Ahad, 16 Januari 2011

Tahukah Anda

Tahukah anda, suami kepada Ummi Kalthum binti Ali radhiallahu'anhu (anak kepada Fatimah az-Zahra radhiallahu'anha) adalah Umar ibn al-Khattab radhiallahu'anhu.

Tahukah anda, Rasulullah salallahu'alaihi wassalam telah mengahwinkan puteri baginda, Ruqaiyah radhiallahu'anha dengan Uthman ibn Affan radhiallahu'anhu. Kemudian setelah Ruqaiyah radhiallahu'anha meninggal dunia, baginda sekali lagi mengahwinkan puteri baginda iaitu Ummi Kalthum radhiallahu'anha dengan Uthman ibn Affan radhiallahu'anhu.

Tahukah anda, datuk kepada Hafsa isteri kepada Hasan ibn Ali adalah Abu Bakar radhiallahu'anhu.

Tahukah anda, Ali radhiallahu 'anhu telah menamakan anak lelaki beliau dengan nama Abu Bakar radhiallahu'anhu.

Tahukah anda, Ali radhiallahu 'anhu telah menamakan anak lelaki beliau dengan nama Umar.

Tahukah anda, Ali radhiallahu 'anhu telah menamakan anak lelaki beliau dengan nama Abu Bakar.

Tahukah anda, Ali radhiallahu 'anhu telah menamakan anak lelaki beliau dengan nama Uthman.

Tahukah anda, Imam Ja'afar as-Saddiq rahimahullah telah menamakan anak perempuan beliau dengan nama Aishah.

Tahukah anda, Imam Musa al-Kazhim rahimahullah telah menamakan anak perempuan beliau dengan nama Aishah.

Tahukah anda, Imam Ali Redha telah menamakan anak perempuan beliau dengan nama Aishah.

Tahukah anda, sahabat-sahabat yang mencadangkan supaya Ali radhiallahu'anhu meminang Fathimah az-Zahra radhiallahu'anha adalah Abu Bakar dan Umar radhiallahu'anhuma.

Tahukah anda, sahabat-sahabat yang menjadi saksi kepada perkahwinan Ali radhiallahu'anhu dan Fathimah az-Zahra radhiallahu'anha adalah Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah dan Zubair radhiallahu'anhum.

Tahukah anda, sahabat yang menghadiahkan 400dirham kepada Ali radhiallahu'nhu sebagai mahar nikah adalah Uthman ibn Affan.
[Ali telah menjualkan perisai kepada Uthman dengan harga 400 dirham, kemudian wang itu dikembalikan kepada Ali dengan menyatakan itu sebagai hadiah]

Tahukah anda, sahabat yang mengurus penyediaan peralatan dan kelengkapan asasi rumah Ali radhiallahu'anhu dan Fathimah az-Zahra radhiallahu'anha adalah Abu Bakar radhiallahu'anhu.
[Rasulullah salallahu'alaihi wassalam telah memberikan wang kepada Abu Bakar dan berkata, "Wahai Abu Bakar, belilah dengan wang ini, apa yang anak perempuanku perlukan dalam rumahnya"]

Tahukah anda, nama kunyah Imam Ali Redza rahimahullah adalah Abu Bakar.
[Nama kunyah adalah nama gelaran yang dinisbahkan dengan nama "Abu" bagi lelaki atau "Ummul" bagi perempuan]

Tahukan anda, sahabat yang mencadangkan Shahrbanu binti Yazdgerd (III) dikahwinkan dengan Hussein bin Ali radhiallahu'anhu adalah Umar ibn al-Khattab radhiallahu'anhu dan anak hasil perkahwinan mereka berdua bernama Imam Ali Zain Al-Abidin rahimahullah.

[Shahrbanu binti Yazdgerd (III) adalah anak perempuan pemerintah terakhir kerajaan Parsi Majusi (sekarang ini dikenali sebagai Iran), selepas ditawan dan ditakluk oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab radhiallahu'anhu]

Tahukah anda, Imam Jaafar as-Saddiq rahimahullah berketurunan Abu Bakar radhiallahu'anhu melalui dua susur galur, iaitu daripada ibunya (Ummu Farwa binti Qassim ibn Muhammad ibn Abu Bakar) dan juga daripada ibu kepada ibunya (Asma' binti Abdurrahman ibn Abu Bakar)

Persoalan
Persoalan saya di sini ialah kenapa kita mesti meragui para sahabat ridhwanillahi 'alaihum ajma'in. Rasulullah salallahu'alaihi wassalam pernah bersabda bahawa segunung emas derma daripada kita sekalipun tidak akan sama dengan secupak infak dari mereka yakni para sahabat.

Wallahu ta'ala a'lam

3 ulasan:

  1. Tahukah anda pada usia berapakah Rasullah s.a.w bernikah?

    Bila nak bernikah? tuan? Lahirkanlah keturunan yang bijak pandai seperti tuan pada usia subur...

    BalasPadam
  2. penulis blog, mintak tolong terangkan about Teknologi IC? (integrated circuit)..thanks.

    BalasPadam
  3. Hehehe...
    Nikah. Bak kata selebriti apabila diajukan soalan mengenai mereka akan menjawab "No comment". Hahahaha.... Insyaallah lambat lagilah rasanya. Hehehe..... Nak kena ambil kelas mengorat rasanya. :-)


    seven_eleven658: Mengenai Teknologi IC itu saya tidak arif. Saya rasa itu macam tugasan tuan saja rasanya. Hehehehe.....

    BalasPadam