Khamis, 31 Disember 2009

Ini Kisah Dahulu dan Aku Dahulu

Dulu mak aku ada berkata:

Tahun 1982 mak aku balik kampung
Setelah penat merantau mencari rezeki
Bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak
Penat lelahnya melayan karenah anak-anak orang
Balik dengan harapan jaga nenek
Balik dengan harapan agar nenek aku tersenyum

Aku sayangkan nenek aku
44 hari sebelum nenek aku pergi
Nenek aku suruh ajar dia mengaji al-Quran
Tetapi aku budak-budak lagi, sudah tentu nak main sahaja
Pemergiannya di beri isyarat yang baik dari Allah
Kepada Engkau Ya Allah, pengakhiran nenek aku adalah Husnul Khatimah

Dan nenek aku juga baik
Aku tidur sebelah nenek dan tidurku ganas yang tak tahu duduk diam
Tapi nenek aku sabar, walaupun kekadang aku kena tampar juga
Tapi aku rindu juga nenek, walaupun sudah kembali pada Pencipta

Al-Fatihah untuk mu nenek
Chut Binti Othman

Mak aku ada berkata lagi:

Dia nak jaga nenek
Walau apa terjadi, walaupun berhidup susah sebagai penginap di muara laut
Kekadang ada hasil, kekadang berlaparan
Tapi mak aku tetap dengan nenek aku
Nenek aku yang tersengih melihat mak aku

Mak aku ada berkata juga:

Ayahku datang melamar mak aku
Pertama kalinya ayah aku datang melamar mak aku
Tak pernah pun pada sesiapa melainkan mak aku
Datang berkali-kali dengan ikhlasnya
Datang berkali-kali dengan harapannya
Mak aku tetap dengan itu juga untuk menjaga nenek
Tapi nenek aku mengiyakan lamaran ayah ku
Kerana sayangkan mak aku dan hasrat ayah aku

Terima kasih nenek, menerima lamaran ayah

Tentang ayah aku pula
Tentang kisahnya yang lebih menyedihkan
Tentang dulu-dulu dia, yang tak nak aku singkapkan disini
Tentang zaman Jepunnya
Tentang ayah aku dan profesionnya
Tentang ayah aku

Ayahku, bukan doktor, atau majistret,
Atau ahli politik apatahlagi pemuzik
Ayahku
Adalah seorang nelayan
Turun pagi-pagi
Balik senja-senja
Ada ikan, ada makan
Tak da ikan, ..............
Pergi, balik dan menanti
Itulah rutin harian ayah aku dengan awak-awak (anak kapal) ayah aku


Ayah aku ada berkata juga:
Nelayan ni memperjudikan nasib untuk menggenggam segenggam beras
Setiap hari ayah aku nasihat aku "Nelayan adalah pekerjaan yang susah"
Supaya jangan jadi macam ayah

Aku ingat lagi, ayahku terputus jari
Terputus jari kanan ibunya untuk membaiki enjin
Enjin yang menggerakkan botnya
Dan dari ikhtiar bot itu, kami dapat rezeki dan itu adalah kerana Allah Taala

Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku mengancing butang baju sekolah aku
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku menyuapkan makanan ke mulut walaupun aku boleh menyuapnya sendiri
Dan pada tangan yang terputus jari, ayahku membanting tulang empat kerat menyara kami sekeluarga

Dan kepada tangan yang terputus jari, terima kasih kerana masih setia dengan ayahku

Mak aku berkata lagi dan bernada begini:
Ayahku berkahwin pada usia yang lewat
Tapi aku tahu hidup ayahku
Sengsara orang dahulu, sengsara kesan pernah hidup waktu Jepun
Alhamdulillah, dengan rasa rendah diri aku bersyukur padaMu dengan nikmat aman ini

Nisfu Bulan Keempat Kalendar Masihi
Aku dilahirkan ....
Menyerikan hidup dua insan yang akan ku cintai kelak
Dari akulah, aku mentabalkan mereka sebagai IBU-BAPA
Dari akulah, aku menjanjikan kesyukuran mereka kepada Allah
Maka lahirlah, Aku, Ibu-Bapa dan Tanggungjawab

Mak aku ada juga berkata sewaktu aku dinamai:

Ketika saratnya mak aku akan aku
Mak aku ingin namai aku Mohd Razi
Ayah aku pula ingin namai aku Bukhari
Sempena nama Ulama Hadist Yang Hebat
Tapi aku tak mampu untuk meraih nama penulis Kitab Jami'ul Shahih Bukhari itu
Aku juga tak menampalkan nama itu pada diri aku
Nama itu sangat hebat, sangat gah

