Rabu, 16 Mac 2011

Eksperimentalis tidak menjalankan tugas?

Salah seorang daripada kami dari USM bernama Mei Hui bertanyakan soalan, "Kenapakah kita masih belum mendapati Adisimetri dan Higgs, adakah eksperimentalis (ahli ujikaji) tidak menjalankan tugas mereka dengan baik?"

Soalan itu disahut dengan gelak-ketawa seketika.

Kemudian Prof Shoji Uno, salah seorang eksperimentalis pakar dalam Pengesanan zarah fizik menjawab, "Actually, we want to know the nature....."

Tiba-tiba Prof Okada mencelah secara bergurau, "But you dont know the nature"

Gamat seketika dengan ketawa daripada Prof Forest, Prof Higuchi, Prof Haba dan lain-lain.....

Hehehehe..... [Minta maaf menggunakan bahasa Inggeris, bertujuan untuk menggambarkan suasana dan maksud sebenar mereka]


Prof Uno berada di kiri sekali

6 ulasan:

  1. Berdasarkan pengalaman saya dalam bidang reaktor, contohnya meramal/mengesahkan nilai maksimum fluks neutron, memerlukan banyak aktiviti, prosedur, tempoh masa tertentu, kesilapan pengukuran, dan yang paling memenatkan ialah perlu kepada ulangan set pengukuran yang memenatkan selain kekangan yang bukan teknikal, perlukan motivasi sepanjang aktiviti itu..hanya untuk mendapatkan satu nombor yang terdiri dari beberapa digit!!

    Dan kos..

    BalasPadam
  2. Pada pengamatan saya, dalam kes fizik tenaga tinggi, yang menjadi kekangan adalah:

    i.skil pengaturcaraaan ahli fizik berkenaan (yang membuat sesuatu analisis).

    ii. data yang terhad [low statistic]

    BalasPadam
  3. Apa mesej yang ingin disampaikan?

    BalasPadam
  4. Sebenarnya semua bidang ada kesukarannya masing-masing. Tidak diragui lagi.

    Hairi, terima kasih atas ulasan itu. Itu adalah perkara baru bagi saya dalam bidang reaktor.

    Amir Fawwaz, itu juga ada diperbincangkan oleh Prof Forest mengenai menganalisis projektil zarah dan pendekatan Runge-Kutta dan beberapa penghampiran yang lain diambil. Begitu juga Prof Higuchi.

    Kadri, sebenarnya yang ingin disampaikan adalah
    1) Gaya pergaulan orang Jepun.
    2) Sedikit terkesima dengan soalan pelajar itu.
    3) Sekadar berkongsi perbincangan mesra dikalangan kami.
    4) Sebenarnya banyak isu teoritis-eksperimentalis menjadi perbualan utama disitu.

    Taklah ada mesej tersirat disitu. Sebenarnya semua sama-sama bekerja untuk menjawab persoalan tabii alam. Bimbang pula Kadri menyangka saya ada maksud tersirat disitu. Heheheh....

    -Pemilik blog-

    BalasPadam
  5. Wah..wah orang Particle...takpe kami tunggu EQuaLS pulak..;-)

    BalasPadam
  6. soalan yang agak membunuh di situ hahaha...

    lagi satu soalan yang agak memeranjatkan... "apa yang ahli toeri akan buat selepas menjumpai Higgs" (beliau bermaksud mungkin selepas menjumpai Higgs, persoalan fizik akan selesai) ... terdiam seketika Okada san heheheh...

    apa-apa pun orang-orang jepun sangat berdedikasi... kagum dengan mereka...

    -NSA-

    BalasPadam