Isnin, 24 Oktober 2011

Ahli Fizik Teori Tetali

Ahli fizik teori tetali tak ambil tahu pasal usaha pakatan CMS dan ALICE membabitkan pembuktian kerelevanan Adisimetri dan entiti unggul yang dikenali sebagai zarah Higgs, apatah lagi usaha pakatan OPERA ke atas pencabulan postulat asas Einstein ke atas kemalaran laju cahaya.

Mereka tenggelam dalam teori mereka, meskipun teori mereka itu indah, tapi ketahuilah ianya hanyalah teori semata-mata. Apapun ianya sangat indah lagi mengendahkan. Mengingatkan saya kalam seseorang dalam arena fizik, "Saya macam tak percaya fizik boleh dijelaskan dengan sesuatu yang dikenali sebagai tali?"

Hmmm... Dengar kata, Adisimetri bermasalah dan tiada isyarat ditemui dari projektil pereputan zarah di LHC. Apakah perlu beralih ke Fizik Tak-zarah (Unparticle Physics), perlulah ditelaahi mengenai invarian-skalav - persoalan asas mengenai kenapa foton tidak mempunyai zarah (calon kedua menjawab masalah konsep jisim disamping zarah Higgs)


Rajah 1: Lima teori yang tidak tekal, berbeza orientasiny dan juga jenisnya (tetali tertutup atau terbuka), berkeliaran dalam 10matra

Kedualan-S menyatukan Jenis-IIA dengan Heterotik E8xE8, Jenis-I pula dengan Heterotik SO(32), manakala kedualan-T pula menyatukan Jenis-IIA dengan Jenis-IIB, Heterotik SO(32) dengan Heterotik E8xE8. Baik bagaimana pula Jenis-I dengan Jenis-II(A atau B), dengan itu diusulkan matra ruang yang lain, 9matra ruang + 1matra masa + 1matra ruang tambahan = 11matra - dikenali sebagai Teori-M. Dalam Teori-M, Jenis-I dan Jenis-II(A atau B) dilihat dari matra yang lain, kelihatan mempamerkan perilaku yang sama dan Teori Tetali 10 matra adalah fizik tetali bertenaga aras rendah Teori-M.

Wallahu ta'ala a'alam

4 ulasan:

  1. alam ini sepatutnya mudah difahami dan lebih jelas..
    teori sekadar teori..kalau ada pembuktian mungkin ia akan nampak lebih mudah

    BalasPadam
  2. Sudah lama tiada catatan baru di sini. Semoga saudara sihat2 saja.

    BalasPadam
  3. Hairi, yup... Setuju, sebab tu persamaan fizik dahulu mudah dan ringkas, seperti E=hf, E=1/2mv2, E=mc2 dan lain-lain.

    Kadang-kadang bimbang pembuktian matematiknya meleset daripada pencerapan yang sebenar.



    Tanpa Nama
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  4. sebenarnya kalau kita terlalu rigid untuk mendapatkan pembuktian matematik supaya sama dengan cerapan, sampai bila2 kita tidak akan berjaya
    []
    bagi saya, pembuktian matematik atau secara kompleks nya simulasi model fizik reaktor dengan tujuan untuk meramal dan mengurus secara optimum reaktor penyelidikan, adalah sisipan bagi memberi lebih keyakinan terhadap data pengukuran - contohnya bertujuan untuk memastikan kendalian sentiasa selamat
    []
    kita juga tahu, berdasarkan pengalaman saya, parameter pengukuran adalah terlalu kompleks, tiada sebarang kaedah matematik mampu meniru fenomena fizik yang berlaku dengan tepat
    []
    namun ia tidak mengapa, selagi kita tahu nilai sesarannya daripada nilai pengukuran dan meramal darjah perubahannya, bukan meramal nilai itu sendiri dengan tepat..
    []
    persamaan fizik umum seperti di atas contohnya, sangat membantu dalam aktiviti ujikaji/pengukuran - kerana kita mengoptimumkan sumber yang ada dengan meramal terlebih dahula nilai pengukuran sebelum menjalankannya, lebih jimat
    []
    bayangkan kita menembak dengan senapang ke semua arah dengan harapan seorang pencuri yang bersembunyi di dalam hutan akan terkena, berapa banyak peluru yang terpaksa dibazirkan, sedangkan kalau kita mampu meramal tempat persembunyiannya berdasarkan jejak tapak kasutnya, mungkin kita hanya akan melepaskan 2 atau 3 das tembakan sahaja..optimum
    []
    huhu meluahkan perasaan la pula, harap tuan tak kisah hehe

    BalasPadam