Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selepas Albert Einstein menerbitkan persamaan-persamaan dalam Teori Kenisbian Khas iaitu:
1) Dilasi masa
2) Pengecutan jarak
3) Jisim berkesan

maka daripada persamaannya itu, beliau membuat kesimpulan bahawa laju cahaya adalah pemalar semesta dan tiada objek atau zarah melampaui laju cahaya, di atas pertimbangan kuantiti tersebut akan terpermanai jika halaju objek iaitu v, sama dengan laju cahaya (v=c).

Namun khayalan untuk zarah bergerak melampaui laju cahaya telah dicadangkan oleh Gerald Feinberg seorang ahli fizik Universiti Columbia dan lebih menarik beliau seorang futuris. Zarah tersebut dinamakan "Tachyon". Cuba klik di sini

Setelah persamaan kes-kes relativistik diperbaiki dengan andaian kuantiti-kuantiti fizik adalah bernombor khayalan, contoh:

Jika persamaan relativistik tenaga ditulis, E^2 - p^2c^2 = m_0^2c^2

Jika v>c, kita dapati ungkapan m_0^2c^2 < 0, dan memberika interpretasi bahawa m adalah bernombor khayalan. Jadi kita boleh katakan bahawa, m_0=im*, dan m* adalah dikenali sebagai meta-jisim [Macam metafizik la pula namanya]. Maka persamaan superlumina tenaga,

E^2 - p^2c^2 = -m*^2c^2

(kes melampaui laju cahya dikenali sebgai superlumina)


Meskipun teori ini terbina dengan baik dan meluas, tetapi tiada sebarang penemuan zarah yang bergerak melampaui laju cahaya. Dengan kata lain, tanpa pembuktian daripada hasil ujikaji, maka teori itu sekadar dikenang sebagai teori atau struktur matematik yang cantik. Teori adalah teori.

Tak hairanlah kuantiti fiziknya adalah bernombor khayalan (imaginary number), kerana ianya adalah "khayalan"
Tak hairanlah jisim superluminanya adalah meta-jisim, kerana ianya adalah "metafizik"

Wallahu a'lam

[Tahukah anda: Bahawa dalam Teori Tetali Boson, pada keadaan dasarnya (ground state) adalah zarah tachyon (iaitu fenomena meta-jisim berlaku di situ). Tetapi setelah John Henry Schwaz dan Michael Boris Green memperkenalkan Prinsip Adisimetri dalam Teori Tetali Boson itu, maka fenomena zarah Tachyon telah dinyahkan daripada menghuni keadaan dasar teori tersebut, usaha ini pada mulanya Schwarz dan Green cuba nak menyelesaikan Anomali yang berlaku dalam teori tersebut]


Sekarang pukul 12.42am 17 November (Rabu). Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang mengikuti Sunnah dengan sebaik-baiknya, berusaha kepada kesahihan amalan, beritikad pada Tauhid yang haq. Labaikallah, labaikallah

Tak sabar nak menanti esok paginya kerana adalah menjadi rutin susur galur keluarga saya akan berkumpul sanak-saudara di rumah saya. Tambahan lagi, saya membuat korban tahun ini dan aktiviti yang paling saya suka di pagi Aidiladha adalah menumbangkan lembu dan melapah daging lembu. Memang 'Best'! [Minta maaf, saya menggunakan perkataan Inggeris]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan