Isnin, 3 Mei 2010

Patrick Starfish Cuba Meragui Tabii, Spongebob Squarepant Pula Cuba Menyelusuri Falsafahnya

Kebencian saya mula terpapar dengan takrifan hukum alam semesta yang pelbagai. Pelbagai dalam hal yang berbeza, ia mungkin tertarif untuk sesuatu hal tetapi tidak untuk yang lain. Pelik bukan. Apakah sewenang-wenangnya Tuhan ciptakan hukum alam ini mudah untuk ditakrifkan, itulah persoalannya.

Pelbagai kata-kata cendekiawan telah diucapkan yang bersyahwat kepada falsafah tabii ini, antaranya yang mungkin kita sudah sangsikan adalah "Adakah Tuhan bermain dadu". Itulah keraguan mekanik kuantum. Bagaimana pula keraguan pada Teori Kenisbian Am?

Ruang dan masa, bagaimana pula tafsirannya. Adakah ia hanya tafsiran dari kalangan ahli falsafah sahaja, tidak bagi fizikawan. Betul! ia hanya sekadar intisari falsafah sebab tiada bukti ujikaji secara fenomenolgi diajukan, bagaimana untuk saya katakan ia adalah fizik!

Kenapa saya berkata demikian, kerana RUANG MASA masih lagi diragukan, walhal perkara itu nampak remeh bukan?

Lihatlah lafaz saya "sekarang pukul 12.20am" --> Masa , "saya tinggal di Tanjung Malim" -->Ruang - alahai remehnya. Itu penafsiran orang khalayak, itu pemahaman orang kebanyakan dan itu juga apa yang telah saya senangi sejak kecil lagi mengenai RUANG dan MASA.

Masalah konsep "jisim" pun masih diragukan! Bagaimana pula kita nak menceritakan pada pelajar sekolah mengenai konsep Inersia, sedangkan "jisim" itu pun diragui. Diragui secara klasik dan moden, diragui menerusi teori kenisbian am dan juga teori medan kuantum (katanya medan Higgs bertanggungjawab ke atas jisim zarah asas dalam Model Lazim)

Bagaimana?

Fikir, fikir dan terus berfikir.
Nasihat ringkas saya, jangan difikirkan mengenai Zat Tuhan mahupun secara takwil, tajsim, tamsil, tashbih, takyif dan tahrif. Kerana ia tidak layak untuk kamu fikirkan dan tidak tercapai untuk kamu maksudkan, wahai makhluk Allah.

Wallahu'alam

1 ulasan:

  1. inilah yang saya risaukan, kadang-kadang kita ingin menggunakan akal dengan sebaiknya, tapi ada batas-batas tertentu yang kita terlajak..saya risau jadi seperti itu sebab batasan itu tidak mudah untuk dilihat..perlu berhati-hati

    BalasPadam