Khamis, 11 November 2010

Ingin berkongsi, sedang senja malam mulai melabuh

Pos kali ini adalah ingin berkongsi sesuatu, sedang senja malam mulai belabuh daripada Timur. Iaitu mengenai "Sastera", sesuatu disiplin yang mencabuli aturan-aturan tatabahasa (tidak bertata pada bahasa), yang melanggari teori-teori linguistik. Itulah mahakarya sastera, seni dan itu sungguh puitis. Manis. Indah.

Tak hairan bahasawan itu tidak menyenangi sasterawan pada penulisannya, kerana sebab di ataslah. Namun saya sangat menyenangi sastera dan seni, meskipun ia secara tidak langsung mencela adat-adat berbahasa, tiada tertib, biadab berbahasa.


Iaitu mengenai,

Pautan sesawang A. Samad Said. Sila klik ini, Hujan Pagi

Setiap pos beliau dalam laman sesawangnya adalah seperti diari harian beliau, tapi ianya sangat puitis abjadnya yang direnda ke kata, itulah A. Samad Said. Saya mengagumi beliaulah.


A. Samad Said: Leka Menatap

1 ulasan:

  1. seni sangat luas dan setiap cabangnya pasti ada pengemar...rasanya faudzi boleh jasi sasterawan fizik =)

    saidah

    BalasPadam