Khamis, 30 September 2010

Selepas Bersara

Saya senantiasa memikirkan masa depan, malahan saya juga sering memikirkan kehidupan selepas kematian. Apa persiapan kita nanti? Dan menjadi pengajar di UPSI juga persiapan untuk kehidupan selepas kematian saya dan ia juga salah satu daripadanya. Kerana anak Adam akan tinggal semuanya, kecuali 1)Do'a anak yang soleh, 2)Sedekah jariah dan 3)Ilmu yang bermanfaat, lebih menariknya di UPSI, kami mengajar pelajar-pelajar yang bakal mengajar di seolah nanti, maka manfaat ilmu yang diberikan akan dimanfaatkan ke sekolah dan ia akan berterusan. Itu yang menggembirakan saya apabila memikirkan hal tersebut.

Tulisan kali ini adalah mengenai sedutan Jamuan Hari Raya yang dipengerusikan oleh saya, juga dianjurkan oleh jawatankuasa saya bersama Tuan Haji Shaharudin Ali, iaitu Jawatankuasa Kelab Fizik dan Hal Ehwal Pelajar.

Jamuan ini juga bertujuan untuk meraikan:
1) Kebersaraan Dr Abdul Rahman Omar daripada Jabatan Fizik
2) Perpindahan Dr Nurulhuda Abdul Rahman dan Dr Razak Abdul Samad Yahya (mantan Ketua Jabatan Fizik) ke Fakulti Pendidikan dan Pembangunan, selepas UPSI mengalami penstrukturan semula, dengan kata lain bidang pendidikan bukan lagi perkhidmatan utama kami.
3) Meraikan kepulangan Encik Ahmad Kamal Ariffin dan Puan Mahizah dari pengajiannya PhD di Jerman, dan Cik Faridah Lisa Supian dari UK.
4) Selain itu, meraikan perkahwinan Siti Noor Syuhada Mat Hussein dan juga kedatangan ahli baru Jabatan Fizik, pembantu makmal untuk Makmal Penyelidikan, Encik Nor Mazlan.

Tertarik

Antara aktivitinya adalah ucapan daripada Dr Abdul Rahman Omar. Saya tertarik dalam ucapan beliau iaitu antaranya ialah, mengenai selepas kebersaraanya nanti.


Beliau berkata,

"Dulu saya selesa dengan gaji saya RM9,000. Selepas kebersaraan selama dua bulan gaji yang saya terima adalah sekitar RM3,000. Selepas tolak pinjaman rumah tinggalah RM2,000. Jadilah nasihat kepada rakan-rakan sekalian, buatlah persediaan sebelum bersara"

Komen saya: Beliau merupakan seorang genius dalam bidang Fizik suatu ketika dahulu, ini turut diakui oleh Profesor Dr Roslan Abdul Shukor, Profesor Superkonduktor (Profesor Kelas A) dari UKM dan Prof Madya Dr Ahmad Puaad Othman dari UKM juga.

Saya tertarik dengan kenyataan tersebut, apakah kehidupan kita selepas bersara nanti? Dengan kos hidup yang tidak menentu! Apakah perancangan kita nanti? Saya lihat banyak cendekiawan yang ikhlas kepada bidang masing-masing adalah terbengkalai. Saya juga takut dengan keperluan hidup sekarang, 1)Kereta 2)Rumah, 3)Keluarga 4)Insurang 5)Sara hidup. Mesti bersedia daripada sekarang. Itu penting. Tapi keluarga dan jiran tetangga melihat golongan penjawat sangat tinggi, saya tidak selesa dengan keadaan yang sebegitu. Pada tanggapan mereka, penjawat awam mestilah berpakaian berjenama, berkereta Toyota Vios atau Honda Accord dan berumah Semi-D barulah bersesuaian dengan kedudukan itu. Ini sering terjadi kepada saya secara peribadinya. Saya agak tidak selesa dengan persepsi yang sedemikian rupa.

Perkara kedua, adalah kesihatan beliau juga agak tidak baik. Beliau pernah menasihati saya, "Pada usia muda, kamu kena menjaga kesihatan kena selalu SENAM, jaga permakanan. Makan tu kena jaga-jaga mulai sekarang"

Saya berfikir banyak profesor, kesihatan mereka sangat teruk terutamanya mendapat Diabetes dan Masalah Jantung.

Sebelum ini, beliau ada juga berbicara mengenai seorang profesor yang mempunyai masalah kesihatan yang serius tapi mempunyai keinginan beristeri lebih dari seorang, yang membuat saya ketawa lagi, profesor yang kami bicara itu sekarang sudah mempunyai tiga isteri. Ketika itu, kami berbicara di dalam Surau. Tak tahan saya melihat gaya bercerita Dr Abdul Rahman mengenai perkara tersebut, dengan telatah yang melucukan.

Jadi kesimpulan ringkas saya "Fikir-fikirkanlah kehidupan kita selepas bersara, sama ada ekonomi kita stabil, atau kesihatan yang baik atau adakah anak-anak didikan kita itu menjadi atau tidak?"

Jadi itulah komen saya mengenai ucapan beliau.


Seterusnya
Tambah beliau lagi,

"Saya mempunyai impian, antaranya ialah untuk memenangi Hadiah Nobel. Saya ada memikirkan mengenai masalah Tindakbalas Perlakuran untuk menjanakan tenaga nuklear yang bersih"

Komen saya: Sebelum ini saya pernah menghadiri 2nd International Summer School UKM-KAIST di UKM, Bangi. Antara soalan yang kami tanyakan kepada saintis dari Korea itu, mengenai Reaktor Perlakuran. Beliau menjawab untuk aplikasi tindakbalas perlakuran untuk kegunaan awam adalah sangat mustahil, mungkin teknologi tersebut merupakan teknologi 1000 tahun akan datang.

Semoga bermanfaat, wallahu'alam

5 ulasan:

  1. eh, Dr ARO dh bersara ek..hmm..memg hebat orangnya.supervisor tesis sy dulu..walaupun beliau dah bersara, jabatan fizik tak perlu risau, kan dah ada DR ARO junior...(En tau x siapa?)

    ''selepas UPSI mengalami penstrukturan semula, dengan kata lain bidang pendidikan bukan lagi perkhidmatan utama kami.'' hmm..nampaknya UPSI tidak lagi menjadi satu-satunya universiti pendidikan di Malaysia la...macam sedih pulak rasanya..

    wah, En. Kamal juga sudah balik..En SKA pulak bila nk balik ye?

    (anak kandung merindui kenangan-kenangan di IBU KANDUNG)

    BalasPadam
  2. Insyaallah, UPSI tidak lagi bergantung kepada Pendidikan. Saya pun sedih jugalah.

    Encik Kamal sudah balik
    Encik SKA, insyaallah bulan April tahun depan.

    Terima kasih masih mengenangkan lagi UPSI

    BalasPadam
  3. Apa khabar Dr Nurulhuda dan En Norazman ye?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah mereka sihat.

    BalasPadam
  5. betul kata Prof awak tu... semua nya kena buat persediaan awal... kena fikir tentang masa depan... jgn tangguhkan apa yg kita rasa tak penting sekarang...

    BalasPadam