Sabtu, 8 Mei 2010

Postulat 1

Sesuatu sistem zarah tersebut (dalam hal-hal kedinamikan zarah) tidak lagi diwakili dengan vektor kedudukan r(t), tetapi dengan fungsi gelombang iaitu Ψ(r,t) bersandar kepada "r kedudukan" dan "t masa"


Ψ dibunyikan Psi (bunyinya Sai)


Postulat 1

Fungsi gelombang mewakilkan sesuatu sistem tersebut yang mengandungi maklumat mengenai kedudukan dan masa sistem tersebut.


Contoh:


Zarah dalam Telaga Keupayaan Infiniti (1D): Ψ(x)=√(2/L) Sin(nπ/L)

Zarah Bebas Ψ(x) = A Exp[-(p.x)/ ћ]


Untuk pengetahuan pembaca diRahmati Allah, fungsi gelombang ini tiada mempunyai sebarang tafsiran fizikal, dengan kata lain ia tidak masuk akal untuk menakrifkan fizikal zarah (sistem) sebab ia adalah berNOMBOR KOMPLEKS. Maka untuk jadikan ia mempunyai tafsiran fizikal dalam pengukuran nanti, kita mesti menggunakan tafsiran Born iaitu |Ψ(r,t)|2.


Sebenarnya, Mekanik Kuantum yang kita anuti sekarang bermazhab Tafsiran Conpenhagen, sebenarnya banyak lagi mazhab-mazhab dalam Mekanik Kuantum antaranya yang paling keras mazhabnya adalah Mazhab Tafsiran EPR.


Tuan-tuan dan puan-puan, bermazhab apa? :-)

. Hahahhahaha.......


Wallahu'alam


6 ulasan:

  1. Saya masih lagi bermazhab Korpuskular Newtonian ..hahah..

    BalasPadam
  2. Saya pula tidak bermazhab, hahahahah....

    BalasPadam
  3. apa tafsiran Bornnya?

    BalasPadam
  4. Salam "Tanpa Nama"

    Tafsiran Born juga termasuk dalam mazhab Tafsiran Copenhagen.

    Ia merujuk kepada ini |Ψ(r,t)|2 iaitu kebarangkalian ketumpatan yang cuba mengukur kedudukan zarah pada masa tertentu, kerana ia memberikan nilai nyata. Tidak seperti fungsi gelombang yang berNOMBOR KOMPLEKS.

    Kita tidak boleh salahkan fungsi gelombang, kerana fungsi eksponen khayalan juga memberikan ayunan disamping fungsi sinus dan kosinus. Ini berlaku kerana citra mekanik kuantum itu sendiri iaitu KEDUALAN ZARAH-GELOMBANG yang perlu melampirkan fungsi yang berbentuk gelombang atau terayun.


    Terima kasih Tuan kerana menjengah laman blog, saya ucapkan Jazakallahukhairan katsirah.

    meta-F
    Wallahu'alam

    BalasPadam
  5. pen kilometrico16 Mei 2010 8:35 PTG

    Apa itu "kebarangkalian ketumpatan"?

    Bagaimana "kebarangkalian ketumpatan" mengukur kedudukan zarah?

    BalasPadam
  6. Empunya blog berwistasa:

    ketumpatan kebarangkalian adalah kebarangkalian sesuatu zarah itu terhadap ruang yang akan diukur.

    Contoh:
    Jarak dari KL ke Tanjung Malim, berapakah kebarangkalian yang mungkin bagi elektron merentasi jarak tersebut.

    Unit ketumpatan kebarangkalian adalah 1/L bagi satu dimensi (jarak), 1/A bagi dua dimensi (satah), 1/V bagi tiga dimensi (isipadu)
    L, A dan V masing-masing adalah Length, Area dan Volume

    Pengukuran kedudukan zarah hanya diukur berdasarkan KEBARANGKALIAN, dalam kes Mekanik Kuantum kita tidak menggunakan TITIK tetapi JULAT atau JARAK TERTENTU yang diwakilkan dengan nilai kebarangkalian sahaja.

    Dengan kata lain, jika jarak dari KL ke Tanjung Malim, KEBARANGKALIAN untuk zarah itu merentasinya adalah 25% (sekadar contoh nilai), makna kata kemungkinan zarah tersebut berada pada jarak tersebut adalah 1/4.

    BalasPadam