Sabtu, 12 Mac 2011

Gempita di Negara Matahari Terbit

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah sallahu'alaihi wassalam. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang- bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi sallahu'alaihi wassalam. bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya Sepuluh (10) macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau sallahu'alaihi wassalam menyebutkannya:
1) Asap (ad-Dukhan),
2) Dajjal,
3) Dabaah (binatang ynag keluar dari perut bumi),
4) Terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
5) Turunnya Isa bin Maryam a.s,
6) Ya’juj dan Ma’juj,
tiga kali gempa bumi, 7) sekali di timur,
8) sekali di barat
9)dan yang ketiga di Semenanjung Arab
10) yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada tempat mereka berkumpul.
[Riwayat Muslim]

Sengaja diletakkan hadist ini untuk peringatan kita semua. Kerana hadist ini ada menyebut gempa bumi sekali berlaku di Timur (matahari terbit, dan Jepun dikenali sebagai negara matahari terbit, Nippon)

Seterusnya video-video gempa bumi di Jepun dan implikasinya (tsunami):












Wallahu waliyyu taufiq

2 ulasan:

  1. Apa status hadis ini tuan ?

    Sahih, hassan, daif atau maudu' menurut ilmu mustolahul hadis?

    BalasPadam
  2. "Shahih" direkod dalam Jami'ul Shahih Muslim.

    Sebenarnya, jika dilihat hadist Muslim itu, Rasulullah salallahu'alaihi wassalam menyebut tanda-tanda tersebut secara kronologi, dimulai dengan asap menebal di seluruh dunia, kemudian diikuti dengan keluarnya Dajjal, seterusnya Dabaah, begitulah seterusnya kepada 4) 5) 6) 7) gempa bumi sekali di Timur... dan 10) Api dari Yaman.

    Daripada kronologi hadist ini, maka ketahuilah kita bahawa gempa bumi di Japan sekarang bukanlah tanda-tanda yang termasuk dalam hadist ini kerana masih belum munculnya ad-Dukhan dan Dajjal (yang sepatutnya keluar dahulu), sengaja saya meletakkan hadist ini untuk peringatan kita semua.

    Jangan bimbang kiamat akan berlaku selepas keluarnya angin lembut yang mematikan orang-orang Mukmin (meskipun sedikit imannya, juga akan dimatikan), yang tinggal adalah orang Kafir, sehinggakan direkodkan dalam hadist, apabila ditanyakan kepada mereka "Siapakah Allah?", mereka akan menjawab "Macam pernah dengar dari nenek moyangku dahulu", begitulah tahap kekufuran mereka yang akan menanti azab Hari Kiamat.

    Wallahu ta'ala a'lam

    -Pemilik blog-

    BalasPadam