Sabtu, 27 November 2010

Tak tahu nak pergi ke mana! Haihhh....

Hari ini Sabtu (27 Nov 2010). Pukul 6.12pm hari hujan.

Nak tulis apa ya? Adakah aku berada dalam superposisi keadaan-keadaan kuantum (superposition of quantum states) di antara nak menulis dengan tidak menulis! Baik saya runtuhkan keadaan tidak menulis, |tidak menulis>. Jadi menentukan saya mahu menulis, |menulis>.

Hari Isnin nanti (29 Nov), pelajar-pelajar saya akan menduduki kertas ujian saya di bilik PC17 pada pukul 2.30pm. Sekarang mungkin mereka sedang berhempas pulas untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran, pagi tadi pelajar saya membuat temujanji untuk diminta ulangkaji bersama saya, manakala malam nanti insyaallah juga ada temujanji ulangkaji di perpustakaan.

Mereka akan menduduki kertas Pengenalan Mekanik Kuantum, bercakap tentanganya tiba-tiba saya terfikir mengenai salah satu topik yang diajarkan dalam kursus tersebut, iaitu Zarah Bebas (Free Particle). Keadaan atau sistem pada skala mikroskopik diwakilkan dalam bentuk fungsi gelombang (di jelaskan dengan mekanik kuantum) selengkapnya, dengan kata lain fungsi gelombang menggambarkan keseluruhan sistem skala mikroskopik tersebut dengan maklumat kedudukan, masa dan kelakuan kuantumnya.

Tetapi penyelesaian persamaan Schrodinger zarah bebas tersebut memberikan penafsiran fizikal yang agak melucukan.

Umumnya, persamaan Schrodinger ditulis seperti berikut;


Dalam kes zarah bebas, U(x)=0 [Tiada sebarang keupayaan interaksi luaran], persamaan Schrodinger dipermudahkan menjadi;



Penyelesaian persamaan Schrodinger tidak bersandar kepada masa dalam kes ini, maka fungsi gelombangnya boleh ditulis sebagai fungsi terpisah, f(x).f(t). Kita gunakan fungsi cubaan untuk menyelesaikan;



Hasil pembezaan ruang keduanya dan kebezaan masa menjadi,






Daripada itu, fungsi gelombang kita menjadi (dengan menggunakan kaedah pembezaan kedua linear);


Jika diperhatikan fungsi gelombang yang kita perolehi di atas, fungsi gelombang kita itu mempunyai dua ungkapan yang bersuperposisi (ungkapan eksponen berpositif dan eksponen bernegatif).
[Nota: ungkapan eksponen pembolehubah masa boleh di abaikan, kerana kes yang digunakan adalan Persamaan Schrodinger Merdeka Masa, Time-Independent Schrodinger Equation]


Apakah tafsirannya?
Setiap ungkapan eksponen menggambarkan keadaan pergerakan zarah bebas itu, iaitu pergerakan ke kiri dan ke kanan dalam satu garis (atau paksi-x).


Bagaimana nak tahu pergerakannya?
Jika kita mencerap momentum (kuantiti vektor) setiap keadaan tersebut, kita dapati nilai pencerapan yang diberikan adalah berbeza arahnya (+ dan -h_Bar.k).
[Nota: Gunakan operator -ih_Bar d/dx untuk mencerap momentum zarahnya]


Jadi apa masalahnya?
Pada satu zarah berada di atas satu garisan (paksi-x, 1 dimensi), secara fiziknya zarah itu mempunyai kemungkinan yang tertakrif untuk bergerak ke kiri dan kanan dalam satu masa. Hanya pencerap sahaja yang boleh menentukannya dan meruntuhkan keadaannya yang lain.

Itu dalam penyelesaian untuk kes 1D, cuba bayangkan penyelesaian untuk 3D. Merewanglah kita untuk menentukan setiap pergerakannya.

Seolah-olah zarah itu tidak tahu arah tujunya.
Begitu jugalah halnya dengan saya hari ini. Tidak tahu nak ke mana


Insyaallah keesokan harinya saya akan meruntuhkan salah keadaan-keadaan yang selainnya, kerana saya memilih keadaan akan pergi ke Majlis Perkahwinan Mohd Hairie Rabir di Bangi (secara tentu). Bercakap pasal perkahwinan. Ramai sudah kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan satu kursus di universiti yang sudah berkeluarga dan paling mengejutkan ada kawan saya yang sebaya sudah ada dua orang anak. Memang tabiklah bro.... Hahahaha....

Di sertakan bersama kad kahwin beliau MOHARA



Fasa seterusnya, kembali kepada "superposisi keadaan-keadaan" yang tidak pasti.
Wallahu a'lam (^_^)

2 ulasan:

  1. adekah encik nak kahwin???? haha

    BalasPadam
  2. Errr..... Susah nak jawab tu. Susah lagi daripada soalan yang akan dijawab pada hari Isnin nanti.
    Hahaha....

    BalasPadam