Ahad, 14 Ogos 2011

Tahniah diucapkan...

Tahniah diucapkan kepada 33 pelajar saya yang telah bergraduan pada konvokesyen baru-baru ini. Bertungkus-lumus selama 4 tahun untuk mengecapi segulung Ijazah Pendidikan Sains.


Rajah 1: Melompat keriangan tanda tamat sudah salah satu sketsa dalam fasa kehidupan

Mengingatkan saya kepada hari saya bergraduan di UKM dulu, ketika itu saya tak mahu hadiri konvokesyen, tetapi atas desakan ibu saya untuk melihat saya menaiki pentas untuk menerima segelung ijazah memandangkan tanpa ayahanda saya, terpaksalah saya akur. Kemudian ketika konvokesyen Sarjana, adik perempuan saya pula nak menghadiri dalam dewan konvokesyen, akhirnya sekali lagi saya terpaksa akur.

3 ulasan:

  1. kenapa tak mahu hadiri konvokesyen sendiri?

    BalasPadam
  2. Hehehe... Gementar kalau naik atas pentas. Memang dari kecil lagi.

    BalasPadam
  3. hehehe... tak pa nanti untuk PhD mesti semangat nak pergi :)

    BalasPadam