apapun terima kasih atas ulasan yang diberikan. Insyaallah, sama-sama kita usahakan.
    1) Skrip
    2) Peruntukan
    3) Masterplan
    4) Sumber manusia
    5) yang terakhir sekali, Kerjasama yang Erat.

    :-)

    BalasPadam
  7. Tukang tulis abjad Yunani19 Mac 2012 2:06 PG

    "bertopologi M_4xS_n=M_4xT"

    part ni M_4xS_n=M_4xT..adakah sfera dan torus? hehe..cuba nak digest

    BalasPadam
  8. Sn= sfera bilangan n.
    S_n=S_1 x S_1 x S_1 x .....S_[n]

    Boleh dipermudahkan dengan topologi Torus
    Contoh S_2=T

    M_4 pula topologi Minkowski bertatanda (+ - - - )

    BalasPadam