Selasa, 19 Jun 2012

Syarat Kepelengkapan

Pra-muka
Membaca makalah klasik"Adakah Penjelasan Realiti Fizik Mekanik Kuantum Boleh Dipertimbangkan Lengkap"

Makalah ini ditulis oleh, Einstein, Podolsky dan Rosen. Natijah daripada makalah ini, terbangun salah satu mazhab dalam mekanik kuantum iaitu, Tafsiran EPR. Makalah ini cuba menghujat kembali ke atas sifat kebarangkalian dan kebolehcerapan dalam Tafsiran Copenhagen. (Dalam makalah EPR ini juga cuba meragui peranan penurunan gelombang paket atau keruntuhan fungsi gelombang)

Tertarik
Tetapi apa yang saya tertarik dalam makalah ini falsafah sainsnya terkandung pada awal pengenalan makalah ini. Antaranya ialah:

1.  Untuk mengadili sesuatu teori itu berjaya dalam menerangkan, kita seharusnya menanyakan kepada diri kita dua soalan: 1)Adakah teori tersebut betul? dan 2)Adakah peneranganyang diberikan oleh teori tersebut lengkap?

2. Ketepatan sesuatu teori itu diadili oleh darjah keserasian di antara kesimpulan teori (ramalan) dan pengalaman manusia (melalui pengukuran dan ujikaji)

3. Makalah ini mentakrifkan Syarat Kepelengkapan

Setiap unsur realiti fizik mestilah mempunyai sebahagian dalam teori fizik.

Lagi Tentang Makalah EPR
Sedang memahami makalah ini, sebab makalah ini membincangkan sesuatu yang sangat asas dalam mekanik kuantum, meskipun matematiknya mudah untuk ditelaahi, tetapi falsafah dan konsep setiap formalism matematik yang diberikan masyaallah hanya Allah saja yang tahu akan kesukarannya.

Phewww....

2 ulasan:

  1. bolehla sharah lepas ni..hehe

    buku John Bell pasal Speakable and Unspeakable QM tu pun masih tersimpan dirak buku..belum habis telaah...habis disertasi sarjana ini inshaALLAH..aku telaah habis2, nak masuk yg lebih mendalam..

    apa pun selamat ber 'EPR'..

    :)

    BalasPadam
  2. Boleh insyaallah.

    John Bell ni cuba merealisasikan idea EPR secara ujikaji. Usaha beliau juga mendapat pencalonan bagi Hadiah Nobel (Fizik)

    Terima kasih, hang pun Selamat BerJohn-Bell. Hehehe...

    BalasPadam