Jumaat, 16 Oktober 2009

Hai nama saya M. F. Umar, saya nak mengukur momentum dan kedudukan saya dalam Kuantum

Ketika saya melihat buku pelajar saya dalam kuliah (waktu rehat antara satu jam pertama dan kedua), apa yang saya dapati terdapat tulisan I HATE QUANTUM MECHANICS . Saya berasa sedih kerana saya merasa pengajaran saya tidak berkesan.

Saya terfikir sejenak, Kenapa mereka mesti benci Mekanik Kuantum?
Mungkin mereka adalah JASAD KLASIK (yang mematuhi aturan atau hukum klasik; seperti yang kita alami sekarang) HAHAHAHA.....

Citra pengukuran kuantum pun berbeza, mungkin pembaca tak mempercayai prinsip pengukurannya:

1) Pada keadaan atau sistem, tak semua parameter fizik (seperti kedudukan, momentum, tenaga, kinetik dll) boleh diukur yang memberikan nilai yang tunggal. Sebagai contoh: Mengukur momentum dalam sistem Keupayaan Kotak (3D-Telaga Keupayaan Infiniti) memberikan nilai yang berbeza setiap kali pengukuran dilakukan.

Berbeza dengan klasik, kita dapat mengukur momentum kereta memberikan nilai yang tunggal biarpun berapa kali kita ukur selagi kereta itu bergeraka dengan halaju yang sama.

2) Terdapatnya fenomena yang mana dua parameter fizik tak boleh diukur secara serentak. Hmmm.... Sekali lagi alasan kenapa pelajar saya BENCI MEKANIK KUANTUM. Sebagai contoh kita nak mengukur kedudukan zarah dan momentum secara serentak adalah tidak dibenarkan, kerana jika kita mengukur kedudukan dahulu kemudian momentum zarah akan memberikan nilai yang berbeza dengan mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan zarah tersebut. Prinsip ini dari segi matematik kita kenali sebagai tak-komut (non-commutative).

Ditambahkan lagi kepelikan dalam mekanik kuantum iaitu pengukuran momentum sudut (angular momentum). Momentum sudut adalah kuantiti vektor yang mempunyai momentum sudut komponen-x, -y dan -z. Kepelikannya bermula disini iaitu setiap komponen dalam momentum sudut tidak boleh diukur secara serentak, habis macamana kita nak ukur walhal momentum sudut komponen -x, -y dan -z adalah termasuk dalam vektor momentum sudut. HAHAHAHAHAA Argghhhh....

Berbeza dengan klasik, kalau kita nak mengukur kedudukan kereta dahulu kemudian momentum secara fitrahnya (yang selalu kita alami) ia memberikan nilai yang sama juga sekiranya kita mengukur momentum dahulu kemudian kedudukan kereta.

Apa yang saya boleh katakan disini adalah Wallahu'alam

3 ulasan:

  1. Kepada pelajar-pelajar ini saya nasihatkan mungkin kita perlu mulakan mekanik kuantum itu sebagai konsep fizik dahulu..dan kemudian kita ikuti pengembangan konsep itu daripada struktur matematiknya sedikit demi sedikit..saya sendiri ada masalah dan kelemahan dengan matematiknya tetapi saya tetap minat kerana yang saya lihat adalah konsepnya..dan yang paling penting saya ingin lihat kemana arahnya mekanik kuantum ini nanti..seronok sebenarnya kalau kita dapat memahami alam ini dari kacamata mekanik kuantum (dunia mikroskopik-skala atom), relativiti am (dunia kosmologi).
    []
    kadang-kadang pelajar hanya melihat mekanik kuantum itu hanyalah masalah matematik yang kompleks..saya fikir tidak hanya itu,ia adalah konsep, ia adalah fizik dan ia adalah sains..

    BalasPadam
  2. bukan tak berkesan...tapi saya rasa lebih menarik kalau dari awal pembelajaran pelajar didedahkan berkenaan kaitannya dalam kehidupan dan islam...

    BalasPadam