Ahad, 12 Disember 2010

Tiga Hari Saya

Salam

Hari ini, saya baru pulang dari ZON Regency, Johor Bharu (berdekatan dengan pesisiran Singapura) untuk bentang kertas kerja aplikasi Teori Ketumpatan Keadaan bagi semikonduktor bulk. Ini kali kedua saya menjejak kaki di Johor, dan kali pertama jejak kaki di Johor Bharu. Saya menghadiri Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2010 (SKASM'10).

Terlebih dahulu saya nak kisahkan bahawa saya perlu "check-out" pukul 12.00 tengahari dari hotel tersebut. Kemudian yang lucunya ialah, ............... masa keretapi yang akan saya naik pada pukul 11.43malam nanti. Dari hotel saya menaiki teksi dan pemandu teksi mencadangkan supaya saya berehat dan menunggu di Masjid Kotaraya, menghabiskan masa saya itu dengan membaca entri-entri blog agama. Oh ya.. Bercakap pasal pemandu teksi saya sukalah perkhidmatan teksi di Johor Bharu, penggunaan meter, pemandu yang berpakaian kemas dan sangat peramah pemandunya, meskipun ada daripadanya lemah berbahasa Melayu dan ada daripadanya juga saya terpaksa berbual dengan bahasa yang bukan bahasa ibunda saya, kebanyakan daripada mereka bercakap mengenai politik negara. Kemudiannya saya bergerak pada pukul 6.45pm dan merayau-rayau sekitar JB Sentral.

Memandangkan bateri laptop saya habis, maka saya teruskan rutin saya untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada (menanti pukul 11.43pm) dengan membaca buku Cerita Saya, Lim Goh Tong. Tertarik dengan kisah hidup Lim Goh Tong iaitu daya usahanya dan semangat tidak putus asa beliau sehingga beliau berjaya membina empayar Genting Highland. Sebagai Muslim saya tak menyetujui kasino, cuma mengagumi semangat beliau sahaja. Ada satu lagi buku saya beli, Sun Tzu's Art of War.

Pukul 11.43pm menaiki keretapi dan pukul 11.58pm bertolak. Keretapi tersebut hanya tiba di KL Sentral sahaja pada pukul 6.25am. Setelah solat Subuh, bersihkan diri dan sarapan menaiki tren komuter ke Rawang, kemudian baru saya ambil tren komuter pertukaran ke Tanjung Malim, tiba di rumah pukul 11.03am. --> LETIH.

[Terasa macam diarilah pula]

Baiklah seterusya plot untuk serius....


Di SKASM

Saya rasa tak perlulah perkenalkan seminar tersebut, memadailah pautan ini sebagai rujukannya. Klik di sini. Bercerita mengenai apa yang saya temui sajalah.

Dalam bergaul dan beramah mesra, saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibincangkan, antaranya ialah Teori Kumpulan Bierbach oleh Puan Nurul 'Ashiqin seorang pensyarah UPSI. Baru saya sedar, rupa-rupanya UPSI juga mempunyai penyelidik yang meminati dalam bidang fundamental iaitu, matemati tulen. Suami beliau Encik Shahrizal juga pensyarah Matematik UPSI, banyak perkara juga saya berbincang dengan mereka.

Antaranya ialah; Puan Nurul 'Ashiqin ingin bekerjasama dengan saya untuk mengaplikasi kajian beliau, iaitu aplikasi Teori Kumpulan Bierbach dalam fizik sebab beliau memaklumkan bahawa teori tersebut banyak aplikasi dalam Mekanik Kuantum, hal ini juga disarankan oleh penyelia beliau. Tapi saya memaklumkan bahawa saya tiada idea lagi untuk mengaplikasinya, memandangkan sekarang saya belum lagi mempunyai doktorat dalam bidang fizik, dan tidak berani sewenang-wenangnya untuk berbicara mengenainya.

Mengenai Encik Shahrizal, sebelum ini saya juga pernah berbincang dan bergaul dengan beliau, DAN saya mengagumi keintelektualan beliau dan sangat bercita-cita besar, antaranya ialah untuk memertabatkan matematik tulen di universiti. Saya suka berbicara dengan orang yang tinggi cita-citanya, semoga Allah mengabulkan cita-citanya insyaallah.

Melalui seminar, kita dapat berkenalan dengan ramai peserta dari pelbagai bidang dan sudah tentu kita akan lebih rancak bercerita daripada bidang kita yang sama.

Itu sajalah rasanya, hehehe..... :-)


Wallahu a'lam

5 ulasan:

  1. Prof Abu xde ke jumpa aweks2 JB yang berkenan? Bila masa raya, sorang ke selatan, dorang ke utara mcm Prof. Rosly.heheh

    Aku tertarik dengan kerjasama interdisciplinary terutamanya math-physics and bio-physics. Macam kajian aku ni, banyak perlukan penyelesaian secara bermatematik dan simulasi (Finite Differential Time Domain, Finite Element Analysis, etc). Aku dah tentulah lemah matematik. Buat ujikaji aku tau, tapi nak selesaikan masalah berangka memang fail la..Last2 hang! Aplikasi kajian aku ni pulak banyak dalam bidang microbiosensor. Jadi, aku amat2lah berharap sesiapa yang bersungguh2 agar dapat bersama2 aku berkerjasama dalam sebuah team penyelidikan..huhuhu

    BalasPadam
  2. syabas.
    dan sesungguhnya UPSI sepatutnya berbangga memiliki tenaga akademik yang amat meminati bidangnya. (terlalu ramai menyertai dunia akademik sekadar utk cari makan, bukan niat untuk menyebar dan mengembangkan ilmu).
    semoga terus berjaya.
    * saya pernah ke CERN Swiss, di mana kawan saya merupakan pelajar phd yg membuat tesis di sana.

    BalasPadam
  3. Kadri, panggil sajalah nama. Belum ada doktor apatah lagi pangkat Prof. Saya tak pandai nak mengoratlah, Kadri. Perempuan mengorat saya pun berpeluh tak nyenyak tidur (tak percaya, tanya Prof Rosly), apatah saya yang nak mengorat orang. Hehehe....

    Insyaallah sama-samalah kita ye nanti...


    Azizi, terima kasih tuan. :-)
    Saya pun bercita-cita untuk ke sana, untuk menghidu udara-udara zarah Higgs di CERN.

    BalasPadam
  4. Sejak bila Prof Rosly jadi penasihat hang? Haha..anak dia cun gak na. Dia xde offer kat hang ke?

    CERN kat Geneva kan? Pernah sampai ke Geneva, tapi x pernah jejak CERN. Cuma pernah masuk buat lawatan sambil belajar (masa wat Master) ke fasiliti syncrotron (DESY) di Hamburg, Jerman. Mengkagumkan sungguh, CERN lagi besar dari DESY, mesti lagi vogue!

    BalasPadam
  5. Hehehe...
    Saya tak seperti Kadri yang pernah ditawarkan anak Prof sebelum ini. :-)

    Saya cemburu akan Kadri yang pernah pergi ke DESY. Manakala saya disini hanya mampu melihat Kesan Fotoelektrik jenama PASCO (untuk ABM, Alat Bantuan Mengajar), itupun sudah rosak satu.

    Hehehe... :-)

    BalasPadam