Ahad, 14 November 2010

Sireh Pulang ke Gagang Dikunyah Bersama Pinang

Pukul 11.14pm (14 November), keretapi baru tiba di perhentian. Seperti yang termeterai dalam tiket pukul 10.50pm. Tak apa lah, saya bersangka baik (husnul zhon) mungkin tayar keretapi pancit, mungkin!

Kemudian tiba di perhentian yang dijanjikan antara saya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang termeterai dalam tiket itu pada pukul 7.41am (15 November), tetapi ketibaan ke perhentian tersebut pada pukul 10.05am, sekali lagi saya bersangka baik (husnul zhon) mungkin enjin keretapi tak "overhaul", mungkin!

Alhamdulillah, banjir Perlis kembali surut. Singgah sebentar di gerai makanan untuk mengalas perut dan berborak dengan seorang lelaki berusia. Beliau bercerita banjir sudah seminggu surut. Beliau bercerita lagi begitu perit dugaan di kala banjir melauti daratan dengan paras pinggang, terpaksa terperap di tingkat atas rumah beliau (yang dua tingkap) selama beberapa hari dengan terputus makanan dan elektrik.

Terasa seperti di zaman Jepun pula dengarnya.

Sireh adalah saya.
Gagang adalah tanah.
Pinang adalah banjir.
Semuanya bersama dalam satu peristiwa.



Mungkin sebab keretapi terlupa gerabaknya, saya terlewat tiba ke stesen yang mahu dituju, bersangka baik. Wallahu a'lam

4 ulasan:

  1. mungkin sudah tiba masanya tuan bertukar kepada jam tangan yang baru

    BalasPadam
  2. sabar2..lambat2 pun train jalan jugak..sentiasa betulkan niat, jika niat baik..insyaallah semunye selamat..wee~

    BalasPadam
  3. Fawwaz: Isnin-Khamis

    Kadori: Masa adalah pembolehubah relatif, mungkin jam saya dan stesen adalah dua rangka rujukan yang berbeza. Hehehe... :-)

    Tanpa nama: Hehehe.... :-)


    Pemilik blog

    BalasPadam