Sabtu, 21 November 2009

Mencintai Ulama Hadist

Ketika saya menjalani latihan industri di Hospital Besar Kangar sekarang ditukar Hospita Tunku Fauziah (hospital ketika mana saya dilahirkan, dan saya kembali menyumbang tenaga yang tak digajikan selama 2bulan, tetapi saya ikhlas), saya pergi ke perpustakaan hospital tersebut.

Apa yang saya ketemui adalah kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali (bayangkan dalam hospital ada kitab ulung), tetapi berbeza dalam kitab ini adalah terdapatnya pentahqiq (peneliti hadist) oleh Syeikh al-Iraqi seorang muhadistin.

Apa yang saya dapati dalam kitab tersebut adalah hadist-hadist yang dibawakan oleh Imam al-Ghazali adalah kebanyakannya adalah hadist palsu, dha'if dan yang paling banyak ditemui adalah hadist-hadist yang tak ditemui dalam sebarang kitab hadist. Kebanyakan ringkasan yang ditulis oleh Syeikh al-Iraqi adalah seperti berikut:

Hadist ini tiada asalnya
Hadist ini dongeng
Hadist ini maudhu'
(Saya dapati banyak sangat nukilan-nukilan seperti di atas)

Kemudian apa yang saya tahu berkenaan hasil tahqiq syeikh ini, beliau dikutuk hebat oleh ulama-ulama Syiria.

Saya berasa hairan:
1) al-Ghazali membawakan hadist yang palsu berkenaan dengan ilmu tauhid, ilmu aqidah dan ilmu berkenaan hati, walhal ilmu-ilmu tersebut adalah hal-hal yang masail (bermaksud usul atau perkara asas). Kerana kita tahu hal-hal masa'il mestilah dari hadist yang shahih
.
2) Syeikh Iraqi melakukan kerjanya sahaja, iaitu meneliti martabat hadist sahaja dan beliau tidak mengutuk hasil kerja al-Ghazali.

Senantiasa ulama hadist dikritik kalau kita menyoroti sejarah dan sirahnya, seperti Imam Hanafi(mati diracun), Imam Syafie (yang dituduh Syi'ah), Imam Ahmad (mati dalam penjara), Imam Bukhari (dihalau dari daerah).

Semoga Allah menjadikan saya bersama golongan Mufassirin dan Muhadistin, yang membersih agama-Nya dari Syirik dan Bida'ah

Wallahu'alam

1 ulasan:

  1. saya risau terikut-ikut aliran dan pemikiran yang salah..
    saya bimbang kerisauan itu membataskan kesungguhan saya mendalami dan mengkaji pelbagai cabang ilmu..
    saya takut kebimbangan saya terhadap kerisauan itu menjejaskan keikhlasan saya dalam berilmu..
    saya gerun kalau-kalau ketakutan kepada kebimbangan terhadap kerisauan itu menyebabkan saya lupa..ilmu adalah cahaya dari Allah semata-mata, bukan dari kita..hidayah

    BalasPadam