Rabu, 30 November 2011

Risau, Esok dan Gelombang Elektromagnetik

Esok, kelas saya akan memasuki topik Gelombang Elektromagnetik merupakan salah satu topik dalam kursus Getaran, Gelombang dan Optik. Berdebar pula rasanya, alasannya, topik ini sarat dengan matematik dan begitu abstrak, kadang-kadang saya juga tersesat, huhuhu....

Daripada persamaan Maxwell untuk dikaitkan dengan konsep ayunan dan gelombang(topik yang sebelum ini). Persoalan yang timbul di sini ialah bagaimana untuk menyampaikan sesuatu kefahaman itu kepada pelajar - itu yang menyebabkan boleh berdarah hidung. Huhuhu... Tapi seorang tokoh fizikawan ada menyarankan, "Untuk memastikan anda faham sesuatu topik fizik itu ialah dengan memahamkan nenek anda mengenai topik fizik tersebut" (-_-)

Sekarang pukul 2.43pagi, tak tidur beb....

6 ulasan:

  1. Hehehe....

    Aku baru-baru ini ke ANM dengan pelajar aku. Salah seorang staf hang cakap hang outstation ke negara Eropah.

    BalasPadam
  2. aku pi europe, pi training kat 4 reaktor..mcm2 pengalaman..

    BalasPadam
  3. banyak kepakaran teknikal yang boleh dipelajari, tapi ada satu perkara yang betul2 saya cemburu, saya pi 3 negara eropah ni, reaktor yang ada digunakan sepenuhnya oleh universiti tempatan, dan pihak universiti yang paling banyak aktiviti penyelidikan kat reaktor, mcm2 bidang fizik/kejuruteraan terlibat..harap2 kita pun mcm tu juga

    BalasPadam
  4. Derive persamaan, cuba proof kan persamaan maxwel utk tambah kefahaman, lagi2, analisi vektor yg banyak didalamnya, kemudian gambarkan bagaiman fenomena fizik di sebalik persamaan itu, hehe..saya selalu kene proof kan persamaan matematik dan cuba construct sendiri dlm kes ruang topolgi, dan dalam teori perwakilan yg susah! tuuu...saya cuba proof sendiri guna idea sendiri...satu soalan kadag2 2 jam! hehe..nampak sngt aku ni begineeerrrr....hehehe (mad)

    BalasPadam