Sabtu, 21 Ogos 2010

Itu adalah, itu adalah bintang

Menghadiri satu bengkel mengenai astronomi, seorang penceramah memaklumkan bahawa terdapat seorang ustaz yang mempelajari agama beraliran pondok (tradisional) dan ilmu falak, menyatakan bahawa kejadian "gerhana matahari" di angkasa memberi kesan yang tidak menyenangkan kepada aturan tabii bumi, dengan kata lain berkemungkinan akan berlakunya bencana alam yang buruk kepada kehidupan manusiawi di muka bumi. Beliau mengambil contoh dari tsunami di Acheh, gempa bumi Si Chuan dan banjir besar di China dengan fenomena-fenomena angkasa.

Setelah saya mendengar ceramah, berkata hati kecil saya "Itu adalah ilmu Nujum", tapi penceramah tersebut juga memaklumkan bahawa itu bukanlah ilmu nujum.

|Baik|

Nujum datang daripada perkataan An-Najm, bermaksud bintang. Adakah ilmu bintang ada di zaman Rasulullah salallahu'alaihi wassalam? Jawapannya "Ada" dan ia adalah amalan orang Arab jahiliyyah.

Terdapat satu hadist shahih ternukil dalam kitab Tauhid karangan Syeikhul Islam Muhammad Abdul Wahab, mengenai beberapa orang sahabat melihat bintang dilangit, kemudian sahabat menyatakan bahawa bintang tersebut yang memberikan petanda akan hujan di hari itu. Rasulullah salallahu'alaihi wassalam melarang akan sahabat tersebut beritikad dengan keyakinan tersebut, melarang keyakinan mengatakan bahawa bintang itu dan ini dikaitkan dengan sesuatu kejadian di bumi apatah lagi mengenai nasib seseorang atau horoskop (Wal-iyya'dzubillah).


Ilmu Nujum termaksud dalam larangan dalam hal-ehwal Tauhid, bermaksud sekiranya kita melaggari larangan tersebut, kita telah melakukan Syirik, sama ada secara Rububiyah (meyakini Rabb akan Allah, sebagai Tuhan) atau secara Uluhiyyah (meyakini Allah sebagai Ilah, atau sembahan sebenar-benar penyembahan).

Ketahuilah wahai pembaca diRahmati Allah, dosa Syirik adalah dosa yang paling besar disisi Allah, sehinggakan dinyatakan bahawa dosa Syirik adalah dosa yang tidak terampun. Nasihat saya kepada pembaca, cuba pembaca mencari dan mengumpulkan semua jenis-jenis bentuk Syirik, kemudian kita elakan daripada melakukannya, maka dengan kata lain kita telah melakukan keTauhidan kepada Allah 'azawajalla.

Tidak ada daya manusia untuk meramalkan kejadian masa depan, kerana ia adalah perkara ghaib, juga hal ini turut diakui dalam prinsip Simetri-CPT (C, Conjugate, P, parity dan T, time reverse). Apa yang kita sedia maklum, bahawa semua kejadian masa depan dalam pengetahuan Allah 'Azawajalla atau lebih sesuai digantikan kenyataan ayat tersebut dengan "Wallahu'alam"

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saya tidak pasti tentang perkara lain yang disampaikan oleh ustaz berpendidikan pondok tersebut, tetapi berkenaan potensi gerhana matahari memberi kesan yang tidak menyenangkan kepada aturan tabii bumi, perkara ini memang ada dikaji oleh ahli geologi. Salah satu teori yang ada ialah tarikan graviti matahari dan bulan mampu 'mengangkat' sedikit plat tektonik lalu menghasilkan sedikit regangan yang setelah dipendekkan cerita, boleh menyebabkan gempa bumi (dan tsunami).

    Selain itu, kehebatan sains semasa bukanlah bukti pasti kesilapan sains lampau. Masih ada misteri yang entahkan suatu hari nanti terbukti pergerakan bintang berkaitan dengan kejadian di bumi. Saya tertarik dengan hadis yang dibawa. Rasulullah menegah para sahabat beri'tiqad dengan ilmu nujum tetapi tidak pula dinyatakan bahawa baginda menegah ilmu tersebut. Jadi mungkin juga beri'tiqad dengan kepastian ilmu klimatologi dan meteorologi dalam menentukan cuaca turut ditegah. Ilmu nujum atau meteorologi bukan isunya, tetapi keyakinan terhadap keupayaan manusia dan bahan kiraan (bintang/superkomputer) itu yang bermasalah. Lebih-lebih lagi turunnya hujan, seingat saya, adalah salah satu dalam mafatih al-ghayb. Ini sekadar spekulasi saya. Jika ada nas yang mengharamkan perkara tersebut, saya berbesar hati untuk ditunjuk ajar.

    Oleh itu saya memilih untuk menghormati ilmu ustaz tersebut sekalipun ia terlalu bercanggah dengan bidang fizik yang saya dalami. Allahu aa'lam.

    - Iqbal -

    BalasPadam