Keluarga belah ayah aku nak namakan aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
iaitu; Sirajuddin - Naqiuddin - Saifuddin

Ayahku gunda-gulana untuk namai cahayamatanya yang pertama
Hati tidak jadi tenang memikirkan aku, mak, keluarganya dan keriangan

Hari untuk namai aku itu hujan
Mungkin meraikan hari penamaan aku
Atau mungkin menghalangi ayahku daripada menamai aku dengan nama-nama yang berbaur kerabat Diraja
Kerana ia hujan membasahi kertas yang dicatati nama-nama berbaur kerabat Diraja

Ayahku tersenyum dan teringatkan mak aku yang tercinta
Dan berkata "Biar mak dia bagi nama ajalah"
Ayahku cuba mengingatkan kembali nama ujaran mak aku itu
Tetapi ia kabur
Tetapi ayahku cuba juga
Tetapi ia kabur
Tetapi ayah aku masih mencuba juga
Tetapi ia masih kabur, hanya yang terpelihara adalah Mohd ....zi
Apa yang ayahku sangkakan adalah Mohd Fauzi padahal ujaran mak aku adalah Mohd Razi
Aku berprasangka nama ku dinamai oleh Pencipta melalui cetusan ilham nama itu kepada kotak fikiran ayahku.

Namun ayahku berpelajaran dengan tatabahasa yang klasik
Juga berpelajaran dengan pendidikan tulisan jawi klasik
Bagi ayahku bunyi "zi" sekarang adalah tulisannya "dzi"
Maka bunyi Fauzi dinamainya Faudzi
Lahirlah Mohd Faudzi Bin Umar

Aku nukil semua ini
Kerana tiba-tiba aku teringatkan ayahku
Teringatkan pada seseorang yang dahulu gah pada mata aku
Kehilangannya bukan sahaja memberi kesan pada keluarga
Tetapi pada warga kampung aku juga
Mereka sayangkan ayahku, ayah aku baik dan baik ayah aku adalah diingati

Al-Fatihah untukmu Allahyarham Umar Bin Ahmad

11 ulasan:

  1. hampir menitis air mata membaca kisah encik..semoga encik tabah dan cekal seperti ayahanda encik..smoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda encik...

    BalasPadam
  2. encik..
    sy pon salah s0rang student encik..
    nukilan encik dlm bl0g ni slu buat sy insaf dan sedar...dulu, mase sy lom lahir, ayah saya pon seorang nelayan...ayh saya penah ckp, kesian abg sulung sy, dia sorang je anak nelayan...
    sy mst blaja btol2...n nk bjaye..
    terima kaseh encik...

    BalasPadam
  3. terima kasih
    sapa ye student saya ni?

    BalasPadam
  4. Salam encik..
    sy salah seorg student encik..
    tulisan encik ttg ayah encik buat sy menitiskan air mata dan buat sy bersyukur dgn apa yg sy ada,, x terbayang hidup tanpa ayah tercinta.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Umar bin Ahmad..

    BalasPadam
  5. encik, sy da tukar nama dr tanpa nama kpd qaseh...hihi...encik xkenal sy k0t..sy da sem8 n nk praktikal da....sy blaja ngn encik mase sem6 (fizik m0den tp jap je) n sem7 (qm)...bes bace bl0g encik nie, byk pngisian n ilmu yg sy dpt...
    thanx encik... (^_^)

    BalasPadam
  6. Tiba-tiba saya rasa malu dengan lakaran tinta saya....

    Tak tahu pulak ada orang yang membaca, hahaha.... pada mulanya blog ini saya nukilkan untuk tatapan peribadi saya

    terima kasihlah sudi baca blog saya
    Saya ucapakan Jazakumullah Khairan Katsirah

    BalasPadam
  7. bl0g nie jgak utk kepentingan student2 yg encik didik kn... :)

    teruskn menyebar ilmu kt cni encik..sy yakin ramai yg bace cume takut n segan je nk komen..
    sbb terasa sgt kerdil...huhu

    bile sy bce blog encik nie, sy ase byk sgt ag yg sy xtau n perlu tau terutamanya hal2 agama..klu bab quantum 2, waa mmg ssh nk fhm.. c0z sy xbjaya mjadi electr0n...hehe...tp mst kne cube..quantum mechanics itu menarik !! :)

    BalasPadam
  8. al fatihah buat ayah Fauzi
    smg ditempatkan di kalangan org beriman
    sekali membaca puisi nie, ada gaya saterawan walaupun masih jauh ke sasterawan negara,
    tidak dapat dinafikan dalam diri saintis pasti ada sasteranya, pada setiap manusia pasti ada rasa kasih dan sayang...=)

    saidah

    BalasPadam