Jumaat, 25 Mac 2011

Dunia ini tak bermakna jika...

Dunia ini tak bermakna jika anda tidak mencerapnya
Itulah intisari mazhab mekanik kuantum Copenhagen.

Saya lampirkan bersama prinsip-prinsip yang terselirat dalam Mazhab Copenhagen atau Tafsir Copenhagen (Copenhagen interpretation):

1. Sistem dinyatakan secara lengkap dengan fungsi gelombang (kita pun sudah membincangkannya dalam pos Postulat 1)
2. Penyataan tabii dalam mekanik kuantum dalam bentuk kebarangkalian, yang mana kebarangkalian dinyatakan dalam bentuk Fungsi gelombang berkuasa dua mutlak (Aturan Born)
3. Agak mustahil untuk mengetahui semua pengukuran sesuatu sistem pada masa yang sama, kesemua pengukuran tersebut tidak diketahui dengan kepersisan yang baik. Contoh: Posisi dan Momentum zarah, Tenaga dan penyukatan masa. Ini dikenali sebagai Prinsip Ketakpastian Heisenberg, Werner Heiseneberg juga salah seorang pendokong mazhab Copenhagen bersama dengan Niels Bohr [Jika ditanyakan kepada saya, "Kenapa?" Saya akan menjawab, "Wallahu ta'ala a'lam, sayapun tak tahu. Ini Sunnatullah yang berlaku dalam fizik berskala mikroskopik"]
4. Prinsip kedualan zarah-gelombang
5. Pengukuran mekanik kuantum sistem besar (atau pada number kuantum lebih tinggi), sistem tersebut secara tidak langsung menghampiri penjelasan klasik, dan ini kita kenali sebagai Prinsip Korespondasi Bohr atau "Correspondence Principle of Bohr"
6. Kebesandaran boleh cerap sesuatu sistem kuantum

Jika penulis blog ini wujud, adakah anda pernah melihatnya (atau mencerapnya)? Jika tak, penulis blog ini tak wujud! Namun masakan ada tulisan di dalam blog ini (hasil pencerapan), jadi bagaimana?

Wallahu a'lam

[Nota: Tapi masih terdapat satu lagi pendapat yang menafikan prinsip kebesandaran boleh cerap iaitu Mazhab Alam-Banyak Everett (Many-World Intepretation Everett)]


Perbahasan fenomena yang berlaku di antara kumpulan Einstein dan Bohr

5 ulasan:

  1. kita asyik dengan rumusan Einstein atau Bohr atau nama2 lain, saya fikir perlu ada kumpulan Faudzi umar, menggantikan kumpulan yang disebut-sebutkan di atas, (saya agak prejudis dengan nama2 seperti Einstein atau Bohr)
    []
    saya cuma fikir dunia ini lebih bermakna kalau kita yang menguasainya, bukan kumpulan Einstein atau lain2nya

    BalasPadam
  2. Setuju dengan encik hairi. Go encik faudzi go!!!

    Tiada apa yang mustahil hatta untuk mendengar Faudzi's Postulate...

    BalasPadam
  3. Hairi, itu perlukan pentelaahan yang lebih malahan boleh memegunkan medula oblongata saya. Hehehhe....

    Dalilah, hehehe.... Saya tunggu Dalilah's Model. :-)

    BalasPadam
  4. Encik nak tunggu model saya? huhuhu lambat lagi tu, saya baru nak berjinak-jinak dengan zarah-zarah ni...

    InsyaAllah bila dah keluar Faudzi's Postulate, lama lepas tu agaknya baru leh keluar Dalila's Model sebabnya banyak yang encik kena bimbing saya :-)

    BalasPadam
  5. DUNIA INI TAK BERMAKNA JIKA :-

    saya tak ada dalam hidup awak...kan ?

    (tengah wat muka cool la tu..berani ka tak ngaku, saya merajuk seminggu nanti, ada lak yang kena darah rendah tu...huhu)

    thanks semalam. sudi jugak awak singgah jumpa saya walau tak sihat...Thanks Dear.

    p/s : sori wak, saya lari tajuk lagi...tak pandai saya nak cerap apa yang awak tulis, tapi masih nak nyibuk kat sini...^__^

    BalasPadam