Sabtu, 21 November 2009

Selamat Menjalani Latihan Mengajar

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Kepada pelajar-pelajar saya yang dihormati.
Disini saya nak mengucapkan SELAMAT MENJALANI LATIHAN MENGAJAR kepada semua pelajar Semester 7.


Nasihat saya berkenaan Latihan Mengajar:
1. Timba pengalaman sebanyak mungkin dari guru pembimbing
2. Kenali nama pelajar anda semunya.
3. Jika kedapatan pelajar yang nakal, nasihat saya adalah selalu memanggil nama beliau dalam kelas terutamanya menyuruh beliau menjawab soalan dalam kelas. Kerana psikologi pelajar pada usia tersebut memerlukan perhatian dari guru mereka.
4. Pelajar nakal janganlah ditekankan dengan kekerasan atau marah. Kerana usia tersebut terdapat dalam jiwa mereka satu keinginan iaitu MEMBERONTAK, jadi nasihat saya BERKAWAN dengan mereka.
5. Sentiasa bergaul dengan guru-guru disitu ( kalau lelaki bergaul dengan guru lelakilah, kalau perempuan bergaul dengan guru perempuan dan jagalah sahsiah diri)
6. Sentiasa kata BAIK atau YA atau BERES, jika disuruhkan melakukan sesuatu. Kerana kamu dalam latihan dan penilaian, adalah lebih baik mengikut saja (Sebab kamu membawa imej UPSI dan Jabatan Fizik dan Pensyarah-pensyarah Jabatan Fizik)
7. Jangan lupa menghantar kepada Pensyarah Penyelia iaitu: 1) Peta Lokasi Sekolah 2) Takwim sekoalh dan 3) Jadual Kelas Kamu.
8.Bekerjalah dengan IKHLAS dan JUJUR (Kerana pensyarah tidak dapat menilai perkara tersebut)

BARAKALLAHU FIIKUM
M. F. Umar

2 ulasan:

  1. nazirah bt ibrahim13 Januari 2010 2:47 PG

    Salam'alaik encik..

    syukran jazilan atas nasihat yang sangat berguna untuk kami, yang akan berpraktikum 18hb ni. InsyaAllah, kami berusaha untuk memanfaatkan setiap nasihat yang encik berikan. doakan agar kami cemerlang dalam latihan ini.wallahua'lam.

    BalasPadam
  2. Insyaallah..... Nazirah buat yang terbaik yer...

    Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, insyaallah saya akan datang menyelia Latihan Mengajar kamu pada dua minggu akhir bulan Feb.

    BalasPadam