Ahad, 21 November 2010

Memotivasikan Ahli Fizik Teori

Disertakan bersama dalam pos kali ini, adalah anugerah atau hadiah disamping Hadiah Nobel (Fizik) atau Field Medal, yang layak kepada ahli fizik teori yang disegani dengan penemuan-penemuan fiziknya yang memberikan impak kepada dunia kecimpungan fizik, disertakan juga pautan pada laman sesawang utamanya. Semoga bermanfaat, insyaallah.

Wigner Medal
Untuk kajian yang disegani teori kumpulan (fizik)

Hadiah Sakurai
Pencapaian dikenali dalam kajian Fizik Zarah

Hadiah Aneesur Rahman untuk Fizik Komputasi
Pencapaian yang unggul dalam kajian fizik komputasi

Hadiah Max Born
Sumbangan dalam bidang fizik, terutamanya Mekanik Kuantum

Medal Max Planck
Untuk sumbangan yang luar biasa dalam bidang fizik teori

Hadiah dan Medal Maxwell
Sumbangan kepada fizik teori dan disegani sebaga ahli fizik teori pada awal kerjayanya.

Hadiah Mott
Kajian yang utama mengenai fizik kondensasi dan fizik bahan.

Olskar Klein Memorial Lecture

Siri kuliah pemenang-pemenang Hadiah Olskar Klein

Hadiah Pomeranchuk
Anugerah peringkat antarabangsa untuk ahli fizik teori

First Step to Nobel Prize in Physics
Pertandingan tahunan untuk projek penyelidikan dalam bidang fizik

Foresight Nanotech Institute Feynman Prize
Kajian dalam bidang Nanoteknologi, terbahagi kepada dua pencalonan iaitu Hadiah Ujikaji dan Hadiah Teori

Fritz London Memorial Prizes
Sumbangan kajian lanjutan dalam bidang Fizik Suhu Rendah

Hadiah Hans Bethe
Pengiktirafan hasil kerja teori, ujikaji dan pencerapan dalam bidang astrofizik dan fizik nuklear.

Hadiah Dannie Heineman untuk Fizik Matematik
Mengiktiraf kajian dalam bidang fizik matematik


Hadiah Henri Poincare

Sumbangan yang diiktiraf dalam bidang fizik matematik.

Medal Isaac Newton
Mempunyai sumbangan yang diiktiraf dalam arena fizik

Medal Lorentz
Sumbangan yang penting dalam fizik teori

Hadiah Majorana
Kajian dalam fizik teori dan fizik matematik yang disegani


Hadiah Davisson-Germer dalam Fizik Atom dan Fizik Permukaan

Untuk kajian dalam bidang fizik atom dan permukaan


Hadiah Dirac

Anugerah yang terkemuka dalam bidang fizik teori, komputasi kimia dan matematik

Anugerah Albert Einstein
Untuk kajian fizik teori yang stabil dan disegani pencapaiannya dalam sains tabii.

Hadiah Einstein
Untuk pencapaian dalam kajian fizik gravitasi

Hadiah Bogolyubov
Sumbangan yang disegani dalam fizik teori dan matematik gunaan


Hadiah Bogolyubov untuk Saintis Muda

Dihadiahkan kepada saintis muda yang menyumbang dalam kajian fizik teori dan matematik gunaan.

Medal Boltzmann
Dianugerahkan kepada ahli fizik yang memberikan penemuan terbaru dalam bidang Mekanik Statistik


Hadiah Tom W. Bonner dalam Fizik Nuklear

Dianugerah kepada ahli fizik yang menyumbangkan kepada Fizik Nuklear

Hadiah Jirim Termeluwap Oliver E. Buckley
Untuk mengiktiraf dan menggalakkan sumbangan ahli fizik dalam bidang Jirim Termeluwap (Condensed Matter)

Berlumba-lumbalah rakyat Malaysia untuk meraih sebarang hadiah, anugerah dan medal peringkat antarabangsa tidak kiralah sama adan dalam fizik teori atau apa pun. Sekurangnya biarlah ada seorang pemenang yang padanya ada "Bin" atau "Binti" (kerana di Malaysia sajalah yang menggunakan Bin dan Binti pada nama mereka)

Namun janganlah lupa akhirat, itu yang lebih utama. Wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan