Gen-Q atau Generasi al-Quran, merupakan satu program cuti sekolah untuk pelajar-pelajar berumur 10-15tahun terlibat. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai Sains dan al-Quran, manakala saya ditugaskan untuk memberikan pendedahan mengenai ayat al-Quran berkaitan dengan ayat fizik. Saya ditugaskan pada 20-21 Disember 2010 (Isnin / Selasa).
Ayat diperbincangkan adalah mengenai peredaran objek-objek samawi (astronomi) dan ayat-ayat prinsip Bernoulli. Aktiviti-aktiviti yang saya sediakan sudah tentulah agak-agak kebudak-budakan (hahaha....) sebab pelajar-pelajarnya adalah budak-budak pra-mumaiyiz. Antaranya ialah; Membuat payung terjun (hehehe....), menonton video Starry Night, mencerap matahari, menonton fasa-fasa bulan dan saya juga menyediakan selingan tafsir, tajwid dan istinbat dalil-dali dari al-Quran.
Pengalaman: Saya rasa agak penat kerana mengawal karenah kanak-kanak, adakalanya juga bimbang sebab mereka asyik berlari-lari takut terjatuh nanti. Memang mencabar mengajar kanak-kanak terutamanya kandungan penyampaian (fizik) agak berat untuk mereka hadam dan terima.
Saya berharap mereka akan menjadi al-Khawarizmi dan Ibnu Sina kelak, tanpa mengetepikan kaedah-kaedah penerbitan dalil-dalil yang haq dari al-Quran dan Sunnah.
Jazakumullah khairan katisrah
Kita berhutang dengan generasi yang akan datang setelah kita mendapat sesuatu daripada generasi terdahulu.
BalasPadam~Pak Keck.