Rabu, 16 Mac 2011

Disatukan Dengan Zarah-Zarah

Pada malamnya, kami mengadakan sesi tidak formal untuk mengajukan soalan kepada penceramah-penceramah dari KEK. Banyak soalan diajukan dan penceramah paling banyak menerima soalan daripada peserta sekolah fizik zarah, adalah Prof Yosuhiro Okada (seorang ahli fizik teori bidang fizik zarah). Saya juga tidak ketinggalan mengambil peluang ini untuk mengajukan soalan.


Saya bertanya, "Apakah matlamat terakhir ahli fizik teori?"
"Adakah Teori Segala-gala itu matlamat terakhirnya?", tambah saya lagi.

Prof Okada menjawab, "Tiada matlamat terakhir"
Beliau menambah lagi, "Teori Segala-gala, kerana orang sebut begitu (yang dimaksudkan oleh Prof, Teori Segala-gala adalah sebutan orang sahaja yang dipopularkan)"

Jawapan ini membuatkan saya tersenyum kaget melihat telatahnya menjawab soalan saya diiringi rasa hormat dan kagum dengan beliau. :-)


Rajah: Yasuhiro Okada

[Penceramah-penceramah berasa selesa dengan sikap kami yang aktif bertanyakan soalan sepanjang sesi ceramah, tidak seperti orang Jepun yang masih malu untuk bertanyakan soalan, kata mereka bersungguh-sungguh. Hal ini membuat kami rasa hairan, "Adakah orang Jepunnya pemalu untuk berbicara mengenai ilmiah, walhal mereka sangat maju?"]

DARIPADA PELBAGAI BANGSA DAN NEGARA
TELAH DISATUKAN DENGAN ZARAH-ZARAH

2 ulasan:

  1. Bersatu atas fahaman yang sama :-)

    Suka bila baca blog encik, tapi............
    ia sangat membuatkan saya sangat berfikir, saya ni cenderung dalam bahagian apa fizik ni...pon ada terfikir lepas baca blog encik, saya ni jenis yang teori ke eksperimentalis... Huhu
    Saya menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dalam bidang fizik. Tapi bila persoalan2 atas tu timbul, saya dah start keliru nak sambung master nanti nak ambik apa? Last2 terpikir, amik education je la...
    Hehe. Tapi fizik lagi sebati dengan diri saya, cuma tak tahu kecenderungan tu.

    Mungkin saya tak nampak lagi kot... Kan kan kan... Moga Allah melorongkan jalan untuk saya sama2 meneroka bidang yang banyak membuktikan kebesaran Allah ni insyaAllah.

    Untuk encik, saya doakan semoga berjaya mencapai cita2 untuk menjadi ahli fizik teoris yang terulung. Amin

    BalasPadam
  2. mintak ijin pinjam tajuk di atas sebab dah tertulis di facebook... haha baru nak mintak ijin walaupun dah pakai status tu seminggu. :D

    BalasPadam