Khamis, 15 Oktober 2009

Atas-Bawah???

Arakian, bermulanya cerita perihal Si Bulat pada dunianya yang kekok untuk kita manusia ini untuk mengertikannya, hal ini kerana perihalan dunianya adalah dua matra. Ada kiri, ada kanan, ada depan dan ada belakang.

Rangkap coretannya bermula begini, ketika Si Bulat habis sesi kuliah Matematik Fiziknya, ia keluar bersiar-siar di taman dan memikirkan permasalahan matematik topologi waktu dalam kuliah tadi. Sewaktu memikir masalah tersebut beliau tidak sedar yang ia telah tersesat di hutan yang berhampiran dengan taman itu. Si Bulat mula merasa resah akan hal yang menimpa beliau dan berusaha mencari jalan keluar. Beliau berpendapat jalan keluar yang terbaik adalah megikuti lawan arus sungai, kerana taman itu memang ada sungai berhampirannya.

Tiba-tiba, kedengaran suara yang meruncing di kedua cuping telinga Si Bulat dengan berkata " "Hai si makhluk satah!" dilanjutkan dengan ketawa sinis.

Si Bulat terbukam kehairanan, mendengar suara yang tidak kelihatan puncanya dan mengenalpasti asal-muasal suara itu. Dibalasnya Si Bulat "Siapa kamu?"

Jawab suara itu dengan ketawa dan berkata "Nama aku Sang Sfera, jasad bermatra tiga"
Si Bulat kehairanan lagi mendengar jawapan suara itu dan bertanya Si Bulat "Di mana kamu?"
Suara itu yang bernama Sang Sfera menjawab "Aku di atas kau".

Sekali lagi Si Bulat kehairanan mendengar jawapan Sang Sfera: "Di atas????, Apakan itu??? Kenapa aku tak boleh melihat kau." Sang Sfera membalas "Aku diatas kau lah. Aku boleh melihat kau, tetapi kau tak boleh melihat aku, kerana dunia kau adalah dunia satah, cuma ada dua matra sahaja iaitu kiri-kanan dan depan-belakang, tetapi kau tiada arah atas-bawah."

Si Bulat menjawab "Oh benarkah, dunia kami hanya dua matra sahaja, boleh tak kau memunculkan diri"

Maka Sang Sfera menempelkan dirinya pada dunia satah Si Bulat yang terbentang luas itu. Si Bulat berkata "Eh, kau ini berupa Bulat sahaja"

Balas Sang Sfera "Tak, kau silap! Aku berupa sfera, jasad bermatra tiga. Pada dunia kau aku kelihatan bulat"

Berkali-kali Si Bulat kehairanan mendengar penerangan Sang Sfera yang tidak masuk akal.
"Boleh tak kau bawa aku ke dunia kau yang kononnya dunia kau ada tiga matra, hahaha" sindir Si Bulat.

"Baik, aku akan bawa kau" kata Sang Sfera. Oleh hal itu, Sang Sfera mengopek jasad Si Bulat dari dunia satahnya.

Maka keluarlah Si Bulat keluar dari dunianya dua matra, kehairananlah Si Bulat melihat dunia tiga matra itu sambil memuji Allah " Masyaallah, Subhanallah, Allahu akbar" Melihat dunia satahnya yang terbentang luas itu.

Kata Si Bulat lagi "Wow, biar betik" Barulah Si Bulat meyakini akan kewujudan satu lagi matra selain dua matra. " Begini rupanya atas-bawah ." Balas Sang Sfera dengan ketawa.

Si Bulat bertanya kepada Sang Sfera "Ada lagikah matra lain selain kiri-kanan, depan-belakang dan atas-bawah"

Terkejutlah Sang Sfera dengan diam
.
.
.
.
Wallahu'alam, balas Sang Sfera

1 ulasan: